MEDIA TERUS MAINKAN ISU MUZAKARAH - Ref Malaysiakini

Media massa arus perdana yang menjadi senjata ampuh untuk Umno dan kerajaan terus menggunakan senjata tradisional mereka iaitu perpaduan melayu untuk mengelirukan rakyat samada melayu atau bukan melayu.
Nampak jelas bahawa Umno akan menggunakan senjata ini untuk melemahkan Pakatan Rakyat demi untuk mencapai matlamat jangka pendek dan panjang. Seperti biasa media akan memanipulasi berita dengan tidak menyiarkan kenyataan penuh pemimpin PAS dalam usaha PAS untuk menerangkan kedudukan sebenar pertemuan PAS-Umno. Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh Umno iaitu asalkan dapat berjumpa maka strategi mereka mengena.
Umno akan memainkan isu pertemuan ini selumat-lumatnya sehingga dapat menggambarkan kepada rakyat bahawa PAS beriya-iya benar ingin bergabung demi Islam dan kedaulatan Melayu. Oleh kerana itulah Pak Lah mengeluarkan peluru pertamanya dengan membuat kenyataan sudah 3 kali pertemuan di buat. Bukans 1 kali tapi 3 kali. Kalau dah 3 kali maknanya ada perkembangan dan ada 'chance' untuk ke arah penggabungan. Bukankah ini merisaukan golongan yang tidak bersetuju PAS berbaik dengan golongan hidung belang Umno ini.
Pemimpin PAS pula dilihat semakin menggelabah kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak sekata. Ada yang kata 'totally' tidak setuju atau yang bersetuju dan ramai yang berdiam diri dalam isu muzakarah ini. Yang kepanasan ialah ahli diperingkat bawahan yang terpaksa berhadapan dengan rakyat yang melontarkan pertanyaan demi pertanyaan kepada mereka.
Itu kita belum lihat media bukan Melayu, apa yang mereka kata tentang PAS, kita tak tahu. Malah nak baca pun tak faham.
Diharapkan PAS dapat mengusahakan satu gerakan dan strategi baru bagi menghadapi isu ini. Nampaknya di saat kita kuat kita terpaksa menjadi defensif disebabkan mungkin kesilapan kita sendiri. Mungkin pandangan saya tidak betul namun saya menulis ini atas kerisauan ahli-ahli yang mula gusar dengan serangan demi serangan dari media cetak dan elektronik.
Bagi kita ahli-ahli yang faham mungkin tidak menjadi masalah kerana kita sentiasa yakin bahawa Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura mempunyai kredibiliti dan pengalaman serta ilmu yang cukup untuk menangani isu ini.
Namun kita seharusnya berhati-hati jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran dan jangan terkena patukan ular dua kali di dalam lubang yang sama.

Comments

CHee XtheMan said…
PAS is doing the right thing to expose Umno cheap politic.

There is no room to compromise when dealing Umno in Politic.
After all we know Umno what is all abt racists, practice cheap politic !! Will they changed ? it is a big NO :-)

Why not they raise the muslims unity issue and hak Melayu in one or two years back ? Why only after 8/3 then they wants to talk ? This is Umno ... when they lose ... then trying everything even to betray MCA, MIC, PBS and other.

PAS will not lose my vote (i am non-malay) if PAS is sincere and fair.
Anonymous said…
I agree with you Chee xtheman, PAS should be aware about Umno's tactic and strategy, don't be trapped for second time.