GANTUNG PERMIT MEDIA TANDA BN SEMAKIN TERSEPIT

Pergantungan Suara Keadilan minggu lalu memang dijangkakan kerana BN semakin tertekan dengan isu politik semasa. Semuanya kerana isu yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan tidak mampu di jawab dan disangkal oleh BN.

Akhirnya mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menafikan hak media membongkar penyelewengan dan fakta sebenar.

Selepas ini kemungkinan besar media penentang arus perdana seperti Harakah dan lain-lain mungkin juga akan diambil tindakan jika sekirannya BN tidak dapat menjawab semua isu yang ditimbulkan.

Pergantungan permit media penentang arus ini juga sering dilakukan jika tarikh pilihanraya semakin hampir. Kemungkinan juga PRU ke 13 semakin hampir sebab itu media semakin ditekan sejak akhir-akhir ini.

Comments

azman kamarul said…
Mereka begitu terdesak sekarang ini untuk meraih sokongan.

Keadaan ini menjadikan mereka seperti babi cedera selepas ditembak pemburu.