Indek RASUAH MERUDUM : Makin banyak TRANSFORMASI makin TERUK RASUAH

Malaysiakini melaporkan bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.

Apakah ini yang dikatakan Transformasi ....iaitu rasuah negara terus meningkat tanpa henti ................
Malunya muka ....mengaku basmi rasuah tetapi rasuah makin teruk ....tukar BSN kepada SPRM rasuah makin membarah.

Comments

Anonymous said…
Selagi fail rasuah berprofil tinggi tidak dibawa ke mahkamah, indek rasuah Malaysia semakin merudum. Ini akan menyebabkan pelabur akan lari atau pelabur baru tak mahu melabur terus.