ISU KERETA, MUZAKARAH DAN LIWAT TENGGELAMKAN ISU PANAS LAIN - Ref Malaysiakini

Jelas sekali bahawa Pasukan Pemikir Umno dan BN sedang sibuk mencipta isu-isu baru untuk mengalihkan perhatian rakyat yang sedang tertekan dengan kenaikan harga minyak, barangan dan sebagainya.

Setelah mereka menjadikan isu liwat Anwar mereka mencipta pula isu muzakarah sedangkan ianya tidak berbangkit. Selepas itu isu kereta rasmi pula menjadi pilihan mereka. Bijak sungguh pasukan ini bermain dengan isu dan mencari isu-isu baru yang dapat 'melalaikan' rakyat.

Kita belum tahu apa pula isu akan di'create'kan oleh mereka selepas ini kerana isu muzakarah akan berakhir sehari dua selepas pimpinan PAS meng'clear'kan semua hal yang berkaitan muzakarah dengan menegaskan bahawa tidak ada muzakarah yang telah, sedang dan akan dibincangkan setakat ini.

Apakah isu jenayah, kehilangan kanak-kanak, pengangguran, isu perpaduan dan ketuanan Melayu pula akan dimainkan oleh media mereka. Ini kerana isu muzakarah ini Insya Allah telah dapat di'counter' oleh PAS. Sudah tentu pemikir Umno ini akan mencipta isu baru yang boleh menarik perhatian ramai.
Semua orang tahu bahawa pemikir 'lahanat' ini akan sentiasa mencari peluang untuk memporak perandakan lawan mereka dengan apa cara sekalipun.

Umpamanya dengan isu muzakarah selain dari mengalih perhatian rakyat dari isu-isu semasa yang lain, mereka juga berjaya menimbul prasangka tidak baik DAP dan PKR kepada PAS.

Dengan isu liwat, selain dari mengalihkan perhatian rakyat dari isu minyak dan lain-lain mereka juga berupaya memburuk-burukkan Anwa dan melengah-lengahkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat kerana ahli-ahli Parlimen BN yang hendak melompat kepada PR mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga isu ini selesai. Entah bila ianya akan selesai kita pun tidak tahu.

Jadi dalam sehari dua ini sudah tentu kita akan dapat melihat isu-isu dan cerita-cerita baru akan dibangkitkan. Mungkin cerita bunuh diri, bunuh, rogol, culik, khalwat, zina dan sebagai mungkin dijadikan penampan sementara sebelum mereka mendapat isu-isu lain yang lebih besar dan 'hebat'. Kerja-kerja pasukan pemikir ini memang 'celaka' dan 'bacul' namun mereka ini adalah anak emas kepada Umno dan BN kerana peranan mereka cukup besar untuk menguasai minda dan pemikiran rakyat. Apabila minda dan pemikiran rakyat sudah dikuasai maka senanglah rakyat di'bawa' ke sana ke mari ibarat kerbau dicucuk hidung. Apa sahaja yang disuruh tuannya akan diikuti tanpa bantahan.

Malang sekali jika kita termakan dengan umpan dan helah mereka ini. Oleh itu setiap berita yang sampai kepada kita mesti kita selidiki kesahihannya dan jangan lupa bertanya kepada orang yang arif dalam bidang-bidang berkaitan dengan isu tersebut. Bagi anggota jemaah dan parti politik mereka mesti merujuk kepada pimpinan tertinggi jemaah atau parti kerana mereka sahajalah yang boleh membuat keputusan setelah ianya di'syura'kan.

Comments