.

.

26 November 2010

GANGGU CERAMAH PAS: UMNO PUNGGAH PEMUDA DENGAN BAS

Umno malam tadi memunggah pemuda dengan bas untuk meramaikan bilangan pendengar ceramah mereka. Ceramah Umno yang dianjurkan bagi menganggu ceramah PAS dihadiri oleh kira-kira 50 orang pemuda yang dibawa dengan bas sejak dari awal lagi. Tidak diketahui dari mana datangnya pemuda-pemuda tersebut yang ada antara mereka berumur belasan tahun. Berapa agaknya upah yang mereka dapat,RM10, RM20 atau berapa???.

Orang Kampung Bukit Katil yang hadir boleh dibilang dengan jari. Mungkin kerana tiada habuan diberikan maka mereka tidak mahu keluar sementelah lagi hujan pun turun mereka sejuk. Jadi kita cadangkan lain kali Umno boleh bawa durian, beras dan sebagainya bagi menarik lebih ramai penyokong mereka hadir.

Saya selagi kesal dengan sikap pemimpin Umno yang masih tidak mengubah perangai mereka yang suka menganggu ceramah PAS walaupun Melaka telah diisytiharkan oleh mereka sebagai negeri maju.

Mungkin agaknya mereka tidak mengubah minda mereka kerana Melaka bukannya maju dalam ertikata sebenar. OECD sendiri menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Tidak pernah berlaku di negeri lain-lain menganggu ceramah PAS kecuali pada musim kempen pilihanraya di mana ceramah diadakan secara berdekatan. Spesies manusia yang suka mengganggu ceramah PAS ini hanya ada di Melaka.

Saya teringat kepada Sirah Rasulullah di mana ceramah Baginda sering diganggu oleh Kafir Quraisy dengan ejekan dan sebagainya. Antara kaum Quraisy yang sering menganggu Rasulullah adalah Abu Lahab.

Agaknya bila minda mereka akan ini akan berubah......???

OBAMA PELUK ISLAM : MOGA DOA NENEK DIMAKBUL ALLAH?

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Seluruh umat Islam di dunia pun amat bersyukur jika Obama memeluk Islam dan menjadi pemimpin Islam yang komited kepada agama Islam. Tidak mustahil jika Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki kerana Allah.

Siapa sangka seorang yang kuat menentang Islam seperti orientalis barat boleh memeluk Islam. Siapa sangka adik ipar Tony Blair seorang yang memusuhi Islam boleh lembut hati memeluk Islam dengan kerelaan sendiri.

Jadi tidak mustahil untuk Barrack Hussein Obama juga memeluk Islam.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."

25 November 2010

CERAMAH PAS : UMNO GANGGU LAGI, TERUS PAMERKAN PERANGAI TIDAK BERTAMADUN

Umno Melaka terus menunjukkan sikap tidak bertamadun dan tidak professional mereka apabila telah bersiap sedia untuk menganggu ceramah PAS di perkarangan PASTI Bukit Katil malam ini.

Mengikut laporan yang saya terima, Umno akan membuat ceramah besar-besaran malam ini kerana 3 khemah telah dipasang di sebelah tempat ceramah PAS dan banyak bendera BN telah dipasang di kawasan sekitarnya. Sebelum Umno tidak pernah memasang bendera BN, mungkin ceramah ini anjuran Umno dan BN Melaka agaknya.

Jelas sekali Umno/BN Melaka khususnya Ketua Menteri tidak serik dan malu kerana berperangai kebudak-budakkan seperti ini. Walaupun ditertawakan oleh rakyat setiap kali mereka menganggu ceramah PAS, Umno terus memalukan diri sendiri dengan tidak memberhentikan perangai tidak matang mereka ini.

Insya Allah ceramah PAS malam ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin serta solat hajat perdana di perkarangan PASTI. Program sudah diaturkan sebulan lalu bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya PASTI dan Surau Bukit Katil selamat dari pengkhianatan pihak berkuasa yang hendak merobohkannya. Selain itu solat hajat dan bacaan Yaasin ini khusus untuk sesiapa sahaja yang terlibat merobohkan PASTI dan Surau tersebut.

PAS tetap istiqamah tegakkan kebenaran

PAS akan tetap menegakkan kebenaran walaupun pelbagai fitnah dan tuduhan di kenakan oleh pemerintah hari ini. Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran sememangnya sudah menjadi fitrah akan berhadapan dengan pemerintah. Nabi Musa berhadapan dengan Fir'aun, Nabi Ibrahim bersemuka dengan Namrud, Nabi Mohammad berhadapan dengan Kaumnya Quraisy dan juga Nabi dan Rasul lain juga menghadapi pemerintah di zaman masing-masing.

PAS dari dahulu sentiasa istiqamah dan konsist
en menjadikan Islam sebagai Dasar Parti dan tidak akan berganjak dengan prinsip ini walaupun pelbagai tohmahan yang menyatakan PAS sudah berubah meminggirkan Islam.

24 November 2010

NAJIB BAGAIKAN TIKUS MEMBAIKI LABU KATA USTAZ IDRIS

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.

PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.

PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.

Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SOLAT HAJAT PERDANA MOHON ALLAH PELIHARA SURAU DAN PASTI

Malam esok satu lagi Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin akan diadakan oleh Badan Bertindak Menghalang Perobohan Surau dan PASTI memohon Allah memelihara Surau dan PASTI dan memberikan balasan setimpal kepada sesiapa sahaja yang bongkak menggunakan kuasa untuk merobohkan rumah Allah dan Institusi Pendidikan Islam.

Solat Hajat dan bacaan Yaasin ini akan diadakan pada 25 Nov 2010, jam 6.50 petang di perkarangan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil.

Selamat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat ini satu ceramah Umum akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sidek Noor dan pimpinan PR negeri Melaka yang juga di adakan di tempat yang sama bermula jam 9.15 malam.

Surau dan PASTI tersebut yang dibina puluhan tahun dahulu secara sah dengan pelan dan kelulusan Majlis Kerajaan Tempatan menjadi pusat menimba Ilmu dan kegiatan masyarakat setempat untuk mendalam ilmu Islam.

Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada Surau dan PASTI tersebut kononnya ianya dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tuduhan dan fitnah ini keluar sendiri dari mulut Ketua Menteri Melaka bukannya JKKK kampung. Pihak Badan Bertindak sudahpun membuat penafian dan kenyataan di media tentang fitnah ini.

Ianya sungguh memalukan kerana ia terpacul dari mulut seorang yang berstatus Ketua Menteri. Jelas sekali beliau tidak membuat rujukan dan tidak berhati-hati sebelum mengeluarkan tuduhan. Sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan negeri hutang negeri Melaka terus meningkat manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri terus menerus mengalami kerugian antaranya MITC, Hospital Pakar Putera dan lain-lain seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

23 November 2010

Kuasa dunia hanya sementara

Manusia bila diberi sedikit kuasa oleh Allah mereka lupa bahawa kuasa tersebut hanya sementara dan bila-bila masa ianya boleh ditarik oleh Yang Maha Esa.
Ada manusia tanpa segan silu menzalimi manusia, menyakiti orang bawahan,mengaut kekayaan dari harta rakyat dan sebagainya.
Malah lebih teruk lagi mereka sanggup merobohkan rumah Allah dan pusat pendidikan Islam. Mereka tidak takut kepada Allah dan doa orang-orang yang dizalimi.
Kita mendengar cerita Yahudi meruntuhkan masjid di Palestin dan Komunia meruntuhkan masjid di Asia Tengah, namun kini ianya berlaku di negeri kita. Mari sama-sama kita mohon agar Allah memelihara rumahNya dan memberikan balasan setimpal kepada manusia yang angkuh itu.

BUBAR PARLIMEN : DUN JANGAN BUBAR

Ura-ura bahawa BN mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum ke 13 pada awal tahun depan bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Perkara ini ditambah lagi dengan beberapa langkah Umno dan parti-parti komponen lain yang membincangkan persediaan pilihanraya secara terbuka. Antaranya MCA mengumumkan minggu lalu bahawa parti itu sedang memperkemaskan jentera pilihanraya sebagai persediaan untuk menghadapinya. Parti-parti lain seperti Gerakan dan MIC juga berbuat demikian.

BN sebenarnya begitu yakin akan memenangi Pilihanraya umum ke 13 kerana mereka menang kedua-dua pilihanraya kecil terbaru iaitu Batu Sapi dan Galas. Selain itu mereka juga telah mengatur pelbagai strategi bersama agensi-agensi tertentu yang secara tradisinya menggunakan kuasa dan autoriti mereka untuk memberikan kelebihan kepada BN.

Secara ghalibnya, bila Parlimen dibubarkan, maka semua kerajaan negeri akan membubarkan DUN masing-masing bagi memberikan laluan untuk pilihanraya umum serentak dilangsungkan. Namun saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri di negeri Selangor dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Khalid berpandangan bahawa pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Menurutnya Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata kerajaan tidak harus membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya terlalu awal kerana itu satu pembaziran.

22 November 2010

TUTUP INTERNET KEPADA RAKYAT

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak bersusah payah menggubal undang-undang cyber bagi mengawal pengguna internet dari menyebarkan maklumat alternatif. Cara paling baik untuk menghalang rakyat ialah dengan menutup akses kepada internet kepada semua rakyat.

Dengan itu rakyat tidak akan mendapat apa-apa maklumat dari internet, maka mudahlah untuk kerajaan BN mengeksploitasi semua maklumat. Yang benar dispin menjadi batil dan yang batil dimanipulasi menjadi benar.

Dengan ini mudahlah kerja BN untuk mengekalkan kuasa dan terus menipu serta menzalimi rakyat.

21 November 2010

PAS SEDIA GANTI UMNO KETUAI KERAJAAN MALAYSIA

Banner besar digantung di persimpangan Kg Berchang-Bukit Betong-Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

P/s : Ni Kie punya kerja la ni. TAHNIAH

MELAKA MAJU 2010 : MEMALUKAN, KANAK-KANAK SEKOLAH PUN MEREKA HENDAK TIPU!!

Seorang rakan facebook Ketua Menteri Melaka yang menamakan dirinya Veeramani Kathamuthu mencoretkan catatan pada FB Ali Rustam bahawa sudah lebih sebulan berlalu setelah Melaka disytiharkan sebagai Negeri Maju, tetapi elaun untuk kanak-kanak sekolah yang membuat persembahan pada malam 20.10.10 belum diberi lagi. Selama 8 hari mereka menjalani latihan sehingga tamat persembahan pada malam tersebut....

Itu keluhan saudara Veeramani, kasihan kanak-kanak sekolah tersebut. Takkanlah kanak-kanak pun mereka hendak tipu. Cukuplah mereka menipu rakyat yang dewasa, kanak-kanak pun hendak ditipu.

Saya mengharapkan pihak yang berjanji menunaikan segera segala janji mereka.

PEMILIHAN PKR DIHENTIKAN SERTA MERTA OLEH MAHKAMAH?

Permohonan injunksi P.S. Jenapala bagi menghalang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil langkah-langkah ke arah penyempurnaan proses pemilihan jawatan timbalan presiden akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Isnin ini.

Jenapala yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku plaintif memfailkan tindakan tersebut Jumaat lalu.

Mungkinkah mahkamah akan menghalang proses pemilihan ini. Kemungkinan ini tetap kerana keputusan ini sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada BN kerana sudah tentu ianya akan memperok-perandakan PKR. Yang menang sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan ini manakala yang kalah sudah tentu akan gembira dan mengatur strategi baru untuk menghadapi kemungkinan akan diadakan pemilihan baru.

Semua komponen parti dalam PR mesti mengambil tauladan dari proses pemilihan PKR, ahli mesti ditarbiah supaya taat dan patuh kepada perlembagaan parti dan pimpinan parti selagi mereka tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ahli mestilah menyuarakan masalah parti di dalam parti bukan kepada media yang sudah tentu akan memberikan 'peluru' kepada musuh PR iaitu Umno/BN.

Segala masalah dalam parti jangan diceritakan kepada orang luar khasnya media kerana ia sudah tentu memberikan impak negatif dan isu ini akan dimainkan oleh media sehingga lumat. Masalah parti ibarat masalah rumahtangga sendiri yang mesti dirahsiakan dari umum.

GALAS : JAMBATAN RUNTUH, SELEPAS PRK, ORANG ASAL DIPANDANG SEBELAH MATA

Janji semasa pilihanraya kecil Galas bukan main lagi hebatnya. Tetapi selepas pilihanraya masing-masing berlepas tangan. Itulah yang berlaku kepada kehidupan orang Asal di Pos Brooke apabila jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat Galas, sejak 13 Nov lepas.

Kalau semasa kempen pilihanraya jutaan ringgit dijanjikan untuk pelbagai projek tetapi bila jambatan runtuh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan hanya menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki jambatan tersebut.

Inilah habuan kepada pengundi orang Asal, mereka diangkat dan ditimang bagaikan anak raja semasa pilihanraya kecil Galas tetapi dipandang sebelah mata setelah BN menang.

SAMY VELLU : KINI BARU KAU SEDAR

S. Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Dis ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata, beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

"Pada hari berkenaan (13 Dis), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia di sini.

Kini baru kau sedar, setelah puluhan tahun beliau menjadi diktator dalam MIC. Semua ahli MIC dan rakyat Malaysia meluat dan muak dengan kerenah Samy Vellu.

ORANG TUBUH ANAK, ENGKAU TUBUH BAPAK

Ternyata Felda begitu takut kepada NGO, ANAK yang ditubuhkan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman. Terbaru Felda menubuhkan NGO baru, Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Jelas sekali BAPAK ditubuhkan setelah mereka melihat ANAK mendapat sambutan kerana menjadi tempat peneroka berpau memohon pertolongan dalam isu-isu yang melibatkan kebajikan peneroka.

BAPAK lawan ANAK. Setelah ANAK berjaya menangani masalah peneroka, barulah BAPAK terhegeh-hegeh mendekati peneroka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter