INITIPATI WAWANCARA ANWAR DENGAN CNN

Di bawah ini disiarkan beberapa intipati wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan CNN minggu lalu:-

1) UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh. Mereka juga mengamalkan polisi pemerolehan tanpa tender dan akhirnya yang mendapat faedah daripada corak pemerintahan ini ialah kroni-kroni mereka. Golongan ini yang mendapat habuan beratus juta ringgit. Kerajaan ini jugalah yang telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu orang Melayu yang miskin

2) Anwar menyatakan beliau menjadi mangsa kepada rejim pemerintahan korup. Kerajaan BN telah menafikan hak beliau. Beliau dituduh atas satu kesalahan jenayah tetapi tidak dibekalkan dokumen yang diperlukan. Pihaknya hanya dibenarkan melihat laporan itu enam bulan selepas ia dibuat. Jika benar-benar beliau dituduh dalam satu sistem kehakiman yang adil mengapa ada cubaan untuk memburuk-burukkan peribadinya dengan tuduhan ini.

3) Anwar juga mempertikaikan sistem kehakiman di negara ini, di mana beliau berkata, itu bukan pandangannya semata-mata tetapi ia disokong dengan pandangan oleh beberapa pihak. Antaranya beliau berkata, Majlis Peguam, Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa, Persatuan Peguam Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan kehakiman. Menurut Anwar mereka secara konsensus menyatakan ada yang tidak kena dalam keseluruhan proses kehakiman kita.

4) Mengenai pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia Anawar berkata pelaksanaan undang-undang syariah, perlu dipastikan ia adil dan dalam masa yang sama perlu membuat pembaharuan untuk memastikan sistem perundangan ini benar-benar memberi keadilan. Namun begitu menurutnya, seperti mana ketetapan yang telah dibuat sebelum ini, undang-undang syariah tidak akan dilaksanakan kepada rakyat bukan Islam.

Comments