BN TAKUT KENA DIKEBUMIKAN PADA 31 MEI

Akibat takut 'mati' BN masih tidak mahu mengumumkan pendirian samada ingin bertanding di Penanti atau memberikan laluan kepada calon bebas untuk menentang PKR.

Mengapa begitu lemah Najib Razak. Kalau sebelum ini ramai yang beranggapan Pak Lah adalah pemimpin Umno paling lemah rupa-rupa Najib yang dilihat 'keras' lebih lemah dari Pak Lah. Maka tidak kekoklah gelaran 'Bapa Kegagalan' diberikan kepada Najib.

Kekalahan demi kekalahan cukup merimaskan Najib. Beliau tidak sanggup untuk melihat BN dikebumikan buat kesekian kalinya pada Pilihanraya Kecil. Jiwanya kerdil dan longlai sehingga tidak sampai hati melihat BN diisytiharkan kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sehingga Najib dan kuncu-kuncu siang-siang lagi sudah berangkat balik ke KL sebelum keputusan diumumkan.

Kali ini Najib nampaknya lebih 'mandom' dan dayus. Sampai sekarang BN masih belum membuat keputusan sedangkan PKR akan menamakan calonnya dalam masa terdekat. Terbukti BN mengaku kalah sebelum masuk gelanggang.

Mungkin BN tidak sanggup dikuburkan di Penanti yang menjadi kubu kuat Anwar Ibrahim. Kalau di tempat lain mungkin BN sanggup untuk dikuburkan tetapi tidak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. BN mungkin sedangkan menunggu untuk dikuburkan di Perak andaikata DUN Perak terpaksa dibubarkan lantaran kerja jahat BN yang merompak kuasa rakyat dari PR.

Namun saya yakin kalau DUN Perak dibubarkan sekalipun BN mungkin juga takut untuk berdepan dengan PR kerana mereka baru sahaja ditanam di Bukit Gantang. Kulit dan belulang BN masih belum reput, kubur BN masih merah, baru nisan masih cantik, rumput-rumput masih belum tumbuh di atas kubur BN.

Comments

"Sesungguhnya tidaklah akan mendapat kemenangan orang yang zalim"
(AL Qasas:37,Yusuf:23, Al Anam : 21)

Mereka sekali-kali tidak akan menemui kebahagiaan serta ketenteraman selagi tidak kembali kejalan ALLAH.Hati mereka berpecah belah.Sentiasa gelisah dan resah.

."....Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH lah, hati menjadi tenteram"
(Ar Rad:28)
Anonymous said…
Memang patut UMNO/BN merasa takut...takut kerana terlalu banyaknya dosanya kpd rakyat....BN/UMNO sudah menghampiri jalan persinggahanya...maka PRU 13 UMNO/BN akan berehat buat selamanya.....insyaAllah..sama-sama kita berjuang....
zakaria@black said…
Malas nak layan karenah pembangkang yang dayus, bodoh, jahil dan bebal dalam politik...
Anonymous said…
errr....sapa pembangkang? di penang? di perak?