APA JUGA TINDAKAN KITA DIPANTAU LAWAN - Ref Malaysiakini

BN yang pertama kali tewas teruk pada pilihanraya umum lalu sehingga kalah di 5 buah negeri dan hampir tumbang di kerusi parlimen Semenanjung ( 85 BN 8o PR) nampaknya kemaruk untuk mencari apa juga kesalahan pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira kesalahan kecil apatah lagi yang besar akan di'higlite'kan di dalam media cetak maupun elektronik.
Kerajaan Selangor teruk dihentam oleh pimpinan BN kononnya melebihkan projek penternakan babi berbanding hal-hal lain. Selain itu kerajaan ini juga difitnah kononnnya kerajaan campuran ini bakal berkubur kerana ketiga-tiga parti yang menganggotai kerajaan itu berselesih faham. Namun sehingga kini kerajaan ini terus kukuh dan berjaya membuktikan kerajaan Selangor adalah kerajaan yang jelas menjaga kebajikan. Kejayaan mengotakan janji memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu mengunci mulut Khir Toyo dan kuncu-kuncunya.
Di Pulau Pinang kerajaan negeri difitnah sebagai anti Melayu. Namun Ketua Menteri membuktikan beliau bukan anti Islam dan Melayu apabila sama-sama berarak semasa sambutan Maulidur Rasul, malah kerajaan negeri menambah elaun guru-guru KAFA yang sejak sekian lama dianaktirikan kerajaan BN. Bukan itu sahaja, Guan Eng mengumumkan untuk mengikut jejak Khalifah Islam yang terkenal adil memerintah iaitu Omar Abdul Aziz.
Kerajaan Kedah juga tidak sunyi dari fitnah. Terbaru Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak difitnah kononnya menaiki kapal terbang peribadi Sultan untuk kepentingan sendiri. Namun pihak istana sepantas kilat menyanggah tohmahan Umno dengan menyatakan bahawa Menteri Besar menaiki pesawat diraja atas titah Sultan yang memerintah beliau mengiringi Tunku Bendahara Kedah mengadap Sultan Berunei atas urusan resmi Sultan Kedah. Jadi oleh kerana tidak isu maka payung kuning yang digunakan oleh Ustaz Azizan pula jadi sasaran fitnah. Namun ianya tidak memberi bekas.
Begitu juga di Perak, kerajaan negeri yang paling unik tidak sunyi dari fitnah dan tohmah namun sehingga kini Umno dan BN sebenarnya tidak ada idea untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat.
Hatta dalam sidang dewan undangan negeri pun mereka bercakap merapu tidak tahu hujung pangkal di semua persidangan DUN Negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Syabas kepada semua kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Keep it up your performance. People will support you. Don't worry. We have realized that Pakatan Rakyat government is far better than previous BN Government.

Comments

Nizam Gtz said…
Suka bantai, senang berkata…
Dulu membangkang, sekarang memerintah
Tetapi apa yang dilakukan?
Kelab terkaya negeri pun bagi dekat ipar duai
Pengeksport terkemuka daging non-halal di dunia
Projek tetap dijalankan walau dibantah PPIM
Tender pun bagi kat kroni…

Tanah ini milik siapa?
Mengapa memberi 999 tahun kepada semua?
Bukankah kita tuan?
Atau kita sekarang sekadar sahaya?
Lantaran sikap kita yang suka berpecah belah dan berbalah…

Cadangan dan Saranan membuta tuli
Angkara siapa semua terjadi?
Wujudlah pula perjanjian Pangkor II
Lebih cepat dari sangkaan
Tanah ini dibahagi-bahagi...
Tiada lagi ketuanan melayu

Bila menang.. lupa diri
protes minyak jadi seronok-seronok
semakin teruk tidak senonoh
angkara siapa ini terjadi
Ramai yang kabur dengan pemerintah baharu
Menang tapi pening kepala
rasa menyesal menangis tak guna
Sudah terhantuk baru terngadah...

Untuk apa perjuangan ini jika hanya untuk memenangkan mereka?
Untuk apa perjuangan ini jika maruah bangsa sudah tidak bermaya
Untuk apa perjuangan ini jika agama sudah bukan agenda utama??

Dan, biarlah diri ini menjadi abu... Asalkan perjuangan ini terus di landasan Alif, Ba' dan Ta'...