.

.

18 November 2016

DEMONSTRASI ADA DLM ISLAM

Demonstrasi
Ditulis oleh Dr.MAZA

Hari ini sesetengah pihak membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

15 November 2016

PENJENAYAH BEBAS, ORANG BAIK DITAHAN

Rafizi Ramli dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat dalam salah laku membabitkan wang rakyat terus bebas.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Saing berkata, mereka yang terlibat dalam salah laku melibatkan wang rakyat di negara ini belum menerima sebarang hukuman.
“Di Malaysia, sabitan jenayah pertama kita (berkaitan 1MDB) bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB.
“Bandingkan bagaimana kerajaan Najib ‘melayan’ Rafizi dengan Jho Low, yang didakwa sebagai ‘pengawal dan penasihat 1MDB’ dalam perbicaraan di Singapura, atau juga dikenali sebagai dalang 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura menyatakan Jho Low merupakan orang penting bagi meneruskan siasatan mereka dalam skandal milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Ahli perniagaan tersebut turut dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir US$3.5 bilion, yang dipercayai diseleweng dari 1MDB melalui sistem kewangan negara itu.
“Tetapi Rafizi, yang mahu mempertahankan kepentingan negara dengan mendedahkan skandal kleptokrasi 1MDB akan ke penjara dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
“Padahal Jho Low masih tidak ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atau antarabangsa. Malah beliau terus menerima layanan ‘karpet merah’ sebagai orang kepercayaan Perdana Menteri,” ujarnya.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu.
Beliau menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 laporan itu, dan mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran, masing-masing tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Adakah satu-satunya penyelesaian kepada ketidakadilan terhadap Rafizi ini adalah melalui peti undi pada pilihan raya ke-14 nanti, di mana rakyat harus memilih halatuju Malaysia sama ada ke arah demokrasi atau kleptokrasi?” soal Kit Siang.
Dunia sudah terbalik ..........penjenayah disanjungi, orang baik diterajang.

14 November 2016

BANYAKNYA KES CERAI APA SUDAH JADI?

Apa sudah jadi. Banyaknya kes cerai.
Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).
"Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.
"Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus)," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Siti Zailah bertanya mengenai statistik terkini perceraian di negara ini sejak 2014 hingga 2016 mengikut pecahan negeri dan bangsa serta kaedah yang akan diambil kementerian bagi menangani perkara tersebut.
Azizah berkata menyedari masalah tersebut, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi perkahwinan termasuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan, diselia Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di setiap negeri.
Beliau berkata unit kaunseling itu dikendalikan 17 kaunselor dan 61 kaunselor panel bertauliah.
Menurut Azizah, kementeriannya juga akan menambah baik modul kursus perkahwinan sedia ada dengan mengambil kira aspek media sosial yang mampu menjadi punca utama krisis rumahtangga sehingga menyebabkan berlakunya perceraian.

3 PENJURU ; PAS SANGGUP HILANG KERAJAAN

Pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan akan mewujudkan pertandingan tiga penjuru dijangka membawa kekalahan teruk parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang, kata bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa..
Beliau berkata sekiranya Pas enggan bekerjasama  Amanah ujarnya, akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenangi Pas di negeri itu dalam pilihan raya umum yang lalu.
Justeru pada masa ini  pimpinan Pas ujarnya, harus memikirkan menimbang semula kewajaran  parti itu tidak  mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam menghadapi pilihan raya.
" Apa yang saya boleh kata...apa yang Pas boleh faham jika tiga penjuru maknanya Pas akan kehilangan kerajaannya di Kelantan kerana Amanah pasti akan berada di situ bersedia untuk tiga penjuru.
"Jika itu berlaku baru Pas akan berunding sama ada mahu meneruskan dengan Pakatan Harapan atau Umno kelak.
"Hari ini Pas dengan Umno macam kulit bawang... jangan ingat sama macam dulu tetapi bukan sekarang, zaman sudah berubah...kalau Pas kata mahu lawan tiga penjuru di Kelantan, Pas perlu bersedia," ujarnya yang berkata telah mendapat mandat dari Amanah pusat untuk bersedia menentang Pas di Kelantan.
Sebelum ini Pas dalam satu kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah berkata, tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandingi Pas kepada Amanah pada PRU14 sebaliknya Tuan Ibrahim dipetik berkata, mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika Amanah ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.
'Husam yang juga Adun Salor yang dipecat Pas kemudian menyertai Amanah menegaskan lagi hanya, formula 'satu lawan satu' adalah paling efektif untuk mengalahkan Umno-Barisan Nasional (BN).
" Satu lawan satu konsep yang kita kira paling efektif tetapi nak mencapainya ada halangan... halangannya bukan DAP, Amanah, PKR atau PPBM kita nak Pas bersama.
"Tetapi Pas hari ini bukan Pas dahulu...kita tiada masalah mana-mana pimpinan yang boleh berunding dengan Pas, tetapi kita perlu ada 'contingency plan' untuk mengatasi masalah itu jika ia berlaku," ujarnya yang mahukan satu pelan tindakan difikirkan bersama antara Pakatan Harapan dan PPBM dalam usaha merealisasikan matlamat untuk menumbangkan Umno-BN sekiranya tanpa penyertaan Pas.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sejauh mana kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dan PPBM untuk merealisasikan matlamat 'satu lawan satu' sedangkan Pas tidak memberikan kerjasama.
Dalam Forum Khas anjuran PPBM bertajuk: Bersatu Meneroka Masa Depan turut  menjadi panelis Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan moderator Datuk A Kadir Jasin di Bukit Jelutong malam tadi.
Menjawab soalan yang sama   Muhyiddin menjelaskan partinya sedia berunding dengan semua parti sama ada dalam Pakatan Harapan mahupun Pas.
"Matlamat PPBM hanya untuk mengalahkan Umno-BN dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam PRU akan datang.
"Jika Pas bersedia 'satu lawan satu' bagi parti Pribumi kita menawarkan diri untuk bertanding dikerusi yang mana Pas pernah ditewaskan Umno dalam PRU13 lalu. Bagi kita pula lawan dengan Umno.
"Jika dengan Pakatan Harapan kita juga perlukan kerusi yang sedia diberikan kepada PPBM untuk menentang Umno," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini.

TERUS BERKECUALI : TAK KAWAN PH TAPI LEBIH MESRA DENGAN UMNO

PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
“Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib,” katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan “dedak”.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
PAS tetap istiqamah BERKECUALI. Tidak mahu berkawan dengan PH tetapi pada masa yang sama MESRA dengan Umno. Itulah PAS sekarang.

13 November 2016

PH MESTI GUNA 1 LOGO

Sokong penggunaan 1 logo untuk Pakatan Harapan + Bersatu.

Saya menyokong cadangan konvensyen PH semalam atas alasan berikut :

1) Melambangkan perpaduan erat antara komponen-komponen PH dan Bersatu.

2) Mudah untuk berkempen dan dikenali rakyat kerana logo atau lambang sama bagi semua parti PH dan Bersatu. Rakyat tidak keliru untuk memangkah sewaktu membuang undi

3) Jadi alternatif kepada gabungan BN kerana selain lambang dacing hanya ada lambang PH + Bersatu. Parti-parti yang tidak bersama PH + Bersatu bolehlah disifatkan tidak serius menentang BN

4) Menjimatkan kos kempen kerana poster dan bahan kempen seragam untuk semua komponen PH dan Bersatu

5) Dengan 1 lambang juga mudahlah perkara diseragamkan seperti manifesto dan tawaran serta gerakerja lain.

Tidak syak lagi usaha ke arah penggunaan 1 lambang dan logo mesti digerakkan.

Antara usaha yang mesti digerakkan :

1) Mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa seperi pihak pendaftar pertubuhan, SPR dan sebagai bagi mendapatkan maklumbalas dan fakta sebenar proses mendapat kebenaran menggunakan 1 logo atau lambang ini.

2) Melantik jawatan kuasa atau pasukan untuk mengkaji implikasi undang-undang jika pihak berkenaan tidak mahu bekerjasama atau menolak permohonan tersebut

3) Menjalankan kempen menerangkan kepentingan menggunakan 1 logo kepada ahli -ahli parti komponen.

Adalah diharapkan pihak majlis presiden dan sekretariat berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang bagi merealisasikan hasrat murni ini.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter