TAHNIAH DBKL KERANA BATALKAN KONSERT INUL - Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan konsert Inul yang dijadualkan dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini.

Pembatalan ini merupakan suatu tindakan bijak kerana jelas konsert tersebut langsung tidak bermanfaat malah ianya merupakan suatu konsert maksiat kerana persembahan Inul sendiri merupakan merupakan persembahan yang boleh disifatkan lucah dengan pakaian ketat, tarian gelek yang melampau dan sebagainya. Ianya bisa menggocangkan nafsu lelaki yang menontonnya.

Persembahan tersebut mendapat bantahan hebat dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang menghantar memo kepada DBKL menggesa supaya ianya dibatalkan.

Sebelum ini Konsert Inul di Johor Baharu juga dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) setelah mendapat bantahan hebat dari Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dan rakyat negeri Johor.

Pembatalan ini merupakan suatu perkembangan positif sedangkan sebelum pelbagai bantahan dibuat Konsert Inul tetap diteruskan.

Syabas DBL dan MBJB. Adalah diharapkan selepas ini semua kerajaan tempatan akan mencontohi sikap DBKL dan MBJB dengan tidak membenarkan sebarang konsert yang jelas menggalakkan maksiat dan melalaikan.

Malangnya Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) telah meluluskan penganjuran konsert tersebut. Kelulusan inilah yang menyebabkan pihak berkenaan berani menganjurkan Konsert Inul. Kita hairan mengapa Puspal iaitu sebuah agensi kerajaan tidak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk sehingga memberikan kelulusan untuk konsert ini dianjurkan di Malaysia.

Saya mendesak Puspal supaya mengkaji semula garispanduan untuk kelulusan sesuatu konsert dan program artis luar supaya ianya selari dengan hasrat agama Islam dan nilai-nilai morak rakyat Malaysia.

Saya menggesa menteri berkenaan memberikan jawapan mengapa konsert ini diluluskan oleh Puspal sedangkan ianya jelas berlawanan dengan Islam dan nilai-nilai moral.

Comments