.

.

26 July 2008

UMNO SEMAKIN PORAK PERANDA - Ref Malaysiakini

Umno semakin porak peranda dan semakin kucar-kacir. Cuma situasi tidak diketahui umum kerana media arus perdana dikuasai mereka. Padahal arus pergolakan semakin kencang dan hebat.
Sudah ada cawangan-cawangan yang berani mengusulkan supaya Ku Li, Najib dan Muhyiddin bertanding menentang Imam Hadhari untuk posisi Presiden. Kalaulah sebelum tidak ada cawangan yang berani berbuat demikian kini ianya sudah tidak menjadi satu benda yang pelik kerana semuanya gara-gara Imam Hadhari yang lembap, lemah dan suka terlelap.
Kalau sebelum ini beberapa cawangan Umno Bahagian Pekan mencadangkan supaya AlNajib bertanding jawatan Presiden, hari ini cawangan di Johor Baharu pula berani mencadangkan Muhyiddin bertanding jawatan tersebut pada pemilihan Disember ini.

'Giliran orang Johor jadi presiden'

Sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan, kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah."Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut."Ini kerana beliau telah membuktikan kemampuannya melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya selama ini," kata Abdul Muhamad TalibTugas-tugas yang diamanahkan itu merangkumi dalam parti dan juga dalam kerajaan.
Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Sebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad."Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini.
Tidak dipengaruhiKetua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya. Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.
Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi."(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama," jelasnya.Abdul Muhamad Talib juga menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju berpolitik untuk menjaga hati orang lain."Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)," katanya.
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah diusulkan oleh dua cadangan di Pahang untuk bertanding jawatan presidenDua cawangan tersebut ialah Umno Bukit Kuantan 3 (bahagian Paya Besar) dan Umno Kampung Ubai (bahagian Pekan).
Sumber : Malaysiakini

KINI BARU KAU SEDAR - Ref Malaysiakini

Kini baru kau sedar bahawa engkau tidak dilayan dan dihiraukan. Dulu orang cium tangan engkau bila berjumpa. Dulu orang sanjung dan puja serta puji. Apa sahaja yang engkau cakap semua orang kata betul, hatta yang tidak betul pun dia orang kata betul.
Kini baru kau sedar bahawa semuanya itu tidak kekal. Puja dan puji mereka itu hanyalah ketika engkau berkuasa.
Kini baru kau sedar, bertanding jadi perwakilan bahagian pun engkau kalah.........
Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan Umno dan BN.

"Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.

"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.

Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.

"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis.

Abdullah pernah sebelahi Ku Li lawan Mahathir

Menurut Dr Mahathir, Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan beliau pada tahun 1986-1987.

"Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Ku Li. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno baru yang saya pimpin.

"Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri," katanya.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi, dan ketika itu katanya Mesyuarat Agung Umno memilih Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

"Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri. Di Mesyuarat Agung selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno," katanya.

Justeru itu ujar Mahathir, beliau kembalikan Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.
Dari 'Mr Clean' kepada pemimpin yang lemah

"Puji-pujian didengar merata-rata yang Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi," katanya.

Kini baru kau sedar bahawa engkau dah buat silap, bukan sahaja buat silap kerana memilih Pak Lah tetapi engkau dah buat banyak silap dan zalim kepada rakyat. Kesilapan dan kezaliman engkau diteruskan oleh Pak Lah.
Zaman engkau ISA dikekalkan di kenakan kepada ramai tahanan politik, zaman engkau OSA diperkenalkan, zaman engkau macam-macam hukum rimba dan tindakan tidak demokratik engkau buat. Kini baru engkau sedar bahawa engkau tersilap, mengapa baru sekarang engkau sedar???????????????

TAHNIAH DBKL KERANA BATALKAN KONSERT INUL - Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan konsert Inul yang dijadualkan dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini.

Pembatalan ini merupakan suatu tindakan bijak kerana jelas konsert tersebut langsung tidak bermanfaat malah ianya merupakan suatu konsert maksiat kerana persembahan Inul sendiri merupakan merupakan persembahan yang boleh disifatkan lucah dengan pakaian ketat, tarian gelek yang melampau dan sebagainya. Ianya bisa menggocangkan nafsu lelaki yang menontonnya.

Persembahan tersebut mendapat bantahan hebat dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang menghantar memo kepada DBKL menggesa supaya ianya dibatalkan.

Sebelum ini Konsert Inul di Johor Baharu juga dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) setelah mendapat bantahan hebat dari Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan rakyat negeri Johor.

Pembatalan ini merupakan suatu perkembangan positif sedangkan sebelum pelbagai bantahan dibuat Konsert Inul tetap diteruskan.

Syabas DBL dan MBJB. Adalah diharapkan selepas ini semua kerajaan tempatan akan mencontohi sikap DBKL dan MBJB dengan tidak membenarkan sebarang konsert yang jelas menggalakkan maksiat dan melalaikan.

Malangnya Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) telah meluluskan penganjuran konsert tersebut. Kelulusan inilah yang menyebabkan pihak berkenaan berani menganjurkan Konsert Inul. Kita hairan mengapa Puspal iaitu sebuah agensi kerajaan tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk sehingga memberikan kelulusan untuk konsert ini dianjurkan di Malaysia.

Saya mendesak Puspal supaya mengkaji semula garispanduan untuk kelulusan sesuatu konsert dan program artis luar supaya ianya selari dengan hasrat agama Islam dan nilai-nilai morak rakyat Malaysia.

Saya menggesa menteri berkenaan memberikan jawapan mengapa konsert ini diluluskan oleh Puspal sedangkan ianya jelas berlawanan dengan Islam dan nilai-nilai moral.

25 July 2008

ISU KERETA, MUZAKARAH DAN LIWAT TENGGELAMKAN ISU PANAS LAIN - Ref Malaysiakini

Jelas sekali bahawa Pasukan Pemikir Umno dan BN sedang sibuk mencipta isu-isu baru untuk mengalihkan perhatian rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan harga minyak, barangan dan sebagainya.

Setelah mereka menjadikan isu liwat Anwar mereka mencipta pula isu muzakarah sedangkan ianya tidak berbangkit. Selepas itu isu kereta rasmi pula menjadi pilihan mereka. Bijak sungguh pasukan ini bermain dengan isu dan mencari isu-isu baru yang dapat 'melalaikan' rakyat.

Kita belum tahu apa pula isu akan di'create'kan oleh mereka selepas ini kerana isu muzakarah akan berakhir sehari dua selepas pimpinan PAS meng'clear'kan semua hal yang berkaitan muzakarah dengan menegaskan bahawa tidak ada muzakarah yang telah, sedang dan akan dibincangkan setakat ini.

Apakah isu jenayah, kehilangan kanak-kanak, pengangguran, isu perpaduan dan ketuanan Melayu pula akan dimainkan oleh media mereka. Ini kerana isu muzakarah ini Insya Allah telah dapat di'counter' oleh PAS. Sudah tentu pemikir Umno ini akan mencipta isu baru yang boleh menarik perhatian ramai.
Semua orang tahu bahawa pemikir 'lahanat' ini akan sentiasa mencari peluang untuk memporak perandakan lawan mereka dengan apa cara sekalipun.

Umpamanya dengan isu muzakarah selain dari mengalih perhatian rakyat dari isu-isu semasa yang lain, mereka juga berjaya menimbul prasangka tidak baik DAP dan PKR kepada PAS.

Dengan isu liwat, selain dari mengalihkan perhatian rakyat dari isu minyak dan lain-lain mereka juga berupaya memburuk-burukkan Anwa dan melengah-lengahkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat kerana ahli-ahli Parlimen BN yang hendak melompat kepada PR mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga isu ini selesai. Entah bila ianya akan selesai kita pun tidak tahu.

Jadi dalam sehari dua ini sudah tentu kita akan dapat melihat isu-isu dan cerita-cerita baru akan dibangkitkan. Mungkin cerita bunuh diri, bunuh, rogol, culik, khalwat, zina dan sebagai mungkin dijadikan penampan sementara sebelum mereka mendapat isu-isu lain yang lebih besar dan 'hebat'. Kerja-kerja pasukan pemikir ini memang 'celaka' dan 'bacul' namun mereka ini adalah anak emas kepada Umno dan BN kerana peranan mereka cukup besar untuk menguasai minda dan pemikiran rakyat. Apabila minda dan pemikiran rakyat sudah dikuasai maka senanglah rakyat di'bawa' ke sana ke mari ibarat kerbau dicucuk hidung. Apa sahaja yang disuruh tuannya akan diikuti tanpa bantahan.

Malang sekali jika kita termakan dengan umpan dan helah mereka ini. Oleh itu setiap berita yang sampai kepada kita mesti kita selidiki kesahihannya dan jangan lupa bertanya kepada orang yang arif dalam bidang-bidang berkaitan dengan isu tersebut. Bagi anggota jemaah dan parti politik mereka mesti merujuk kepada pimpinan tertinggi jemaah atau parti kerana mereka sahajalah yang boleh membuat keputusan setelah ianya di'syura'kan.

UMNO/BN TIDAK LAGI BOLEH DIPERCAYAI - Ref Malaysiakini

Siapa mahu percaya dengan ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin Umno yang ada dan peneraju negara sekarang?

Saya berpendapat orang berkenaan adalah bodoh dan tidak mengerti politik. Manusia yang cerdik dan pandai berpolitik, tidak akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan pemimpin Umno hari ini kerana mereka sebelum ini beratus-ratus kali bahkan lebih dari itu sering berbohong kepada rakyat.

Ketua pembohong ialah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Dalam kes tarikh pilihan raya umum ke-12 yang lalu sebagai satu contoh nyata bagaimana pembohongan itu dibuat.

Benar, kenyataan pembohongan itu perlu dibuktikan tetapi bagi penulis pembohongan itu bukan sahaja perlu dibuktikan tetapi sejarah pembohongan itu perlu diteliti dan mereka perlu diajar dengan sikap dan ketegasan rakyat sendiri.

Pemimpin pembohong seperti ini di negara maju sudah lama disingkirkan dari persada politik bukan pemimpin-pemimpin yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan dan membela nasib rakyat disingkirkan sebagaimana berlaku di negara ini.

Bagaimanapun dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Barisan Nasional (BN) tidak merancang untuk berkonspirasi dengan Anwar merupakan satu cakap-cakap yang tidak boleh diterima.

Walaupun ia belum berjaya dibuktikan (masa boleh menentukan siapa dalang di sebalik konspirasi kedua ini) namun rakyat perlu mengambil sikap memperkukuhkan politik mereka dengan memberi pembelaan dan sokongan sewajarnya kepada pemimpin mereka (pemimpin rakyat) apabila semua sistem dan undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia hari ini tidak boleh memberi ruang seadil-adilnya kepada rakyat untuk menikmati keadilan dan keselesaan politik dan ekonomi apabila Umno yang menguasai segala-galanya di negara ini.

Bahkan sekiranya Anwar sekali lagi dibicarakan dipercayai beliau akan berada di situasi lebih teruk dari dahulu.

Ini kerana dipercayai jentera keselamatan negara khususnya jentera gerak khas ('inteligent team' dalam pasukan keselamatan) merancang untuk mengadakan konspirasi politik terhadap Anwar tidak lama dulu.

Apabila ruang keadilan dibuka sedikit ia dapat dijengok oleh hakim dan keputusannya menyebelahi Anwar sehingga beliau dibebaskan dari penjara.

Mutakhir ini sekali lagi konspirasi itu dirancang seolah-olah semacam sama dengan konspirasi lalu termasuk dakwaan liwat dan ditambah pula dengan ugutan membunuh yang disampaikan kepada beliau sendiri sekali gus merupakan suatu kes jenayah negara yang tidak boleh dimaafkan.

Kumpulan pemimpin Umno dan 'team' konspirasinya termasuk anggota keselamatan terbabit perlu diberi pengajaran secukup-cukupnya agar di masa hadapan mana-mana pemimpin rakyat dijaga oleh pihak berwajib dan undang-undang yang diluluskan di parlimen dengan adil dan saksama.

Lainlah sudah ada bukti yang cukup jelas tanpa berselindung lagi sehingga orang awam sendiri mempunyai bukti itu maka pemimpin seumpama itu bukan lagi pemimpin tetapi ia seorang penjenayah rakyat.

Bagaimanpun apa yang boleh rakyat menaruh harapan dan kepercayaan hari ini kepada Umno sekiranya mereka sering ditipu dan pemimpin parti itu sering mengulangi kesilapan dan sikap tidak bermoral termasuk membohongi rakyat dengan pelbagai cara.

Contoh pembangunan yang dibuat dikatakan untuk rakyat tetapi sebenarnya untuk mereka membolot kekayaan negara dan meninggalkan rakyat papa kedana di setengah tempat khususnya di Sabah dan Sarawak sehingga kemajuan yang dijanjikan tidak pernah menjengok halaman rumah mereka.

Tidak ada kemudahan jalan raya, elektrik dan paip air yang memuaskan untuk penduduk Sarawak dan Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

Keadaan kemudahan asas mereka masih lagi seperti kehidupan rakyat di semenanjung dalam tahun 1970-an walaupun era Teknoligi Maklumat (ICT) sudah melanda dunia.

Justeru, rakyat tidak perlu lagi menggadai maruah mereka untuk memberi kepercayaan kepada pemimpin dan parti tersebut yang sering menipu mereka.

Rakyat perlu mendesak ahli-ahli parlimen mereka membuat perubahan termasuk paling penting menukar kerajaan yang ada di masa terdekat kepada sebuah kerajaan yang mempunyai aspirasi dan jiwa untuk berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat dan negara dalam semua aspek.
Suhaimi Taib

SOKONG PENDIRIAN PAS KAWASAN TEMERLOH - Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh pendirian PAS Kawasan Temerloh seperti surat bertarikh 23 Julai 2008 yang dihantar oleh PAS Kawasan Temerloh kepada Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Haji Abdul Rahim Abdul Latif antara lain menggariskan bahawa :-

1) Merakamkan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti yang diwakili oleh Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang;

2) Mempersetujui dan bersikap berlapang dada terhadap apa-apa bentuk komunikasi, perbincangan, muzakarah/muqabalah dan lain-lain dengan mana-mana pihak di luar parti, sama ada parti-parti politik atau lain-lain pertubuhan atau individu, untuk tujuan dakwah atau kebajikan yang spesifik dan praktis serta dipersetujui bersama oleh kepimpinan parti;

3) Membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk perundingan, tawar-menawar atau kerjasama atau apa-apa tindakan atau usaha yang menjurus atau dilihat menjurus kepada apa-apa bentuk pakatan politik atau perkongsian kuasa dengan UMNO/BN atas apa-apa sebab atau alasan sekali pun.

4) Menegaskan komitmen kepada persefahaman dan persepakatan sedia wujud dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kerangka Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah perjuangan dan perubahan politik yang sah dan dipersetujui bersama untuk negara Malaysia yang bermoral, demokratik, adil, saksama, berkebajikan, bertanggungjawab, telus dan bebas.

5) Merakamkan rasa sedih dan bimbang atas perkembangan dan insiden-insiden yang mempelihatkan berlakunya perbezaan dan percanggahan pendapat di antara kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan berterusan sehingga mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong parti, sekali gus membuka ruang kepada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan menyemai benih keraguan dan perpecahan di kalangan sesama kita dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat umumnya.

6) Meminta pimpinan parti bersikap lebih berhati-hati dan tawadhu’ dalam mengeluarkan kenyataan dan pendapat bagi menghindari perkara-perkara dalam perenggan lima (5) di atas, dan jika perlu menyelaraskan semua kenyataan dan pendapat tersebut terlebih dahulu sebelum dikeluarkan oleh seorang jurucakap rasmi parti, terutamanya dalam hal-hal seumpama ini yang berpotensi menimbulkan konflik dan fitnah yang merugikan.

-----------------------------------------------------------

Surat PAS Kawasan Temerloh di siarkan di bawah ini :-


Assalamualaikum, wr, wb. 23hb Julai, 2008


YB Dato’ Kamaruddin Jaffar,
Setiausaha Agung PAS,
Pejabat Agung PAS,
Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur.

YB Dato’,

‘Muzakarah/Muqabalah’ PAS-UMNO

Perkara tajuk adalah dengan hormatnya dirujuk.

Mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh yang bersidang pada Rabu, 23hb Julai 2008, dengan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut berhubung perkara tajuk dan perkembangan-perkembangan yang berlaku ekorannya:

Merakamkan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti yang diwakili oleh Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang;

Mempersetujui dan bersikap berlapang dada terhadap apa-apa bentuk komunikasi, perbincangan, muzakarah/muqabalah dan lain-lain dengan mana-mana pihak di luar parti, sama ada parti-parti politik atau lain-lain pertubuhan atau individu, untuk tujuan dakwah atau kebajikan yang spesifik dan praktis serta dipersetujui bersama oleh kepimpinan parti;

Membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk perundingan, tawar-menawar atau kerjasama atau apa-apa tindakan atau usaha yang menjurus atau dilihat menjurus kepada apa-apa bentuk pakatan politik atau perkongsian kuasa dengan UMNO/BN atas apa-apa sebab atau alasan sekali pun.

Menegaskan komitmen kepada persefahaman dan persepakatan sedia wujud dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kerangka Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah perjuangan dan perubahan politik yang sah dan dipersetujui bersama untuk negara Malaysia yang bermoral, demokratik, adil, saksama, berkebajikan, bertanggungjawab, telus dan bebas.

Merakamkan rasa sedih dan bimbang atas perkembangan dan insiden-insiden yang mempelihatkan berlakunya perbezaan dan percanggahan pendapat di antara kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan berterusan sehingga mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong parti, sekali gus membuka ruang kepada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan menyemai benih keraguan dan perpecahan di kalangan sesama kita dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat umumnya.

Meminta pimpinan parti bersikap lebih berhati-hati dan tawadhu’ dalam mengeluarkan kenyataan dan pendapat bagi menghindari perkara-perkara dalam perenggan lima (5) di atas, dan jika perlu menyelaraskan semua kenyataan dan pendapat tersebut terlebih dahulu sebelum dikeluarkan oleh seorang jurucakap rasmi parti, terutamanya dalam hal-hal seumpama ini yang berpotensi menimbulkan konflik dan fitnah yang merugikan.


Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

Hj Abd Rahim Abd Latiff
Yang Dipertua
PAS Kawasan Temerloh
Sesi 2007-2009

s.k.
1. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang.
2. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
3. Setiausaha Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.
4. Media.

SELANGOR NAK PAKAI CAMRY, PAHANG KANCIL PUN BOLEH? - Ref Malaysiakini

Isu pembelian kereta rasmi keraajaan menjadi hangat apabila kerajaan negeri Terengganu dikritik hebat kerana membeli mercedes sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana V6. Pelbagai reaksi diutarakan oleh pelbagai golongan.

Exco kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu berkata beliau secara peribadi bersetuju jika Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Toyota Camry dan bukannya Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri. Antara alasan beliau ialah Toyota Camry lebih murah dari Mercedez tetapi lebih baik dari V6.

Ronnie berkata beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit memakai Perdana V6 apabila kereta tersebut rosak secara tiba-tiba. Bila diperiksa kotak gear mengalami masalah dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi sebab itu beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Pahang lagi hebat, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Pahang tidak kisah, pakai Kancil pun tak apa. Ya ka Tok Nan? Apa yang engkau cakap ini sukar untuk saya percayai sebab plat kereta Tok Nan sendiri bernilai ribuan ringgit. Betul ke boleh pakai Kancil ni? Cakap tu biarkan cermat sikit nanti sendiri yang malu.

Kalau betul Tok Nan boleh menggunakan kancil, sila jual kereta yang Tok Nan pakai sekarang dan gantikan dengan Kancil atau Viva supaya duit rakyat boleh dijimatkan kerana harga kancil atau Viva yang rendah dan penggunaan minyak yang sedikit. Tok Nan jangan cakap kosong tanpa berusaha untuk merealisasikan cakap Tok Nan ini. Jangan cuba bermain dengan kata-kata kalau dalam hati sebenarnya berkata lain.

Jadi saya menggesa semua Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pulangkan semua semua kenderaan rasmi kepada pihak berkenaan dan silalah order Kancil atau VIVA hari ini juga.
Pak Ali di Melaka tak mahu tukar kereta ke? Saya ingat Pak Ali kalau nak tukar kereta, pakai kereta lembu lagi baik, tak payah kena servis atau buat 'maintenance' di kedai-kedai service kereta. Kereta lembu pun tak pakai minyak, cuma bagi makan rumput yang baik-baik, minuman yang baik. Petang-petang boleh sabit rumput dekat Bukit Katil.
Tak perlu gaduh-gaduh pasal harga kereta dan 'charge' maintenance yang mahal.

APA NAK JADI DENGAN NEGARA KITA - Ref Malaysiakini

Kegagalan kerajaan dan agensi-agensi yang bertanggungjawab membenteras penularan perniagaan VCD lucah semakin membimbangkan kita semua. Gejala ketagihan menonton VCD lucah ini bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa malah sekarang kanak-kanak berusia 10-12 tahun juga terlibat sama ketagih menonton VCD tersebut.
Lebih memeranjatkan terdapat kanak-kanak yang berusia seawal 10 tahun yang menonton VCD lucah tersebut meniru perlakuan pelakon VCD lucah, melakukan perkara jijik yang sama.
Paling menjijikkan ada antara kanak-kanak yang berumur 10 dan 12 tahun ini berzina dan merogol akibat terangsang setelah menonton VCD tersebut di rumah ibubapa mereka sendiri. Masya Allah!!!!!!!!!!!!
Siapa yang bersalah ?
Ibu dan Bapa?
Masyarakat?
Peniaga VCD lucah?
Kerajaan?
Agensi-agensi penguatkuasa?
Sekolah?
atau Siapa?
Bagi saya semua yang nyatakan di atas bertanggungjawab. Masing-masing mempunyai peranan untuk mengatasi masalah ini.
Kerajaan sepatutnya mengkaji semula undang-undang tentang VCD haram dan lucah agar hukum yang dapat menyedarkan pesalah ini dapat dikuatkuasakan. Undang-undang Islam mesti digubal dan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang kronik ini.
Agensi-agensi penguatkuasa mesti menjalankan kerja dengan telus, dedikasi dan jujur. Jangan ada peniaga-peniaga atau pengedar-pengedar terlepas dari hukuman akibat rasuah dan sebagainya. Basmikan aktiviti ini sehingga ke peringkat akar umbi.
Ibubapa mesti memastikan VCD-VCD lucah, filem-filem porno, Web-web porno ditonton dan dibawa ke dalam rumah masing-masing. Awasi anak-anak ke mana mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan dan apa yang mereka buat ketika di rumah dan luar rumah.
Begitu juga pihak sekolah, masyarakat dan lain-lain mesti memainkan peranan untuk mencegah dan seterusnya membasmi gejala negatif ini.
Cerita yang disiarkan di dalam media hari ini yang saya 'copy' kan di bawah ini amat menggerunkan dan merisaukan kita semua.
Main zina-zina
KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.
Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.

Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah.
Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.
Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.
Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.
Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

AHMAD SAID HINA PROTON, MALUKAN NEGARA ATAU MALUKAN MAHATHIR ? - Ref Malaysiakini

Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang secara terang-terang menghina Proton boleh dianggap menghina negara sendiri. Ini kerana sejak dahulu Proton menjadi kebanggaan negara kerana ianya jelas berjaya menaikkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun komponennya masih ada komponen luar.
Apa implikasi dari kenyataan Ahmad Said?
1) Proton tak tahan lama, sebab Mat Said kata V6 yang baru beumur 4 tahun dah tak boleh dipakai.
2) Proton 'maintenance'nya tinggi kos sampai ratusan ribu dalam masa 4 tahun. Hebat ini apa yang dibaiki sampai sebanyak itu?
3) Proton tak sesuai untuk jalan jauh ...........
Jelas sekali Ahmad Said menghina Proton dan negara kita, walaupun mungkin bukan niatnya untuk berbuat demikian. Mungkin kenyataanya adalah untuk mempertahankan dirinya yang telah membeli Mercedez untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Atau mungkin juga Ahmad Said menghina Dr Mahathir kerana sebelum ini ramai yang menganggap Proton adalah Mahathir dan Mahathir adalah Proton.
Cerita ini masih berterusan dan belum sampai ke kemuncaknya namun kita ingin tegaskan di sini supaya BPR yang telah menyiasat tentang kemungkinan adanya penyelewengan tentang kos penyelenggaraan V6 ini, dapat menyiasat dengan telus dan berani. Jika ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa jangan sembunyikan dakwa sesiapa juga yang terlibat hatta Bekas Menteri Besar atau Exco-exco yang sudah pencen (tetapi masih jadi ADUN).
Nota : Derih Jusoh tak senang duduk (kereta dibeli dan dipakai pada zamannya menjadi Tok Ketua Negeri Terengganu) ..........Ahmad Said mula tunjuk belang ....kalau boleh agaknya Ahmad Said tok se kelih muko Derih dalam Dewan Undangan Negeri.

PESTA 'GILA' JAWATAN DALAM UMNO TERUS SUBUR - Ruj Malaysiakini

Seperti biasa pada setiap kali pemilihan Umno, berduyun-duyun pemimpin dan ahlinya menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan samada peringkat, Nasional, Bahagian maupun cawangan.

Semua ini adalah kerana jawatan di dalam Umno akan menjanjikan kekayaan, projek, jawatan tertentu dalam kerajaan atau agensinya, pangkat dan nama. Maka tidak hairanlah berbondong-bondong yang secara terbuka menyanjung diri sendiri, angkat bakul atau 'mengupah' orang lain memuji dan memuja seseorang calon demi untuk menarik perhatian para perwakilan.

Lebih teruk dari itu hampir semua dari mereka menggunakan wang, pengaruh dan kedudukan untuk merasuah, mengugut atau menjanjikan habuan untuk para perwakilan. Ada yang menghabiskan ratusan ribu malah jutaan ringgit semata-mata untuk memenangi sesuatu jawatan. Lagi besar jawatan yang ditandingi lagi besar modal yang terpaksa dikeluarkan oleh seseorang calon.

Semua oini bukan dakwaan kosong tetapi terbukti pada pemilihan Umno lepas apabila, Naib Presiden Umno, Isa Samad; Menteri Umno, Zaid Ibrahim; Exco Pahang, Shahirudin Moin; Bekas Speaker Melaka, Amid Nordin dan lain-lain digantung kerana terlebih dengan rasuah politik iaitu memberikan wang kepada perwakilan supaya menyokong mereka. Malangnya oleh kerana Umno parti yang tidak bermaruah dan tiada harga diri mereka ini langsung tidak dihadapkan ke Mahkamah malah tidak langsung di siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pesta menawarkan diri dan angkat bakul ini sedang hebat sekarang kerana cawangan -cawangan Umno sedang sibuk mengadakan mesyuarat agung. Jadi sesiapa yang bertanding di peringkat bahagian dan Nasional sudah tentu akan memastikan 'orang-orang' mereka memenangi jawatan di peringkat cawangan. Jika orang-orang mereka menjadi Ketua Cawangan atau pimpinan cawangan maka sudah tentu mereka akan menjadi perwakilan cawangan ke mesyuarat bahagian dan akan mengundi dalam pemilihan bahagian. Sebelum itu sudah tentu seseorang bakal calon akan mempengaruhi cawangan supaya mencalonkan nama mereka untuk bertanding di peringkat Bahagian. Itulah strategi politik 'Penggila-penggila' jawatan ini. (Ada jawatan ada 'masyuk' la).

Tidak hairanlah setakat ini, 14 pemimpin UMNO telah menyuarakan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden dan jumlah ini sudah tentu akan meningkat kerana masing-masing memang gila jawatan dan mabuk kuasa kerana di dalam Umno, jawatan adalah projek, jawatan adalah pangkat, jawatan adalah sesuatu yang dibanggakan bukannya amanah yang akan ditanya oleh Allah S.W.T.

Bagi calon-calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden sudah tentu mereka terbayang bahawa kalau menang Naib Presiden sudah tentu mereka adalah salah seorang calon yang akan dipilih oleh AlNajib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden selepas Imam Hadhari menyerahkan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada AlNajib.

Maka berlumba-lumba bakal-bakal calon Naib Presiden ini menonjolkan diri untuk menarik perhatian ahli-ahli Umno. Kalau boleh mereka mahukan muka-muka mereka ini masuk surat khabar muka depan tiap-tiap hari.

Bagi calon yang tidak memegang jawatan kabinet atau wakil rakyat, terpaksalah menubuhkan NGO atau badan-badan kebajikan seperti GABEM dan sebagainya guna untuk dijadikan platform menonjolkan diri dan berkempen.

Ada antaranya yang mempunyai rekod buruk dan skandal tetapi masih mahu bertanding kerana mereka tahu perlakuan mereka itu adalah HALAL di sisi Umno. Antaranya seperti skandal seks, melarikan anak Sultan, bawa duit 'cash' berjuta-juta keluar negeri, mengumpul kekayaan, disaman jutaan ringgit dan sebagainya. Inilah Umno parti yang telah rosak dan merosakkan.

Maka sudah sampai masanya ahli-ahli Umno meninggalkan Umno dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk membina negara berkebajikan, adil, telus dan makmur.

Gambar di atas sekadar hiasan.

24 July 2008

UMNO TERUS MAINKAN ISU MUZAKARAH - Ref Malaysiakini

Nampaknya Umno masih tidak 'reti' bahasa masih ingin memainkan isu Muzakarah bagi mendapatkan sokongan rakyat. Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada muzakarah dijalankan oleh PAS dan Umno baik yang telah lepas mahupun akan datang. Yang ada katanya adalah pertemuan (Muqabalah) antara pemimpin PAS dan Umno.
Namun hari ini Ketua Penerangan Umno, Muhammad Mohd Taib sekali cuba 'bermain' dengan isu muzakarah ini. 'Mike Tyson' berkata Umno dan PAS akan meneruskan muzakarah tetapi ia akan dihadkan kepada isu-isu mengenai Islam.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang juga presiden Umno - telah memberi taklimat mengenai perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.Menurutnya, perdana menteri telah menegaskan bahawa orang Islam boleh berbeza pendapat mengenai isu-isu politik, tetapi tidak sepatutnya dalam isu agama.Ditanya mengenai kemungkinan PAS menyertai BN, Muhammad berkata, ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT hari ini.
Jelas sekali bahawa Umno tidak segan silu menggunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka walaupun Tuan Guru Mursyidul Am telah menegaskan bahawa tiada muzakarah antara Umno dan PAS dahulu dan akan datang (buat masa sekarang).
Apa agaknya tujuan Umno menggunakan isu ini.? Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sebab-sebab berikut :-
1) Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu yang jelas menolak Umno pada Pilihanraya Umum lalu. Dengan adanya Muzakarah Umno menyangka bahawa Orang Melayu akan melihat Umno adalah parti perpaduan dan sanggup mengenepikan perbezaan dengan PAS demi Islam dan kedaulatan Melayu.
2) Untuk mengalihkan isu-isu panas seperti isu Altantuya, isu kenaikan harga minyak dan barangan, juga isu pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.
3) Untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat kerana tahu bahawa DAP dan PKR tidak bersetuju dengan muzakarah PAS-Umno.
Kita ingin menegaskan kepada Umno dan Mohd Taib supaya menghentikan 'permainan' ini sebelum kamu dimalukan didepan rakyat. Jangan nanti rakyat mencemuh Umno dengan kiasan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

APA STATUS KAPAL LAYAR MEWAH? BERAPA YANG KERAJAAN NEGERI BELANJAKAN? Ref Malaysiakini

Sempena dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar warisan dan berstatus Bandar Sejarah selat Melaka, Kerajaan Negeri memperkenalkan kemudahan percutian yang baru iaitu percutian diatas kapal layar mewah.

Menurut Ketua Menteri projek ini adalah satu lagi usaha untuk merancakkan lagi industri pelancongan negeri Melaka.

Kapal layar mewah ini dimiliki syarikat Halim Mazmin Bhd., iaitu antara firma perkapalan gergasi tempatan dan berpengkalan di Langkawi, Kedah itu dinamakan SY Lili Marleen

Antara pakej kemudahan yang disediakan ialah perjalanan melayari kawasan laut Selat Melaka selama beberapa jam termasuk singgah di Pulau Besar sambil menjamu selera di atas kapal SY Lili Marleen yang bertaraf lima bintang ini.

Selain itu kapal layar berusia 15 tahun itu memiliki 50 bilik, ruang dewan makan yang luas, bilik rehat dan bilik bacaan yang mempunyai pelbagai tajuk negara asing.

Sebagai permulaan, pakej harga promosi ditawarkan kepada mereka yang berminat ialah RM250 seorang dan antara pakej yang disediakan melayari perairan Selat Melaka selama lima jam termasuk kemudahan menjamu hidangan makan malam di atas kapal mewah tersebut.

Harga pakej yang ditawarkan juga munasabah kerana jika ingin dibandingkan dengan harga makan malam di hotel mewah juga sekitar RM200 hingga RM300.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah seperti dibawah :-

i) Apakah status kapal mewah, adakah ia disewa oleh kerajaan negeri? Kalau disewa berapa bayarannya sebulan atau setahun?
ii) Apakah kapal mewah ini menghidangkan arak dan program maksiat lain sperti judi dan sebagainya?
iii) Sudahkah kajian di buat tentang potensi produk pelancongan?

iv) Apakah manfaat kepada rakyat Melaka keseluruhannya?

SOKONG PENUH KEPUTUSAN MESYUARAT PIMPINAN TERTINGGI SEMALAM - Ref Malaysiakini

Saya menyokong keputusan mesyuarat tertinggi pimpinan PAS Rabu lepas yang menegaskan bahawa tidak ada muzakarah yang diadakan di antara PAS-Umno tetapi hanya muqabalah atau pertemuan antara kedua-dua pimpinan pari sahaja.

Saya juga menyokong sepenuhnya saf kepemimpinan atasan PAS yang menegaskan bahawa "tidak pernah berbangkit parti itu hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno", malah bersedia kekal dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Prof. Dr Harun Din yang sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP adalah suatu keputusan yang diterima baik oleh semua pimpinan parti pelbagai peringkat dan ahli-ahli parti serta penyokong-penyokong PAS.

Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan usaha untuk membawa masuk PAS kedalam Barisan Nasioanal atau menggabungkan PAS dengan Umno.

Saya kesal dengan laporan media sebelum ini yang menyebut usaha PAS mendekati Umno termasuklah rundingan yang diadakan sebelum ini, di mana ada pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

Keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi semalam boleh meredakan kebimbangan penyokong dan ahli PAS yang tidak mahu PAS dipermainkan sebagaimana pengalaman pahit PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1977.

Memang terdapat penyokong PAS yang marah dan kecewa apabila membaca laporan media seolah-olah PAS bermuzakarah dengan Umno dan topik muzakarah pula tidak dihebahkan dengan sepenuhnya oleh media. Ini menjadikan ahli lebih ragu dengan isu tersebut. Malah terdapat juga pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan perkembangan isu muzakarah ini.

Adalah diharapkan ahli, penyokong, simpatisan PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat tidak bimbang lagi selepas ini kerana semuanya telah dijelaskan oleh Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.

Ketegasan dan penjelasan Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS selepas mesyuarat mereka Rabu lepas sudah cukup untuk menjawab segala kekeliruan dan tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melihat PAS dan Pakatan Rakyat berpecah.
Syabas pemimpin PAS yang bertindak pantas menyelesaikan masalah ini. Diharapkan selepas ini isu muzakarah PAS-Umno tidak akan dibangkitkan lagi.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

23 July 2008

AHLI PAS LEGA DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA - Ref Malaysiakini

Rata-rata ahli PAS lega dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura hari ini. Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung petang tadi di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 di Kota Baharu mengambil ketetapan bahawa, saf kepemimpinan atasan PAS menegaskan "tidak pernah berbangkit parti itu hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno", malah bersedia kekal dalam Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Prof. Dr Harun Din dilaporkan sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP. Tidak berbangkit soal PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

"Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat," laporan suatu blog akhbar mingguan dipetik.

Beberapa pemimpin kanan PAS menghadapi kesukaran menjelaskan kepada ahli dan penyokong parti apabila Abdullah mendedahkan beliau sendiri terlibat dalam tiga pertemuan dengan PAS.

Laporan-laporan media kemudiannya menyebut usaha PAS mendekati Umno termasuklah rundingan tentang kerajaan campuran di Selangor dan pengagihan jawatan penting negeri, beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Keputusan majlis syura hari ini boleh meredakan kekecewaan penyokong dan ahli parti. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, baru-baru ini menggesa muzakarah dengan Umno dihentikan kerana ia akan memecah-belahkan PAS.

Beliau berkata PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno. Kelmarian, Nik Abdul Aziz berkata, "apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

"Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. "Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti."Itu perangkap namanya," katanya, lapor Harakahdaily.net.

Adalah diharapkan ahli, penyokong, simpatisan PAS dan Pakatan Rakyat tidak bimbang dengan isu ini kerana ia telah diputarbelitkan oleh media dan pemimpin Umno. Ketegasan dan penjelasan Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS selepas mesyuarat Majlis Syura hari ini sudah cukup untuk menjawab segala kekeliruan dan tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melihat PAS dan Pakatan Rakyat berpecah.

Syabas pemimpin PAS yang bertindak pantas menyelesaikan masalah ini. Diharapkan selepas ini isu muzakarah PAS-Umno tidak akan dibangkitkan lagi.

BN SEMAKIN TERDESAK, LEBIH RAMAI AKAN SERTAI PAKATAN RAKYAT- Ref Malaysiakini

Minggu ini dan minggu lepas sudah dua orang bekas anggota kabinet kerajaan BN menyertai Part-parti Pakatan Rakyat. Nampak jelas kepercayaan pemimpin dan ahli-ahli Umno. MCA dan MIC semakin terhakis kepada BN.

Hari ini Bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR), minggu lepas Bekas Setiausaha Parlimen dari MCA yang juga Bekas Timbalan Ketua Wanita MCA, Dr Tan Yew Kew juga keluar dari BN dan akan menyertai PKR dalam masa terdekat.
Kemasukan beberapa orang bekas anggota kabinet dan orang kuat Umno dan MCA ke dalam PKR memberikan tamparan hebat kepada BN. Ini bermakna bahawa dakwaan Anwar yang semakin ramai pemimpin dan ahli-ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat ada asasnya tidak sebagaimana tuduhan pemimpin BN bahawa dakwaan Anwar adalah omongan kosong.
Senario ini sudah tentu menggerunkan Pak Lah kerana ianya mungkin menjadi pencetus kepada kemasukan pemimpin-pemimpin Umno yang masih memegang jawatan tidak hanya dikalangan bekas-bekas pemimpin BN seperti Fauzi dan Dr Tan.
Sementara itu, Fauzi juga menjelaskan selepas ini semakin bekas pemimpin dan ahli-ahli Umno akan mengikut jejaknya menyertai PKR.

"Kami dapat meramalkan penyertaan pemimpin Umno secara beramai-ramai ke dalam PKR dan fenomena ini adalah berterusan.

"Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu untuk mereka menyertai PKR kerana kami tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Penyertaan Fauzi dalam PKR itu diumumkan oleh ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Fauzi pernah memegang jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada Oktober 1990 sehingga 1995, setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1977-99).

Beliau yang juga bekas ketua Umno bahagian Kuantan, mula bertanding kerusi Parlimen Kuantan pada 1990. Pada 1995 beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menyandang kerusi tersebut sehingga 2004.

Hadir sama dalam sidang akhbar hari ini ialah dua lagi bekas pemimpin Umno yang telahpun menyertai PKR. Mereka ialah bekas ketua Umno bahagian Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua Umno bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.

"Rakyat termasuk ahli dan pemimpin Umno marah dengan cara kerajaan melayan Anwar yang sedang menghadapi tududan liwat sekarang.

"Jangan naik kerana keburukan orang lain kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia, sebaliknya perlu menampilkan kewibawaan diri.

"Isu liwat itu akan menjadi senjata makan tuan, rakyat akan semakin benci kepada Umno dan masuk PKR," katanya lagi.

Sementara seorang pemimpin Umno di Pahang yang dihubungi hari ini berkata, dakwaan Fauzi bahawa ramai pemimpin Umno akan menyertai PKR sukar dipercayai.

Katanya, mungkin beberapa pemimpin veteran akan berbuat demikian tetapi ia tidak menjejaskan kekuatan Umno.

"Saya tidak dengar ada pemimpin utama negeri atau bahagian akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini.

"Jadi dakwaan Fauzi itu mungkin hanya seronok didengar tetapi belum tentu kesahihannya," katanya yang enggan namanya disiarkan.

BN TAKUT LAWAN PAKATAN RAKYAT DI KULIM? - Ref Malaysiakini

Dengar khabar BN takut untuk menentang Anwar jika berlakunya Pilihanraya Kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Ketakutan dan kegusaran Umno dan BN ini ada asasnya kerana BN kalah dengan majoriti yang agak besar iaitu lebih dari 5,000 undi di kerusi tersebut.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.
Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa Parlimen Kulim-Bandar Baharu bukan kawasan selamat bagi BN. Sementelahan pula BN sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat akibat dari tindakan menaikkan harga minyak dan juga sentimen simpati rakyat kepada Anwar yang sekali lagi dituduh terlibat dengan liwat, suatu tuduhan yang disifatkan tidak masuk akal oleh majoriti rakyat.
Selain itu Umno/BN juga kecut perut untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini kerana Kulim-Bandar Baharu terletak di dalam negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah di mana rakyat Kedah sudah mula merasai kenikmatan berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri Kedah dibawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Rakyat sebenarnya sudah dapat menilai kelainan dan keberkesanan kerajaan negeri sekarang yang jelas menjaga kebajikan rakyat. Maka bagi mereka tidak ada sebab untuk mereka mengundi BN.
Jadi peluang untuk Umno/BN menang di Kulim memang tipis kecuali SPR sanggup sekali lagi menjadi kuda tunggangan mereka untuk menipu.
Anwar memang dilihat berhajat untuk bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di mana beliau telah beberapa kali mengeluar kenyataan bahawa akan mengumumkan untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat.
Pemerhati politik melihat Anwar lebih cenderung bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh mahkamah berbanding kerusi yang dikosongkan sendiri oleh penyandangnya kerana memberikan laluan kepada Anwar.

Laporan Malayskini 18 Julai - Anwar intai p'raya kecil Kulim

Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu.Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.
Selepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu.Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.
Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Sedia beri laluan

Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.
Sekiranya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, dalam tempoh 60 hari, Zulkifli dijangka memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.Bagaimanapun, terlalu awal untuk dipastikan sama ada Abdul Aziz akan dicalonkan semula bertanding di kerusi tersebut.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut mempunyai 51,995 pengundi, yang terdiri daripada 69.50 peratus Melayu, China (18.60 peratus), India (11.70 peratus), lain-lain (0.20 peratus).
Zulkifli memberitahu Malaysiakini bahawa yakin dapat memenangi kes tersebut. Menurutnya, Abdul Aziz telah memfail petisyennya di bawah Akta Pilihanraya yang silap.Ditanya sama ada beliau bersedia memberi laluan kepada Anwar sekiranya pilihanraya kecil diadakan, Zulkifli berkata, beliau sedia berbuat demikian.
"Semua ahli Parlimen PKR sebelum ini telah berjanji sedia melepaskan kerusi mereka untuk Anwar, termasuk kerusi saya, di Permatang Pauh, Bandar Tun Razak dan Gombak," katanya.

TOK GURU TEGASKAN SEKALI LAGI UMNO ADA UDANG DISEBALIK 'MEE' - ref Malaysiakini

Walaupun Tok Guru Nik Aziz tidak menggunakan istilah ada udang disbealik mee tetapi saya sengaja meggunakannya untuk menjelaskan pandangan Tok Guru bahawa hasrat Umno ingin sangat bermuzakarah dengan PAS mempunyai tujuan tertentu yang tersirat dan tersurat.

Ahli-ahli PAS sebenarnya sudah matang dan lali dengan strategi dan taktik Umno yang telah digunakan sekian lama. Bila terdesak dan tenat, Umno akan cuba mencari jalan untuk berbaik dengan PAS, kalau tidak menoleh kepada PAS pun jijik bagi mereka.

Pelbagai alasan diberikan oleh Umno untuk mengelakkan muzakarah semasa mereka kuat. Namun bila Umno tenat, muzakarah pula hendak dijadikan ubat mujarab oleh mereka.

Namun kita yakin pimpinan dan ahli-ahli sudah matang untuk menangani isu ini. Insya Allah PAS tidak akan masuk perangkap untuk kali yang kedua.

Kalau Umno ikhlas ingin memastikan kedaulatan Islam dan Melayu, bubarkan sahaja Umno dan semua ahlinya boleh masuk PAS. Jangan berdalih lagi.

Hari ini dalam Harakahdaily Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datok Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.

Tuan Guru berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.
"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.

Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.
Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin

Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.

"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau.

BENARKAH AHLI PAS MENGAMUK SOAL MUZAKARAH? - Ref Malaysiakini

Berita bahawa ahli PAS mengamuk kerana tidak bersetuju dengan keputusan PAS bermuzakarah dengan Umno wajar diselidiki kesahihannya. Ini kerana ahli PAS terkenal dengan sifat matang dan sentiasa patuh kepada peraturan parti.

Saya ingin mengingatkan semua ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati kerana berita ini mungkin suatu provokasi untuk mengujudkan suasana tidak sihat di dalam PAS yang mungkin dicipta oleh golongan tertentu untuk mengeruhkan suasana.

Oleh itu diharapkan semua ahli sentiasa mendapatkan berita yang sahih dari pimpinan yang berautoriti. Jangan kita terperangkap dengan mainan dan taktik musuh yang ingin melemahkan PAS dan memecahbelahkan PAS.

Media menyiarkan berita di bawah ini :-

Tidak cukup dengan perbahasan di internet dan sesama sendiri pro dan kontra muzakarah PAS-Umno, sekumpulan ahli PAS merancang mengadakan demonstrasi membantah kerjasama dua parti itu, lusa. Dalam sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS mulai semalam, perhimpunan itu akan diadakan di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut selepas solat Jumaat. Demonstrasi itu dinyatakan sebagai menunjukkan "sokongan kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menentang kerjasama Umno-PAS.

" Bagaimana usaha Malaysiakini sejak semalam belum berjaya menghubungi pihak yang bertanggungjawab menganjurkannya.Beberapa sumber menyatakan, perhimpunan itu mahu dilihat sebagai "usaha spontan ahli-ahli akar umbi" menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan restu dan dukungan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Majlis Syura Ulama PAS dilaporkan bermesyuarat di Kota Bharu hari ini - isu utamanya berhubung pendirian dan sikap parti terhadap usaha PAS merapati Umno, termasuk rundingan tentang kerajaan campuran dan pengagihan jawatan selepas pilihanraya umum 8 Mac. Nik Abdul Aziz dijangka akan mempengerusikan mesyuarat majlis itu yang dijadual diadakan petang ini di JKR 10, kediaman rasmi menteri besar Kelantan.Selain disertai timbalan mursyidul am Datuk Dr Harun Din dan anggota -anggota majlis syura lain, termasuk Abdul Hadi Awang.Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, baru-baru ini dilaporkan menggesa muzakarah dengan Umno dihentikan kerana ia akan memecah-belahkan PAS.

Beliau dilaporkan berkata PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno. Kelmarian, Nik Abdul Aziz berkata, "apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga."Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. "Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti."Itu perangkap namanya," katanya, lapor Harakahdaily.net.

MUZAKARAH : BERHENTI ATAU TERUSKAN - ref Malaysiakini

Keputusan samada muzakarah akan dihenti atau diteruskan akan diketahui selepas Majlis Syura Ulama' badan tertinggi di dalam PAS yang memutuskan sesuatu perkara berkaitan dasar dan halatuju PAS, bermesyuarat hari ini.
Kemelut ini yang bermula sebaik sahaja kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu akan memasuki era baru secara rasminya dengan apa juga keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mesyuarat ini akan berlangsung di Kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan iaitu JKR 10 di Kota Baharu.
Terdapat dua pendapat utama iaitu meneruskan muzakarah dan satu lagi hentikan muzakarah. Tuan Guru sendiri lebih cenderung untuk PAS menghentikan sebarang perbincangan dengan Umno, manakala di pihak satu lagi seolah-olah mahukan ianya diteruskan. Umno sendiri kelihatan beriya-iya hendak meneruskannya kerana Umno faham bahawa kesesdiaan PAS untuk mengadakan muzakarah di saat ini amat menguntungkan mereka, kerana media telah memainkan isu bahawa Umno lah yang mahukan muzakarah dan Umno lah juara perpaduan demi untuk kepentingan Islam dan Melayu.
Walau apa pun kita tunggu apa keputusan Majlis Syura. Yang pasti ahli PAS tetap memberikan sepenuh kepercayaan kepada Majlis Syura dan pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terbaik.
Blog Siasahdaily semalam melaporkan bahawa isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat hari ini, 23 Julai di Kota Bharu.
Siasahdaily juga melaporkan bahawa fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.
Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

22 July 2008

APA JUGA TINDAKAN KITA DIPANTAU LAWAN - Ref Malaysiakini

BN yang pertama kali tewas teruk pada pilihanraya umum lalu sehingga kalah di 5 buah negeri dan hampir tumbang di kerusi parlimen Semenanjung ( 85 BN 8o PR) nampaknya kemaruk untuk mencari apa juga kesalahan pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira kesalahan kecil apatah lagi yang besar akan di'higlite'kan di dalam media cetak maupun elektronik.
Kerajaan Selangor teruk dihentam oleh pimpinan BN kononnya melebihkan projek penternakan babi berbanding hal-hal lain. Selain itu kerajaan ini juga difitnah kononnnya kerajaan campuran ini bakal berkubur kerana ketiga-tiga parti yang menganggotai kerajaan itu berselesih faham. Namun sehingga kini kerajaan ini terus kukuh dan berjaya membuktikan kerajaan Selangor adalah kerajaan yang jelas menjaga kebajikan. Kejayaan mengotakan janji memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu mengunci mulut Khir Toyo dan kuncu-kuncunya.
Di Pulau Pinang kerajaan negeri difitnah sebagai anti Melayu. Namun Ketua Menteri membuktikan beliau bukan anti Islam dan Melayu apabila sama-sama berarak semasa sambutan Maulidur Rasul, malah kerajaan negeri menambah elaun guru-guru KAFA yang sejak sekian lama dianaktirikan kerajaan BN. Bukan itu sahaja, Guan Eng mengumumkan untuk mengikut jejak Khalifah Islam yang terkenal adil memerintah iaitu Omar Abdul Aziz.
Kerajaan Kedah juga tidak sunyi dari fitnah. Terbaru Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak difitnah kononnya menaiki kapal terbang peribadi Sultan untuk kepentingan sendiri. Namun pihak istana sepantas kilat menyanggah tohmahan Umno dengan menyatakan bahawa Menteri Besar menaiki pesawat diraja atas titah Sultan yang memerintah beliau mengiringi Tunku Bendahara Kedah mengadap Sultan Berunei atas urusan resmi Sultan Kedah. Jadi oleh kerana tidak isu maka payung kuning yang digunakan oleh Ustaz Azizan pula jadi sasaran fitnah. Namun ianya tidak memberi bekas.
Begitu juga di Perak, kerajaan negeri yang paling unik tidak sunyi dari fitnah dan tohmah namun sehingga kini Umno dan BN sebenarnya tidak ada idea untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat.
Hatta dalam sidang dewan undangan negeri pun mereka bercakap merapu tidak tahu hujung pangkal di semua persidangan DUN Negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Syabas kepada semua kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Keep it up your performance. People will support you. Don't worry. We have realized that Pakatan Rakyat government is far better than previous BN Government.

DBKL INGIN MENGGERUDI STADIUM BUKIT JALIL BERSAMA INUL - Ref Malaysiakini

Nampaknya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin 'menggerudi' Stadium Bukit Jalil bersama-sama Inul kerana itulah DBKL mengeluarkan permit atau kebenarannuntuk 'menggerudi' di stadium tersebut.

Malang sekali bagi DBKL yang membenarkan tarian lucah dan menggiurkan seperti ini dipertontonkan di Kuala Lumpur sedang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak mengeluarkan kebenaran untuk Inul mengadakan persembahan di Johor Bahru baru-baru ini.
Apa maslahat DBKL sehingga sanggup bersekongkol mengadakan persembahan lucah seperti ini. Tidak adakah sekelumit perasaan risau dan bimbang tentang gejala sosial yang semakin meruncing akibat dari gejala hedonisme yang dahsyat sekarang. Atau mungkin pihak berkuasa DBKL juga kaki dangdut goyang pinggul yang tiap-tiap hari menyaksikan bont*t Inul di kaca TV mereka dengan menayangkan VCD di rumah atau di tempat lain.

Amat malang sekali kalau persembahan ini diteruskan sedangkan ulama'-ulama' Indonesia mengharamkan persembahan Inul. Mana nas dan hadis yang DBKL pakai bagi menHALALkan atau mengHARUSkan persembahan menggiurkan ini.

DBKL yang mentadbir Kuala Lumpur negeri keenam Pakatan Rakyat (kalau Kuala Lumpur itu negeri) sepatutnya peka dengan sensitiviti rakyat terutama yang beragama Islam. Malah saya yakin rakyat yang belum beragama Islam juga tidak suka kepada persembahan seumpama ini yang jelas memperagakan bentuk badan, bont*t dan lain-lain bahagian yang kalau disaksikan oleh lelaki normal sudah tentu menelan air liur.

Saya menyokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) yang membantah sekeras-kerasnya penganjuran persembahan yang langsung tidak ada manfaatnya ini.
Kenyataan DPPWP di dalam Malaysiakini :-

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya konsert Inul Darastista yang terkenal dengan 'aksi goyang pinggulnya' yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil Ahad ini."Tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert Inul (foto) tersebut akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL."Seharusnya pihak kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama-ulama Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah."Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. Walaupun dibantah oleh Pemuda Wilayah tapi pihak DBKL berdegil.
"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya," kata Herman dalam satu kenyataan hari ini.Rakyat tempatan tolakSehubungan itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburator Dung yang dibelasah oleh penonton di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini.
"Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. "Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini," katanya.Menurutnya, walaupun apa jua alasan yang diberikan, Pemuda PAS Wilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. "Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau di tanahair sendiri.
"Jika konsert ini berlaku, maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka," tegas Herman.Oleh itu, katanya, Pemuda PAS Wilayah berharap agar kerajaan mengambil serius perkara ini bagi menjaga imej negara sebagai anggota Persidangan Negara Islam (OIC).

MANA JANJI KERAJAAN NEGERI MELAKA UNTUK ATASI BANJIR KILAT - Ref Malaysiakini

Saya amat kesal kerana kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah banjir kilat di beberapa tempat dinegeri ini terutama di Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Tun Razak dan lain-lain. Minggu lepas sekali lagi beberapa tempat di negeri ini digenangi air.
Lebih memalukan kawasan perindustrian Batu Berendam iaitu jalan di hadapan Kilang Infineon juga ditenggelami air. Ini amat memalukan negeri ini dimata para pelabur luar yang mendirikan kilang di kawasan terbabit.
Seperti yang kita ketahui penduduk di tempat-tempat terbabit seringkali dihantui perasaan ketakutan dan trauma pada setiap kali hujan lebat turun kerana acapkali banjir akan melanda kawasan mereka.
Apa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi terbabit sehingga membiarkan penduduk kampung terbabit terpaksa mengalami penderitaan akibat banjir sejak bertahun-tahun lamanya.

Mana perginya janji kerajaan negeri dan wakil rakyat (pada setiap kali pilihanraya ) yang sering berjanji untuk menyelesaikan masalah ini. Ianya bukan sekali berlaku malah telah berpuluh-puluh kali berlaku sejak bertahun-tahun lamanya. Tidak kasihankah pemimpin kerajaan kepada penduduk terbabit yang terpaksa mengusung barangan mereka ke tempat selamat pada setiap kali banjir melanda kampung mereka.

Lebih teruk lagi banyak harta benda mereka musnah akibat tidak dapat diselamatkan pada setiap kali banjir melanda. Saya menyeru Kerajaan dan agensi-agensi terbabit segera menyelesaikan masalah ini dengan mengkaji sistem perparitan dan saliran yang mungkin tersumbat, terlalu kecil tidak dapat menampung air hujan lebat yang banyak, mengkaji projek-projek yang dijalankan tanpa kajian terperinci yang mungkin menyebabkan terjadinya banjir ini.
Selain itu kerajaan negeri mesti sanggup mengeluarkan bajet yang besar bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan jangan hanya sanggup mengeluarkan belanja untuk projek pelancongan dan promosi negeri Melaka sahaja tetapi kedekut untuk berbelanja bagi kesejahteraan rakyat.
Khirul Che Salleh
Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka

LIM GUAN ENG MATANG BERPOLITIK - Ref Malaysiakini

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP harus dipuji kerana beliau jelas matang berpolitik. Tidak ada syak dan prasangka yang dilemparkan oleh Guan Eng terhadap tindakan PAS bertemu dan berbincang dengan Umno. Sikap terbuka beliau ini harus dicontohi oleh semua pimpinan parti politik supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian terhadap apa juga masalah yang berlaku di dalam negara kita.
Lim dalam kenyataannya kepada Bernama menyatakan bahawa Muzakarah antara Umno dan PAS tidak akan menjejaskan hubungan dan perpaduan partiparti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata tiada sebab untuk DAP atau Pakatan Rakyat merasa bimbang atau terjejas dengan perbincangan antara PAS dan Umno itu.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, boleh dan berhak untuk berjumpa atau mengadakan perbincangan dengan sesiapa sahaja dan ia bukan perkara yang luar biasa.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sendiri pernah menemui Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan.

Katanya Pakatan Rakyat tidak berminat kepada perkara yang hanya menyentuh satu kaum sahaja tetapi mahu memperjuangkan perpaduan keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, katanya, jika Pakatan Rakyat mengadakan perbincangan dengan MCA atau Gerakan, ia tidak akan tertumpu kepada isu masyarakat Cina sahaja tetapi lebih kepada isu bangsa Malaysia.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memberi pengiktarafan termasuk elaun khas kepada Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lim berkata beliau telah meminta Penasihat Undang-undang untuk menguruskan sebarang pindaan undang-undang yang diperlukan dan ia dijangka siap menjelang persidangan DUN akan datang.

"Kita rasa wajar Ketua Pembangkang diberi pengiktarafan sesuai dengan kedudukannya itu," katanya.
Jelas sekali beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan tidak cepat membuat kesimpulan. Kita sememangnya mahu melahirkan pemimpin yang semacam ini yang terbuka dan boleh dibawa berbincang. Tidak seperti pemimpin Umno yang selalu melarikan diri bila diajak berbincang. Hatta untuk menerima memo bantahan sekalipun mereka tidak berani.
Pemimpin Umno dan parti komponen BN yang lain juga jarang sekali bersikap terbuka dan berani kerana benar. Seringkali kalau mereka dijemput untuk berforum atau berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat mereka melarikan diri.
Malah seringkali juga rakyat berputih dalam program-program dialog dengan pemimpin BN yang tidak berani bersemuka dengan rakyat.
Ayuh wahai pemimpin-pemimpin politik mari kita berpolitik secara moden, terbuka, berjiwa besar dan rasional. Jangan kita egoistik, sombong, bongkak, bacul, penakut dan bangga diri.

'PRESS STATEMENT' PESURUHJAYA PAS MELAKA ESOK 23 JULAI 10 PAGI - Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman akan mengadakan sidang akhbar berkenaan muzakarah PAS~Umno di Pejabat PAS Negeri Melaka, esok, 23 Julai, jam 10.00 pagi.

Ustaz Ghani akan menegaskan pendirian PAS Melaka dalam isu muzakarah ini yang sejak akhir-akhir ini disensasikan oleh media arus perdana yang menjadi lidah rasmi Umno dan BN.
Malah Perdana Menteri sendiri seolah-olah menjadi isu ini sebagai salah satu cara untuk menaikkan nama beliau di saat beliau dihimpit dengan pelbagai masalah di dalam Umno dan BN.
Adalah diharapkan kenyataan akhbar beliau ini akan dapat merungkaikan apa juga masalah dan kekeliruan yang dihadapi ahli, penyokong dan simpatisan PAS terutama yang berada di Melaka.

Seluruh media dan akhbar dijemput hadir. Harap Maklum.

ORANG BERAK TENGAH JALAN TAKKAN NAK MENGAKU? Ref Malaysiakini

Siapa bercakap benar? Anwar atau Saiful. Sudah tentu salah seorang dari mereka adalah pembohong dan pembuat fitnah nombor wahid.
Tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya yang suci siapa yang jijik. Hanya Allah S.W.T dan mereka berdua sahaja yang tahu. Masing-masing mengaku bercakap benar. Saiful yang berdiam diri dan entah di mana sekarang ini tampil melalui peguam, bapa dan bapa saudaranya, Uncle Pet (nama pun semacamnya) membuat kenyataan akhbar semalam mendakwa bahawa beliau berani memberikan kerjasama kepada Polis dan hospital. Peliknya beliau tidak mahu tampil di khalayak ramai sebagaimana Anwar yang tidak segan silu bertemu dengan semua orang termasuk Polis. Mengapa Saiful tidak berani. Berani kerana benar takut kerana salah. Biasanya orang yang bersalah sahaja yang takut.
Bapanya mendakwa beliau hairan mengapa Anwar memberikan banyak alasan dan enggan bekerjasama dengan Polis.
Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan." katanya dipetik dari Malaysiakini.
Bila melihat kepada latarbelakang kedua-dua mereka ini saya yakin rakyat boleh membuat andaian sendiri.

Saiful seorang pelajar yang kandas dan mungkin dikategorikan sebagai pelajar malas dan bangang. Rakan-rakannya mendedahkan beliau suka mencari publisiti dan ingin popular. Mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib dan pegawai Najib sehingga boleh bertemu mereka bila-bila masa, hatta nak minta Biasiswa pun boleh jumpa Najib (?????).
Anwar tak perlu diperkenalkan. Merengkok dalam ISA dan penjara selama 6 tahun akibat tuduhan liwat dan salahgunakuasa sehingga mahkamah mensucikan beliau dari tuduhan liwat tahun 1998. Mempunyai ramai musuh politik antaranya Dr Mahathir, Najib, Pak Lah dan lain-lain. Musuh-musuh politik Anwar baik pulak Saiful (terutama Najib) .......(???????)
Terpulang kepada kita untuk membuat andaian dan keputusan sendiri siapa pembohong siapa yang benar?

DAH KELUAR 'PAPER' BARU NAK BERGERAK

Sudah seakan menjadi tradisi bagi masyarakat Malaysia terpaksa mengadu kepada media jika sesuatu masalah mereka tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lama. Malah ada kes yang bertahun-tahun tidak selesai, sebaik sahaja diajukan kepada media secepat kilat pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan.

Beberapa minggu lepas saya mendedahkan kes seorang bapa, Mustafa Maiduni yang ingin mengambil anaknya di Indonesia yang juga menghadapi masalah untuk mendaftarkan anak-anaknya serta mendaftarkan perkahwinan. Selepas setengah jam saya postingkan di blog ini, pihak berkenaan terus membuat panggilan telefon Mustafa supaya datang ke pejabat Jabatan berkenaan untuk menyelesaikan masalah beliau. Mudahnya !!! sedangkan sebelum itu beliau telah bertemu dengan pemimpin negeri dan jabatan berkenaan namun tiada tindakan yang konkrit diambil. Tetapi sebaik sahaja ceritanya disiarkan di dalam blog ini, akhbar Sinar Harian dan Siasah bukan main cepat lagi pihak berkenaan mengambil tindakan syabas.

Begitu juga halnya dengan surau Taman Angkasa Nuri selepas sahaja akhbar Sinar Harian menyiarkan cerita tersebut dan saya juga 'posting'kan dalam blog ini, keesokannya kelihatan pihak berkenaan mula mengukur tanah dan memasang kayu-kayu untuk kerja-kerja pembinaan surau tersebut. Mengapa sebelum ini tiada tindakan dibuat walaupun ADUN Durian Tunggal sudah dua kali melawat tapak surau tersebut.

Syabas YB dan pihak-pihak yang berkenaan KERANA CERITA DAH KELUAR PAPER BARU NAK BERTINDAK.

Saya posting gambar tapak surau tersebut untuk tatapan tuan-puan.
Semoga ianya cepat disiapkan dan mudahlah kita berjemaah selepas ini. Amin.

MEDIA TERUS MAINKAN ISU MUZAKARAH - Ref Malaysiakini

Media massa arus perdana yang menjadi senjata ampuh untuk Umno dan kerajaan terus menggunakan senjata tradisional mereka iaitu perpaduan melayu untuk mengelirukan rakyat samada melayu atau bukan melayu.
Nampak jelas bahawa Umno akan menggunakan senjata ini untuk melemahkan Pakatan Rakyat demi untuk mencapai matlamat jangka pendek dan panjang. Seperti biasa media akan memanipulasi berita dengan tidak menyiarkan kenyataan penuh pemimpin PAS dalam usaha PAS untuk menerangkan kedudukan sebenar pertemuan PAS-Umno. Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Umno iaitu asalkan dapat berjumpa maka strategi mereka mengena.
Umno akan memainkan isu pertemuan ini selumat-lumatnya sehingga dapat menggambarkan kepada rakyat bahawa PAS beriya-iya benar ingin bergabung demi Islam dan kedaulatan Melayu. Oleh kerana itulah Pak Lah mengeluarkan peluru pertamanya dengan membuat kenyataan sudah 3 kali pertemuan di buat. Bukans 1 kali tapi 3 kali. Kalau dah 3 kali maknanya ada perkembangan dan ada 'chance' untuk ke arah penggabungan. Bukankah ini merisaukan golongan yang tidak bersetuju PAS berbaik dengan golongan hidung belang Umno ini.
Pemimpin PAS pula dilihat semakin menggelabah kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak sekata. Ada yang kata 'totally' tidak setuju atau yang bersetuju dan ramai yang berdiam diri dalam isu muzakarah ini. Yang kepanasan ialah ahli diperingkat bawahan yang terpaksa berhadapan dengan rakyat yang melontarkan pertanyaan demi pertanyaan kepada mereka.
Itu kita belum lihat media bukan Melayu, apa yang mereka kata tentang PAS, kita tak tahu. Malah nak baca pun tak faham.
Diharapkan PAS dapat mengusahakan satu gerakan dan strategi baru bagi menghadapi isu ini. Nampaknya di saat kita kuat kita terpaksa menjadi defensif disebabkan mungkin kesilapan kita sendiri. Mungkin pandangan saya tidak betul namun saya menulis ini atas kerisauan ahli-ahli yang mula gusar dengan serangan demi serangan dari media cetak dan elektronik.
Bagi kita ahli-ahli yang faham mungkin tidak menjadi masalah kerana kita sentiasa yakin bahawa Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura mempunyai kredibiliti dan pengalaman serta ilmu yang cukup untuk menangani isu ini.
Namun kita seharusnya berhati-hati jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran dan jangan terkena patukan ular dua kali di dalam lubang yang sama.

UMUM DI MEDIA JUMPA PEMIMPIN PAS : PAK LAH CAPAI MATLAMAT JANGKA PENDEKNYA, Ref Malaysiakini

Pak Lah nampaknya cuba bermain politik apabila membuat kenyataan akhbar bahawa beliau sudah 3 kali bertemu pemimpim atasan PAS malah menekankan bahawa pemimpin yang ditemuinya adalah orang yang boleh membuat keputusan (decision maker). Jujurkan Pak Lah apabila 'membocorkan' rahsia pertemuan tersebut atau sememangnya ia tidak menjadi rahsia kedua-dua pihak.
Namun dari segi jangka pendek sebenarnya Pak Lah berada di pihak yang beruntung kerana berjaya menimbulkan keraguan di kalangan penyokong PAS, parti-parti Pakatan Rakyat dan juga individu-individu yang berangan-angan hendak menyeberang menyertai PAS atau Pakatan Rakyat. Sudah tentu hati mereka berdetik buat apa aku sertai PAS sedangkan PAS pun sudah mahu berbaik dan bergabung dengan Umno. Walaupun hakikatnya pertemuan itu mungkin bukan bertujuan untuk membincangkan pergabungan PAS-Umno, namun Pak Lah bijak mengintai peluang untuk menangguk di air keruh dengan menggambarkan seolah-olah pertemuan itu bertujuan untuk mencapai matlamat ke arah penggabungan kedua-dua parti.

Sudah tentu jentera-jentera Umno yang dibantu dengan media, pihak 'Siput Babi' (SB) akan menggunakan jarum halus mereka untuk mengkucar-kacirkan pemikiran penyokong dan orang-orang mudah di'pening'kan kepala mereka.
Apakah strategi pimpinan PAS kali ini mengena atau PAS yang di'kena'kan. Di peringkat akar umbi memang timbul keresahan kerana mereka yang berjuang siang-malam, mengalami kejutan kerana Umno yang dilaung-laungkan sebagai zalim, tidak berhati perut, keras kepala, bongkak, gila kuasa, penuh dengan rasuah dan segala macam 'mak nenek' kejijikan akhirnya didekati PAS dengan menghulurkan tangan untuk bersahabat walaupun mungkin sampai ke peringkat bergabung.
Hati kawan-kawan di dalam Pakatan Rakyat juga mungkin terguris dengan tindakan pemimpin PAS yang seolah-olah dilihat membelakangkan mereka. Malah ada suara-suara yang mendakwa bahawa sokongan bukan Melayu kepada PAS sedang terhakis sedikit demi sedikit kerana nampaknya PAS juga ingin mendukung perjuangan 'racist' iaitu bersetuju dengan Umno sedangkan Umno telah diterajang pada Pilihanraya Umum lalu.
Lebih mendukacitakan di kalangan pemimpin PAS sendiri seolah-olah tidak sekata dalam kenyataan akhbar mereka. Mursyidul Am dan Naib Presiden, Dato' Husam Musa seolah-olah bercakap di pihak yang tidak bersetuju dengan muzakarah PAS-Umno manakala Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain mempunyai pandangan sebaliknya. Mana perginya 'wehdatul Fikr'? tanya seorang ahli akar umbi.
Jadi adalah diharapkan pemimpin PAS dapat membuat pertimbangan sewajarnya bagi menyelamatkan sokongan dari ahli. penyokong dan orang-orang bukan Melayu yang jelas memecahkan rekod pilihanraya umum apabila tidak segan silu memberikan undi kepada PAS.
Dalam kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di Harakahdaily semalam Tuan Guru bimbang PAS akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.

Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.

"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.

Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.

"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,"ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.
Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter