3 PENJURU ; PAS SANGGUP HILANG KERAJAAN

Pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan akan mewujudkan pertandingan tiga penjuru dijangka membawa kekalahan teruk parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang, kata bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa..
Beliau berkata sekiranya Pas enggan bekerjasama  Amanah ujarnya, akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenangi Pas di negeri itu dalam pilihan raya umum yang lalu.
Justeru pada masa ini  pimpinan Pas ujarnya, harus memikirkan menimbang semula kewajaran  parti itu tidak  mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam menghadapi pilihan raya.
" Apa yang saya boleh kata...apa yang Pas boleh faham jika tiga penjuru maknanya Pas akan kehilangan kerajaannya di Kelantan kerana Amanah pasti akan berada di situ bersedia untuk tiga penjuru.
"Jika itu berlaku baru Pas akan berunding sama ada mahu meneruskan dengan Pakatan Harapan atau Umno kelak.
"Hari ini Pas dengan Umno macam kulit bawang... jangan ingat sama macam dulu tetapi bukan sekarang, zaman sudah berubah...kalau Pas kata mahu lawan tiga penjuru di Kelantan, Pas perlu bersedia," ujarnya yang berkata telah mendapat mandat dari Amanah pusat untuk bersedia menentang Pas di Kelantan.
Sebelum ini Pas dalam satu kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah berkata, tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandingi Pas kepada Amanah pada PRU14 sebaliknya Tuan Ibrahim dipetik berkata, mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika Amanah ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.
'Husam yang juga Adun Salor yang dipecat Pas kemudian menyertai Amanah menegaskan lagi hanya, formula 'satu lawan satu' adalah paling efektif untuk mengalahkan Umno-Barisan Nasional (BN).
" Satu lawan satu konsep yang kita kira paling efektif tetapi nak mencapainya ada halangan... halangannya bukan DAP, Amanah, PKR atau PPBM kita nak Pas bersama.
"Tetapi Pas hari ini bukan Pas dahulu...kita tiada masalah mana-mana pimpinan yang boleh berunding dengan Pas, tetapi kita perlu ada 'contingency plan' untuk mengatasi masalah itu jika ia berlaku," ujarnya yang mahukan satu pelan tindakan difikirkan bersama antara Pakatan Harapan dan PPBM dalam usaha merealisasikan matlamat untuk menumbangkan Umno-BN sekiranya tanpa penyertaan Pas.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sejauh mana kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dan PPBM untuk merealisasikan matlamat 'satu lawan satu' sedangkan Pas tidak memberikan kerjasama.
Dalam Forum Khas anjuran PPBM bertajuk: Bersatu Meneroka Masa Depan turut  menjadi panelis Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan moderator Datuk A Kadir Jasin di Bukit Jelutong malam tadi.
Menjawab soalan yang sama   Muhyiddin menjelaskan partinya sedia berunding dengan semua parti sama ada dalam Pakatan Harapan mahupun Pas.
"Matlamat PPBM hanya untuk mengalahkan Umno-BN dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam PRU akan datang.
"Jika Pas bersedia 'satu lawan satu' bagi parti Pribumi kita menawarkan diri untuk bertanding dikerusi yang mana Pas pernah ditewaskan Umno dalam PRU13 lalu. Bagi kita pula lawan dengan Umno.
"Jika dengan Pakatan Harapan kita juga perlukan kerusi yang sedia diberikan kepada PPBM untuk menentang Umno," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini.

Comments