.

.

30 November 2012

NAJIB 'MENGAMUK' DI PWTC (FLASHBACK) - VIDEO

Video Najib Razak mengamuk dan mendabik dada bahawa Umno/BN akan berdepan dengan PR pada PRU 13 nanti.

Hebat sekali Najib Razak ini. Beliau kelihatan seperti anak jantan tetapi hakikatnya orang kampun semua sudah tahu. Sehingga kini beliau takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serangan bertalis arus beliau kepada Anwar di media-media berupa serangan sebelah pihak kerana media tidak memberi ruang kepada Anwar untuk menjawabnya. Malangnya Najib takut untuk berdepan satu lawan satu dalam sessi debat yang sudah lama ditawarkan oleh Anwar.

NAJIB PAKAI TAKTIK LEMBIK TENGKOK PULA

Setelah bertali arus menyerang Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, Presiden Umno, Najib Razak semalam menggunakan taktik 'lembik tengkok' pula memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas apa juga kesalahan yang dilakukan oleh BN semasa memerintah Malaysia.

Najib memohon kemaafan kepada rakyat ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Jarang sekali pemimpin Umno memohon maaf kepada rakyat khasnya kepimpinan Umno bermula dari era Mahathir. Apa sebabnya Najib bertukar 'warna' kali ini. Mungkin permohonan maaf menandakan era kepimpinan beliau dan Umno akan berakhir tidak lama lagi. Najib mungkin sudah insaf bahawa rakyat akan bangkit menolak Umno/BN pada PRU 13 nanti sebab itu beliau memohon maaf lebih awal.

Apakah yang mendorong Najib bertindak demikian. Mungkin itu taktik dan strategi terakhir Najib untuk memancing dan memikat hati rakyat Malaysia yang semakin hari semakin meluat kepada Umno/BN. Pelbagai taktik digunakan oleh Najib untuk memaut hati rakyat tetapi rakyat tetap dengan kecenderungan mereka untuk menyokong PR. Habuan, bantuan dan pelbagai janji ditaburkan kepada rakyat namun ianya tidak dapat memikat hati rakyat.

Maka mungkin ini strategi terakhir Najib untuk menundukkan hati rakyat iaitu dengan memohon maaf kepada rakyat. Apakah rakyat akan termakan dan layu dengan 'lakonan' Najib ini.

Jika benar Najib insaf dan memohon maaf sila kembalikan semua hak rakyat dari segi demokrasi, hak asasi rakyat, royalti dan sebagainya.

29 November 2012

NAJIB MULA SEDAR RAKYAT SUKAR DITIPU DAN DIKELIRUKAN

Presiden Umno Najib Razak dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini menggesa ahli-ahli Umno memberi tumpuan kepada demografi pengundi  Malaysia yang sudah berubah secara radikal dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, majoriti daripada 29 juta penduduk Malaysia kini lahir
selepas pembentukan Malaysia dan 70 peratus tinggal di kawasan bandar - menjadikan mereka lebih bermaklumat serta kritikal.

"Peningkatan taraf hidup, proses pembandaran, akses pendidikan,
kemajuan teknologi maklumat, komunikasi serta pengangkutan merubah keutamaan, selera, sistem nilai dan profil pengundi Malaysia.

"Citarasa dan jangkaan mereka terutamanya golongan muda telah bertukar dengan mendadak," katanya pagi tadi

Najib mula sedar bahawa dengan perubahan demografi pengundi ini, sukar bagi Umno/BN untuk menipu dan mengelirukan pengundi dengan media tradisional mereka iaitu suratkhabar arus perdana dan TV serta radio. Beliau faham benar bahawa rakyat tidak lagi menelan bulat-bulat segala maklumat yang disiarkan dalam media pencacai Umno/BN. 

Bahang kesedaran rakyat untuk mencari kebenaran dengan mengakses kepada media alternatif sangat memeritkan Najib dan partinya sehingga beliau terpaksa menangguhkan PRU 13 hingga sekarang. Dalam keadaan yang teragak-agak Najib masih belum berani membubarkan parlimen walaupun pelbagai umpan dan habuah dicurahkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan 'one off' dan sebagainya.

Kini beliau sedar rakyat sukar dgula-gulakan dengan apa juga bentuk. Sebab itu Najib tidak putus-putus berjanji untuk menjalankan transformasi dalam semua bidang.

PRU 13 : HANYA TINGGAL KURANG DARI 3 BULAN LEBIH

Menurut sumber perwakilan Umno, Presidennya Najib Razak memberitahu bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan kira-kira 15 minggu lagi iaitu 3 bulan lebih sahaja lagi.
Dalam taklimat tertutup perwakilan Umno 2 hari lalu, Najib mengingatkan demikian dalam sesi taklimat tertutup bersama para perwakilan perhimpunan.

Jelas sekali Najib begitu gusar dengan sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan PRU 13 sehingga ke penghujung 'iddah'nya iaitu bulan Mac 2013. Apa yang menyebabkan Najib begitu takut? Sudah tentu rakyat mempunyai jawapannya.

Walaupun pelbagai umpan dan 'rasuah politik' dihamburkan kepada rakyat namun majoriti rakyat masih terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya rakyat berketurunan Tionghua. 

28 November 2012

RONALDO PAKAI KOPIAH, SEMOGA ALLAH BERI HIDAYAH PADANYA

Semoga Allah memberikan hidayah kepada Ronaldo yang banyak memberikan derma kepada rakyat Gaza yang menderita dizalimi Zionis laknatullah.

Gambar menunjukkan Ronaldo memakai kopiah atas satu pesawat bersama-sama dengan penyerang terbilang Brazil, Kaka rakan sekelabnya.

PENDEDAHAN MUSA : HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MESTI DIDAKWA?

Terkejut dengan pendedahan Musa.
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein mencampuri urusan polis sesuatu yang serius dan mesti diambil tindakan segera oleh pihak berwajib.

Pendedahan itu suatu yang amat serius dan ianya menjejaskan kredibiliti dan imej pasukan Polis dan kerajaan BN. Malah Perdana Menteri, Najib Tun Razak mesti menjawab semua persoalan ini demi maruah dan integriti kerajaan dan PDRM.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, ianya amat memalukan negara di mata dunia dan ianya mungkin menjejaskan kepercayaan rakyat dan pihak luar.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

VIDEO KLIP : ADUN BN MENGAMUK!!!


Adun BN mengamuk dalam Dun Kedah tidak puashati sehingga tidak puashati dengan Speaker dan Adun Kerajaan Negeri.

Itulah standard Adun BN yang dipilih oleh rakyat.

SIAPA RAHIM THAMBY CHIK NAK TEGUR PAS?


Siapa tidak kenal Rahim Thamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno. Semua orang tahu latarbelakang beliau.
Tiba-tiba semalam tanpa rasa malu dan segan 'Mamat' hendak memberi nasihat kepada Pas. Cermin diri dululah wahai Rahim. Bila pula engkau jadi alim dan lebai ini. Semua orang tahu siapa engkau sebenarnya. 
Semalam 'Mamat' ini mencabar Pas supaya menukar perlembagaan parti itu berikutan tindakan sesetengah pimpinan dan ahli parti yang mendoakan kehancuran Umno, baru-baru ini.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, itu menyifatkan parti itu tidak faham sejarah negara apabila tergamak melabelkan kehancuran Umno yang juga saudara seislam.
“Jika satu masa dulu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri dapat melihat dengan jelas Pas ikhlas memperjuangkan negara serta kepimpinan Islam, namun kebelakangan ini perjuangan asas itu sudah hilang.
“Sekarang ini timbul pula isu berdoa untuk menghancurkan orang Islam Umno, sedangkan mereka ini tidak faham sejarah negara. Jika dilihat kembali sejarah, 55 tahun dulu perjuangan agama ini sudah diasaskan oleh Umno," katanya di Kuala Terengganu.
Jangan hendak tunjuk hebatlah wahai Rahim, selesaikan dahulu isu-isu lama dan isu kontroversi lain yang masih terpalit di badan engko tu.
Beliau turut menyifatkan Pas sebagai robot di dalam pakatan pembangkang, yang mana kewujudan parti terbabit hanya dipergunakan oleh parti pembangkang lain bagi kepentingan masing-masing.

26 November 2012

MAHATHIR KATA UMNO AKAN KALAH?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Memang sebenarnya sudah lama Umno kalah jika sistem pilihanraya san demokrasi kita benar-benar telus dan tidak berat sebelah. Bayangkan jika media telus - suratkhabar, TV, Radio semuanya memberikan liputan yang saksama dan adil sudah tentu Umno berkubur sejak dahulu lagi. Malangnya Malaysia terus mengamalkan sistem yang tidak bertamadun dan tidak demokratik hanya kerana mahu menjaga kesinambungan kuasa Umno/BN bagi menjaga kepentingan pimpinan dan bekas-bekas pimpinan mereka yang terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah. 

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.

"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. 

"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir. 

Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan. 

Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat. 

Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan. 

Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri. 

"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri. 

"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya. 

Dalam pada itu, Mahathir turut meramalkan bahawa BN akan memenangi semula negeri yang telah tewas pada pilihan raya umum ke-12. 

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga terpulang kepada Umno itu sendiri. 

"Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat- kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan Kelantan. 

"Namun itu semua terpulang kepada Umno itu sendiri," katanya sambil menambah, sabotaj dalaman merupakan faktor utama yang menyebabkan kekalahan Umno.

BEKAS ADUN BN SERTAI PKR

UMNO MAKIN LELAH!!! Bekas Adun sertai PKR hari ini

Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengistiyarkan penyertaanya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat.

Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.

Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat.

TAHUKAH ANDA SIAPA BEKAS PEMIMPIN PAS YANG AKAN MASUK UMNO?


Ada sumber-sumber tidak sahih menyatakan bahawa beberapa orang bekas pemimpin PAS akan menyertai Umno pada perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok.

Kini penganalisis politik mencongak-congak siapa yang akan menjilat ludah sendiri dengan menyertai PAS yang zalim dan rakus iaitu Umno. Ada yang mengagak bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali akan menyertai Umno. Ada juga yang meneka bahawa bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa juga angkat kaki dari PAS bersama-sama dengan Hassan dan bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha. Sebelum ini Nasharuddin menafikan beliau akan masuk Umno sebaliknya menegaskan beliau akan tetap bersama PAS. Namun Hassan sudah pun dipecat oleh PAS. Manakala status Norman tidak pula diketahui.

Memang tidak pelik dan ajaib jika mereka ini masuk Umno kerana nada dan kenyataan akhbar mereka sejak akhir-akhir ini sama rentak dengan Umno. PAS sendiri tidak pernah menghalang pimpinan dan ahlinya untuk keluar parti dan menyertai parti yang mereka sukai. Malah PAS akan memecat mana-mana pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menikam parti dari belakang. Parti mempunyai disiplin dan perlembagaan. Mana-mana ahli yang sudah tidak patuh dan taat kepada parti wajar keluar parti atau akan dikenakan tindakan jika degil dan nakal.

PAS tidak pernah takut kehilangan pimpinan dan ahli yang tidak faham dasar perjuangan PAS dan tidak taat dengan keputusan parti. PAS pernah kehilangan Presidennya apabila Allaharham Dato Asri Haji Muda mengisytiharkan keluar parti. PAS juga pernah kehilangan Naib Presidennya iaitu Nakhaie Hj Ahmad. Namun sehingga kini PAS tetapi utuh dan teguh malah keahliannya sudah mencecah 1 juta orang.

PAS tidak pernah gusar dengan orang keluar parti walau sebesar mana sekalipun jawatannya. Kita berjuang bukan kerana individu atau orang. PAS teguh kerana dasar Al-Quran dan sunnah serta ijmak dan qias yang dipegang. Ketika parti-parti lain mati satu persatu seperti parti Negara, Nasma, Semangat 46, AKIM, Berjasa, Hamim dan lain-lain PAS terus berkembang dan diterima oleh segenap rakyat bukan sahaja orang Melayu, orang Islam malah rakuat bukan Islam pun sudah berani menyokong PAS. Kini ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sudah mencecah sehingga lebih 50,000 orang.

Malah PAS lebih redha dan bersyukur jika pimpinan dan ahli yang rosak dan ego seperti ini cepat-cepat angkat kaki dan keluar dari PAS.

BILA PULA UMNO PANDAI BERDAKWAH?


Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan dalam isu doa yang dibacakan adik kepada mursyidul am PAS, Nik Razi Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena muktamar parti itu, 18 November lalu.
Bacaan doa berkenaan menerima kecaman keras daripada pemimpin Umno, sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan Islam.

Hebat Umno sekarang, sudah pandai berdakwah.........!!

DR MAZA : DOA KEHANCURAN DIBOLEHKAN JIKA DIZALIMI

Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.

“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.

“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya.

Malang sekali kerana Umno tidak pernah membuat kajian terperinci lebih awal sebelum membuat fitnah dan pembohongan dalam isu doa ini. Mereka hanya berpancukan kepada nafsu mereka sahaja. 

SH

25 November 2012

5 SEBAB UMNO/BN MESTI DISOKONG : MENYANGKAL PEMBOHONGAN NAJIB

Visi, wawasan dan hala tuju BN, termasuk Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

1) Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Hujah balas : Bagaimana mungkin negara berada dalam masa depan gemilang sedangkan hutang negara saban tahun meningkat (2011 - RM502bilion), tiupan api perkauman terus menjadi agenda BN untuk meraih sokongan, indeks rasuah semakin meningkat, ekonomi yang tidak menentu, pemborosan kerajaan dan pemimpin semakin parah, sistem demokrasi parah, politik negara diwarnai dengan politik lucah, fitnah, pembohongan serta rasisme, menghina agama dan sebagainya.

2) Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental.

Hujah balas : Umno/BN sebenarnya tidak mempunyai dasar mereka menggunakan pendekatan pragmatik dan hawa nafsu dengan menggunakan apa sahaja kaedah untuk meraih sokongan termasuk divide and roll (pecah dan perintah), parti-parti komponen mengapi semangat perkauman sempit untuk mendapat sokongan, menghina agama Islam hanya untuk mengalihkan sokongan bukan Islam. Mereka menggunakan kaedah tidak bermoral dengan berbohong, fitnah, semangat perkauman dan sebagainya untuk memburuk-burukkan PR.

3) Kita(Umno/BN) mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

Hujah balas : Apa akan jadi pada masa depan dengan dasar kerajaan yang suka boros, mengamalkan rasuah, politik wang, kronisme dan sebagainya. Sehingga ekuiti orang Melayu masih di bawah paras 15 %. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu apabila tanah rezab Melayu semakin mengecil, semasa mereka tanah rezab melayu sebanyak 3 bilion ekar tetapi kini tinggal kurang dari 1.7 bilion ekar sahaja, bagaimana dengan masa depan negara sedangkan hutang negara semakin meningkat, indeks pelaburan jauh di belakang negara Asean lain, keselamatan rakyat semakin meruncing dan dasar politik yang tidak bertamadun.

4) Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.

Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Hujah balas : Betulkah mereka mengamalkan prinsip Janji Ditepati sedangkan masih banyak janji dalam manifesto dahulu tidak ditunaikan. Antaranya janji Ketua Menteri Sarawan hendak berhenti, sampai sekarang pun belum 'resign'. Bagaimana dengan pemansuhan ISA sedangkan masig ramai tahanan ISA di tahan. Bagaimana dengan janji/kontrak Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan, royalti dinafikan. Masih banyak kampung di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kemudahan asas. Bagaimana dengan janji SPRM untuk membasmi rasuah sedangkan masih ramai VIP dan kroninya tidak disiasat termasuk mereka yang mengamalkan politik wang dan sebagainya.  Janji manifesto BN PRU 2008, Selamat Aman dan Makmur hanya janji kosong di mana negara semakin tidak selamat dan aman dengan kes jenayah yang terus berlaku, pendakwaan berlaku dalam isu rasuah dan sebagainya. Makmurkah sebuah negara dan rakyat jika rakyat terus ditekan isu kenaikan harga barang dan sebagainya.

5) Rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.

Hujah balas : PR telah membuktikan pemimpin mereka berjaya mentadbir kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah serta Perak (11 bulan) jauh lebih baik dari BN. Program-program kebajikan yang tidak pernah terfikir oleh BN berjaya dilaksanakan diantaranya air percuma, takaful Kifaalah dan sebagainya. Kerajaan negeri-negeri PR dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana sistem pentadbiran kewangan yang baik, tiada rasuah dan penyelewengan. Hutang kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor berjaya dibayar semua, bajet lebihan, wang rezab negeri yang semakin meningkat dan sebagainya. Semua ini membuktikan PR berjaya memerintah dengan lebih baik jika diberi peluang mentadbir Putrajaya. Segala tawaran PR dibuat berdasarkan fakta dan hujah yang tepat bukannya janji kosong tanpa sebarang sandaran dan kajian.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter