PENYOKONG PAS DIZALIMI

Tuan rumah kepada program aura pulut kuning anjuran MTD Bukit Baru baru-baru ini telah diberikan surat tunjuk sebab oleh majikan beliau.

Sebaik sahaja program tersebut berakhir tuan rumah program tersebut dihubungi oleh ketuanya di mana beliau diminta mengadap ketuanya atas alasan merenggangkan hubungan majikannya dengan kerajaan negeri Melaka.

Penyelia DUN MTD, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya baru-baru melahirkan rasa kesal diatas tindakan majikan tersebut yang ternyata bertindak diluar batasan demokrasi dan undang-undang negara. Sepatutnya rakyat diberikan kebebasan untuk bergiat di dalam politik sebagai seorang rakyat yang merdeka

Comments

Anonymous said…
Kita jangan salahkan majikan, tapi salahkan kerajaan negeri. majikan tidak akan buat begitu tanpa tekanan dari kerajaan negeri. majikan hanya cari makan. umno sekarang dah menjadi diktator, kuasa yg ada pada meraka digunakan sewenang-wenangnya.