.

.

28 July 2015

GHB, PKR DAN DAP SERU AHLI PARLIMEN BUAT UNDI TAK PERCAYA PADA NAJIB

Timbalan Presiden Umno dan seluruh Ahli Parlimen BN yang sayangkan negara diminta menyokong cadangan untuk melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak yang penuh dengan kontroversi.

Gesaan ini dibuat oleh pimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB), ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP dalam satu sidang media sebentar tadi.

Cadangan ini merupakan antara rancangan GHB, PKR dan DAP untuk menyelamatkan negara. Pimpinan PAS tidak hadir dalam persidangan akhbar tersebut. 

"Kami menyeru satu tindakan drastik di ambil untuk membuat peralihan kerajaan kepada kerajaan sementara".

"Inilah masanya untuk Muhyiddin, kumpulannya, Ahli Parlimen BN yang sayangkan negara untuk menyokong pembentukan kerajaan sementara melalui undi tidak percaya kepada Najib" ujar Pengerusi GHB Mohamad Sabu.

Seorang Perdana Menteri sementara mesti dilantik untuk mentadbir negara selama setahun.

Perdana Menteri sementara boleh dipilih dari kalangan pemimpin yang berpengalaman seperti Muhyiddin, Ku Li, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Musa Hitam atau Shahrin Samad.

"Negara tidak harus dimangsakan dengan isu 1MDB yang membelenggu Najib" tegas Mat Sabu lagi. 

UMNO DAN PAS SAMA TIDAK BOLEH DIKRITIK?

Ada pihak yang mendakwa pemimpin Umno dan PAS sama sahaja sifatnya - TIDAK BOLEH DIKRITIK.

Siapa yang menkritik dan tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti maka umur karier politik mereka tidak akan lama atau dalam bahasa mudah - PENDEK UMUR.

Hari ini Presiden Umno, Najib Razak menggugurkan 5 orang Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri termasuk seorang Menteri kanan. Menteri-menteri yang dipencenkan itu ialah :

- Muhyiddin (TPM/Menteri Pelajaran)

- Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar)

- Hasan Malek (Menteri Tak berapa cerdik - jaga barang, koperasi)

- G. Palanivel (Menteri Tanah Runtuh)

- Ewon Ebin (MOSTI)


Kesemua mereka mempunyai masalah dan mendatangkan masalah kepada Najib. Muhyiddin dan Shafei lantang menghentam Najib dalam isu-isu 1MDB dan lain-lain. 

Sifat tidak boleh dikritik dan diberi nasihat ini memang bahaya dan akan memundurkan sesebuah negara dan organisasi. Hanya mereka yang 'Yes Man' dan menjadi Pak Angguk sahaja yang selamat.

Tinggallah mereka yang 'Yes Boss', "Betul Boss' sahaja dalam parti dan kabinet. Ini amat merbahaya kerana tiada check and balance. 


Pemerhati politik melihat bahawa di dalam PAS pun sama. Di mana semua pemimpin yang tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi parti atau berlainan pendapat semuanya bungkus pada Muktamar PAS baru-baru ini. 


MUHYIDDIN DAN SHAFIE AFDAL TUBUH PARTI BARU ATAU SERTAI GHB?

2 pemimpin utama Umno yang disingkirkan dalam rombakan kabinet Najib sebentar tadi mungkin akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh pimpinan PAS yang dibuang pada pemilihan PAS baru-baru ini.

Perkembangan hari ini benar-benar memberikan tamparan kepada politik Malaysia kerana sudah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno dan Shafei sebagai Naib Presiden sudah tentu tidak akan duduk diam. Mereka juga mempunyai pengaruh kepada akar umbi Umno. Inilah masanya untuk mereka berdua menunjukkan kuku dan taring atau siku dan lutut mereka kepada Najib.

Perangai Najib ini agak sama dengan perangai pemimpin PAS yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Sesiapa yang menegur dan mengkritik maka mereka akan disingkirkan dalam 2 parti terbesar ini iaitu Umno dan PAS. Cuma cara penyingkirannya sahaja yang berbeza.

Kami percaya kedua-dua pemimpin yang berpengalaman ini tidak akan duduk diam. Mereka ada pengikut, mereka ada pengaruh, mereka ada kedudukan. Mereka tidak akan duduk diam. 

Mereka boleh menentukan hala tuju politik mereka samada duduk diam-diam, buat parti baru, sertai GHB, masuk PKR atau terjun masuk DAP.

MUHYIDDIN SERTAI GHB?

Sekarang masanya untuk Muhyiddin Yassin menentukan halatuju politik barunya selepas dipecat secara terhormat oleh Ah Jib Gor. Apa kata kalau Muhyiddin menyertai GHB dan seterusnya bersama parti baru yang bakal ditubuhkan pada September ini.

Inilah masanya untuk beliau membongkar segala kemungkaran yang berlaku dalam Umno yang dipimpin oleh Ah Jib Gor. Jangan undur ke belakang teruslah mara ke hadapan untuk memimpin rakyat membebaskan diri dari belenggu Umno/BN.


Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

~ Malaysiakini

27 July 2015

GHB DAN PAS : BERDAMAI DAN BEKERJASAMA LEBIH BAIK


PAS Kawasan Bukit Katil peka kepada apa juga isu politik yang sedang
melanda negara khususnya dalam negeri Melaka. Pergeseran dalaman PAS yang sedang berlaku sekarang kami ikuti dengan teliti dan berhati-hati.

Semalam Sinar Harian melaporkan bahawa GHB Kawasan Bukit Katil telah
ditubuhkan di mana ianya telah diketuai oleh mantan Yang Dipertua PAS
Kawasan Bukit Katil iaitu Haji Bakrin Sidek. Ahli-ahli Jawatankuasanya juga ada yang terdiri dari bekas-bekas pimpinan parti politik dan NGO.

Sebagai sebuah negara demokrasi kami merasakan bahawa sesiapa sahaja
berhak menubuhkan NGO dan parti politik bagi merealisasikan aspirasi
perjuangan masing-masing.

Dari maklumat yang kami terima setakat ini GHB masih lagi bergerak
sebagai sebuah parti NGO dan bukan parti politik. Jadi selaras dengan
kenyataan PAS Pusat bahawa kita tidak boleh menghalang ahli-ahli dari
menyertai mana-mana NGO yang mereka suka.

Tetapi jika mereka menyertai parti politik maka keahlian mereka akan
terbatal secara automatik. Oleh kerana itu buat masa ini kami
mengambil sikap tunggu dan lihat. Kami tidak teragak-agak untuk
membuat laporan kepada PAS Pusat jika ada ahli-ahli yang membantu dan
terlibat dengan parti politik lain tidak kira apa juga parti sekalipun
hatta Umno atau parti baru yang dikatakan akan ditubuhkan tidak lama
lagi.

Berkaitan dengan penubuhan NGO GHB di Bukit Katil ini, saya akan
berusaha sedaya upaya untuk menjadikan PAS Kawasan Bukit Katil sebagai
'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam
menjalinkan hubungan dengan GHB dalam gerakerja membebaskan rakyat
dari belenggu kerajaan Umno/BN.

Bagi kami, NGO GHB perlu didekati dan di bawa ke meja perundingan
kerana dari maklumat yang kami terima GHB juga mempunyai cita-cita
politik yang sama dengan PAS iaitu ingin menumbangkan Umno/BN pada PRU
ke 14 nanti.

Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil mempunyai hubungan
yang sangat baik dengan Penyelaras GHB Kawasan Bukit Katil, Haji
Bakrin Sidek dan hampir kesemua AJK GHB Bukit Katil. Oleh kerana kami
yakin tiada masalah untuk kami bekerjasama bagi mencapai matlamat yang
sama dalam PRU ke 14 nanti.

Kami di Bukit Katil mengharapkan tiada unsur-unsur di luar yang
mengganggu kami di Bukit Katil untuk bekerjasama. PAS Kawasan Bukit
Katil dan GHB Bukit Katil mempunyai musuh yang sama dan sangat sedikit
perbezaan antara kami.

Insya Allah kami akan tunjukkan 'izzah Islam kami untuk berbaik dengan
semua orang. PAS Bukit Katil mengharapkan pimpinan Pusat dapat
memikirkan satu bentuk kerjasama dengan GHB sebagaimana tahalluf
siyasi' kita dengan PKR, DAP, Semangat 46 dan lain-lain sebelum ini.
Insya Allah dengan kerjasama ini pergeseran dan perselisihan faham
dapat kita basmi atau minimakan.

Kami akan tunjukkan contoh bahawa berbaik dan bekerjasama lebih baik
dari bergaduh dan berperang dingin.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter