JANGAN PANJANGKAN HAYAT KERAJAAN ZALIM DAN MENINDAS

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli  itu berkata, tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang muafakat yang terjalin antara ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Harapan hanya akan memanjangkan hayat kuasa Perdana Menteri.
Menurutnya, keputusan parti lain untuk tidak bersama-sama dalam permuafakatan parti pembangkang adalah dihormati tetapi pada masa sama tidak perlu memperlekeh usaha PKR, Amanah dan DAP yang sedang menjalankan tanggungjawab bagi membela rakyat.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli meminta parti yang tidak terlibat dengan Pakatan Harapan agar jangan memberikan ulasan berlebihan dan terpulanglah dengan keputusan mereka mahu bersendirian dan saling menasihati Umno.
Kita sependapat dengan Rafizi kerana jelas, tindakan parti-parti tertentu yang dilihat semakin intim dengan Kerajaan BN sekarang jelas memberikan talian hayat kepada BN sedangkan mereka sudahpun berada dalam keadaan tenat. 
Mereka tidak serik dengan perangai dan sejarah Umno yang sentiasa akan menghulurkan tangan untuk berbaik dan berpadu bila mereka berada dalam keadaan tenat. Tetapi setelah mereka kuat, kawan mereka akan ditendang sebagaimana yang dilakukan oleh Umno kepada PAS pada tahun 1977 dahulu. 
“Yang tandatangan perjanjian ini Keadilan, DAP dan Amanah. Yang kami nak lawan adalah Najib dan konconya dalam Umno yang menyusahkan rakyat.
“Yang parti lain tidak terlibat itu terpulanglah dengan keputusan kamu, sudah buat keputusan untuk bersendirian dan saling menasihati Umno,” kata Rafizi yang dipercayai ditujukan kepada PAS yang kini dilihat mahu bekerjasama dengan Umno.
Tambah beliau lagi, sikap terlalu banyak mengata kepada pihak lain tidak menyerlahkan nilai akhlak Islam walhal sepatutnya lebih baik menumpukan pada misi parti masing-masing.
Rafizi dipercayai mengulas ulasan berlebihan sesetengah pihak termasuk PAS mengenai konvensyen pertama Pakatan Rakyat.
Susulan Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai kelmarin antara PKR, Amanah dan DAP, kesatuan politik itu akan memastikan tidak akan lagi terjerat dalam pertelingkahan berlarutan yang merugikan rakyat sekaligus membiarkan kerajaan BN melakukan penyelewengan dan pembaziran.
Rafizi ketika dihubungi Malaysia Dateline berkata, Pakatan Harapan yang bermesyuarat Sabtu lepas tidak mahu lagi terperangkap dalam politik kepartian sempit selepas ini.
“Kami tidak akan terperangkap dengan sentimen sempit kepartian yang tidak membawa manfaat kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tegas Naib Presiden PKR itu.
Terdahulu, Rafizi dalam kenyataan bersama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan semalam berpendapat misi paling utama kesatuan politik itu pada masa ini adalah memberi tumpuan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan segala tindakan dan dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Comments