5 SEBAB UMNO/BN MESTI DISOKONG : MENYANGKAL PEMBOHONGAN NAJIB

Visi, wawasan dan hala tuju BN, termasuk Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

1) Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Hujah balas : Bagaimana mungkin negara berada dalam masa depan gemilang sedangkan hutang negara saban tahun meningkat (2011 - RM502bilion), tiupan api perkauman terus menjadi agenda BN untuk meraih sokongan, indeks rasuah semakin meningkat, ekonomi yang tidak menentu, pemborosan kerajaan dan pemimpin semakin parah, sistem demokrasi parah, politik negara diwarnai dengan politik lucah, fitnah, pembohongan serta rasisme, menghina agama dan sebagainya.

2) Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental.

Hujah balas : Umno/BN sebenarnya tidak mempunyai dasar mereka menggunakan pendekatan pragmatik dan hawa nafsu dengan menggunakan apa sahaja kaedah untuk meraih sokongan termasuk divide and roll (pecah dan perintah), parti-parti komponen mengapi semangat perkauman sempit untuk mendapat sokongan, menghina agama Islam hanya untuk mengalihkan sokongan bukan Islam. Mereka menggunakan kaedah tidak bermoral dengan berbohong, fitnah, semangat perkauman dan sebagainya untuk memburuk-burukkan PR.

3) Kita(Umno/BN) mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

Hujah balas : Apa akan jadi pada masa depan dengan dasar kerajaan yang suka boros, mengamalkan rasuah, politik wang, kronisme dan sebagainya. Sehingga ekuiti orang Melayu masih di bawah paras 15 %. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu apabila tanah rezab Melayu semakin mengecil, semasa mereka tanah rezab melayu sebanyak 3 bilion ekar tetapi kini tinggal kurang dari 1.7 bilion ekar sahaja, bagaimana dengan masa depan negara sedangkan hutang negara semakin meningkat, indeks pelaburan jauh di belakang negara Asean lain, keselamatan rakyat semakin meruncing dan dasar politik yang tidak bertamadun.

4) Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.

Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Hujah balas : Betulkah mereka mengamalkan prinsip Janji Ditepati sedangkan masih banyak janji dalam manifesto dahulu tidak ditunaikan. Antaranya janji Ketua Menteri Sarawan hendak berhenti, sampai sekarang pun belum 'resign'. Bagaimana dengan pemansuhan ISA sedangkan masig ramai tahanan ISA di tahan. Bagaimana dengan janji/kontrak Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan, royalti dinafikan. Masih banyak kampung di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kemudahan asas. Bagaimana dengan janji SPRM untuk membasmi rasuah sedangkan masih ramai VIP dan kroninya tidak disiasat termasuk mereka yang mengamalkan politik wang dan sebagainya.  Janji manifesto BN PRU 2008, Selamat Aman dan Makmur hanya janji kosong di mana negara semakin tidak selamat dan aman dengan kes jenayah yang terus berlaku, pendakwaan berlaku dalam isu rasuah dan sebagainya. Makmurkah sebuah negara dan rakyat jika rakyat terus ditekan isu kenaikan harga barang dan sebagainya.

5) Rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.

Hujah balas : PR telah membuktikan pemimpin mereka berjaya mentadbir kerajaan Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah serta Perak (11 bulan) jauh lebih baik dari BN. Program-program kebajikan yang tidak pernah terfikir oleh BN berjaya dilaksanakan diantaranya air percuma, takaful Kifaalah dan sebagainya. Kerajaan negeri-negeri PR dipuji oleh Ketua Audit Negara kerana sistem pentadbiran kewangan yang baik, tiada rasuah dan penyelewengan. Hutang kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor berjaya dibayar semua, bajet lebihan, wang rezab negeri yang semakin meningkat dan sebagainya. Semua ini membuktikan PR berjaya memerintah dengan lebih baik jika diberi peluang mentadbir Putrajaya. Segala tawaran PR dibuat berdasarkan fakta dan hujah yang tepat bukannya janji kosong tanpa sebarang sandaran dan kajian.

Comments