.

.

03 December 2011

Jangan jadikan SYARIKAT GLC HARTA UMNO!

Perwakilan dalam mesyuarat agung Umno hari ini menuntut kerajaan memperuntukkan kerusi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada anggota Umno.

Mengulangi seruan yang sama pada persidangan tahun lalu, mereka berpendapat tindakan itu akan memberikan manfaat kepada ekonomi orang Melayu.

"Apa gunanya GLC kalau tidak membantu parti dan orang Melayu dalam pentadbiran negara.

"Dalam perhimpunan ini pun saya nampak hanya Proton yang ambil bahagian. Mana yang lain?" soal wakil Puteri, Wan Salwati Abdullah ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Jika cadangan ini dituruti, kita yakin akan banyaklah syarikat GLC akan lingkup kerana memang terbukti dengan campurtangan politiklah menyebabkan syarikat-syarikat tersebut lingkup. Masih ingatkah kita kepada Bank Bumiputera, mana pergi bank ini sekarang. Semua gara-gara campurtangan politik.

Inilah juga yang berlaku di Melaka di mana ramai di kalangan CEO, Pengurus Besar syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan negeri dilantik di kalangan orang-orang Umno dan kroni-kroni pimpinan kerajaan negeri. ramai di kalangan mereka tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan. 

Kebanyakannya hanya berkelulusan SPM termasuklah barisan Exco kerajaan negeri Melaka. Hasilnya majoriti syarikat tersebut rugi dan duit rakyat hangus dan dibazirkan.


Selain itu kita yakin jika CEO dan pegawai-pegawai tinggi GLC ini dilantik di kalangan orang Umno (yang tidak layak) maka indeks rasuah negara akan bertambah parah. Dalam keadaan sekarang pun  indeks rasuah Malaysia merudum sehingga ke tangga 60 MEMALUKAN.


Umno juga jangan jadikan syarikat-syarikat GLC sebagai harta pusaka Umno kerana duit dan harta kerajaan bukan Umno punya tetapi ia dipunyai RAKYAT. Jangan jadikan Umno sebagai PENYAMUN yang menjadikan semua harta dan duit RAKYAT sebagai harta mereka sendiri

02 December 2011

Kak IJAT takut nak jawab ISU LEMBU NFC

Berani kerana benar, takut kerana salah. Itu perumpamaan yang sesuai untuk kita semua. Apa yang hendak ditakutkan kalau kita tidak bersalah.

Namun hari ini semalam Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil semalam tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar semalam selepas ucapan dasar Presiden Umno, Najib Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media. Nampak sangat beliau takut untuk berhadapan dengan media, takut rahsia terbongkar.

Sementara itu Timnbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata bahawa tiada unsur pecah amanah yang dilakukan oleh NFC dalam transaksi perniagaan khususnya yang melibatkan pembelian kondo dan lain-lain. Kenyataan beliau disiarkan oleh media hari ini.

Umno dakap demokrasi : Ertinya TEKAN dan ZALIMI RAKYAT

Presiden Umno, Najib Razak beriya-iya benar menyatakan bahawa Umno mendakap demokrasi bagi menggambarkan bahawa mereka adil, telus dan memperjuangkan demokrasi tulen. 
Blog ini sangat bersetuju dengan pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Riduan Mohd Nor yang menyatakan bahawa mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno ‘mendakap demokrasi’ bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang.
"Demokrasi bagi mereka adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka."
"bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka."
Ustaz Riduan berkata Umno menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini.
Katanya, umum mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.
“Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar,” katanya.
Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang.
Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.
“Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan ‘kerajaan sementara’ setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,” tanya beliau.
Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak ‘mendakap demokrasi’ kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti.
Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari ‘mendakap demokrasi’ kepada ‘mendekam demokrasi’ kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.

Indek RASUAH MERUDUM : Makin banyak TRANSFORMASI makin TERUK RASUAH

Malaysiakini melaporkan bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

Apakah ini yang dikatakan Transformasi ....iaitu rasuah negara terus meningkat tanpa henti ................
Malunya muka ....mengaku basmi rasuah tetapi rasuah makin teruk ....tukar BSN kepada SPRM rasuah makin membarah.

01 December 2011

PERKAUMAN : Senjata akhir Umno

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Umno sedang berusaha keras mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.
Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. Apatah lagi kerajaan BN dilihat sudah tidak mampu menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Umno BN cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan belbagai propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat.

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah bersama  berjuang di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.

Umno melalui media arus perdananya terus memainkan sentimen perkauman dan perpecahan kaum apabila menyiarkan berita yang  berbentuk perkauman sekaligus dapat merapuhkan hubungan erat rakyat pelbagai kaum dinegara ini.
Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu, juga turut menyeru rakyat negara ini agar bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin kronik dimainkan oleh pimpinan Umno BN.

30 November 2011

Fakta-fakta MONOREL MELAKA

Fakta Monorel Melaka 

1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).

Ramai pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di'korban'kan atas alasan CALON BOLEH MENANG

Ramai pemimpin-pemimpin Bahagian Umno akan di'korban'kan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini. Mereka tidak akan dipilih menjadi calon Umno/BN atas alasan Umno mempunyai calon lain yang 'boleh menang'. Begitu juga akan ada pemimpin-pemimpin pusat dan negeri yang juga tidak dipilih menjadi calon kerana 'Tidak Boleh Menang'.

Calon 'Boleh Menang' ialah calon dari kem Najib manakala calon dari kem Muhyiddin, Pak Lah dan lain-lain akan diklasifikasikan 'Tidak Boleh Menang' dan tidak akan dipilih menjadi calon.

Sebab itulah Najib dan orang kuatnya mencanangkan kepada umum bahawa Umno akan memilih calon 'Boleh Menang'  bagi menghalalkan hasrat Najib meletakkan seberapa ramai calon yang menjadi penyokong kuat beliau.

Maka kita akan dapat melihat selepas ini berduyun-duyun pemimpin Umno di pelbagai peringkat akan membodek Rosmah supaya membisikkan ke telinga Najib nama mereka.

Umno akan lebih haru-biru dan serabut kerana pertelingkahan berebut untuk menjadi calon.

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU : MUHYIDDIN TOLONG JAWAB

Timbalan Presiden Umno menuduh parti-parti komponen PR adalah anti Melayu, pengkhianat Melayu dan macam-macam lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pergerakan Pemuda Angguk, Wanita Yes Man dan Puteri Gedik Umno semalam. 

Di bawah ini blog mutaligat menyiarkan kembali soalan-soalan untuk Muhyiddin dan para pembaca jawab secara jujur dan ikhlas.

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Belajar sejarah Umno beri alasan

Dihantar oleh Teratai Liar melalui email

Muhyiddin tuduh DAP pengkhianat Negara, anti Melayu, SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT MELAYU?

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno semalam mendakwa Umno tiada galang gantinya. Umno parti yang membela Islam dan orang Melayu. BENARKAH DAKWAAN ITU?

Bagi blog ini pengkhianat Melayu sebenar ialah Umno dan pimpinannya bukan Anwar Ibrahim, bukan DAP, bukan PAS!

Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.

Sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskan, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara. Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan beberapa Hakim Kanan lain turut diambil tindakan.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan. Royalti Minyak kepada Kelantan sehingga ke hari ini tidak diberi sedangkan termaktub dalam perjanjian bahawa negeri berhak diberikan royalti jika minyak digali di perairan negeri masing-masing.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu. Umno telah meminda perlembagaan menghad kuasa Raja-Raja Melayu di era 90-an dahulu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara dengan menganggu kebebasan penghakiman dan memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu serta tidak membayar royalti minyak kepada Kelantan sehingga ke hari ini.
4. Memperkenalkan PPSMI; meminggirkan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu. Para siswazah terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar 'interest' 4 % setahun.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
18. Keluasan Tanah rizab orang Melayu berkurang dengan begitu drastik jika dibandingkan dengan saiz semasa kita merdeka 1957.


dan banyak lagi .....................

Jadi siapa sebenarnya pengkhianat Melayu??????

29 November 2011

Kumpulan Nasyid Scorpene : MUngkinkah projek MUZIUM KAPAL SELAM jadi GAJAH PUTIH

Inilah 'penyanyi-penyanyi' kumpulan Nasyid Scorpene yang bergambar berlatarbelakangkan Kapal Selam yang baru dibeli oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk dibuat MUZIUM KAPAL SELAM.. Adakah Muzium ini juga akan menjadi satu lagi projek Gajah Putih????

Berapa jutakah duit rakyat akan hangus nanti??? Setelah jutaan duit rakyat di'baham' pihak tertentu lantaran kegagalan projek Eye On Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Kincir Air, Roller Coaster, Restoran Terapung, Litar Go-Kart, Monorel dan lain-lain.

RUU HImpunan Aman : Umno SEMAKIN CELARU DAN BIMBANG

PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.
 
PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.
 
Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu.”
 
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiang lampu MERBAHAYA : Satu lagi PEMBAZIRAN WANG RAKYAT



Lampu jalan yang harganya puluhan ribu didapati tersembam menyembah bumi di Jalan Gapam dalam 'jajahan' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Lampu ini bukan lampu biasa. Harganya pun bukan harga biasa. Memang dari awal lagi rakyat Melaka melihat pemasangan lampu membazir.

Kini bukan setakat membazir, malah ianya membahayakan rakyat yang melalui jalan ini. Bayangkan jika lampu ini tumbang dan menimpa pengguna jalanraya. Apa akan terjadi.

Terbukti pihak terbabit hanya mementingkan duit dan projek tanpa memikirkan keselamatan rakyat. Blog ini mengharapkan pihak terbabit segera memeriksa struktur dan keadaan tiang lampu ini. Mana-mana yang dilihat merbahaya hendaklah dicabut atau dibaiki segera.

Undang-undang PERHIMPUNAN AMAN : Rakyat sudah TIADA MASA DAN TIADA PILIHAN

NONEKetua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah berkata rakyat mesti “consistanly” sedar bahawa KITA TIDAK PUNYA BANYAK MASA.

Beliau berkata demikian ketika memberikan komen tentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

"KITA TIDAK PUNYA BANYAK PILIHAN selain MENAMATKAN PENTADBIRAN REGIM UMNO BARISAN NASIONAL yang secara jelas tidak lagi upaya untuk memacu pembangunan Negara ini dalam semua aspek : Intelectual, Emotional, Spiritual, Physical, Economical and Political. PRU13 RAKYAT AKAN "HARAMKAN" UMNO BARISAN NASIONAL DARIPADA MEMERINTAH!" ujar Athirah dalam komennya di Malaysiakini

Monorel DEMAM LAGI : Rakyat Melaka MALU


Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.


Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Melaka, Aizat Baharuddin dalam komennya di Malaysia menyatakan bahawa rakyat Melaka malu dengan kelemahan dan kegagalan mengendalikan monorel tersebut.


"Saya  sebagai rakyat Melaka malu dengan perkhidmatan monorel ini. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Kalau dah tahu bermasalah kenapa masih di benarkan beroperasi. Pulangan yang merugikan kerajaan negeri, bajet RM15 juta, tambah lagi kos penyelengaraan akibat kerap rosak."

"Terbaru muzium kapal selam RM7 juta utk landskap muzium dan RM3 juta kos pengangkutan dan penghantaran kapal selam itu dari Perancis ke Malaysia." ujar Aizat.

Aizat berkata dalam keadaan masalah  Monorel belum selesai kerajaan negeri membeli pula kapal selam dalam belum tentu menguntungkan.

"Itu belum lagi projek Roller-Coaster brnilai RM10 juta yang sampai hari tidak pernah beroperasi sejak di rasmikan 2 tahun lepas. Melaka Maju 2010." kata Aizat dalam komennya di Malaysiakini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter