NISA’ MELAKA TIMBA BANYAK PENGALAMAN MELALUI NISA INDOOR GAMES 2009

Nisa Indoor Game 2009 yang berlangsung pada 25 April lalu memberikan seribu kenangan kepada para peserta. Ianya bukan sekadar Sukan tetapi yang lebih penting semangat setiakawan, hubungan silaturrahim, pengurusan masa, mengatur strategi dan kerja berpasukan.

Sukan yang dipertandingkan iaitu congkak, dam ular gergasi, catur, karom, batu seremban, dart, dam ular dan ceper memberikan kenangan dan nostalgia kepada semua peserta dan pegawai serta jurulatih.

Rata-rata peserta Nisa Indoor Game dari Melaka berpuashati dan gembira dengan penyertaan mereka walaupun kontinjen mereka hanya memenangi satu hadiah sahaja iaitu tempat ketiga acara ceper.

Salah seorang peserta Hazirah Zainal Abidin, 17 berkata beliau sangat bersyukur kerana dipilih menyertai Nisa Indoor Game ini kerana banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba oleh beliau.

“Saya mempelajari ilmu pengurusan masa, bagaimana mengatur strategi, kerja berpasukan dan kesabaran semasa menyertai acara yang dipertandingkan”

“Selain itu saya juga mendapat ramai kawan baru dari seluruh Negara, kami bertukar-tukar pandangan dan idea” kata Hazirah, satu-satunya peserta Melaka yang mendapat hadiah tempat ketiga.

Seorang lagi peserta Zabidah Hanis, 15 menyatakan keinginannya untuk menyertai Nisa Indoor Games ini pada masa hadapan kerana ianya masih mendidik jiwanya sambil beriadah dan berseronok bersama peserta-peserta lain.
“Kami bertanding secara baik, semangat kesukanan yang tinggi dan pada masa yang sama mendidik jiwa supaya bersabar dalam apa juga keadaan”

“Walaupun kontinjen Melaka tewas dan hanya menang tempat ketiga dalam satu acara sahaja namun saya yakin kami boleh melakukan yang terbaik pada masa akan dating” ujar Zabidah yang masih bersekolah.

Sementara itu Ketua Kontinjen Melaka Mahani Othman berkata beliau gembira dengan semangat kesukanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta dari Melaka yang berjuang bermatian-matian walaupun tidak bernasib baik terpaksa mengaku kalah kepada peserta yang lebih hebat.

“Insya Allah akan berlatih lebih awal pada masa hadapan disamping berusaha mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

Kontinjen Melaka pada kali ini menghantar 16 peserta dan 3 pengiring.


Comments

Tahniah buat Pengarah Nisa' Melaka.
InsyaALLAH, teruskan usaha .ALLAH berkati.