UMNO SEMAKIN PORAK PERANDA - Ref Malaysiakini

Umno semakin porak peranda dan semakin kucar-kacir. Cuma situasi tidak diketahui umum kerana media arus perdana dikuasai mereka. Padahal arus pergolakan semakin kencang dan hebat.
Sudah ada cawangan-cawangan yang berani mengusulkan supaya Ku Li, Najib dan Muhyiddin bertanding menentang Imam Hadhari untuk posisi Presiden. Kalaulah sebelum tidak ada cawangan yang berani berbuat demikian kini ianya sudah tidak menjadi satu benda yang pelik kerana semuanya gara-gara Imam Hadhari yang lembap, lemah dan suka terlelap.
Kalau sebelum ini beberapa cawangan Umno Bahagian Pekan mencadangkan supaya AlNajib bertanding jawatan Presiden, hari ini cawangan di Johor Baharu pula berani mencadangkan Muhyiddin bertanding jawatan tersebut pada pemilihan Disember ini.

'Giliran orang Johor jadi presiden'

Sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan, kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah."Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut."Ini kerana beliau telah membuktikan kemampuannya melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya selama ini," kata Abdul Muhamad TalibTugas-tugas yang diamanahkan itu merangkumi dalam parti dan juga dalam kerajaan.
Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Sebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad."Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini.
Tidak dipengaruhiKetua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya. Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.
Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi."(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama," jelasnya.Abdul Muhamad Talib juga menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju berpolitik untuk menjaga hati orang lain."Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)," katanya.
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah diusulkan oleh dua cadangan di Pahang untuk bertanding jawatan presidenDua cawangan tersebut ialah Umno Bukit Kuantan 3 (bahagian Paya Besar) dan Umno Kampung Ubai (bahagian Pekan).
Sumber : Malaysiakini

Comments