.

.

13 January 2016

SISTEM KEWANGAN NEGARA SEMAKIN MERUDUM

Malang bagi negara kita apabila sistem kewangan kita terus menjunam dan dilihat semakin meruncing. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadikan pengurangan defisit dan penghapusan subsidi sebagai jihad ekonomi beliau demi memastikan penarafan kewangan Malaysia (“sovereign rating of Malaysia”) tidak diturunkan oleh agensi-agensi penarafan seperti Moody’s.
Ini berikutan kebergantungan pentadbiran beliau kepada hutang akibat keborosan kerana sebarang penurunan penarafan akan menyebabkan kadar faedah hutang Kerajaan Persekutuan menjadi lebih tinggi, lalu menyukarkan pentadbiran beliau untuk terus berhutang.
Agensi penarafan kewangan dunia Moody’s telah menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari “positif” kepada “stabil” yang menunjukkan penurunan dalam penarafan kewangan negara.
Keadaan ini sudah tentu memburukkan lagi imej negara kita di mata dunia dan pasaran antarabangsa. Rakyat seharusnya menilai dan membuat keputusan awal untuk memilih siapa yang berhak dijadikan kerajaan pada PRU 14 nanti. Jika BN terus dipilih kita khuatir negara kita jatuh bangkrap dan kita semua menjadi rakyat Greece. Fikirkanlah.
Sumber : Kenyataan Rafizi dalam Mdateline.

TANAM BAYI : BILA AGAKNYA CERITA SEPERTI AKAN TAMAT???

Ingat zaman Jahiliyyah sahaja ada cerita tanam bayi dan bunuh bayi. Namun zaman moden seperti sekarang ianya terus menjadi-jadi. Manusia hanya mempunyai rupa manusia tetapi hati lebih teruk dan kejam dari binatang. Sudahlah perangai seperti binatang mengutamakan nafsu semata-mata tanpa memikirkan dosa dan pahala. Ini semua bala dari Allah kerana manusia meninggalkan ajaran agama. Mereka sudah tidak waras dan tidak dapat memikirkan yang mana baik dan buruk.

Kerajaan dan pihak berwajib perlu tampil segera membetulkan keadaan yang berlaku. Apa yang berlaku biarkan dia berlalu namun langkah-langkah pembetulan untuk menyelamatkan manusia mesti diambil. Hanya satu jawapannya iaitu kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian. Jangan berdalih dan memberikan alasan lagi. Perkara yang baik Insya Allah jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh akan disokong oleh semua manusia.

Bernama melaporkan bahawa Tiga ditahan termasuk seorang wanita dan teman lelakinya dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam bayi mereka yang telah meninggal dunia selepas baru dilahirkan, di sebuah kawasan rumah di Dangi, Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 23 dan 25 tahun ditahan petang semalam selepas polis menemui jasad bayi berkenaan di dalam sebuah lubang di kawasan rumah itu.
"Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 25 tahun itu melahirkan bayi tersebut pada Ahad lepas di sebuah rumah di Nilai. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.
"Teman lelaki wanita berkenaan (ibu bayi) bersama-sama adiknya (adik teman lelaki) kemudian membungkus mayat bayi itu dalam kain dan menanamnya di kawasan semak di tepi rumah di Dangi, Kuala Pilah," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya pada 6 petang semalam, pasukan forensik disaksikan suspek, mengorek lubang yang dikatakan lokasi bayi tersebut ditanam dan menemui satu bungkusan kain dan di dalamnya terdapat jasad bayi dalam keadaan cukup sifat tetapi telah kecut.
Zaldino berkata wanita itu dan jasad bayi berkenaan akan dibawa ke hospital Seremban untuk siasatan lanjut.

JANGAN PANJANGKAN HAYAT KERAJAAN ZALIM DAN MENINDAS

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli  itu berkata, tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang muafakat yang terjalin antara ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Harapan hanya akan memanjangkan hayat kuasa Perdana Menteri.
Menurutnya, keputusan parti lain untuk tidak bersama-sama dalam permuafakatan parti pembangkang adalah dihormati tetapi pada masa sama tidak perlu memperlekeh usaha PKR, Amanah dan DAP yang sedang menjalankan tanggungjawab bagi membela rakyat.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli meminta parti yang tidak terlibat dengan Pakatan Harapan agar jangan memberikan ulasan berlebihan dan terpulanglah dengan keputusan mereka mahu bersendirian dan saling menasihati Umno.
Kita sependapat dengan Rafizi kerana jelas, tindakan parti-parti tertentu yang dilihat semakin intim dengan Kerajaan BN sekarang jelas memberikan talian hayat kepada BN sedangkan mereka sudahpun berada dalam keadaan tenat. 
Mereka tidak serik dengan perangai dan sejarah Umno yang sentiasa akan menghulurkan tangan untuk berbaik dan berpadu bila mereka berada dalam keadaan tenat. Tetapi setelah mereka kuat, kawan mereka akan ditendang sebagaimana yang dilakukan oleh Umno kepada PAS pada tahun 1977 dahulu. 
“Yang tandatangan perjanjian ini Keadilan, DAP dan Amanah. Yang kami nak lawan adalah Najib dan konconya dalam Umno yang menyusahkan rakyat.
“Yang parti lain tidak terlibat itu terpulanglah dengan keputusan kamu, sudah buat keputusan untuk bersendirian dan saling menasihati Umno,” kata Rafizi yang dipercayai ditujukan kepada PAS yang kini dilihat mahu bekerjasama dengan Umno.
Tambah beliau lagi, sikap terlalu banyak mengata kepada pihak lain tidak menyerlahkan nilai akhlak Islam walhal sepatutnya lebih baik menumpukan pada misi parti masing-masing.
Rafizi dipercayai mengulas ulasan berlebihan sesetengah pihak termasuk PAS mengenai konvensyen pertama Pakatan Rakyat.
Susulan Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai kelmarin antara PKR, Amanah dan DAP, kesatuan politik itu akan memastikan tidak akan lagi terjerat dalam pertelingkahan berlarutan yang merugikan rakyat sekaligus membiarkan kerajaan BN melakukan penyelewengan dan pembaziran.
Rafizi ketika dihubungi Malaysia Dateline berkata, Pakatan Harapan yang bermesyuarat Sabtu lepas tidak mahu lagi terperangkap dalam politik kepartian sempit selepas ini.
“Kami tidak akan terperangkap dengan sentimen sempit kepartian yang tidak membawa manfaat kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tegas Naib Presiden PKR itu.
Terdahulu, Rafizi dalam kenyataan bersama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan semalam berpendapat misi paling utama kesatuan politik itu pada masa ini adalah memberi tumpuan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan segala tindakan dan dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.

KREN TUMBANG : 2 MAUT 3 CEDERA, KECUAIAN SIAPA???

Seorang pekerja pembinaan warga China maut, sementara tiga lagi cedera dalam insiden kren tumbang semasa menjalankan kerja pembinaan sebuah jejambat menghubungi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Damansara semalam.
Mangsa maut dikenali sebagai Li Yi Jia, 50, manakala identiti tiga lagi yang cedera, iaitu warga tempatan, China dan Myanmar masih belum dikenal pasti, kata Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Khan Anwat Khan.
Beliau berkata Li bersama dua lagi sedang melakukan kerja pembinaan sebuah tiang jejambat untuk menghubungkan LDP dengan sebuah pusat komersial Empire yang sedang dibina di Jalan Bukit Lanjan 8, apabila kren yang dinaiki tumbang dipercayai terlebih muatan.
Siapa yang cuai dalam kes ini. Sudah tentu ada punca mengapa insiden ini berlaku. Siasatlah secara detail dan telus. Cari sebabnya dan dakwalah sesiapa yang cuai dan tidak menjalankan kerja mengikut prosedur.
Bagaimana pula dengan pihak berkuasa. Sudahkah mereka memberikan kebenaran bekerja mengikut prosedur yang betul dan tepat? Apakah ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan???
Gambar sekadar hiasan. Sumber : Mkini

12 January 2016

PH MANTAP DAN MAMPU GUGAT BN

Ada pihak yang sangsi dan mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan berkubur dalam masa terdekat kerana parti-parti komponennya iaitu AMANAH, DAP dan PKR mempunyai ideologi dan agenda perjuangan yang berlainan. 

Mereka juga mendakwa bahawa PH sama seperti Pakatan Rakyat (PR) tidak akan kekal lama kerana setiap parti mempunyai agenda sendiri dan tidak mungkin dapat bertolak ansur antara satu sama lain.

Kita semua harus faham bahawa gabungan ini sendiri ujud kerana sememangnya parti-parti ini berbeza dalam beberapa perkara. Sebab itu perlu kepada gabungan dan pakatan, jika mereka semuanya sama tidak perlulah ujudkan pakatan.

Kegagalan PR mengekalkan gabungan tersebut adalah disebabkan kegagalan parti-parti terbabit berpegang kepada janji dan keputusan mesyuarat. Antara penyebabnya ialah ada komponen parti yang tidak mahu akur kepada keputusan mesyuarat dan juga tidak mahu menghadiri mesyuarat.

Saya yakin parti-parti komponen PH yang ada sekarang sudah belajar dari kesilapan lalu serta sudah matang untuk melayari dan mendepani badai perjuangan. Parti-parti komponen PH telah membuktikan komitmen mereka untuk memantapkan PH dan memastikan gabungan itu terus relevan untuk membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman BN.

Kejayaan PH menandatangani perjanjian Sabtu lalu menjadi titik penting betapa gabungan ini adalah mantap dan sukar digugat. Perjanjian itu telah menggariskan perkara-perkara penting berkaitan gabungan, halatuju, pentadbiran, membuat keputusan serta cara menyelesaikan apa juga pertikaian dan perbezaan.  

Apa yang penting semua keputusan berkaitan dengan PH mesti diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Presiden yang menjadi badan terpenting menentukan halatuju PH dalam apa juga perkara. Keputusan itu pula mestilah mendapat persetujuan semua parti dalam gabungan tersebut. 

Memang benar komponen tersebut mempunyai perbezaan ideologi dan agenda perjuangan tetapi bagi saya agenda perjuangan bersama yang dipersetujui dan disepakati bersama ialah melahirkan negara yang mempunyai kepimpinan yang telus, bersih dan amanah; 'good governance'; bebas rasuah, menjunjung demokrasi dan sebagainya.

Malah PH sekali lagi menegaskan bahawa kedaulatan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak pernah terusik dalam kerangka perjuangan PH seperti juga PR dahulu. Ini jelas menunjukkan bahawa serangan musuh yang menyatakan kedaulatan agama Islam dan  Raja-Raja Melayu akan tergadai jika PH memerintah adalah fitnah besar yang sengaja dimainkan bagi memburuk-burukkan imej PH. 

Selain itu kita melihat pemimpin PH juga sudah matang dan berpengalaman untuk mendepani sepak terajah musuh politik mereka yang siang malam mencari jalan untuk memecahbelahkan PR dahulu. Mereka memainkan isu agama dan perkauman sehingga ada bekas parti komponen PR yang termakan gula-gula Umno/BN ini. Saya yakin semua serangan dan fitnah mampu ditangani oleh pimpinan yang berpengalaman ini. Apa yang penting mereka mesti duduk semeja dalam apa juga isu yang dibangkitkan. Jangan menjadikan media sebagai medium untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

KIta masih ingat ketika PR berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pimpinannya sudah tidak boleh duduk semeja lagi. Masing-masing menggunakan media untuk berkomunikasi. Masing-masing berbalas-balas 'tembakan' di media tidak mahu bertemu dan bermesyuarat untuk merungkaikan masalah. Lebih-lebih selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia dan Anwar Ibrahim dipenjara maka tiadalah pimpinan yang dihormati dan disegani. Masing-masing menunjukkan ego masing-masing. Perangai ini mesti dibuang jauh-jauh oleh pimpinan PH yang ada sekarang. Jangan ulangi kesilapan lama.

Saya yakin jika semua pihak matang dan berlapang serta masing-masing ikhlas berjuang untuk keadilan dan keredhaan Allah, PH akan mampu menggugat Umno/BN dan rakyat akan tetap memberikan sokongan padu kepada PH.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Pengarah Komunikasi dan Media
Parti AMANAH Negara 
Negeri Melaka.

TARIKH PELANCONG DENGAN PROGRAM MAKSIAT ...ITU SAHAJA YANG MEREKA TAHU???

Bila bercakap tentang cara untuk  menarik kedatangan pelancong, maka tergambarlah pada fikiran kita program maksiat, program 'lagho' dan sebagainya. Sebabnya sudah menjadi kelaziman bila kita tanya mengapa program sebegini dianjurkan maka pihak berkuasa akan menjawab untuk menarik pelancong. Benarkah begitu???

Bukankan kita tahu di pelancong itu sendiri program maksiat dan 'lagho' di negeri mereka lebih hebat dan dahsyat. Maka bagi kita tidak perlulah kita menganjurkan program maksiat seperti Ratu Cantik dan sebagainya untuk menghalalkan program-program tersebut.

Pelancong datang ke negara kita bukan untuk menonton program lagho dan maksiat tetapi mereka ingin melihat keunikan alam ciptaan Tuhan dan kelainan serta keistimewaan budaya negara kita. Jadi tidak perlulah kita bersusah payah membuang wang, tenaga dan mengabaikan tegahan agama dan mencemarkan budaya ketimuran kita.

Lebih baik kita cantikkan dan kekalkan alam ciptaan Tuhan yang indah serta pupuk dan suburkan budaya di negara kita.

NAJIB JOM DEBAT .....ADA BERANI KA????

Semalam sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak dicabar untuk mendebat. Kali ini oleh bekas anak buahnya sendiri. Namun macam biasa Najib akan senyap seribu bahasa tidak berani untuk berdebat.
“Apa pun Najib Tun Razak, kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.
“Kalau tak mahu debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!” kata bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan
Beliau mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB.
Katanya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
Kita yakin Najib tidak akan berani berdebat walau dengan sesiapa pun.
Sumber : Mkini.
Gambar sekadar hiasan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter