MASA SUDAH SAMPAI BAGI SUPP SERTAI PR

Masanya sudah sampai bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menyertai Pakatan Rakyat kerana masa depan politik SUPP hanya cerah jika bersama-sama berjuang di dalam PR. Ini kerana rakyat Sarawak khasnya kaum Tionghua sudah secara total menolak SUPP lantaran kerana rakyat sudah muak dengan kepimpinan Taib Mahmud dan BN yang jelas mengamalkan rasuah, penyelewengan dan kronisme.

Memang tepat pada masanya jika SUPP bersama dengan PR bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi. Jika SUPP kekal bersama BN kita yakin SUPP akan tewas di sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi dan SUPP akan dipandang sebagai kucing kurap oleh Taib dan BN kerana gagal menyumbangkan banyak kerusi kepada BN.

Jika SUPP menyertai PR sudah tentu mereka akan diperuntukan dengan sejumlah kerusi yang banyak dan mereka akan menang. Tidak ada yang rugi bagi SUPP jika menyertai PR tetapi mereka pasti memilih jalan yang salah jika terus bersama BN.

Laporan media yang menyebut bahawa pimpinan SUPP mula mengasingkan diri mereka daripada cengkaman parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud jelas membuktikan bahawa SUPP sudah tidak 'ngam' dengan BN.

Buktinya kegagalan beberapa menteri Sarawak dari SUPP menghadiri dua majlis besar dengan tema yang sama - 'SeNada SeJiwa’ yang dirasmikan oleh Taib di Bintulu dan sebelum itu di Sibu, baru-baru ini.

Malaysiakini melaporkan bahawa setakat ini, belum ada reaksi berhubung keengkaran itu yang jelas membuktikan mereka mula tidak sehaluan dengan Taib yang telah memegang kuasa di Sarawak selama lebih 30 tahun.

Selain dua majlis besar itu, program anjuran Taib yang kecil juga kurang mendapat sambutan daripada perwakilan SUPP. Ini dikatakan amat ketara di kalangan ahli dan pemimpin belia serta veteran parti itu.

Penyokong Taib di PBB, khususnya di kalangan Melanau Dayak ternyata berang. Mereka gusar nasib yang menimpa bekas ketua menteri Tun Abdul Rahman Ya’akub yang juga bapa saudara Taib akan berulang.

Rahman, yang mengetuai Sarawak selama 10 tahun ditumbangkan oleh kerajaan persekutuan pada awal 1981.

Ia berikutan selepas SUPP memberi amaran akan meninggalkan kerajaan negeri dan membentuk kerajaan baru dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tanpa penyertaan PP.

Mereka juga menuntut agar polisi ekonomi pro-Islam yang diterajui Rahman dibubarkan.

Dengan campurttangan perdana menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, Rahaman digugurkan tetapi berjaya menuntut dua perkara.

Pertama, melantik anak saudaranya, taib sebagai ketua menteri yang baruu dan kedua- menjadikannya sebagai tuan yang dipertua Sarawak.

Comments