.

.

14 January 2012

Umno, MCA, MIC tunduk menunduk antara satu sama lain

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata PAS, DAP dan PKR tidak tunduk kepada satu sama lain. Masing-masing tegas dengan prinsip masing-masing.

"Umno tunduk pada MCA, MCA untuk kepada Umno, MIC tunduk pada Umno, Umno tunduk pada MIC. Mereka tunduk menunduk antara satu sama lain." kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru menjelaskan itulah bezanya antara perpaduan dalam PR dan BN. Beliau berkata demikian pada ceramah perdana sempena Konvensyen PR ketiga di Alor Setar malam ini.

SIARAN LANGSUNG CERAMAH PERDANA DARI ALOR SETAR

SILA KLIK LINK INI UNTUK MENDENGAR CERAMAH SECARA LANGSUNG. http://amantv.net/index.php?option=com_content&view=article&id=79&Itemid=152

PAS-UMNO BENTUK KERAJAAN, MUNGKIN JADI KENYATAAN

Apakah PAS akan terus mempertahankan janji dan bai'ahnya terus istiqamah bersama PKR dan DAP membentuk PR. Sedangkan Umno begitu teringin untuk 'berkahwin' dengan PAS. Parti Islam ini ibarat janda berhias yang cantik dan anggun.

Namun yang pasti PAS adalah parti yang sangat teguh berpegang kepada janji. Jangan bimbang bila bersahabat dengan PAS. Parti itu tidak pernah memungkiri perjanjian sebelum ini. Hanya sahabat-sahabat PAS sahaja yang tidak tahan akhirnya melanggar perjanjian yang menyebabkan tahaluf itu berkuburnya contohnya Angkatan Perpaduan Ummah.



Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa di sebalik isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal minggu ini,  DAP mahu Pas terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.

Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, Pas harus meneruskan gandingan DAP dan PKR, bukannya bersatu dengan Umno.

Pas sebelum ini berulang kali menegaskan akan bersama PR meskipun Umno terus mengajaknya menjalin kerjasama politik.

Pada awal selepas PRU 2008 timbul spekulasi bahawa Pas dan Umno akan membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun dalam muktamar tahunan 2008, 2009 dan 2010, Pas menegaskan tidak akan menerima pelawaan Umno, sebaliknya akan terus kekal bersama PR.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, didakwa antara pemimpin Pas yang pernah bertemu dengan pemimpin Umno, dipecat atas sebab membelakangkang pimpinan dan bertindak merugikan parti.

"Buat kerajaan pusat bersama dengan DAP dan PKR bukannya dengan Umno, negara perlu diselamatkan dari kerakusan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beranikah NAJIB dan pemimpin BN isytihar harta?

Beranikah Haji Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang mengampunya mengisytiharkan harta masing-masing. Beranikah mereka mengiytiharkan kondominium mereka yang berharga jutaan ringgit, deretan kereta mereka yang  jutaan ringgit, tanah mereka yang terdapat di serata tempat, wang simpanan di luar negeri, harta-harta atas nama isteri, anak-anak dan kroni mereka, saham-saham di serata dunia dan sebagainya.


Jawapannya sudah tentu tidak berani.......kalau ada yang beranipun ialah mereka yang tidak ada harta sahaja. Memang susah untuk mencari pemimpin Umno di pusat, negeri, bahagian hatta cawangan yang miskin papa kedana. Semuanya kaya raya. Ada yang dahulu hanyalah seorang budak pejabat/peon tetapi bila aktif dalam Umno dan menjadi AJK Bahagian atau Pemuda Bahagian sekelip mata sahaja mereka jadi kaya.


Ada pemimpin Umno yang tidak lulus SPR pun kaya raya. Hebat Umno ...............


SInar Harian hari ini melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin.

Menurutnya, pengisytiharan harta itu membuktikan PR berani dan selaras dengan janji mereka yang mahu membuktikannya kepada rakyat.

"Kita tidak takut istihar harta sebab kita bersih, pemimpin BN berani atau tidak seperti kita?

"Jika pemimpin BN isytiharkan harta pasti lebih firaun dari firaun, itu perbezaannya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Perisytiharan harta, yang dibuat kelmarin, membabitkan tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011, dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Selain itu, Guan Eng turut berjanji tiga perkara iaitu menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, pemberian RM1,000 setahun kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menurunkan kos sara hidup seluruh negara.
Katanya, janji ini boleh dicapai kerana menurutunya PR berjaya membuktikan pentadbiran yang bersih, sebagaimana dapat disaksikan di Pulau Pinang.

"Kos pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak RM6 bilion tetapi sekarang syarikat yang menyelianya sudah mengutip RM24.3 bilion, apa lagi yang mereka mahu kutip?

"Oleh itu, saya berjanji tol lebuh raya ini akan dihapuskan sejurus kita menawan Putrajaya," katanya.

Ceramah ini turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik serta dihadiri kira-kira 1,000 orang.

PILIHANRAYA MAC 2012?, NAJIB DOLAK DALIK

NONEPerdana Menteri, Haji Najib berdolak dalik tentang tarikh PRU 13. Sekali kata dah dekat sekali kata lambat lagi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap untuk memanggil pilihan raya umum tidak lama lagi, demikian menurut satu laporan, ketika spekulasi semakin kencang bertiup mengenainya, ekoran pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Tetapi dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Najib berkata beliau tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Najib mesti memanggil pilihan raya menjelang 2013, tetapi spekulasi semakin kencang minggu ini yang beliau mungkin berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan sebelum pembangkang menguatkan kedudukan mereka selepas pembebasan Anwar.

Ternyata Najib serba salah. Sekali yakin sekali gusar. Apa nak ditakutkan Najib, Tuan Haji kan tahu survey menunjukkan Tuan Haji memang popular mengalahkan pimpinan lain.

Bekas ADUN Melaka Meninggal

Bekas Adun dan Speaker Melaka, Amid Nordin meninggal dunia hari ini di Hospital Putra Melaka. Beliau pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Amid juga pernah mengalahkan Rahim Thamby Chik untuk jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Melaka

NAJIB TAKUT : TIADA PILIHANRAYA DALAM MASA TERDEKAT?

Perdana Menteri, Haji Najib dalam kenyataannya dipetik dari agensi berita AFP, menyatakan Pilihanraya Umum tidak akan dijalankan sehingga beliau berpuashati dengan reformasi kepada sistem demokrasi negara yang kononnya akan diperkenalkan beliau.

Dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Haji Najib Razak berkata dia tidak akan membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 13 sehingga dia berjaya melaksanakan reformasi tersebut.


Najib tidak lama dulu berjanji akan menghapuskan undang-undang rimba seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya. Jika tidak dibuang terus pun beliau berjanji untuk mengubahnya. Tetapi sehingga kini tidak nampak perubahan yang dibuat ke atas sistem demokrasi negara kecuali hanya wayang dan tempelan-tempelan di sana sini hanya untuk mengabui mata rakyat.


Bayangkan tidak lama dahulu, ketika Najib melaung-laungkan reformasi sistem demokrasi tiba-tiba tangkapan di bawah ISA terus dilakukan .....apa maknanya ini???


Haji Najib cuba memperbodohkan rakyat yang tidak bodoh. Beliau tidak perasan bahawa rakyat sekarang sudah celik dan terdedah kepada maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber bukan hanya datang dari Utusan Meloya, TV 1, 2 dan 3 suku. Najib lupa sekarang ini era facebook, blog, twitter dan sebagainya bukannya era type writer, Utusan Melayu dan Utusan Zaman.


Jika benar, sebagaimana yang Najib nyatakan di atas kita percaya PRU 13 tidak akan dijalankan kerana sehingga sekarang pemulihan sistem demokrasi yang dijanjikan Najib hanya omongan kosong. Mungkin juga Najib mentafsirkannya sendiri..........maka sudah tentu Najib berpuashati, masuk bakul angkat sendiri la ........

13 January 2012

40% CALON PAS PRU 13 ORANG MUDA


Orang muda di Malaysia sepatutnya berbesar hati kerana PAS membuktikan peranan pemuda amat diperlukan di negara kita. PAS membuktikannya apabila bakal meletakkan 40% calon PAS Pada PRU 13 nanti adalah golongan muda.
Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa Pemuda Pas menyambut baik kepercayaan pucuk pimpinan parti itu yang memberikan sebanyak 40 peratus golongan muda untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jumlah tersebut terdiri daripada sebahagian calon sayap Pemuda Pas dan Dewan Muslimat serta tokoh-tokoh Pas kawasan dan negeri.
“Keputusan itu menepati apa yang Pemuda mahukan dan kita yakin mengikut perkembangan mutakhir ini kita dapati 40 peratus daripada calon pilihan raya adalah golongan muda.
“Buat masa sekarang kita tidak akan umumkan nama dan kawasan yang akan ditandingi oleh golongan muda,” katanya pada sidang media sempena Majlis Minum Petang Pemuda Pas Bersama Media di sini, hari ini.
Menurutnya, Pemuda Pas melihat ramai tokoh golongan muda di seluruh negara.
Bagaimanapun, parti mengambil kira calon boleh menang perlu diberikan keutamaan mengikut kesesuaian yang bukan sahaja mengikut kepada umur tetapi pada pengalaman, keupayaan pemimpin, pengaruh dimiliki di lokasi bertanding.
Ketika ditanya mengenai persiapan Pemuda Pas menghadapi pilihan raya akan datang, Nasrudin menegaskan, pihaknya membuat pecutan terakhir untuk menghadapinya.
“Banyak program yang kita buat dan terbaru kita akan buat satu program Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan.
“Kita akan buat program in ke seluruh negara dan sasaran kita adalah pengundi muda dengan aktiviti yang mesra anak muda,” katanya.
Menurutnya, program yang dianjurkan bermula Februari dan Mac nanti akan mengikut kesesuaian dan akan disertai individu yang bertaraf selebriti serta aktivis masyarakat.
Ditanya mengenai program bersama media yang dianjurkan, Nasrudin memaklumkan ia dianjurkan untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain.
Hadir sama ke program itu ialah Timbalan Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Al His.

KENYATAAN AKHBAR TERKINI HASSAN ALI

Tidak lama selepas dipecat, mantan Naib Presiden, mantan AJK PAS Pusat dan mantan Ahli PAS, Dato' Dr Hassan Ali menyatakan bahawa beliau akan membuat kenyataan akhbar pada hari Khamis iaitu semalam. Tunggu punya tunggu tidak ada pula dilaporkan beliau membuat kenyataan akhbar. Apa agaknya sebab beliau tidak membuat kenyataan akhbar seperti dijanjikan.

Blog ini dihujani dengan pertanyaan tentang kenyataan akhbar tersebut. Ini kerana peminat-peminat dan pencandu politik Malaysia ingin sangat hendak tahu langkah Dr Hassan seterusnya samada langkahnya pendek atau panjang.

Mereka hendak tahu samada :-

1) Beliau akan merayu kepada Majlis Syura
2) Beliau menyertai Perkasa
3) Beliau menyertai Umno
4) Beliau kekal bebas tidak menyertai mana-mana parti politik
5) Beliau akan menubuhkan parti baru
6) Atau beliau masih belum membuat keputusan

Hari ini timbul pula spekulasi yang beliau akan mengadap Haji Najib. Kalau benar apa salahnya. Biarkan dia bertemu dengan siapa sahaja sebelum buat keputusan. Pandangan dan kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini pun memang sesuai dengan parti Hj Najib. Kita tungggu dan lihat apa tindakan Dr Hassan sehari dua ini ...........

EXCO : HASSAN ALI TERPAKSA PECAT DIRI SENDIRI, SULTAN PERKENAN, SIAPA GANTINYA?


Mahu tidak mahu, Dr Hassan Ali terpaksa melepaskan jawatan Exconya pada 18 Januari. Hassan sepatutnya awal-awal lagi meletakkan jawatan jika beliau seorang yang berjiwa besar dan professional. Beliau tidak perlu menunggu arahan atau titah diraja untuk mengundur diri kerana perlantikan beliau sebagai Exco adalah atas kapasiti Adun PAS. Maka kalau sudah tidak lagi menjadi Adun dari PAS maka dengan sendirinya beliau tidak layak.
Sebagai seorang pakar motivasi, beliau tidak perlu ditunjuk dan diberi motivasi supaya meletakkan jawatan. Takkan hal macam itu pun tidak faham. Beliau sudah tentu terus dihormati kalau meletakkan jawatannya serta merta sebaik sahaja dipecat dari PAS. Bukan jawatan Exco sahaja, jawatan Adun Gombak Setia pun juga tidak layak disandangnya.
Harakahdaily melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.
Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Dr Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai ahli MMKN atau Exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Tambahnya Khalid lagi, memandangkan Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau (Dr Hasan).

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan Baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu Baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," sambungnya lagi.

Ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengantikan Dr Hasan itu, beliau menjelas buat masa ini belum ada senarai calon yang diterima dan beliau akan bertemu dengan pemimpin PAS Pusat dalam masa terdekat bagi mengetahui nama yang dikemukakan oleh PAS nanti.

"Saya tidak menerima lagi nama calon dan ia bergantung kepada PAS, dalam pada masa yang sama saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi mengetahui nama calon yang dipersetujui oleh mereka.

"Manakala surat penamatan itu pejabat Tuanku Sultan akan serahkan pada Dr Hasan sebelum 18 Januari dan sebagai peraturan kerajaan negeri, beliau (Dr Hasan) perlu memulangkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya dalam tempoh yang singkat ini," jelas Khalid lagi.

Sebelum itu perlantikan ahli MMKN yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari pada sebelah pagi, waktu yang tepat belum diputuskan lagi.

Shahrizat RINTIS JALAN PENCEN, CUTI 3 MINGGU

"Beginilah nasib diriku yang malang". Begitulah senikata lagu yang pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Mungkin itu yang difikirkan oleh Menteri Wanita, Shahrizat Jalil yang terpaksa mengambil cuti selama 3 minggu kononnya untuk tidak menganggu siasatan SPRM ke atas kes NFC yang melibatkan suaminya.

Mungkin langkah bercuti 3 minggu itu sebagai jalan untuk mengurangkan aib Shahrizat dan memberi peluang kepada 'Juhi Chawla' itu memikirkan alasan yang hendak diberikan kepada umum andai nama beliau digugurkan dari senarai calon BN untuk PRU 13 nanti.

Shahrizat yang sungguh garang dalam mempertahankan dirinya semasa Perhimpunan Agung Umno tempohari terpaksa mengalah dek desakan rakyat dan dalaman Umno sendiri. Kalau dulu beliau sanggup menyingsing lengan dan nyaris-nyaris hendak menyelak kain, kini beliau tidak berani berbuat demikain. Mungkin tindakan bercuti ini di'wahyu'kan oleh Haji Najib boss 'Juhi Chawla'. Mana mungkin 'Juhi' berani membantah arahan Haji Najib. Kalau bantah, lagi pendek umur karier politiknya.

Malaysiakini melaporkan bahawa 'Juhi' telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai esok daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
    
Dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam, Shahrizat berkata beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
    
"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.
    
azlanShahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu merumuskan projek itu  berdada dalam keadaan kucar kacir.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
    
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujudnya penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Meskipun diasak pelbagai pihak yang menuntut perletakan jawatannya, tetapi Shahrizat bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan apa yang dilakukan oleh suaminya tidak ada kaitan dengan dirinya.
Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.

NONEAntara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:
  • Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
  • Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
  • Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
  • Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
  • Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
  • Percutian mewah (RM455,423)
Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan  naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

KADIR SHEIKH FADZIL KELUAR UMNO?

Zaid Ibrahim dipecat dari Umno suatu ketika dahulu kerana menghadiri program PKR. Hanya kerana itu Zaid dipecat dan tidak diampunkan oleh Umno. Lantas selepas itu Zaid menyertai PKR dan mengasaskan partinya sendiri KITA selepas beliau keluar dari PKR.

Isnin lepas bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Kabinet BN tanpa segan silu hadir bersama-sama Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar. Bukan itu sahaja Kadir juga berkata Anwar adalah pemimpin hebat dan mampu menjadi PM yang hebat.

Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan.

Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan timbalan presiden AMANAH – di bawah pimpinan Ku Li.

Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak. 

Mungkinkah Kadir yang kini menjadi Bendahari Umno Bahagian Kulim Bandar Baru juga akan dipecat dari Umno sebagaimana Zaid dipecat. Kalau mengambil kes Zaid sebagai rujukan, sudah tentu Kadir dipecat oleh Umno. Kita tunggu adakah Umno berani memecat Kadir??????

12 January 2012

Isytihar HARTA : EXCO Pulau Pinang LANGSUNG TAK ADA HARTA

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan. 

Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta jutaan ringgit.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya  menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Agak-agaknya beranikah pimpinan Kerajaan-kerajaan negeri BN mengisytiharkan harta masing-masing.

Filem ORANG KUAT UMNO (Sila Tonton di sini)

Filem Orang Kuat Umno yang dimuatkan dalam Youtube mendapat sambutan hebat. Sila tonton. Filem pendek lakonan Bob Lokman, Man Kadirdan lain-lain mencuit hati kita semua dengan sindiran tajam terhadap isu semasa.

Rakyat Malaysia TIDAK BODOH TAPI DIPERBODOHKAN (Video di dalam)

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak bodoh tetapi seringkali diperbodohkan oleh kerajaan BN. Apa sahaja yang pemimpin BN kata, mereka percaya tanpa membuat kajian dan usul periksa. Semuanya mereka 'telan' seolah-olah pemimpin BN maksum dan tidak pernah berniat jahat.

Bila rakyat bangun menentang  pemimpin BN kata rakyat mesti akur kerana kerajaan sudah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Semua isu yang melibatkan kenaikan barang, harga minyak, cukai dan sebagainya disalahkan kepada pihak luar kata mereka kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa. Umpama kenaikan harga minyak mereka ia berlaku kerana kenaikan harga minyak dunia. Mereka bandingkan pula harga minyak kita dengan harga minyak negara yang bukan pengeluar minyak. Ramai rakyat diperbodohkan.

Bila cukai 6 % telekomunikasi hendak dinaikkan pemimpin kerana beri pelbagai alasan. Bila GST hendak diperkenalkan pemimpin BN kata cukai itu tidak membebankan rakyat malah ia akan meringankan beban rakyat. Ramai juga yang diperbodohkan terutama yang menjadikan media arus perdana dan TV pencacai kerajaan sebagai rujukan utama.......mereka terus diperbodohkan.........

Tiada ROMBAKAN KABINET, BN teruskan tradisi SIMPAN Menteri Kontroversi

Malaysiainsider melaporkan bahawa sumber dalaman kerajaan menyatakan bahawa tiada rombakan kabinet dilakukan oleh Najib sebelum Pilihanraya Umum ke 13 ini. Maksudnya Najib meneruskan tradisi BN menyimpan menteri-menteri yang bermasalah dalam kabinetnya. Jelas walaupun Najib melaung-laungkan transformasi dan perubahan tetapi pelaksanaannya tiada, tradisi menyimpan pemimpin bermasalah tetap diteruskan walaupun rakyat muak dan mual dengan mereka.

Najib ternyata tidak sanggup untuk merombak kabinet mungkin beliau bimbang jika menteri-menteri berkenaan digugurkan maka bertambah jelaslah kepada rakyat bahawa kabinetnya dipenuhi dengan mereka yang bermasalah.

Presiden Umno itu lebih rela menyimpan menteri-menteri bermasalah hanya untuk menutup pekung masing-masing dari diketahui oleh rakyat. Namun begitu beliau sebenarnya tidak mampu lagi menutup pekung itu kerana rakyat sebenarnya sudah lama sedar segala masalah dan kontroversi yang berlaku.

Menurut sumber tersebut Najib masih belum membuat keputusan jitu bila pilihanraya umum akan diadakan kerana beliau akan menilai sokongan rakyat kepada BN selepas Datuk Seri Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat 2. Walaupun ramai menjangkakan PRU 13 akan diadakan pada Mac 2012 tetapi selepas Anwar dibebaskan ada yang mengjangkakan Najib memerlukan masa yang lebih panjang untuk membuat kajian dan mengatur strategi baru untuk menghadapai momentum rakyat yang cenderung menyokong PR selepas Anwar didapati tidak bersalah.

Walau apapun keputusan Najib sebenarnya BN semakin lemah dan tidak berdaya untuk bertahan lama lagi.

Rakyat mesti Humban BN jika TIDAK MALAYSIA MUFLIS

Malaysia akan muflis menjelang 2019 dengan hutang negara dijangka melonjak sehingga mencapai RM1,300 bilion jika Umno-BN masih mengekalkan pengurusan perbelanjaan dan pinjaman yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONESehubungan itu, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah jelas bagi menyelamatkan negara dari menjadi muflis, rakyat perlu menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Lim dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya kerajaan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100 peratus ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

azlanHutang kerajaan persekutuan pula dilaporkan telah meningkat sebanyak 71 peratus dalam tempoh empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas menjadikan Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.

azlanMenurutnya, rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat.

Selain harga susu bayi yang dilaporkan naik sehingga 50 peratus, beliau memberi contoh antara kos barangan harian turut meningkat.
  • Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58 peratus dalam 18 bulan.
  • Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).
  • Tarif elektrik: Kenaikan purata 7.12 peratus pada bulan Jun 2011.
  • Teh tarik dan kopi susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1 peratus hingga 18.2 peratus).
  •  Roti: Kenaikan 5-14 peratus (2011).
  • mamak restaurant 271206 open stovesCukai perkhidmatan: Kenaikan 1 peratus (cukai tambahan RM720 juta untuk kerajaan persekutuan).
  • Bawang: Kenaikan 17 peratus (Dis 2010).
Selain yang disenaraikan, katanya, makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Justeru, menurut beliau, rakyat yang inginkan kehidupan lebih baik untuk hari ini dan generasi depan perlu memilih sama ada sebuah kerajaan yang boros atau kerajaan yang berhemat dan telus mengutamakan kepentingan rakyat.

Jadi rakyat mesti bekerja kuat untuk menumbangkan BN demi masa depan negara, anak cucu dan cicit kita. Dari itu tiap-tiap orang mesti berusaha untuk memastikan ayah, ibu, anak dan jiran-jiran faham kemestian menumbangkan BN pada PRU 13 ini

~ Malaysiakini

11 January 2012

PAS TERPESONG DARI PERJUANGAN ASAL?


Artikel di bawah dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012). Ianya diterbitkan semula dalam Harakahdaily.
Datuk, akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.
Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.
Jawapan Datuk Prof Dr Haron Din : PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?
Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.
Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:
(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):
“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”
Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.
Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.
PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.
Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.
Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)
Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.
Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.
Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.
Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.
PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.
Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

90 peratus PENGUNDI CINA JOHOR SOKONG PR, BN TUMBANG?


Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kira-kira 90 % pengundi Cina di Johor menyokong Pakatan Rakyat sekarang. Sokongan mungkin disebabkan oleh keyakinan pengundi Cina terhadap gabungan PR Johor yang membuktikan mereka bersedia mengambilalih pentabiran kerajaan Johor dari BN.
3 pimpinan utama PR Johor iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Datuk Chua Jui Meng dan Dr Boo Cheng Yau diyakini lebih baik dari kepimpinan BN Johor sekarang.
Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.
Tetapi Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan kajian politik di Johor memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus sekarang malah pada satu ketika telah mencecah 92%.
“Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.
PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa  bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.
Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya.
Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh “kerajaan Cina”.
“Ia jelas bahawa jika kita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB,” kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Pengerusi DAP Johor  Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi.
“Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN,” kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu.
“Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya.”
PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider “kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad”, merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007.
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor.
Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding.
Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.
Keadaan ini membuktikan betapa cemasnya pimpinan Umno/BN Johor. Malah Menteri Besar Ghani Othman dilihat begitu rajin turun padang sejak Oktober tahun lalu.
Moga orang Melayu Johor turut sama mengikut jejak rakan-rakan dari kaum Cina yang pasti akan mengajar BN pada PRU 13 nanti.

TAK TAKUT ALLAH : Duit ZAKAT PUN SONGLAP?

Duit zakat digunakan untuk bayar kos guaman

PKR mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman berkaitan Qazaf  yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Malaysiakini melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau akan membuat laporan polis esok berhubung dakwaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman.

Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR berkata laporan itu dibuat memandangkan menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini sekadar mengelak dan menafikan dakwaan berkenaan.

"Dia kena jawab berdasarkan bukti dokumen ini," katanya yang turut mendedahkan bil tuntutan bayaran daripada firma guaman tersebut, Zainul Rijal Talha & Amir, serta baucar bayaran daripada MAIWP.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Nik Nazmi lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Tambahnya, Jamil Khir sebelum ini sekadar menyebut bahawa bayaran kepada peguam tersebut, sebagai kos untuk menghadapi kes qazaf yang difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat menggunakan peruntukan kerajaan.

Butiran mengenai dakwaan itu mula diketahui melalui satu surat ketua audit negara, Datuk Ambrin Buang kepada pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negara, Datuk Seri Azmi Khalid pada November lalu.

Surat berkenaan mengesahkan bahawa bayaran berjumlah RM63,650 kepada firma berkenaan, pada Februari dan April tahun lalu, dibuat mengggunakan sumber zakat terlebih dahulu.

Bayaran itu juga  dan kemudiannya diganti menggunakan geran kerajaan setelah MAIWP menerima geran berjumlah RM700,000, enam bulan kemudiannya, menurut surat berkenaan.
Dakwaan berkenaan disahkan melalui dokumen yang didedahkan hari ini, kata Nik Nazmi lagi.
"Betul wang itu dibayar balik, tapi dibayar balik enam bulan kemudian dan dimasukkan ke akaun majlis agama. Sebab itu kita mahu jawapan jelas.

"Jamil Khir langsung tidak sebut 'ia telah dibayar bulan Februari dan April menggunakan wang zakat.' Kalau awal-awal dia mengaku perkara ini berlaku, ia tersilap atau apa, itu OK.

"Ini, dia nafikan, daripada awal hingga hari ini sama ada dia tidak menjawab ataupun menafikannya. Dia tidak menyatakan sesuatu yang benar. Jadi, itu boleh dikatakan menipu rakyat," tambahnya

Selain Jamil Khir, kes qazaf itu turut melibatkan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsudin Hussain.

Kes tuntutan qazaf itu melibatkan tindakan ke atas pengadu dalam kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan itu selepas pendengaran selama 87 hari sejak tahun 2008.

Duit zakat diguna buat bangunan di Melaka

Wang zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam di Melaka. Sejumlah kira-kira RM13 juta digunakan untuk tujuan tersebut. Hukum mana yang kerajaan BN Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka gunakan sehingga wang zakat boleh digunakan untuk membina bangunan. Asnaf ke berapa ini?

Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima tetapi disebutkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. 


Mengikut fakta kes :

1) MAIM memberikan kepercayaan syarikat Regal Merger Sdn Bhd membina bangunan MAIM bernilai kira-kira RM13 juta. Sebagai balasannya MAIM akan mengurniakan sebidang tanah untuk Regal Merger Sdn Bhd selepas bangunan itu siap

2) Regal Merger gagal membina bangunan tersebut tetapi sebidang tanah yang dijanjikan dalam kontrak tetap diberikan kepada Regal Merger Sdn Bhd. 

3) Regal Merger gagal memenuhi perjanjian/kontrak tetapi tetap diberikan tanah. Regal Merger Sdn Bhd langsung tidak diambil tindakan

4) Regal Merger yang mendapat tanah secara percuma itu,  menjualnya kepada pihak ketiga.

5) Wang Zakat diambil sebanyak kira-kira RM13 juta untuk membina bangunan MAIM yang gagal dibina oleh Regal Merger Sdn Bhd

Persoalannya BOLEHKAH WANG ZAKAT diambil untuk MEMBINA BANGUNAN dan bayar KOS GUAMAN Jamil Khir.

KALAU DUIT ZAKAT PUN PUAK-PUAK INI SONGLAP MAKA APATAH LAGI DUIT LAIN..........FIKIRKAN!!!!!!!


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter