SOLAT HAJAT PERDANA MOHON ALLAH PELIHARA SURAU DAN PASTI

Malam esok satu lagi Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin akan diadakan oleh Badan Bertindak Menghalang Perobohan Surau dan PASTI memohon Allah memelihara Surau dan PASTI dan memberikan balasan setimpal kepada sesiapa sahaja yang bongkak menggunakan kuasa untuk merobohkan rumah Allah dan Institusi Pendidikan Islam.

Solat Hajat dan bacaan Yaasin ini akan diadakan pada 25 Nov 2010, jam 6.50 petang di perkarangan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil.

Selamat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat ini satu ceramah Umum akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sidek Noor dan pimpinan PR negeri Melaka yang juga di adakan di tempat yang sama bermula jam 9.15 malam.

Surau dan PASTI tersebut yang dibina puluhan tahun dahulu secara sah dengan pelan dan kelulusan Majlis Kerajaan Tempatan menjadi pusat menimba Ilmu dan kegiatan masyarakat setempat untuk mendalam ilmu Islam.

Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada Surau dan PASTI tersebut kononnya ianya dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tuduhan dan fitnah ini keluar sendiri dari mulut Ketua Menteri Melaka bukannya JKKK kampung. Pihak Badan Bertindak sudahpun membuat penafian dan kenyataan di media tentang fitnah ini.

Ianya sungguh memalukan kerana ia terpacul dari mulut seorang yang berstatus Ketua Menteri. Jelas sekali beliau tidak membuat rujukan dan tidak berhati-hati sebelum mengeluarkan tuduhan. Sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan negeri hutang negeri Melaka terus meningkat manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri terus menerus mengalami kerugian antaranya MITC, Hospital Pakar Putera dan lain-lain seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Comments