.

.

10 July 2010

PAS DAN BN 'BERTEMPUR' LAGI DI MELAKA

Umno/BN sekali lagi menggangu ceramah PAS malam ini. Ceramah yang dilangsungkan di Kampung Bukit Pulau DUN Bukit Baru sekali diganggu apabila BN juga dilaporkan akan mengadakan ceramah di tempat yang sama yang jaraknya sangat hampir tidak sampai 100 meter.

Ini merupakan gangguan kali kedua selepas Umno/BN menggangu ceramah PAS di Bukit Baru pada 29 Jun lalu. Ceramah PAS itu diganggu sendiri oleh ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan Exco Kerajaan negeri Gan Tian Loo.

MIC RETAK MENANTI BELAH

MIC atau Parti Samy Vellu boleh diibaratkan retak menanti belah kerana sikap pemimpinnya sendiri yang penting diri dan merasakan parti tersebut umpama miliknya sendiri.

Sesiapa sahaja pimpinan parti atau ahli parti yang cuba lawan taukeh akan di'cincang' lumat dengan dipecat dari parti. Inilah sikap yang menyebabkan MIC terus mundur dan tidak mempunyai pemimpin pelapis. Semua yang ada sekarang hanyalah yes man belaka.

Kita berasa gembira kerana selagi sikap ini diteruskan selagi itulah MIC akan terus layu dan longlai. Maka mudahlah bagi PR untuk meraih undi pengundi India yang terbukti menyebelahi PR pada PRU 12 lalu.

Pemimpin utama MIC juga kaya raya manakala rakyat berketurunan India terus miskin dan melarat. Pemimpin mereka mengumpulkan kekayaan untuk diri dan kroni mereka sendiri sahaja.

PERKASA UMNO, PERKASA MCA, PERKASA MIC

Naib Presiden MCA, Donald Lim mencadangka supaya 'PERKASA' Cina ditubuhkan bagi mengimbangi 'PERKASA'Melayu tajaan Berahim Ali.

Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim dalam satu wawancara dengan akhbar Cina di Putra Jaya semalam.

Terbukti bahawa masyarakat Cina benar-benar marah dan tersinggung dengan PERKASA yang lantang kononnya untuk membela hak orang Melayu. Kenyataan Donald Lim ini sedikit sebanyak mengeruhkan hubungan di dalam BN kerana semua orang tahu PERKASA seolah-olah menjadi anak emas Umno di mana sebahagian besar ahlinya adalah ahli dan penyokong Umno termasuk Timbalan Presiden (Pengerusi) PERKASA, Rahman Bakar.

Blog ini mencadangkan kepada Donald Lim dan semua pemimpin Cina dalam BN khasnya MCA dan Gerakan bertindak keluar dari parti masing-masing dan sekaligus menyertai parti-parti PR seperti PAS, PKR dan DAP.

Tidak ada gunanya duduk di dalam BN jika suara kita diketepikan malah suara orang luar seperti Perkasa dilayan dengan baik.

Jika semalam Donald mencadangkan kaum Cina menubuhkan PERKASA CINA, kemungkinan besar Samy Vellu akan juga mahu menubuhkan PERKASA INDIA pula.

Persoalan apakah dengan penubuhan PERKASA ini negara lebih kaya, stabil dan matang serta telus bebas dari rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya.

MAKSIAT IKUT PERANGAI PEMIMPIN

Taman Cempaka : Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka, Haji Abdullah Ahmad berkata masalah sosial, maksiat, rasuah dan sebagainya yang berlaku sekarang adalah disebabkan sebahagian besar pemimpin hari ini yang turut sama terjebak kegiatan maksiat tersebut.

"Bagaimana acuan, begitulah kuihnya! kalau pemimpin dah tak betul, rakyat akan menerima tempiasnya. Maksiat kianberleluasa..... bunoh, rogol, buang bayi, rasuah, menipu".

" BegitulahMelaka, negeri bersejarah yang telahpun diiktiraf dan diisytiharkansebagai Bandaraya Warisan Dunia! sungguh gah pemimpin negeri Melaka mendapat pengiktirafan tersebut. Gah Di mata dunia, tetapi amat hina disisi Allah S.W.T" ujar Haji Abdullah.

Beliau berkata itulah sebabnya PAS menentang BN yang tidak serius dan gagal menangani permasalahan yang berlaku sekarang.

Malah menurutnya kerajaan yang ada hari ini turut sama menggalakkan kegiatan maksiat dan tidak berusaha menutup punca-punca maksiat seperti rumah pelacuran, kelab malam, rumah urut dan lain-lain.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dipetik dari blog pemudabukitkatil.

"Kita tentang mereka , kita nak perbetulkan melalui Pakatan Rakyat".

"Sememangnya cabarannya amat besar untuk kita menongkah arus. Hanya dengan tekad dan semangat yang kental serta keyakinan yang padu di atas pertolongan Allah sahaja kita akan dapat merobah keadaan" tambah Haji Abdullah yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Haji Abdullah dengan sinis berkata segala-galanya bermula di sini.

"Semua ada di sini, segala-galanya bermula disini" kata Haji Abdullah dengan sinis.

ISU ESQ DIWAR-WARKAN TUTUP ISU BESAR LAIN

Sehari dua ini media arus perdana membesar-besarkan isu ESQ sedangkan isu-isu lain yang lebih besar dan kronik seolah-olah ditutup.

Isu ESQ ini ditimbulkan apabila Jabatan Agama Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa bahawa ESQ bercanggah dengan Islam sedangkan negeri-negeri lain serta Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berbuat demikian. Maka hebohlah pihak ESQ melalui panel syariahnya mempertahankan ESQ. Persoalannya mengapa di awal pengelibatan ESQ menjalankan motivasi dan kursusnya dahulu tidak ada pula yang mengkaji dengan mendalam?

Bagi isu ini boleh diselesaikan dengan mudah tanpa merumitkannya.

Apa yang penting sekarang media janganlah cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu ESQ dengan memadamkan isu penting lain seperti isu Felda, isu APCO, isu judi Bola dan kesesatan Umno dan lain-lain.

Jangan cuba 'spin' berita kerana rakyat Malaysia sudah matang dengan sepak terajang politik Malaysia.

09 July 2010

SUBJEK AGAMA TETAP JADI KELAS KEDUA

Timbalan Menteri Pelajaran, Fuad Zakarsyi berkata di Parlimen semalam bahawa kerajaan belum berhasrat untuk menjadikan subjek Agama dan moral menjadi subjek teras dan wajib di ambil pada setiap peperiksaan awam.

Maka kekallah subjek agama Islam sama tarafnya dengan Lukisan dan lain-lain subjek yang tidak wajib diambil semasa peperiksaan. Oleh kerana ianya tidak wajib diambil maka pelajar hanya belajar secara sambil lewa sahaja. Natijahnya ialah ramai di kalangan pelajar-pelajar ini yang tidak faham agama, rapuh pegangan agamanya, tidak berakhlaq dan menjadi hamba maksiat dan program 'lagho'.

Persoalannya mengapa begitu cetek pemikiran pemimpin BN sehingga tidak dapat membezakan subjek mana yang penting dan mana yang tidak penting. Pelajar-pelajar tidak akan belajar subjek agama sepenuh hati sekadar untuk mencukupkan waktu sahaja.

08 July 2010

DEDAHKAN STATUS TERKINI MELAKA NEGERI MAJU - YUSOF WAHAB

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab mendesak kerajaan negeri mendedahkan kedudukan terkini negeri Melaka berkaitan status negeri maju. Setakat ini kerajaan negeri tidak pernah mendedahkan status terkini indikator negeri maju kepada rakyat secara rasmi.

Kerajaan negeri tidak pernah mendedahkan secara terperinci dan telus indikator mana yang mereka gunakan untuk mengukur samada Melaka sudah mencapai negeri maju atau tidak.

"Rakyat tertanya-tanya status terkini negeri maju kerana tarikh akhirnya sudah semakin hampir iaitu 20 Oktober 2010".

"Kita bimbang kerajaan negeri masuk bakul angkat sendiri, negeri belum betul-betul memenuhi kriteria negeri maju tapi dah isytihar negeri maju sebab indikator yang mereka gunakan mereka sendiri yang tetapkan, bukannya mengikut piawaian antarabangsa atau standard" tambah Cikgu Yusof.

Menurutnya rakyat semakin sangsi dengan status kemajuan negeri ini kerana terlalu banyak masalah yang masih membelenggu rakyat dan negeri ini antaranya masalah banjir, hutang negeri Melaka yang semakin meningkat, masalah sosial, bilangan rakyat miskin kerana paras garis kemiskinan yang digunakan tidak realistik dan lain-lain.

Oleh kerana itu menurut Cikgu Yusof, kerajaan negeri wajib memaklumkan indikator sebenar yang digunakan serta status terkini yang dicapai supaya rakyat boleh mengukur status sebenar negeri ini.

"Jangan cuba sembunyikan fakta kerana rakyat sebenarnya sudah cerdik dan celik maklumat" tambahnya.

RM6.89 JUTA BELANJA SEWA RUMAH PM DAN TPM

RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupu...n RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat.

Saya bukan apa, cuma nak maklumkan pada puak2 tertentu yang memainkan isu orang susah duduk dalam rumah macam reban ayam di Kelantan yang isunya di mainkan di media2 milik mereka termasuk dalam FB dan blog. Cuba bandingkan Seri Perdana tu dengan rumah reban ayam yang mereka dakwa tu.

Ada mengatakan rumah yang sebesar-besar tu bukan PM duduk pun....PM duduk rumah lain. Tak pasti tujuan sebenar pembinaannya dulu di zaman Mahathir.

Fikirkanlah..........

Dipetik dari Facebook Dhamam

MASA SUDAH SAMPAI BAGI SUPP SERTAI PR

Masanya sudah sampai bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menyertai Pakatan Rakyat kerana masa depan politik SUPP hanya cerah jika bersama-sama berjuang di dalam PR. Ini kerana rakyat Sarawak khasnya kaum Tionghua sudah secara total menolak SUPP lantaran kerana rakyat sudah muak dengan kepimpinan Taib Mahmud dan BN yang jelas mengamalkan rasuah, penyelewengan dan kronisme.

Memang tepat pada masanya jika SUPP bersama dengan PR bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi. Jika SUPP kekal bersama BN kita yakin SUPP akan tewas di sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi dan SUPP akan dipandang sebagai kucing kurap oleh Taib dan BN kerana gagal menyumbangkan banyak kerusi kepada BN.

Jika SUPP menyertai PR sudah tentu mereka akan diperuntukan dengan sejumlah kerusi yang banyak dan mereka akan menang. Tidak ada yang rugi bagi SUPP jika menyertai PR tetapi mereka pasti memilih jalan yang salah jika terus bersama BN.

Laporan media yang menyebut bahawa pimpinan SUPP mula mengasingkan diri mereka daripada cengkaman parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud jelas membuktikan bahawa SUPP sudah tidak 'ngam' dengan BN.

Buktinya kegagalan beberapa menteri Sarawak dari SUPP menghadiri dua majlis besar dengan tema yang sama - 'SeNada SeJiwa’ yang dirasmikan oleh Taib di Bintulu dan sebelum itu di Sibu, baru-baru ini.

Malaysiakini melaporkan bahawa setakat ini, belum ada reaksi berhubung keengkaran itu yang jelas membuktikan mereka mula tidak sehaluan dengan Taib yang telah memegang kuasa di Sarawak selama lebih 30 tahun.

Selain dua majlis besar itu, program anjuran Taib yang kecil juga kurang mendapat sambutan daripada perwakilan SUPP. Ini dikatakan amat ketara di kalangan ahli dan pemimpin belia serta veteran parti itu.

Penyokong Taib di PBB, khususnya di kalangan Melanau Dayak ternyata berang. Mereka gusar nasib yang menimpa bekas ketua menteri Tun Abdul Rahman Ya’akub yang juga bapa saudara Taib akan berulang.

Rahman, yang mengetuai Sarawak selama 10 tahun ditumbangkan oleh kerajaan persekutuan pada awal 1981.

Ia berikutan selepas SUPP memberi amaran akan meninggalkan kerajaan negeri dan membentuk kerajaan baru dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tanpa penyertaan PP.

Mereka juga menuntut agar polisi ekonomi pro-Islam yang diterajui Rahman dibubarkan.

Dengan campurttangan perdana menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, Rahaman digugurkan tetapi berjaya menuntut dua perkara.

Pertama, melantik anak saudaranya, taib sebagai ketua menteri yang baruu dan kedua- menjadikannya sebagai tuan yang dipertua Sarawak.

INITIPATI WAWANCARA ANWAR DENGAN CNN

Di bawah ini disiarkan beberapa intipati wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan CNN minggu lalu:-

1) UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh. Mereka juga mengamalkan polisi pemerolehan tanpa tender dan akhirnya yang mendapat faedah daripada corak pemerintahan ini ialah kroni-kroni mereka. Golongan ini yang mendapat habuan beratus juta ringgit. Kerajaan ini jugalah yang telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu orang Melayu yang miskin

2) Anwar menyatakan beliau menjadi mangsa kepada rejim pemerintahan korup. Kerajaan BN telah menafikan hak beliau. Beliau dituduh atas satu kesalahan jenayah tetapi tidak dibekalkan dokumen yang diperlukan. Pihaknya hanya dibenarkan melihat laporan itu enam bulan selepas ia dibuat. Jika benar-benar beliau dituduh dalam satu sistem kehakiman yang adil mengapa ada cubaan untuk memburuk-burukkan peribadinya dengan tuduhan ini.

3) Anwar juga mempertikaikan sistem kehakiman di negara ini, di mana beliau berkata, itu bukan pandangannya semata-mata tetapi ia disokong dengan pandangan oleh beberapa pihak. Antaranya beliau berkata, Majlis Peguam, Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa, Persatuan Peguam Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan kehakiman. Menurut Anwar mereka secara konsensus menyatakan ada yang tidak kena dalam keseluruhan proses kehakiman kita.

4) Mengenai pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia Anawar berkata pelaksanaan undang-undang syariah, perlu dipastikan ia adil dan dalam masa yang sama perlu membuat pembaharuan untuk memastikan sistem perundangan ini benar-benar memberi keadilan. Namun begitu menurutnya, seperti mana ketetapan yang telah dibuat sebelum ini, undang-undang syariah tidak akan dilaksanakan kepada rakyat bukan Islam.

UMNO TAKUT DEBAT

Di Melaka, Ali Rustam takut berdebat dengan wakil PAS Melaka, di peringkat Pusat Ahmad Maslan takut berdebat dengan Mazlan Aliman. Itulah yang berlaku, Umno memang takut untuk berdebat dengan PAS kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk berdepan dengan rakyat yang kian lama kian cerdik dan pandai.

Umno lebih suka berdialog kerana dalam dialog mereka tidak diasak untuk menerangkan fakta sebenar dan biasanya dialog dibuat secara tertutup dan diwakili oleh ramai wakil.

Bagi blog ini, kita berasa hairan mengapa Umno begitu takut untuk berdepan dengan PAS dan rakyat sedangkan setiap hari dan saat mereka mendakwa fakta dan info yang dikeluarkan oleh PAS dan PR adalah fitnah belaka, jadi kalau fitnah mengapa takut untuk berdebat.

Di Melaka, Ali Rustam lebih sanggup berceramah di sebelah ceramah PAS sambil ketawa terbahak-bahak memperlekehkan PAS dan pimpinan PAS. Tetapi bila kita ajak berdebat beliau diam seribu bahasa, kecut perut dan pucat gigi. Namun dari jauh beliau dilihat bagaikan harimau lapar menerkam dan menghentam PAS dengan hujah dangkal dan sama standardnya dengan hujah JKKK. Inilah standard Ketua Menteri Melaka yang pernah menjadi orang kuat KEMAS suatu ketikan dahulu. Nampaknya beliau tidak dapat keluar dari kepompong dan pemikiran umpama guru KEMAS di kampung-kampung yang pernah dididik oleh beliau dahulu kala.

ALI RUSTAM PENGECUT TAKUT DEBAT - YUSOF WAHAB

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab berkata sehingga ke hari ini cabaran beliau untuk menganjurkan debat antara pemimpin PAS dan Ketua Menteri Melaka masih belum mendapat maklumbalas dari Dati Seri Mohd Ali Rustam.

Yusof berkata tempoh seminggu yang diberikan oleh beliau berakhir Rabu lalu dan sebagai langkah seterusnya beliau akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Menteri mencabar beliau berdebat.

"KIta akan tentukan masa, tempat dan wakil PAS setelah mendapat persetujuan dengan pihak Ketua Menteri, kita memang bersedia untuk berdebat dengan Mohd Ali di hadapan rakyat Melaka".

"Perbincangan akan dibuat oleh pihak kita dan Mohd Ali atau wakilnya jika beliau bersetuju bagi menentukan format debat dan lain-lain perkara berkaitan dengan debat ini" kata Yusof.

Menurutnya sebagai Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya berani untuk berhadapan dengan PAS dan rakyat dalam apa juga isu, jangan hanya berani mengkritik dan menghentam PAS dan PR dari jauh.

"Kita amat kesal dengan sikap beliau yang menganggu ceramah PAS di Bukit Baru tempohari yang menggambarkan sikap beliau yang kebudak-budakan dan tidak professional" ujar Yusof.

Katanya, Mohd Ali seharusnya matang dan menjaga imejnya serta kredibilitinya sebagai Ketua Menteri dan tidak bertindak melulu dengan menganggu ceramah PAS malah dalam ceramahnya beliau ketawa terbahak-bahak memperlekehkan PAS dan PR.

Jika Mohd Ali tidak berani berdebat dengan wakil PAS maka jelaslah beliau adalah seorang Ketua Menteri yang tidak berwibawa, pengecut dan tidak professional.

Pada 29 Jun lalu, Umno diketuai sendiri oleh Mohd Ali Rustam telah menganggu ceramah PAS yang diadakan di Pejabat PAS Cawangan Bukit Baru Dalam dengan mengadakan tayangan layar besar siaran langsung Piala Dunia dan ceramah pimpinan Umno termasuk Mohd Ali kira-kira 50-100 meter dari ceramah PAS.

07 July 2010

ZINA DAN RIBA MEMBARAH, KERAJAAN PANDANG RINGAN – HARON DIN

Pendedahan media tidak lama dahulu bahawa terdapat 257,000 anak yang didaftarkan tanpa bapa menggambarkan betapa kroniknya gejala zina di Negara kita.
“Kalau terdapat 257,000 anak luar nikah dilahirkan bermakna gejala perzinaan berlaku berlipatkali ganda banyaknya kerana tidak semua perzinaan itu menyebabkan si wanita mengandung”.

“Kita juga melihat bahawa orang sudah tidak malu mendaftarkan anak luar nikah di Pejabat Perdaftaran, inilah bala yang diturunkan oleh Allah” kata Datuk Prof Dr Haron Din.

Dr Haron Din berkata masalahnya sekarang ialah kerajaan yang berkuasa sekarang tidak memandang isu ini sebagai isu yang kronik dan meruncing.
“Tidak ada satu pun komen dan feedback yang kita dengar dari menteri-menteri dalam hal ini, sebaliknya program-program maksiat dan melalaikan terus digalakkan” tambah Dr Haron.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Maahad Ar Rahmah, Solok Gaong sempena program meraikan kejayaan pelajar-pelajar Maahad tersebut dalam peperiksaan tahun lepas.

Dr Haron Din seterusnya mengajak umat Islam supaya mengamalkan prinsip Amar Makhruf Nahi Mungkar bagi menyelesaikan masalah-masalah seperti zina, judi dan lain-lain maksiat bagi menyelamatkan rakyat dan Negara ini.

CERAMAH PERDANA DI BUKIT PULAU, BUKIT BARU 10 JULAI

Majlis Tindakan DUN Bukit Baru akan mengadakan Ceramah Perdana di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru pada 10 Julai ini bermula jam 9.00 malam. Ceramah ini akan menampilkan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Iskandar Abdul Samad, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

Ceramah ini akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Cawangan Bukit Pulau iaitu tidak jauh dari Jalan Bukit Baru-Duyong.
Ceramah ini dijangkakan hangat kerana YB Iskandar akan mengulas isu kerajaan negeri Selangor dan lain-lain isu negeri tersebut. Selain itu seperti biasa Shamsul Iskandar sudah pasti akan mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Sementara itu YB Khoo akan memperkatakan isu-isu setempat seperti pembaziran, rasuah, bajir dan lain-lain penyelewengan dan kelemahan kerajaan negeri Melaka.
Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya di Pejabat MTD Bukit Baru pagi ini berkata MTD Bukit Baru akan meneruskan program penerangan dan kemasyarakatan dari masa ke semasa.

BERSAMA TEGAKKAN KEBENARAN

Menegakkan kebenaran memang bukan kerja yang mudah dan senang. Ianya memerlukan pengorbanan dan ketabahan. Rasul dan Nabi Allah menghadapi rintangan dan cubaan yang maha dahsyat. Ada yang dibunuh, diperangi dan disiksa oleh pemerintah dan penguasa yang ingkar.

Para mujahid terdahulu ada ramai yang syahid, ditangkap dan dianiaya oleh penentang Islam. Penentangan kepada perjuangan Islam ini akan berlaku di sepanjang zaman dan masa. Hanya pelakon dan pendokong watak sahaja yang berbeza. Skripnya sama pelakonnya berlainan tetapi wataknya hampir sama.
Begitulah apa yang dihadapi dulu, kini dan akan dating. Penentang kepada kebenaran akan sentiasa ada dan setiap saat mencari jalan untuk menutup cahaya Allah.
Tapi percaya Allah akan tetap memelihara cahayaNya.

06 July 2010

Tuduh PAS Sesat, Shafie Afdhal Biadab.

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh Parti Islam Se-Malaysia itu sebagai parti ajaran sesat, sebagai satu kenyataan yang biadab. Beliau yang juga naib presiden Umno, dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

PAS mencabar beliau atas dakwaan apa beliau membuat kenyataan begitu? Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. Di dalam Perlembagaan Pas fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?

PAS tidak mahulah ajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang diperjuangkan oleh PAS. Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS.

PAS menganggap kenyataan yang biadab daripada seorang naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa. Parti PAS yang di dokong oleh Tuan Guru dan alim ulama’ macam mana beliau boleh menuduh PAS ajaran sesat.

Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA.

PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS. Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

PAS menasiihatkan Shafei sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat , supaya beliau melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad S.A.W.

PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan Solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS – PARTI AJARAN SESAT : ORANG SESAT SAHAJA YANG TUDUH ORANG LAIN SESAT

PAS parti ajaran sesat. Sampai hati orang itu menuduh PAS sebagai sesat. Apa dalil dan nas yang digunakan oleh orang itu untuk menuduh PAS begitu. Soalan yang ingin saya tanyakan ialah sudah berapa ramai pemimpin dan ahli PAS dituduh di mahkamah dan disabitkan kesalahan kerana mengamalkan ajaran sesat jika benar PAS parti ajaran sesat.
Atau mungkin orang yang menuduh orang lain sesat itu dia yang sesat kerana biasanya orang gila tidak mengaku dia gila sebaliknya menuduh orang lain gila.
Sepatutnya parti dan pemimpinnya yang mengHALALkan perkara HARAM seperti judi, riba, arak dan lain-lain itulah dituduh sebagai sesat.

05 July 2010

GANTUNG PERMIT MEDIA TANDA BN SEMAKIN TERSEPIT

Pergantungan Suara Keadilan minggu lalu memang dijangkakan kerana BN semakin tertekan dengan isu politik semasa. Semuanya kerana isu yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan tidak mampu di jawab dan disangkal oleh BN.

Akhirnya mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menafikan hak media membongkar penyelewengan dan fakta sebenar.

Selepas ini kemungkinan besar media penentang arus perdana seperti Harakah dan lain-lain mungkin juga akan diambil tindakan jika sekirannya BN tidak dapat menjawab semua isu yang ditimbulkan.

Pergantungan permit media penentang arus ini juga sering dilakukan jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Kemungkinan juga PRU ke 13 semakin hampir sebab itu media semakin ditekan sejak akhir-akhir ini.

04 July 2010

LAWAT CINA - GUNA DUIT SIAPA?

Dilaporkan Ketua Menteri Melaka yang disanjungi, Mohd Ali Rustam melawat negeri Cina di bawah Program Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Baguslah, sekurang-kurangnya dapatlah merapatkan hubungan orang Melaka dan orang Cina. Tidak pula diketahui berapa ramai rombongan beliau kali ini. Mungkin sama dengan bilangan rombongan beliau ke Paris dahulu untuk belajar tanam bunga.

Cuma rakyat ingin bertanya siapa yang menanggung kos lawatan itu. Adakah ianya menggunakan duit rakyat atau duit DMDI sendiri. Kalau duit DMDI, rakyat ingin tahu dari mana DMDI dapat duit.........bukan apa kita takut duit rakyat terbazir begitu sahaja sedangkan rakyat amat memerlukan peruntukan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir dan lain-lain.

Baru-baru ini juga krew Blog ini terserempak dengan sebuah rumah di Jalan Tun Kudu yang dilabelkan dengan nama Rumah Yayasan DMDI. Sebelum ini rumah itu dilaporkan hendak dijual dengan harga RM300,000 lebih. Tak lama selepas itu krew kami terpandang bahawa label untuk dijual diturunkan digantikan dengan label Rumah Yayasan DMDI.

Jadi sekali lagi rakyat ingin tanya, duit siapa yang digunakan untuk membeli Rumah Yayasan DMDI. Kalau duit DMDI, rakyat ingin tanya dari mana DMDI dapat duit itu.

SIAPA SESUMPAH SEBENAR

Sesumpah ialah seekor binatang yang boleh berubah warna mengikut keadaan sekelilingnya. Kini binatang ini menjadi 'famous' apabila ahli politik negara ini menggunakan istilah sesumpah untuk menuduh lawan mereka sebagai seorang yang boleh bertukar perangai dan pandangan mereka mengikut kepentingan politik mereka.

Siapa sesumpahnya sebenarnya?

Bagi saya Umno/BN sudah lama mengamalkan politik sesumpah. Pemimpinnya mereka boleh menjadi orang alim dan warak dalam program-program agama tetapi menjadi sebaliknya apabila menghadiri program maksiat dan 'lagho'. Inilah sesumpahnya sebenarnya.

Namun bagi pemimpin PAS mereka tetap konsisten dan istiqamah dengan akhlaq dan keperibadian mereka.

Umno juga boleh diibaratkan sebagai parti sesumpah kerana tidak mempunya dasar dan perjuangan yang konsisten. Kalau dulu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang berjuang semata-mata untuk kepentingan Melayu tetapi kini kita lihat semangat itu sudah tiada yang tinggal hanya perjuangan untuk 'perut dan bawah perut'. Sebab itu kita lihat Umno terpalit teruk dengan isu rasuah dan penyelewengan sehingga ada pemimpin yang disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan parti Demi untuk menang dan mendapat jawatan mereka sanggup membelanjakan jutaan ringgit.

Benar seperti kata Dr Mahathir, Umno sudah busuk sehingga ke usus.

TAHI JUDI MESTI DITOLAK PADA PRU 13

Orang suka kepada judi dipanggil 'Tahi Judi' kata Ustaz Norazli Musa (Ustaz Taliban)semasa himpunan GMJ petang tadi. Betul dan tepat sekali ungkapan itu. Istilah tahi judi bukan sahaja sesuai untuk seseorang yang suka bermain judi dan ketagih judi tetapi lebih sesuai untuk orang atau kerajaan yang meluluskan lesen judi.

Di Malaysia ini, kerajaan BN telah meluluskan berpuluh malah mungkin beratus jenis judi sejak pemerintahan Perikatan hinggalah BN sekarang. Sudah lebih 50 judi dihalalkan oleh Umno/BN tanpa takut kepada Allah dan tidak segan kepada manusia. Bagi mereka yang penting mereka dapat cukai dari hasil judi yang begitu lumayan. Sebab itulah mereka sangat ketagih untuk meluluskan lesen judi. Apa sahaja judi yang hendak dilesenkan dan dipohon oleh sesiapa sahaja sudah pasti akan diluluskan kerana semuanya akan 'masyuk' ke poket kerajaan BN.

Malah banyak maklumat dilaporkan bahawa taukeh judi ini juga menjadi antara penyumbang terbesar untuk BN pada ketika pilihanraya bagi membantu BN mengekalkan kuasa.

Jadi elok sangatlah jika istilah 'Tahi Judi' ini dikurniakan kepada pemimpin dan kerajaan BN yang ketagih untuk meluluskan lesen judi. Ahli Umno/BN dan rakyat yang mengundi BN sudah pasti akan mendapat 'saham' juga.

Oleh itu bagi mengelakkan kita turut sama mendapat 'saham' judi kita wajib menolak BN pada PRU 13 nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter