PENDEDAHAN MUSA : HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MESTI DIDAKWA?

Terkejut dengan pendedahan Musa.
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein mencampuri urusan polis sesuatu yang serius dan mesti diambil tindakan segera oleh pihak berwajib.

Pendedahan itu suatu yang amat serius dan ianya menjejaskan kredibiliti dan imej pasukan Polis dan kerajaan BN. Malah Perdana Menteri, Najib Tun Razak mesti menjawab semua persoalan ini demi maruah dan integriti kerajaan dan PDRM.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, ianya amat memalukan negara di mata dunia dan ianya mungkin menjejaskan kepercayaan rakyat dan pihak luar.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Comments