Perdana Menteri, Haji Najib dalam kenyataannya dipetik dari agensi berita AFP, menyatakan Pilihanraya Umum tidak akan dijalankan sehingga beliau berpuashati dengan reformasi kepada sistem demokrasi negara yang kononnya akan diperkenalkan beliau.
Dalam temubual dengan Dow Jones Newswires, Haji Najib Razak berkata dia tidak akan membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 13 sehingga dia berjaya melaksanakan reformasi tersebut.
Najib tidak lama dulu berjanji akan menghapuskan undang-undang rimba seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya. Jika tidak dibuang terus pun beliau berjanji untuk mengubahnya. Tetapi sehingga kini tidak nampak perubahan yang dibuat ke atas sistem demokrasi negara kecuali hanya wayang dan tempelan-tempelan di sana sini hanya untuk mengabui mata rakyat.
Bayangkan tidak lama dahulu, ketika Najib melaung-laungkan reformasi sistem demokrasi tiba-tiba tangkapan di bawah ISA terus dilakukan .....apa maknanya ini???
Haji Najib cuba memperbodohkan rakyat yang tidak bodoh. Beliau tidak perasan bahawa rakyat sekarang sudah celik dan terdedah kepada maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber bukan hanya datang dari Utusan Meloya, TV 1, 2 dan 3 suku. Najib lupa sekarang ini era facebook, blog, twitter dan sebagainya bukannya era type writer, Utusan Melayu dan Utusan Zaman.
Jika benar, sebagaimana yang Najib nyatakan di atas kita percaya PRU 13 tidak akan dijalankan kerana sehingga sekarang pemulihan sistem demokrasi yang dijanjikan Najib hanya omongan kosong. Mungkin juga Najib mentafsirkannya sendiri..........maka sudah tentu Najib berpuashati, masuk bakul angkat sendiri la ........

Comments