JANGAN GANGGU SAYA

Sejak akhir-akhir saya sering menerima email 'marketing' dari insan yang tidak dikenali dengan menceritakan betapa mudahnya mencari duit iaitu dengan berjumpa Tok Guru. Bukan Tok Guru Nik Aziz tetapi Tok Guru Wat Siam.
Lebih malang testimoni yang dipaparkan adalah cerita seorang perempuan yang memakai tudung (beragama Islam). Ini sudah tentu mengelirukan seolah-olah Islam menghalalkan tikam ekor.
Untuk memudahkan para pembaca mendapatkan 'pertolongan' Tok Guru pihak yang terbabit memasukkan nombor telefon Tok Guru tersebut.
Saya mengharapkan pihak berkuasa mengambil langkah tertentu untuk menghentikan amalan ini.

Pihak ini sebenarnya menghantar handout memaparkan cara-cara untuk mendapatkan duit dengan mudah iaitu beli ekor 4 nombor di mana nombor ini boleh diperolehi dari Tok Guru Wat Siam ini.

Comments

Anonymous said…
SALAM..
mintak higlightkan sekali psl kat area tmn merdeka skrg ni ada lot2 kedai yg di jadikan mcm tokong siam / kuil budha..

Tmn merdeka area Taipan tu je ada 3. Depan caltex ada 1. Angkasanuri klu x silap ada 1.

Camana Majlis blh lpskan lesen dia. Ni under perniagaan atau rumah ibadat..

Sakit Mata Tengok...
Anonymous said…
betul, saya selalu dapat surat sami siam dari perlis.
Saya pernah hantar copy pada jabatan agama perlis, suruh ambil tindakan, tak taulah.....
nampak gaya depa sengaja nak market pd org islam...memang nak kena penangan satu hari nanti...