.

.

02 May 2009

UMNO CUBA GUNA PERANG PSIKOLOGI UNTUK LEKAKAN PR

Umno ternyata cuba menggunakan taktik baru iaitu cara psikologi dengan mewar-warkan mereka tidak akan meletakkan calon pada PRK Penanti. Sebaliknya dalam diam-diam Umno/BN mula menjalankan kerja-kerja perang saraf dan mendekati grassroot di Penanti.

PR mesti berhati-hati dengan taktik baru ini setelah pelbagai taktik lapuk mereka sebelum ini gagal memancing pengundi pada PRK sebelum ini.

Saya yakin walau apapun yang BN akan lakukan, BN akan tetap dikuburkan oleh rakyat.

30 April 2009

SPR WAJAR BERTANDING DUN PENANTI WAKILI BN

SPR wajar meletakkan calonnya mewakili BN bagi menentang Pakatan Rakyat pada PRK DUN Penanti. Ini kerana telah terang bahawa apa sahaja keputusan yang dibuat oleh SPR semuanya menyebelahi BN termasuk isu pondok panas dan menghadkan jumlah pernyokong pada hari penamaan calon dan lain-lain.
Jadi eloklah SPR memohon kepada Najib supaya calon SPR yang diletakkan di DUN tersebut untuk mewakili BN. Lagipun BN sendiri takut untuk meletakkan calonnya.
Mungkin Pengerusi SPR, Aziz Yusof atau Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad boleh bertanding untuk menentang calon PR.

29 April 2009

JANGAN BERI PELUANG KEPADA MUSUH EKSPLOITASI ISU

Isu kerajaan perpaduan walaupun dikatakan sudah ditolak namun masih dimainkan oleh media lantaran pimpinan dan ahli parti sendiri memberikan bola tanggung kepada media untuk 'smash' PAS.
Isu yang melibatkan Nik Abduh yang didakwa membuat tuduhan tentang tindakan 'penasihat' Tok Guru Nik Aziz yang mempengaruhi Tuan Guru dalam isu kerajaan perpaduan.
Bagi saya perbincangan di dalam media mesti dihentikan serta merta. Jangan cuba cari publisiti murahan sedangkan di masa yang sama PAS rugi kerana akan ada orang yang termakan dengan tohmahan dan fitnah media.
Oleh itu saya mengharapkan semua pihak samada pimpinan besar atau kecil duduk semeja berbincang (jika ada masalah) bagi menyelesaikan isu ini. Tidak ada gunanya kita berbincang melalui saluran media yang terbuka untuk dimanipulasi dan dieksploitasi oleh media dan musuh-musuh kita.
Semua kita sayangkan parti dan jangan gadaikan parti untuk kepentingan sendiri.

BN TERUS BIADAP TAK HORMATI SPEAKER

Tindakan Kerajaan BN Perak menghantar notis Sidang DUN serta agenda mesyuarat dengan membelakangkan Speaker DUN Perak merupakan suatu tindakan biadap dan kurang ajar untuk kesekian kalinya.
Notis panggilan mesyuarat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri yang disingkirkan oleh Speaker merupakan suatu tindakan barbarian dan membelakangkan prosedure Dewan.
Sejak BN merompak kuasa rakyat di Perak mereka terus bertindak sesuka hati dengan membelakangkan undang-undang dan peraturan DUN.
Saya yakin kejahatan dan kebongkakan BN ini tidak akan dilupakan oleh rakyat di mana rakyat akan bangkit menolak BN secara total pada pilihanraya umum akan datang.

PAS BUKIT KATIL DAPAT YDP BARU?

Blogger Angkasanuri mendakwa saya akan diamanahkan sebagai YDP Baru PAS Kawasan Bukit Katil. Dari mana beliau mendapat maklumat ini saya pun kurang periksa. Ianya bukan 100 % benar kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Amanah tersebut merupakan suatu yang besar dan berat untuk dipikul. Namun sebagai anggota jemaah saya akur dengan sebarang keputusan jemaah.

Jika benar jemaah mengamanahkan saya untuk memegang apa-apa jawatan ianya merupakan amanah yang besar hatta sebagai Pemeriksa Kira-kira.

Dengan jiwa yang kerdil dan rendah diri saya akur dengan keputusan jemaah. Saya memang sukar untuk menolak apa-apa jawatan kerana harapan besar yang diletakkan kepada kita. Namun kita mesti mengukur kemampuan kita untuk memikul amanah tersebut. Jangan ianya menjadi fitnah kepada diri sendiri dan jemaah.

Amanah untuk memegang sesuatu jawatan di dalam PAS bukan suatu kebanggaan malah ianya merupakan suatu ujian yang berat. Ujian datang dari luar dan dalam. Kita semua faham bahawa perjuangan Islam mempunyai musuh yang sentiasa mencari jalan untuk memadamkan nur Islam itu sendiri.

Dari itu persediaan mental dan spritual amat penting bagi memastikan diri kita tahan uji. Saya memohon kepada Allah agar tidak menguji saya dengan ujian yang berat.

28 April 2009

SPR TERUS DIKELDAIKAN OLEH BN

SPR terus menjadi keldai tunggangan BN apabila keputusan pondok panas dan memancing undi di saat akhir tidak dibenarkan.

Terbukti semua peraturan ini dicipta oleh SPR atas kepentingan BN kerana alasan yang diberikan SPR untuk tidak membenarkan pondok panas dan kempen saat akhir tidak masuk akal dan tidak professional.

Sepatutnya SRP menitikberatkan perkara-perkara seperti fitnah, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan media sebaliknya SPR memejamkan mata akan isu itu tetapi mengetatkan peraturan dalam hal lain.

UMNO KEDAH TOLAK SHAFEI AFDAL, NAJIB PERLEKEH UMNO KEDAH

Tidak seorang pun Ketua Bahagian Umno di Kedah yang meraikan kehadiran Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang baru Shafie Afdal pada jamuan makan malam bersama Umno bahagian Langkawi di Langkawi malam tadi.

Malang bagi Shafei apabila beliau tidak dihormati oleh Umno Kedah. Mengapa ini terjadi? Mungkin ianya suatu protes dari Umno Kedah yang tidak mahu orang luar menerajui Umno Kedah. Jika beliau dihormati oleh Umno Kedah sudah tentu Ketua-Ketua Bahagian Umno datang dan mencium tangan Shafei.

Kasihan Shafei terhegeh-hegeh datang ke Kedah tetapi dipulau oleh orang Kedah.

27 April 2009

NISA’ MELAKA TIMBA BANYAK PENGALAMAN MELALUI NISA INDOOR GAMES 2009

Nisa Indoor Game 2009 yang berlangsung pada 25 April lalu memberikan seribu kenangan kepada para peserta. Ianya bukan sekadar Sukan tetapi yang lebih penting semangat setiakawan, hubungan silaturrahim, pengurusan masa, mengatur strategi dan kerja berpasukan.

Sukan yang dipertandingkan iaitu congkak, dam ular gergasi, catur, karom, batu seremban, dart, dam ular dan ceper memberikan kenangan dan nostalgia kepada semua peserta dan pegawai serta jurulatih.

Rata-rata peserta Nisa Indoor Game dari Melaka berpuashati dan gembira dengan penyertaan mereka walaupun kontinjen mereka hanya memenangi satu hadiah sahaja iaitu tempat ketiga acara ceper.

Salah seorang peserta Hazirah Zainal Abidin, 17 berkata beliau sangat bersyukur kerana dipilih menyertai Nisa Indoor Game ini kerana banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba oleh beliau.

“Saya mempelajari ilmu pengurusan masa, bagaimana mengatur strategi, kerja berpasukan dan kesabaran semasa menyertai acara yang dipertandingkan”

“Selain itu saya juga mendapat ramai kawan baru dari seluruh Negara, kami bertukar-tukar pandangan dan idea” kata Hazirah, satu-satunya peserta Melaka yang mendapat hadiah tempat ketiga.

Seorang lagi peserta Zabidah Hanis, 15 menyatakan keinginannya untuk menyertai Nisa Indoor Games ini pada masa hadapan kerana ianya masih mendidik jiwanya sambil beriadah dan berseronok bersama peserta-peserta lain.
“Kami bertanding secara baik, semangat kesukanan yang tinggi dan pada masa yang sama mendidik jiwa supaya bersabar dalam apa juga keadaan”

“Walaupun kontinjen Melaka tewas dan hanya menang tempat ketiga dalam satu acara sahaja namun saya yakin kami boleh melakukan yang terbaik pada masa akan dating” ujar Zabidah yang masih bersekolah.

Sementara itu Ketua Kontinjen Melaka Mahani Othman berkata beliau gembira dengan semangat kesukanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta dari Melaka yang berjuang bermatian-matian walaupun tidak bernasib baik terpaksa mengaku kalah kepada peserta yang lebih hebat.

“Insya Allah akan berlatih lebih awal pada masa hadapan disamping berusaha mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

Kontinjen Melaka pada kali ini menghantar 16 peserta dan 3 pengiring.


BN TAKUT KENA DIKEBUMIKAN PADA 31 MEI

Akibat takut 'mati' BN masih tidak mahu mengumumkan pendirian samada ingin bertanding di Penanti atau memberikan laluan kepada calon bebas untuk menentang PKR.

Mengapa begitu lemah Najib Razak. Kalau sebelum ini ramai yang beranggapan Pak Lah adalah pemimpin Umno paling lemah rupa-rupa Najib yang dilihat 'keras' lebih lemah dari Pak Lah. Maka tidak kekoklah gelaran 'Bapa Kegagalan' diberikan kepada Najib.

Kekalahan demi kekalahan cukup merimaskan Najib. Beliau tidak sanggup untuk melihat BN dikebumikan buat kesekian kalinya pada Pilihanraya Kecil. Jiwanya kerdil dan longlai sehingga tidak sampai hati melihat BN diisytiharkan kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sehingga Najib dan kuncu-kuncu siang-siang lagi sudah berangkat balik ke KL sebelum keputusan diumumkan.

Kali ini Najib nampaknya lebih 'mandom' dan dayus. Sampai sekarang BN masih belum membuat keputusan sedangkan PKR akan menamakan calonnya dalam masa terdekat. Terbukti BN mengaku kalah sebelum masuk gelanggang.

Mungkin BN tidak sanggup dikuburkan di Penanti yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim. Kalau di tempat lain mungkin BN sanggup untuk dikuburkan tetapi tidak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. BN mungkin sedangkan menunggu untuk dikuburkan di Perak andaikata DUN Perak terpaksa dibubarkan lantaran kerja jahat BN yang merompak kuasa rakyat dari PR.

Namun saya yakin kalau DUN Perak dibubarkan sekalipun BN mungkin juga takut untuk berdepan dengan PR kerana mereka baru sahaja ditanam di Bukit Gantang. Kulit dan belulang BN masih belum reput, kubur BN masih merah, baru nisan masih cantik, rumput-rumput masih belum tumbuh di atas kubur BN.

TAKUT TANDING DI PENANTI : BN BUKAN ANAK JANTAN

Rekod dunia bakal tercipta jika BN takut bertanding di Penanti. Ini kerana tidak pernah berlaku dalam dunia sebelum BN takut untuk bertanding pada mana-mana Pilihanraya.
Tetapi kali ini BN jelas menikus dan nampak sangat takut untuk bertanding. Mereka pobia kepada pilihanraya kerana asyik kalah sahaja. Ternyata kejantanan dan kebongkakan BN selama ini sudah terhakis dan hilang. BN bukan lagi anak jantan. Malah layak digelar 'mandom' dan 'pondan tua'.
Media melaporkan hari ini bahawa keputusan sama ada BN akan bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan ditentukan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.
Timbalannya Muhyiddin Yassin berkata Najib akan mengadakan perbincangan dengan Biro Politik parti yang dipengerusikannya dalam tempoh terdekat ini sebelum mengambil keputusan tentang perkara itu.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno, Perdana Menteri akan berbincang dengan biro politik dalam tempoh terdekat ini dan akan membuat keputusan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Plaza Angsana di Johor Bahru hari ini, lapor Bernama.

1 MALAYSIA SEMUA BOLEH

Slogan 1 Malaysia slogan lama yang dihidupkan kembali oleh Najib menyaksikan kecelaruan dan caca marba.
1 Malaysia, rasuah boleh, peluk bini dan emak orang boleh, judi & arak boleh, salah guna kuasa boleh, raba boleh, buat zalim boleh dan macam-macam lagi.
Mengapa saya berkata demikian ialah kerana apa juga perkara di atas semuanya boleh dilakukan tanpa bantahan dari kerajaan dan penyokong BN. ISA boleh, peluk-peluk boleh, pemimpin rasuah terus dilantik, pemimpin tak berakhlaq terus dilantik dan macam-macam lagi.
Makna 1 Malaysia, sama-sama rasa, sama-sama pegang, sama-sama peluk, sama-sama kebas dan semuanya dibuat bersama-sama.

JANGAN GANGGU SAYA

Sejak akhir-akhir saya sering menerima email 'marketing' dari insan yang tidak dikenali dengan menceritakan betapa mudahnya mencari duit iaitu dengan berjumpa Tok Guru. Bukan Tok Guru Nik Aziz tetapi Tok Guru Wat Siam.
Lebih malang testimoni yang dipaparkan adalah cerita seorang perempuan yang memakai tudung (beragama Islam). Ini sudah tentu mengelirukan seolah-olah Islam menghalalkan tikam ekor.
Untuk memudahkan para pembaca mendapatkan 'pertolongan' Tok Guru pihak yang terbabit memasukkan nombor telefon Tok Guru tersebut.
Saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil langkah tertentu untuk menghentikan amalan ini.

Pihak ini sebenarnya menghantar handout memaparkan cara-cara untuk mendapatkan duit dengan mudah iaitu beli ekor 4 nombor di mana nombor ini boleh diperolehi dari Tok Guru Wat Siam ini.

PELUK BUKAN MUHRIM : RASA HORMAT ATASI HUKUM HARAM

Zaman sekarang halal dan haram ditolak ketepi. Hukum Allah dipermainkan. Bersalam lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa dan tidak menjadi kesalahan, sudah jadi tradisi.
Kini satu trend baru dilakukan oleh anak-anak muda dan artis. Iaitu berpelukan tanpa segan silu. Sebab itu kita dapat melihat bagaimana para pelajar Akademi Fantasia yang disingkirkan tanpa segan silu bersalam, cium tangan dan bertepuk bertampar lelaki dan perempuan.

Lebih malang lagi ada yang berpeluk-pelukkan antara pelajar dan tenaga pengajar yang masih muda dan bernafsu. Adakah perkara sebegini diharuskan atau dihalalkan oleh syarak.?
Saya yakin bagi tetamu blog ini yang arif dan faham tidak ada masalah. Tetapi bagaimana dengan anak-anak muda dan kanak-kanak yang menonton rancangan tersebut sudah tentu menganggap perkara ini dibolehkan kerana ianya sudah seakan-akan menjadi tradisi sekarang ini.
Malah lebih teruk pelajar AF yang berpeluk dengan gurunya itu menjawab beliau memeluk gurunya kerana tanda hormat. Persoalaannya adakah tanda hormat dapat mengatasi hukum haram yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
Pelajar AF terbabit Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan kepada media bahawa pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.

“Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.

“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.

Jelas sekali betapa caca marbanya masyarakat kita sekarang.

Saya menggesa Menteri Agama kerajaan Tok Jib, Datuk Jamil Khair supaya menjelaskan perkara kepada rakyat tentang isu ini supaya rakyat tidak terkeliru. Jika tidak nanti lebih ramai yang berpeluk-pelukan seperti Mat Salleh dan lepas berpeluk mungkin bercium pula.

SPR GAGAL CARI SEBAB UNTUK BATALKAN PRK PENANTI ?

Mungkin SPR gagal mencari alasan munasabah bagi menggagalkan PRK Penanti maka ianya terpaksa diadakan.
Oleh kerana itu PRK itu terpaksa dijalankan di mana penamaan calon akan dilangsungkan pada 23 Mei dan pengundian pada 31 Mei.
Namun begitu semakin jelas SPR mencari cara-cara lain untuk memberikan kelebihan kepada BN untuk PRK tersebut. Langkah pertama yang diambil oleh SPR ialah mengumumkan bahawa pondok panas tidak dibenarkan selain dari petugas parti dilarang dari memancing undi pada hari pengundian. Apa motifnya?

Beberapa persoalan timbul dari 2 tindakan di atas. Pertama adakah ianya telah diwartakan dan kedua adakah keputusan dibuat oleh SPR dengan adanya tujuan yang tersirat disebalik yang tersirat.?

26 April 2009

RAKYAT TETAP MAHU NAJIB BERSIHKAN NAMA

100 % rakyat Malaysia yang saya temui semuanya mengharapkan Perdana Menteri Malaysia (bukan PM Umno sahaja), Najib Razak membersihkan namanya dari dakwaan busuk akhbar luar negara. Mereka rata-rata hairan mengapa PM Najib tidak berbuat demikian demi nama baik Malaysia dan PM sendiri.
Rakyat Malaysia muak untuk menjawab soalan rakan-rakan mereka dari luar negeri yang sering bertanyakan mereka akan kesahihan dakwaan itu. Ada yang menelefon, menghantar email, menggunakan facebook dan sebagainya, semuanya bertanya pasal kematian wanita Mongolia Altantuya Shaaribu yang dibomkan dengan C4.
Bagi mereka apa yang hendak mereka jawab selain berkata no comment, itu sahaja agaknya jawaban yang boleh diberikan oleh seorang rakan dalam bahasa jawa bila rakannya dari luar negara bertanya akan hal itu.
Jadi saya mengharapkan PM kesayangan kita ini cepat-cepat mengambil tindakan mahkamah ke atas semua media luar negeri yang memburuk-burukkan nama beliau.
Malah ada antara mereka yang sanggup bergolok bergadai untuk membiayai kos guaman itu jika PM Najib sanggup menyaman media-media yang jahat itu.

MINIMA 2 PENCALONAN BARU LAYAK BERTANDING

Saya menerima beberapa 'inquiry' dari bakal-bakal calon yang bertanding pada mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Katil 3 Mei ini. Masing-masing tidak puas hati kerana PAS Pusat mensyaratkan bahawa setiap calon mesti mendapat minima 2 pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding.
Setiausaha PAS Kawasan Haji Salamat Aman membuat panggilan telefon tengahari tadi memaklumkan perkara ini. Jadi saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan terpaksa menolak beberapa pencalonan kerana mereka hanya mempunyai 1 pencalonan sahaja.
Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan keputusan PAS Pusat ini kerana ianya seolah-olah tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya. Namun saya juga bersyukur kerana dengan keputusan itu kita juga dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan pemilihan kerana jika tidak maka terlalu ramai calon yang layak bertanding sedangkan mereka tidak mendapat sokongan ramai, sekadar mengabihkan bogheh yo.

BERLUMBA-LUMBA LAKSANA KEBAJIKAN

Sahabat-sahabat sekelian mari kita renungi akan firman Allah S.W.T Dan bertolong-menolong kamu dalam melaksanakan perkara-perkara taqwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam melaksanakan kejahatan.
Saya sentiasa 'husnul zon' kepada sahabat-sahabat yang ingin bertanding untuk memikul amanah kepimpinan dalam perjuangan menegakkan Islam ini. Bagi saya tidak salahnya sahabat memaklumkan yang mereka bersedia untuk memikul amanah besar tersebut asalkan mereka yakin diri mereka mampu untuk memikul amanah besar itu.
Saya yakin semua ahli PAS faham bahawa setiap kepimpinan akan ditanya oleh Allah akan amanah yang dipikul. Amanah kepimpinannya bukannya suatu perkara yang boleh dijadikan kebanggaan dan mencari kemuliaan. Sebaliknya ia penuh dengan tanggungjawab dan kewajipan terhadap jemaah dan ahli yang dipimpin. Dalam konteks perjuangan PAS kita bukan sahaja memikul amanah untuk menggerak jemaah kita bahkan tanggungjawab kita jauh lebih besar iaitu membebaskan manusia dari belenggu jahiliyah kepada kemerdekaan iaitu memperhambakan diri kepada Allah.
Oleh itu saya mengharapkan sahabat semua jangan risau dengan senario yang sedang berlaku pada musim pemilihan ini kerana saya yakin PAS tidak sama dengan Umno yang sentiasa berpecah belah dan melanggar hukum Allah dan undang-undang ciptaan mereka sendiri bila tiba musim pemilihan. Ini semua tidak lain tidak bukan ahli dan pimpinan Umno menjadikan pangkat dan kuasa sebagai matlamat hidup mereka kerana bagi mereka dengan pangkat dan kuasa mereka akan menjadi kaya raya dan dimuliakan oleh manusia. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai cita-cita mendapat kuasa hatta dengan membunuh, melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah memfitnah, menculik dan sebagainya.
Saya mendoakan pemilihan kali ini akan menampilkan kepimpinan yang bertaqwa, hebat dan mampu memimpin rakyat dan negara ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat.

MESYUARAT AGUNG : PEMILIHAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL LANCAR

Proses pencalonan dan pemilihan AJK PAS Kawasan Bukit Katil yang bakal berlangsung pada 3 Mei di INB Resort Insya Allah akan berjalan dengan baik dan lancar.

Dari maklumat yang boleh dipercayai kemungkinan semua jawatan tertinggi tidak akan dipertandingkan kerana kepimpinan PAS Kawasan sudah matang dan sepakat menentukan hala tuju PAS Kawasan.

Insya Allah PAS Kawasan akan terus maju menongkah perjuangan.


Sebelum Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan berjaya mengadakan mesyuarat agung masing-masing dengan jayanya. Pemuda mendapat ketua baru iaitu Puhat Bedol(gambar) sementara Muslimat mengekalkan Ketua lamanya Dr Khatijah Jumangat.

ORANG BUKAN ISLAM LEBIH FAHAM ISLAM DARI UMNO

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Wahid Endut berkata orang bukan Islam lebih faham dari Islam dari orang Umno apabila mereka bangkit menyokong PAS sejak akhir-akhir ini termasuk pilihanraya kecil.
Seorang YB di Perak bernama Kesavan berkata beliau seumpama bapa Saudara Nabi, Abu Talib walaupun bukan Islam tetapi membantu Nabi mendaulatkan Islam. Kesavan berkata itu lebih mulia dari Umno yang tak habis-habis menentang Islam dan perjuangan Nabi.
Kata Wahid, ucapan YB Kesavan tersebut benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Umno yang sejak dari dahulu menentang PAS sedangkan PAS membawa ajaran Allah dan Rasulullah.
Wahid berkata demikian pada ceramah kesyukuran kemenangan PAS PRK Kuala Terengganu di perkarangan Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

MANTAPKAN TARBIAH, PERKASA ORGANISASI REBUT PELUANG KELEMAHAN LAWAN

Hari ini saya diamanahkan untuk merasmikan Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah di SRI Munawwarah Kg Pulau, Durian Tunggal.
Kehadiran seperti biasa mengikut standard negeri Melaka.

Saya menekankan kepada 3 perkara untuk diberi perhatian oleh muslimat iaitu mantapkan tarbiah, perkasakan organisasi dan rebut peluang di atas kelemahan lawan.
Saya melihat bahawa tarbiah sangat penting bagi menyediakan petugas yang mantap, istiqamah dan tahan uji.
Organisasi mesti dimantapkan dengan penambahan ahli baru, organisasi yang sistematik dan kepimpinan terlatih serta bilangan ahli dan cawangan yang banyak.
Saya juga berharap muslimat mengambil kesempatan di atas kelemahan lawan-lawan dihimpit dengan seribu satu masalah sekarang ini.

SIDANG DUN PERAK JADI PERMAINAN REBUT KERUSI

Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung 7 Mei ini menjadi pertandingan merebut kerusi kerana PR dan BN masing-masing mengaku mereka adalah kerajaan yang sah. Lebih menarik BN yang merompak kuasa dari PR pada Februari bakal berhadapan dengan Speaker dari PR yang sudah pasti akan memperuntukkan kerusi kepada PR di sebelah kanan beliau iaitu kerusi untuk kerajaan.
Saya jangka sidang ini akan menjadi sidang yang kecoh dan mungkin kejadian pelik tetapi benar akan berlaku. Antara akan ada ADUN-ADUN yang tidak dibenarkan memasuki Dewan; akan ada pertikaman lidah yang dahsyat sehingga mungkin berbaling kerusi dan macam-macam lagi.

Semua gara-gara ketamakan dan kebiadapan merampas kerajaan Perak secara tidak bertamadun dengan membelakangkan mandat yang diberikan rakyat kepada PR.
Selepas Sidang bawah pokok berlaku tidak lama dulu, mungkin kali Sidang DUN Perak sekali lagi menjadi tumpuan dengan peristiwa yang tidak terduga berlaku sekali lagi.
So, look and see apa yang akan berlaku 7 Mei nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter