.

.

21 March 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO : NAJIB HADAPI UNDI TIDAK PERCAYA?

Memang terdapat riak-riak bahawa ada ahli Umno yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Najib Razak. Malah kes yang melibatkan pergantungan Ali Rustam juga menyebabkan ramai yang tidak senang dan memberontak secara senyap.
Selain itu ada sumber dalaman Umno yang menyatakan bahawa kem Pak Lah juga giat merancang untuk memastikan calon-calon mereka menang dan calon-calon Najib kalah. Ini kerana mereka mahu melihat kalaupun Najib menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri nanti, Najib tidak mempunyai sokongan kerana ramai ayam sabungnya tewas dan tersungkur pada pemilihan nanti.
Antara orang-orang Najib yang bertanding ialah Muhyiddin, Jamaluddin Jarjis, Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein, Rahim Thamby Chik, Mukhriz dan lain-lain.
Manakala di pihak Pak Lah dikepalai oleh Khairy Jamaluddin, Mat Taib, Rais Yatim, Shahrir Samad dan lain-lain.
Ada kemungkinan juga tindakan Mazlan Haron dan Kadar Shah yang mengancam untuk membawa Umno ke mahkamah ada hubungan dengan percaturan kumpulan tertentu dalam Umno. Walaupun ianya belum menjadi kenyataan lagi.
Malah ada pemerhati politik merasakan antara langkah drastik untuk menghalang Najib berkuasa ialah mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib pada pemilihan nanti. Perkara boleh dilakukan mengikut perlembagaan Umno dan jika ianya berlaku terserah kepada perwakilan samada mahu kepada Najib atau orang lain.
Kita tunggu lihat, walau apapun berlaku sebenarnya Umno sedang menuju lubang kubur dan tidak lama lagi akan ditalkinkan.

GESA ALI RUSTAM LETAK JAWATAN : GANASNYA AHLI DAN PENYOKONG UMNO




Ini ialah gambar kereta Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek yang kemek angkara ahli dan penyokong Umno yang merusuh marah dengan tindakan PR menghantar memo menggesa Ali Rustam meletakkan jawatan.
Kereta Ustaz Kamaruddin ditendang di bahagian depan dan belakang sehingga kemek.

Kejadian ini berlaku di hadapan Seri Negeri disaksikan oleh Polis tanpa apa-apa tindakan diambil kepada perusuh tersebut. Namun jika ahli dan penyokong PR yang melakukannya sudah tentu mereka akan ditangkap dan 'masuk dalam'.

Sebuah stesyen TV pengampu BN sendiri melaporkan bahawa insiden ini dilakukan oleh penyokong Umno.

Saya menggesa pihak Polis menyiasat insiden ini dan menangkap para 'pengganas' tersebut.

SIAPA PENGGANAS??? PENYOKONG UMNO ATAU PR

NAJIB TERANCAM, ORANG LAIN DIPILIH SEBAGAI PM?

Yang Dipertuan Agong boleh memilih sesiapa sahaja yang Tuanku perkenan untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi. Malah Tuanku Mizan pernah melakukan perkara yang sama apabila memilih Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan mengenepikan pilihan Umno iaitu Idris Jusoh.
Jadi Najib sebenarnya belum selamat. Malah rakyat terbanyak juga sudah tentu menyokong Tuanku Mizan jika baginda memilih calon selain dari Najib yang penuh kontroversi sejak dari muda sehingga sekarang.
Rakyat sudah tentu akan menjunjung kasih dan taat setia kepada Baginda jika calon yang lebih bersih, telus, berkarisma, tiada kontroversi, berakhlak mulia dipilih.
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri juga telah merayu kepada Baginda supaya calon lain selain dari Najib diperkenankan oleh Tuanku Mizan.
Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli politik veteran yang penuh berpengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hari ini yang saya petik dari Malaysiakini, bahawa Tuanku Mizan boleh memilih sesiapa sahaja selain dari Najib walaupun BN mempersembahkan nama Najib untuk dilantik sebagai PM.
Pemerhati politik merasakan bahawa calon-calon lain yang sesuai untuk jawatan Perdana Menteri di kalangan Ahli Parlimen BN adalah Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan lain-lain.
Daulat Tuanku!!

RAKYAT BATANG AI SUSAH : KETUA MENTERI DAN KELUARGA KAYA RAYA JADI JUTAWAN

Semua orang tahu bahawa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud adalah seorang jutawan. Beliau memiliki deretan kereta termasuk yang dikategorikan mewah berjenama Rolls Royce. Rumah dan Bungalow entah berapa biji yang beliau dan ahli keluarganya punyai. Tidak cukup dalam negeri di luar negeri ada. Begitulah kayanya Taib Mahmud.

Bayangkan salah seorang anak Taib Mahmud iaitu Jamilah Hamidah Abdul Taib mempunyai rumah yang berharga RM28.3 juta. Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Rumah (gambar) itu beralamat di 688 Manor Ave in Rockcliffe Park, Ottawa, Kanada. Kaya betul anak Taib Mahmud ini. Saya yakin disebalik rumah berharga RM28.3 juta ini di sana masih ramai rakyat Sarawak yang tiada rumah sendiri kerana tidak mampu membeli atau membuatnya. Apa Taib Mahmud buat untuk menolong rakyat yang susah ini????

Nun jauh di pedalaman Sarawak, rakyatnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masih ramai yang tidak ada bekalan asas seperti air bersih dan elektrik. Malangnya sejak sekian lama rakyat Sarawan terus memberikan sokongan padu kepada Taib Mahmud dan BN.

Mengapa rakyat Sarawak terus memuja dan memuji Taib dan BN, saya yakin para tetamu blog saya mungkin ada jawapannya.

Namun kali ini saya berdoa dan berharap pada PRK Batang Ai, membuka mata dan minda mereka untuk mengajar Taib dan BN supaya jangan terlampau angkuh membina kekayaan untuk diri sendiri sehingga rakyat dibiarkan susah dan menderita.

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak mengajar Taib dan BN dengan memberikan kemenangan kepada calon PR kali ini. Saya doakan calon BN tewas dengan TKO hilang deposit.

PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU : KALAU TAK MALU SILA DATANG KEMPEN

Saya ingin nasihatkan Ketua Menteri Melaka supaya jangan memalukan orang Melaka sehingga sanggup datang berkempen pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai ini.
Cukuplah setakat Datuk Seri memalukan muka di negeri sendiri. Ini kerana saya yakin ramai dikalangan rakyat negeri Perak, Kedah dan Sarawak tidak suka seorang kaki rasuah datang berkempen di negeri mereka.
Sudah tentukan janggal rasanya seorang yang kaki rasuah dan dibuktikan bersalah ingin bersyarah dan berceramah di depan rakyat. Apa yang Datuk Seri ingin kempenkan, seru rakyat jangan pilih pemimpin rasuah? Datuk Seri sendiri kaki rasuah' suruh orang pilih pemimpin baik, Datuk Seri sendiri menunjukkan tauladan tidak baik.
Jadi saya cadangkan Datuk Seri duduk di Melaka sahaja diam-diam dan teruskan sisa-sisa masa Datuk Seri sebagai Ketua Menteri kerana saya ramalkan jawatan itu tidak akan kekal lama kerana Najib akan menggantikan Datuk Seri dengan seorang yang lebih baik, telus dan bersih tidak mengamalkan rasuah, kronisme dan sebagainya.

Saya bimbang BN akan kalah lebih teruk jika berkempen di ketiga-tiga kawasan itu kerana rakyat akan berfikir apakah BN ketandusan pemimpin sehingga pemimpin rasuah pun diajak berkempen sama.

PENYOKONG UMNO GANAS, ROSAKKAN KERETA KETUA PEMUDA PAS

Terbukti Umno gagal mendidik ahli dan penyokongnya sehingga bertindak ganas merosakkan kereta Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek semasa beliau dan Timbalan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin menyerah memo menggesa Ketua Menteri Melaka meletakkan jawatan semalam.
Kejadian itu berlaku di hadapan Seri Negeri ketika beliau sampai untuk menyerahkan memo tersebut. Dalam kejadian itu beberapa penyokong dan samseng Umno cuba menghalang kereta beliau sehingga ada yang tiba-tiba menghadang kereta sehingga nyaris dilanggar.
Inilah bukti bahawa bukan ahli dan penyokong PR yang ganas tetapi Umno yang ganas dan samseng.

Gambar kereta beliau akan saya paparkan nanti.

ISTERI BENDAHARI PAS KAWASAN BUKIT KATIL MASUK HOSPITAL

Isteri Bendahari PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ab Rahhim Idris dimasukkan Hospital Pantai Ayer Keroh hari ini.
Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Salamat Aman memaklumkan perkara itu hari ini. Menurutnya isteri Haji Rahhim disyaki mengalami masalah jantung.
Beliau meminta seluruh ahli PAS, penyokong dan seluruh umat Islam mendoakan isteri Haji Rahhim segera sembuh untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di muka bumi ini.

MUHAMAD TAIB : PILIH PEMIMPIN BOLEH SELAMATKAN UMNO (CONTOHNYA DIA SENDIRI)

Calon Timbalan Presiden Umno Mat Taib berkata pilih pemimpin yang boleh selamatkan Umno. Maksudnya pilihlah pemimpin dia sendiri, itulah agaknya yang tersirat dalam kata-katanya itu. Beliau berkata demikian dalam wawancaranya dengan Bernama.

Saya ingin ringkaskan ciri-ciri pemimpin yang dimaksudkan oleh Mohamad Taib :-

1) Pilih pemimpin hebat sehingga berupaya kahwin lari dengan puteri Raja

2) Pilih pemimpin yang banyak duit sehingga boleh membawa wang 'cash' yang jumlahnya sangat besar ke luar negeri

3) Pilih pemimpin yang mengaku tidak tahu berBahasa Inggeris untuk melepaskan diri di luar negara

4) Pilih pemimpin kaki pembodek

5) Pilih pemimpin tamakkan kuasa

6) Pilih pemimpin yang 'yes man'

7) Pilih pemimpin yang tidak kedekut sehingga boleh menyogok wang kepada perwakilan

8) Pilih pemimpin yang membina kekayaan untuk diri sendiri dengan mendapat projek kerajaan

9) Dan lain-lain

Itulah agaknya ciri-ciri pemimpin yang sesuai untuk dipilih mengikut pandangan Mat Taib.

ALI RUSTAM LEBIH BAIK LETAK JAWATAN SEBELUM DIMALUKAN NAJIB

Saya menasihatkan Ali Rustam supaya meletakkan jawatan serta merta sekarang sebelum dimalukan oleh Najib yang bakal mencantasnya bila Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri kelak. Lambat laun Ali akan dilucutkan jawatannya.

Percayalah!!! Ali memang tidak akan dikekalkan oleh Najib kerana semua orang kenal siapa Ali Rustam yang telah membina empayar di Melaka dengan melantik kroni-kroninya menjawat jawatan penting di negeri Melaka. Antaranya Datuk Bandar, Speaker DUN dan lain-lain semuanya dibolot oleh kroni Ali. Selain itu projek-projek di Melaka sebahagian besar dimonopoli oleh kroni Ali.

Najib juga tahu keupayaan dan kredibiliti Ali, asal usulnya, karier politiknya dan lain-lain. Malah Najib sudah tentu ingin mencari seorang Ketua Menteri yang lebih bijak, berkarisma dan sebagainya.

Malah lebih teruk Ali rekodnya sudah tercalar di mana terbukti beliau seorang yang kaki rasuah, sudah pasti Najib mempunyai asas yang kuat untuk memecat Ali.

Jadi sebelum Ali dimalukan Najib lebih baik letak jawatan sekarang dari menanggung malu dikemudian hari.

Renungkan nasihat saya ini wahai YAB Datuk Seri Ali Rustam.

PRK BATANG AI : BN HINA PENGUNDI

BN ternyata melakukan penghinaan kepada pengundi Batang Ai apabila menjalankan projek 'mee segera' di sana sedangkan Najib Razak sebelum ini menyatakan strategi kempen kuno dengan menggunakan projek 'mee segera' tidak akan digunakan lagi. Inilah dia pemimpin BN yang memang lidah bercabang bermula dari pemimpin atasan hingga bawahan.
Ternyata kata-kata Najib adalah omongan kosong ibarat menanam tebu dibibir mulut, mulut manis hati busuk.
Baru sahaja Najib mengumumkan perkara itu minggu lepas, tidak semena-mena Menteri Pembangunan Tanah Sarawak James Masing mengumumkan bahawa Jalan di Batang Ai akan ditarkan dengan belanja sebanyak RM12 juta.
Sedangkan sebelum ini projek ini tidak langsung kedengaran bila ia akan dimulakan. Sekali lagi rakyat faham bahawa wakil rakyat mati lebih baik dari wakil rakyat hidup kerana jika YB mereka itu masih hidup sudah pasti jalan ini tidak akan dibina (maaf cakap).
Saya yakin selepas ini lebih banyak projek 'mee segera' seumpama ini akan dijalankan di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Inilah sifat pemimpin BN yang sememangnya menipu, membelit dan sebagainya merupakan pakaian hidup mereka. Saya menggesa rakyat di seluruh Malaysia membuka mata masing-masing dan menolak pemimpin dan parti yang jijik sebegini.
Tindakan BN di Batang Ai ini merupakan suatu penghinaan kepada rakyat setempat kerana mengapa sebelum ini jalan ini tidak dibina 'tup-tup' bila wakil rakyat meninggal baru tergopoh gapah untuk membinanya. Saya ingin maklumkan kepada BN bahawa rakyat di Batang Ai bukan bodoh sebagaimana yang BN sangkakan!!!!!
Kepada Najib saya ingin tegaskan bahawa kamu tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana sering menipu, membelit dan penuh dengan kontroversi. SPRM dan Polis sila siasat Najib dengan segera.

PRK BUKIT SELAMBAU : MASALAH CALON SELESAI

Media menggembar-gemburkan bahawa terdapat penentangan hebat terhadap pemilihan Manikumar sebagai calon PKR di DUN Bukit Selambau, tetapi hakikatnya ianya hanyalah perkara kecil yang telahpun diselesaikan.
2 hari lepas beberapa pengundi India di DUN tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan pemilihan Manikumar, 35 yang mereka sifatkan masih muda dan tidak dikenali di Bukit Selambau.
Namun selepas mereka meneliti latar belakang dan asal usul Manikumar mereka bersetuju dan akur dengan pemilihan beliau yang mereka sifatkan berpendidikan tinggi, berhemah dan berintegriti. Malah Manikumar juga amat disanjungi oleh penduduk setempat.
Manikumar lulusan sarjana dari UUM fasih berbahasa Malaysia, Tamil, Inggeris dan Sepanyol. Beliau adalah seorang usahawan berjaya selain mempunyai hubungan baik dengan rakyat akar umbi.
Anak muda sudah tentu akan terus memberikan sokongan kepada Manikumar yang baru berusia 35 tahun dan pasti mengetahui kehendak dan idealisme anak muda berbanding calon BN yang sudah 'expired'.
Berlainan dengan calon BN, Ganesan yang disifatkan calon 'recycle' yang merupakan bekas ADUN dan sudah berumur. Lebih teruk lagi Ganesan sebenarnya jelmaan Samy Vellu kerana beliau merupakan orang kuat Samy Vellu dari dahulu lagi. Rakyat memang membenci Samy Vellu dan dengan sendirinya Ganesan terpalit sama.
Pemilihan Ganesan sebagai calon BN disifatkan oleh rakyat Bukit Selambau sebagai memberikan kemenangan percuma kepada PR kerana MIC semenangnya sudah tidak relevan kepada rakyat malah Ganesan sendiri juga tidak relevan kepada rakyat kerana hubungan akrabnya dengan Samy Vellu.

TIDAK BERMARUAH : ALI BERDEGIL TIDAK MAHU LETAK JAWATAN

Sah Melaka sekarang ini berketuakan pemimpin yang tiada maruah dan harga diri. Ini kerana Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berdegil tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru.

Beliau sebaliknya menegaskan, desakan PR Melaka supaya meletakkan jawatan tersebut merupakan gimik politik semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

Ali berkata semalam bahawa pembangkang perlu memahami hakikat bahawa beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan bukan kerana mengamalkan politik wang.

Inilah 'standard' pemimpin Umno yang setiap hari melaungkan Malaysia Maju, Melaka Maju tetapi pada masa yang masih mempunyai fikiran mundur dan kolot.

Persoalannya siapakah agen-agen beliau yang dituduh mengamalkan politik wang dan memberi rasuah. Bukankah agen-agen bekerja untuk memenangkan beliau dan mustahil beliau tidak tahu tetang perkara. Bahkan agen-agen itu sudah tentu berkempen dan melaksanakan kerja-kerja tersebut atas arahan Mohd Ali sendiri.

Di mana agen-agen itu dapat duit sebegitu banyak untuk diagihkan kepada perwakilan. Ada pihak yang mendakwa Ali membelanjakan duit hingga jutaan ringgit untuk merasuah perwakilan dan agen-agennya bergerak ke serata pelusuk negara untuk menyogok perwakilan. Dakwaan inilah yang mesti disiasat oleh SPRM.

Saya juga sangsi dengan kredibiliti Jawatan Kuasa Disiplin Umno yang sepatutnya menyiasat dengan lebih terperinci dari mana agen-agen itu mendapat duit yang banyak dan siapa yang memberinya. Mustahil agen-agen itu menggunakan duit sendiri untuk menyogok perwakilan sudah tentu ada pihak yang memberikan duit tersebut kepada mereka.
Satu memorandum daripada parti pakatan pembangkang mendesak Mohd. Ali meletakkan kedua-dua jawatan itu, telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Tadbir di pejabat Ketua Menteri Melaka, Syueeb Zahari di Seri Negeri kira-kira pukul 2.40 petang semalam

Memorandum itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Melaka, Mohd. Hairiz Nordin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Kamaruddin Sidek.
Sebelum itu kira-kira 500-1000 rakyat Melaka berkumpul di hadapan Masjid MITC, Ayer Keroh menggesa Mohd Ali meletakkan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru. Antara pemimpin rakyat yang hadir ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Harun Mohamed, Adly Zahari dan lain-lain.

Saya sekali lagi ingin mengulangi gesaan supaya Mohd Ali meletakkan jawatan serta merta jika beliau benar-benar mempunyai maruah dan harga diri. Tidak ada mendabik dada mengatakan Melaka Maju tetapi pemikiran dan tindakan pemimpinnya melambangkan Melaka mundur jauh terkebelakang.

PRK BUKIT GANTANG : FITNAH JAHAT SUDAH BERMULA

Fitnah dan taktik jahat sudah dimulakan oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan PAS di mata pengundi dan juga untuk mengeruhkan lagi hubungan PAS/PR dengan istana.

Semalam petugas PAS menjumpai gambar-gambar risalah yang keji tersebut di merata tempat di Bukit Gantang. Taktik ini bukan kali pertama digunakan untuk memburuk-buruk PR malah ianya sering dilakukan pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Kita masih ingat bagaimana pihak tertentu memfitnah PAS dengan melukis gambar Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi dalam pelbagai keadaan yang tidak sanggup yang tuliskan di sini. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang difitnah dengan karikatur dan gambar yang menjijikan.

Malah ada juga gambar fitnah yang memuatkan gambar Lim Kit Siang memperkudakan Anwar dan Hj Hadi.

Inilah kerja jahat pihak yang sudah ketandusan idea untuk berdepan dengan rakyat. Hanya puak yang sudah tidak ada taktik dan perancangan sahaja yang sanggup melakukan perkara sebegini. Rakyat mesti cerdik dan peka dengan sebarang kerja jahat puak-puak ini.

20 March 2009

PRK BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU : SAMY VELLU JADI LIABILITI KEPADA KEDUA-DUA KAWASAN ITU

Samu Vellu diberitakan berkampung di Bukit Selambau sudah berminggu-minggu. Hari ini beliau diberitakan melawat Bukit Gantang pula kononnya untuk memantau kerja-kerja pilihanraya di kedua-dua kawasan tersebut.
Namun Samy Vellu tidak sedar bahawa adalah lebih baik jika beliau tidak berkempen di kedua-dua kawasan itu kerana pengundi India di Malaysia sebenarnya meluat dan menyampah kepada Samy Vellu. Tetapi Samy Vellu masih perasan bahawa dirinya disukai rakyat.
Saya sangat gembira bila membaca berita bahawa Samy Vellu akan terus berkempen bagi pihak BN. Ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada PR kerana pengundi akan lebih meluat dan benci kepada BN kerana Samy Vellu masih menjadi pemimpin MIC.
Kerja PR akan lebih mudah dengan keterlibatan Samy Vellu yang sebenarnya menjadi liabiliti kepada BN.

MMAF MUHYIDDIN, KAU TAK AKAN BERJAYA SELAMATKAN UMNO

Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin sedar bahawa Umno sudah berada di penghujung jalan dan akan ditalkinkan tidak lama lagi. Untuk itu Muhyiddin dilaporkan oleh Malaysiakini sebagai berkata bahawa Umno mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Umno, katanya, hanya mempunyai masa empat tahun untuk berubah sebelum diadili semula oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13.Dalam masa yang sangat terbatas itu, tambahnya, semua pihak mesti komited menjayakan usaha memulihkan kembali imej parti termasuk sedia menerima perubahan.

Bagi saya Umno sudah tidak boleh diubati umpama pengidap HIV positif yang hanya menunggu masa untuk menemui ajal.

Ini kerana hampir kesemua pemimpin Umno adalah orang yang terlibat dengan rasuah; menyalahgunakan kuasa; cintakan dunia; materialistik; tamak kuasa dan sebagainya. Ianya sudah menjadi darah daging mereka. Malah pemimpin atasan sendiri mempunyai sifat sedemikian.

Maka adalah mustahil untuk Muhyiddin dan Najib dapat mengubati dan mengubah Umno menjadi baik.

Perkara paling asas yang menyebabkan Umno akan mati seperti juga parti-parti lain ialah Umno tidak mempunyai ideologi. Prinsip perjuangan Umno adalah pragmatisme dan hawa nafsu. Selagi Umno tidak menerima Islam sebagai asas perjuangan maka Umno tidak akan kekal lama dan akan berkubur tidak lama lagi.

Hasrat Muhyiddin hanya akan tinggal niat dan perancangan semata-mata kerana saya yakin jika beliau mempunyai yang baik pun sudah pasti ianya akan gagal. Anwar pernah melakukan semasa beliau menyertai Umno, namun Anwar gagal kerana pemimpin dan ahli Umno tidak boleh menjadi orang baik malah tidak mahu menjadi baik.

Anwar akhirnya difitnah dan ditendang keluar dari Umno dengan tindakan yang tidak bertamadun, hina dan tidak bermaruah.

UMNO JADIKAN HUKUMAN KE ATAS ALI UNTUK NAIKKAN IMEJ

Media terus mencanangkan bahawa Umno serius menangani rasuah sebab itu Umno sanggup menghukum Naib Presidennya Mohd Ali Rustam dan lain-lain.
Namun bagi saya ianya hanyalah retorik sahaja kerana pada masa yang sebahagian aduan berjumlah 1000 kes tidak disiasat dengan serius di mana ada aduan langsung dibakul sampahkan.
Malah pimpinan dan ahli yang dihukum kerana terlibat dengan rasuah tidak dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk selanjutnya. Jika Umno benar-benar serius semua ahli yang disabitkan kesalahan seperti Ali Rustam mesti dihadapkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut dan hukuman mesti dijatuhkan jika mereka bersalah.
Selain itu 1000 kes yang diadukan kepada Jawatankuasa mesti dilaporkan kepada SPRM jika Umno benar-benar serius menangani rasuah. Jika ini tidak dilakukan oleh Umno maka terbukti Umno hanya ingin menjadikan isu ini sebagai umpan untuk menarik semula sokongan rakyat.
Saya yakin rakyat faham dan sedar taktik dan niat Umno untuk menipu rakyat dan cuba menunjukkan Umno sudah berubah.

HUTANG UMNO LEBIH RM280 JUTA BELUM DIBAYAR?

Bernama TV melaporkan bahawa Sebuah syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd mendakwa kes tuntutan mereka kepada Umno yang didakwa tidak membayar hutang sebanyak lebih dari RM280 juta masih belum selesai.

Hutang yang dituntut ini ialah berkenaan wang pembayaran peralatan pilihanraya umum 2004 termasuk poster dan lain-lain.

Peguam syarikat terbabit, Ahmad Tarmizi berkata sehingga ini kes ini masih berjalan dan pihaknya masih menunggu keputusan Umno samada ingin menyelesaikannya di luar mahkamah. Jika Umno enggan maka kes ini akan kami teruskan mengikut proses mahkamah.

Menurutnya, pelanggannya kesal kerana media sebelum ini seolah-olah melaporkan bahawa kes ini sudah selesai.

Malang sungguh syarikat terbabit kerana berurusan dengan parti yang suka menipu dan membelit. Itu sebab saya mengingatkan peniaga dan rakyat semua jangan percaya kepada Umno kerana terbukti sekarang Umno dipimpin oleh kaki rasuah dan penipu.

Awas ketika berurusan dengan Umno.

RAKYAT MELAKA TOLAK ALI, PANEL RAYUAN JUGA TOLAK RAYUAN ALI

Sudah jatuh ditimpa tangga demikian nasib yang menimpa Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam hari ini.

Jam 2.00 petang tadi rakyat Melaka mengadakan himpunan aman menggesa Ali meletakkan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru. Seramai 500-1000 rakyat berhimpun menyatakan rasa tidak puashati kepada Ali yang masih mahu meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri.

Petang tadi juga Ali menerima satu lagi berita sedih kerana rayuannya telah ditolak oleh Panel Rayuan Lembaga Disiplin Umno.

Panel tersebut yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mendapati larangan Mohd Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dikekalkan.

Pengerusi panel rayuan itu Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin yang mengumumkanperkara itu hari ini berkata larangan bertanding itu berkuatkuasa serta merta.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan timbalan presiden.Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejennya terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Saya menggesa supaya Ali segera meletakkan jawatan jika beliau seorang pemimpin yang bermaruah. Jika tidak saya yakin Ali akan dikenang dalam buku sejarah sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tiada harga diri kerana walaupun telah disabitkan kesalahan masih tidak malu untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri.

BUKTI DEMO GESA ALI RUSTAM BERJAYA


















Ada tohmahan menyatakan bahawa hanya 30 orang sahaja hadir pada demo menggesa Ali Rustam meletakkan jawatan di Masjid MITC selepas solat Jumaat petang tadi. Di sini saya postingkan gambar sumbangan Jambol Seven yang jelas menunjukkan bilangan peserta demo adalah kira-kira 500-1000 orang termasuk yang berdemo dari veranda masjid tidak turun ke tangga kerana hujan.

PRK BUKIT SELAMBAU : CALON BN 'EXPIRED'

Ramai pengundi di Bukit Selambau merasakan bahawa calon MIC, Ganesan untuk kerusi tersebut sudah 'expired'. Ini kerana calon tersebut adalah calon tajaan Presiden MIC yang sudah expired dan tidak diterima oleh anak muda di Bukit Selambau.

Beberapa pengundi kaum India berpendapat MIC sebenarnya menggali kuburnya sendiri apabila memilih Timbalan Pengerusi MIC Kedah itu untuk menjadi calon mereka.

Menurut mereka MIC tidak pernah serik dan sekali lagi mengulangi kesilapan pada PRU 2008 dahulu apabila memilih calon yang jelas mempunyai hubungan dengan Samy Vellu yang dibenci kaum India.

Sebaliknya ramai pengundi memuji PKR kerana memilih calon baru yang muda dan berpendidikan tinggi serta mesra rakyat.

Bagi mereka tidak syak lagi PR akan memenangi kerusi ini. Keyakinan ditunjukkan oleh pimpinan PKR Bahagian iaitu Dr Krishnamoorthy yang berkata bahawa PKR akan menang 100%. Beliau berkata demikian yang saya petik dari laporan Malaysiakini hari ini.

HIMPUNAN AMAN GESA ALI RUSTAM LETAK JAWATAN DIGANGGU POLIS

Ayer Keroh : Himpunan Aman rakyat Melaka yang menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan di hadapan Masjid MITC petang tadi diganggu Polis. Kira-kira 100 anggota Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Adnan berkampung di hadapan masjid tersebut sejak jam 11.00 pagi.

Pasukan Polis lengkap dengan helikopter, FRU dan lain-lain sekali dilihat tidak berlaku adil apabila menganggu himpunan aman di kawasan masjid.

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira 500 - 1000 rakyat Melaka berkumpul di hadapan Masjid MITC dan berteriak supaya Ali meletakkan jawatan.

Antara slogan yang dilaungkan ialah Ali Rasuah, Turun Turun Ali Turun, Allahu Akhbar dan lain-lain.

Polis meminta peserta himpunan supaya bersurai namun ianya tidak diendahkan oleh rakyat yang jelas begitu benci dengan sikap Ketua Menteri mereka yang mengamalkan rasuah.

Ketika Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari berucap pihak Polis diketuai Adnan menyerbu dan meminta Adly berhenti bercakap dan bersurai. Berlaku insiden tolak menolak dan akhirnya ia berakhir apabila peserta bersama-sama berdoa dengan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Rahman.

Selepas doa dibacakan para peserta himpunan terus tidak berganjak sehinggalah majlis persidangan akhbar pimpinan Pakatan Rakyat selesai.

Beberapa orang rakyat yang ditemui jelas kesal dengan penggunaan harta dan wang rakyat seperti helikopter yang berlegar-legar memantau himpunan tersebut.
Sementara itu difahamkan memo menggesa Ali Rustam supaya meletakkan jawatan di serahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan Timbalan Ketua AMK Negeri di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri pada jam 2.30 petang tadi.

PRK BUKIT SELAMBAU : BN TEWAS PUSINGAN PERTAMA

PKR sudah menamakan calonnya untuk PRK Bukit Selambau. Calonnya Manikumar seorang pemuda yang baru berumur 35 tahun yang berasal dari Bukit Selambau. Terbukti PR khusunya PKR tidak ketandusan calon dari golongan muda. Manakala MIC terpaksa 'menyabungkan' kuda tua yang sudah pasti tidak disenangi oleh golongan pemuda yang rata-rata menyokong perjuangan Hidraf.

Saya yakin dalam hal pemilihan calon MIC/BN sudah tewas. Ini kerana sejak-sejak akhir-akhirnya trend pengundi muda memang menyebelahi PR. Maka dengan pemilihan Manikumar saya yakin PR akan mendapat sokongan hebat dari pengundi muda dan pengundi tua.

Maka BN sebenarnya telah membuat kesilapan dengan memilih calon kesukaan Samy Vellu yang sememangnya dibenci oleh orang India.

Dari maklumat yang saya terima Manikumar memang disukai dan disegani oleh penduduk Bukit Selambau kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sering melakukan kebajikan. Malah beliau sendiri mesra dan senang bergaul dengan penduduk setempat.

Tidak syak lagi BN sudah ketinggalan pada pusingan pertama ini.

AYUH RAKYAT MELAKA, KITA MINTA KM SUPAYA LETAK JAWATAN

Rakyat negeri Melaka tidak rela berketuakan seorang yang terlibat dengan rasuah atau sengaja membiarkan orang lain melakukan rasuah untuk kepentingan dirinya.

Rakyat Melaka tidak redha seorang yang tidak amanah dan telus memimpin mereka.

Rakyat Melaka malu mempunyai seorang Ketua yang jelas tidak bermaruah dan tiada harga diri

Rakyat Melaka mengharapkan Ketua Menteri Melaka yang dihalang dari bertanding pada pemilihan Agung Umno minggu depan meletakkan jawatan.

Rakyat DUN Bukit Baru tidak rela mempunyai ADUN yang memalukan negeri dan rakyat Melaka. Jadi mereka mahu ADUN Bukit Baru meletakkan jawatan.

Jadi untuk itu marikita berhimpun ramai-ramai di hadapan Masjid MITC selepas Solat Jumaat nanti untuk meminta DS Ali Rustam meletakkan jawatan dan diganti dengan seorang Ketua Menteri yang lain.

19 March 2009

PRK BUKIT GANTANG : BN NGERI LIHAT SAMBUTAN RAKYAT KEPADA CERAMAH PR MALAM INI

Walaupun Polis menghalang ceramah PR di tempat asal iaitu di Simpang dan ia ditukar ke perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak, ianya tidak menghalang kira-kira 10,000 rakyat setempat hadir mendengarnya.
Saya yakin sambutan rakyat tempatan kepada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini mengerikan Umno/BN yang sudah pasti bimbang dengan kehadiran lautan manusia hadir pada ceramah tersebut.
Walaupun BN menggunakan Polis untuk menghalang PR mengadakan program ini namun ianya tidak mematahkan semangat rakyat untuk menzahirkan kebencian mereka kepada BN yang jijik lagi menjijikkan.
Tidak syak lagi momentum program malam ini akan meningkat dari masa ke semasa dan akhirnya 'meletup' pada 7 April nanti yang Insya Allah akan menyaksikan BN tersungkur di Bukit Gantang dengan majoriti yang jauh lebih besar dari yang diperolehi oleh Allahyarham YB Roslan Shahrum 8 Mac 2008 lalu.

MELANGKAH GAGAH MEWAKILI RAKYAT GESA ALI RUSTAM LETAK JAWATAN

Gambar menunjukkan pimpinan Pemuda PR Melaka terdiri dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Melaka, Hairiz Nordin melangkah gagah ke pejabat SPRM Melaka, di Ayer Keroh untuk membuat laporan supaya SPRM membuat siasatan tentang kes rasuah Ketua Menteri Mohd Ali Rustam.
Tindakan Pemuda PR ini menimbulkan rasa tidak puashati sebilangan Ahli-ahli Umno yang sememangnya sudah sebati dengan rasuah kerana makan rasuah, tidur rasuah, baring rasuah dan mimpi pun rasuah. Mereka berkumpul di hadapan Pejabat SPRM mencaci dan mengutuk pimpinan Pemuda PR.
Sementara itu esok 20 Mac 2009, Pemuda PR akan mengadakan himpunan aman menggesa Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.
Himpunan aman ini akan bermula selepas solat Jumaat di hadapan Masjid MITC dan para peserta himpunan aman akan bergerak bangunan Seri Negeri untuk menyerah memo meminta Mohd Ali meletakkan jawatan kerana beliau didapati salah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno semalam.
Gambar ihsan Blog Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka.

PRK BUKIT GANTANG : POLIS TIDAK BERTINDAK ADIL

Gambar-gambar polis berhimpun bagi menghalang ceramah ini. (Klik di sini).

Terbukti BN sudah tidak dapat menyekat kemaraan rakyat menyokong PR. Oleh kerana itu BN terpaksa menggunakan taktik tradisional mereka iaitu menggunakan Polis dan agensi kerajaan lain untuk berdepan dengan PR dan rakyat.

Terbaru program ceramah PR di Simpang, Parlimen Bukit Gantang dihalang Polis kerana tiada permit.

Perhimpunan dan ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Simpang, Taiping, 95 km dari sini, malam ini kerana tidak mendapat permit. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dijadualkan berceramah dalam program tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu.

Pihak Polis sepatutnya bersama-sama mengawal lalulintas dan keselamatan rakyat bukannya menghalang program ini kerana kita yakin program PR tidak akan mengganggu keselamatan awam sekiranya tiada provokasi.

Umno Pahang Yang Tidak Pernah Serik

Ini cerita Umno Pahang, bukan cerita pasal beberapa orang wakil rakyat mereka dari negeri ini yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, itu semua orang dah tahu. Ini pasal anak syarikat di bawah PKNP yang diterajui oleh Adnan Yaakob. Semua orang Pahang kenal PASDEC Holdings Berhad, PASDEC ada banyak anak syarikat dan terlibat dengan banyak perniagaan, Pengerusi PASDEC adalah Adnan Yaakob.

Al-kisahnya jawatan GMD (Group Managing Director - Pengarah Urusan Kumpulan) PASDEC Holdings kosong. Maka PASDEC pun buatlah “head hunter,” mencari tokoh-tokoh korporat berkelayakan bagi mengemudi konglomerat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini. Maka dapatlah empat orang calon yang disenarai-pendekkan, siap sudah dibuat penilaian dengan markahnya sekali, ringkasnya sudah ada yang terbaik di kalangan empat orang ini yang sepatutnya dipilih!

Tup-tup dengar ceritanya dari orang dalam, sekali Adnan Yaakob telah bawa orangnya untuk dijadikan GMD PASDEC Holdings. Khabarnya orang itu adalah Khairuddin Abdul Manan, bekas calon Umno dalam Pilihanraya Umum yang lepas di DUN Kuala Semantan yang kalah dengan calon PAS, Syed Hamid Syed Mohamad.

Mengikut biodata yang dihantar, Khairuddin dikatakan seorang tokoh korporat yang berpengalaman. Lalu orang dalam PASDEC yang curiga telah membuat carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Didapati bahawa syarikat yang pernah diterajui Khairuddin ini telah bankrap, dan Khairuddin sendiri telah disenarai-hitamkan (sama ada Khairuddin telah membersihkan dirinya dari senarai hitam ini, wallahu’alam). Tetapi yang pentingnya PASDEC adalah antara anak syarikat kerajaan negeri yang terbesar, apakah perhitungan logik yang digunakan untuk menyerahkan PASDEC kepada seorang yang pernah membangkrapkan syarikat yang diterajuinya?

Itulah saya kata Umno Pahang ini tidak serik-serik. Saham Hyatt Kuantan telah dijual, PASDEC Resources hilang tanpa nisan, Samudera Riverview Hotel memburuk di tengah bandar, yang terbaru Astana Golf disita, tidak belajar lagikah mereka?

Saya tahulah Umno Pahang masih menang bergaya dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Kalau Umno di negeri lain sudah banyak yang berjalan tunduk muka, Adnan Yaakob masih berjalan mendabik dada. Namun sampai bila kita mampu hidup menongkat langit?

Cerita pasal pekerja-pekerja Astana Golf pun ada juga lucunya. Hari ini kalau anda ingin ke Carrefour di East Coast Mall, Kuantan, di depan pintu masuknya ada sebuah kiosk menjual ais krim RM1.00 sebatang. Kiosk ini dibuka oleh PKNP bagi menempatkan bekas pekerja Astana Golf, dan mereka menerima gaji yang serupa sebagaimana mereka di Astana dahulu. Seorang pegawai ketika di Astana, maka dia dibayar RM1700 - RM1800 sebulan, seorang lagi kedi golf, dia dibayar lebih kurang RM700 sebulan. Anda bayangkan PKNP membayar RM2400 - RM2500 sebulan untuk penjual ais krim. Dengan harga RM1.00 sebatang, anda rasa bolehkah mereka menjual 2500 batang ais krim sebulan?

Anda tahu? Inilah kezaliman sebenar, bila meletak sesuatu bukan pada tempatnya. Habis kita yang berteriak KEADILAN siang-malam buat apa? Duduk diam? Saya rasa mungkin wajarlah desakan Umno Paya Besar supaya Adnan Yaakob meletak jawatan
zukriaksah.com

TAK BOLEH TANDING TAPI TERUSKAN TUGAS KM, TINDAKAN UMNO CACA MARBA

Jelas sekali Umno berada dalam keadaan caca marba dalam segala tindakan mereka sejak akhir-akhir ini. Dalam isu pergantungan Ketua Menteri Melaka yang dihalang dari bertanding baru-baru ini, Umno sekali lagi berada dalam keadaan tidak tentu arah. Mengapa Ali yang didakwa bersalah boleh dibenarkan untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka.
Tugas Ali sebagai Ketua Menteri mempunyai impak yang besar. Bagaimana seorang yang dipersoalkan integritinya boleh meneruskan tugas yang memerlukan seorang yang amanah, bersih dan bebas dari rasuah serta salah guna kuasa. Ini yang amat saya kesalkan.
Lebih menyedihkan bakal Perdana Menteri, Najib Razak ketika ditanya media tentang status Ali sebagai Ketua Menteri tidak memberikan jawapan yang meyakinkan serta munasabah. Kalau Najib menghormati tindakan Jawatankuasa Disiplin Umno maka sudah pasti Najib dan Umno akan memecatkan atau meminta Ali meletakkan jawatan serta merta.

Jelas Umno tidak konsisten dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa sehingga membenarkan pesalah rasuah dan penyalahguna kuasa terus memegang jawatan penting.

PRK BUKIT GANTANG : PAS ADA CALON YANG HEBAT

PAS sebenarnya sudah mempunyai calon yang diterima oleh pengundi Bukit Gantang dan mampu membuatkan Umno/BN berputih mata sekali lagi. Cuma menanti masa untuk diumumkan. Memang menjadi strategi PAS untuk mengumumkan calon di saat akhir kerana calon PAS tidak seperti calon Umno yang mempunyai masalah untuk dikenali ramai. Umno terpaksa mengumumkan calonnya awal-awal lagi seperti juga di Kuala Terengganu kerana Umno tidak yakin dengan kebolehan calonnya sendiri. Malah calonnya juga memerlukan masa yang lama untuk diperkenalkan.

Bagi PAS calonnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Insya Allah rakyat dan pengundi Bukit Gantang sudah kenal dan sedar bahawa bakal calon PAS memang mesra rakyat, sering turun padang bertanyakah masalah rakyat dan selalu menziarahi rakyat bertanya khabar dan masalah rakyat.

PAS sudah pasti yakin calon yang dikemukakan di Bukit Gantang nanti adalah setanding dengan bekas calon PAS Kuala Terengganu yang terbukti diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah calon PAS di Bukit Gantang mempunyai keistimewaan tersendiri di mana masyarakat berbilang kaum amat menyenangi beliau.

Nama beliau bakal diumumkan pada 23 Mac ini dan saya yakin semua pihak akan terkejut dan terpaku dengan pengumuman itu kerana ternyata calon PAS seorang yang istimewa ada 'aura' tersendiri yang sudah tentu menggerunkan Umno/BN. Sebaik sahaja namanya beliau diumumkan saya yakin BN/Umno akan sedar bahawa calon PAS jauh terkehadapan dari segi hubungan dengan rakyat, hubungan dengan NGO, pejabat kerajaan dan sesiapa sahaja termasuk kaum Cina dan India. Umno/BN sudah pasti akan merasakan mereka akan tewas lagi.

Kita tunggu 23 Mac ini. Namun saya yakin anda tidak akan dihampakan kerana calon PAS ini Insya Allah diterima ramai kerana beliau tiada rekod membunuh orang, tiada rekod makan komisen dan tiada rekod kaki betina.

ALI RUSTAM JADI KAMBING HITAM

Demi untuk menunjukkan bahawa Umno tegas dalam menangani rasuah Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah dijadikan kambing hitam. Ali telah dipilih sebagai mangsa untuk memperbaiki imej Umno yang semakin parah.

Namun rakyat faham bahawa walaupun Umno cuba menunjukkan mereka benci rasuah tetapi gula-gula Umno tidak dapat menipu rakyat. Rakyat sedar dan tahu bahawa terdapat 1000 aduan tentang salah laku dan rasuah dalam Umno. Namun yang dikenakan tindakan hanyalah segelintir sedangkan bukti-bukti jelas termasuk gambar, rakaman percakapan, pengakuan orang terlibat dan sebagainya diserahkan kepada Jawatakuasa Disiplin tetapi ianya tidak diambil tindakan. Jadi adakah ini menunjukkan Umno benar-benar serius mengekang rasuah.

Malah tindakan menggantung Ali juga tidak melambangkan Umno benci rasuah kerana Ali bukan sahaja sepatutnya digantung malah ia wajib dipecat dari Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahli Umno yang disiasat dan didakwa terlibat dengan rasuah ini juga mesti diadukan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya. Namun ini tidak dilakukan oleh pemimpin Umno yang menyebabkan rakyat sedar bahawa Umno hanya berlakon sahaja untuk mencegah rasuah.

Selain itu pemimpin Umno juga berada dalam situasi serba salah kerana sebahagian besar pemimpin mereka termasuk pemimpin tertinggi di dakwa terlibat sama dengan rasuah dan salah guna kuasa.

SAMA SAHAJA ALI RUSTAM, MAT TAIB DAN MUHYIDDIN

Bagi saya sama sahaja sesiapa pun yang menang jawatan Timbalan Presiden Umno. Ini kerana mereka masih berpegang kepada prinsip pragmatik, 'yes man', tidak berani berkata benar, sama-sama cinta kepada projek dan kekayaan serta lain-lain.
Sesiapa sahaja yang menganggotai Umno semua sama kerana 'kiblat' mereka sama iaitu projek dan habuan dunia. Susah sekali sekarang ini untuk kita mencari pemimpin Umno seumpama pemimpin tahun 50-an dan 60-an dahulu yang berjuang untuk kepentingan orang Melayu.
Pemimpin yang ada hari ini 'pantang jumpa'. Maksud saya 'pantang jumpa' projek, tanah, AP, lesen, permit dan sebagainya semuanya mereka nak 'ngap'. Kalau mereka tak 'ngap' sendiri sudah tentu kroni dan partner atau proksi mereka akan diberi peluang untuk 'ngap'.
Jadi bagi saya ketiga-tiga calon Timbalan Presiden (termasuk yang tidak layak bertanding) sama sahaja kerana masing-masing ada rekod yang orang kampung semua sudah tahu.

PENDEDAHAN PENDUDUK BUKIT SELAMBAU TENTANG KERJA JAHAT BN

Saya menerima email dari seorang penduduk Bukit Selambau mendedahkan tentang perancangan jahat BN untuk memenangkan calonnya. Mohon pihak berwajib menyiasat kebenaran dakwaan ini dan tindakan tegas mesti diambil jika ianya benar.

Selain itu saya menyeru petugas PR bertindak segera untuk memastikan kerja jahat ini tidak diteruskan.

Email yang saya terima dari seorang tetamu blog saya :-

saudara sofi,

saya adalah salah seorang penduduk bukit selambau. pada pandangan saya bukit selambau telah menjadi terkenal dengan sekelip mata sahaja. Dulu orang tak kenal pun bukit selambau. perkara yang ingin saya utarakan di sini ialah, apa yang disebut oleh Najib bahawa tidak ada projek mee segera di bukit gantang tetapi projek2 mee segera dan lain2 projek sudah pun sampai di bukit selambau.

semalam saya nampak jalan2 yang rosak selama hampir 6 bulan sedang diperbaiki. projek ini boleh juga diterima kerana memang lumrah pilihanraya tetapi ada satu lagi projek iaitu ada tawaran untuk mengenal pasti dan membawa orang2 yang belum mendaftar sebagai pengundi pergi mendaftar. saya difahamkan ada sedikit imbuhan diberikan kepada orang yang memperkenalkan mereka2 yang belum mendaftar dan juga kepada orang2 yang akan mendaftar. ini tidak berakhir di sini. pada hari pilihanraya nanti ada agen2 yang akan membawa orang2 yang baru mendaftar ini pergi mengundi dengan diringi oleh agen2 ini untuk mempastikan mereke mengundi parti bee end. lepas mengundi ada lagi imbuhan yang akan dibayar kepada mereka.

agen2 ini sedang bergiat aktif di sekitar bkt selambau dengan terang-terangan. semua orang tahu pasal perkara ini. agen2 mereka ini sudah mula bergerak di sekitar taman bandar baru, pekan bkt selambau, zon mawar, ladang2 di bkt selambau dan beberapa tempat lagi. saya mendapati semua pusat2 yang dibuka oleh agen2 ini digantung banner "penyokong barisan nasional".

inilah taktik yang sedang digunakan oleh bee end untuk memenangi prk dengan apa cara sekali pun.
sekian terima kasih..


SELAIN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA, JAMPI DAN SERAPAH JADI PAKAIAN UMNO

Selain dari rasuah dan politik wang yang menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno ada satu lagi yang sering menjadi 'pakaian' mereka iaitu jampi dan serapah. Memang perkara sudah sebati dengan Umno. Tidak sah kalau mereka tidak menggunakan bomoh dan dukun jika mereka menghadapi pemilihan Umno dan pilihanraya.
Salah seorang bapa saudara saya yang juga seorang guru silat merangkap moboh ada menceritakan bagaimana etiap kali pemilihan Umno ramai pemimpin Umno di peringkat pusat dan bahagian bertemu beliau memohon tangkal dan azimat untuk membolehkan mereka menang dalam pemilihan tersebut.
Nampaknya ramai pemimpin Umno memang percaya kepada khurafat dan syirik seperti ini sehingga percaya tangkal dan azimat berkuasa untuk memenangkan mereka.
Tidak hairanlah bagaimana pihak Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.
Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.
Inilah rupa sebenar Umno tidak cukup dengan dosa rasuah dan politik wang mereka memenjarakan diri mereka dalam kancah syirik dan khurafat pula.

PRK BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI : TIADA SEBAB RAKYAT UNDI BN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa BN dianggotai malah diketuai oleh pemimpin dan parti yang penuh dengan rasuah, salah laku dan macam-macam lagi.

Rasuah, salah guna kuasa, songlap sana songlap sini, kontroversi sana kontroversi sini dan sebagainya. Rakyat juga sudah faham dan sedar. Jadi tugas PR sekarang ialah menyedarkan sebahagian lagi rakyat yang belum sedar keburukan dan kejijikan BN khasnya Umno.

Bagi saya dengan suasana sekarang tidak ada sebab untuk rakyat tidak menolak Umno/BN. Malah sepatutnya BN berhak untuk tewas dengan kehilangan deposit sekali lantaran sifat buruk dan jijik yang telah bersarang dalam diri BN/Umno.

Rakyat di ketiga-tiga mesti memulakan siri talkin kepada BN/Umno bagi memastikan Islam, negara dan rakyat kita selamat.

PENYOKONG BERSEKONGKOL DENGAN PERASUAH

Tindakan penyokong Umno yang membantah dan berang dengan laporan SPRM yang dibuat oleh Pemuda PR Melaka semalam membuktikan bahawa mereka bersekongkol dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam Umno.

Sepatutnya mereka berterima kasih kepada Pemuda PR dan Jawatankuasa Disiplin Umno yang berusaha untuk membenteras rasuah dalam Umno. Malangnya mereka mencaci dan mempertikaikan tindakan Jawatankuasa Disiplin Umno.

Sebab itu lah sukar bagi Umno untuk membenteras rasuah kerana ahli mereka sendiri suka kepada rasuah. Ini kerana majoriti dari ahli Umno memang diajar supaya menjadikan rasuah pakaian hidup sebab itulah bermula dari sekecil-kecil projek hingga ke sebesar-besar projek semuanya melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Projek besar maka besarlah rasuahnya, projek kecil, kecillah nilai rasuahnya.

Dalam kejadian semalam sekumpulan penyokong Umno berkumpul di hadapan Pejabat SPRM membantah tindakan Pemuda PR yang membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat Ali Rustam yang didakwa terlibat dengan rasuah berikutan penggantungan beliau dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan. Penyokong Umno tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin pemuda PR. Pihak keselematan berjaya mengawal keadaan.

HIMPUNAN AMAN DESAK KETUA MENTERI MELAKA LETAK JAWATAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa satu himpunan aman akan diadakan pada 20 Mac 2009 selepas solat Jumaat di hadapan Masjid MITC.

Menurut Kamaruddin peserta himpunan akan berkumpul di masjid tersebut sebelum berarak ke Seri Negeri untuk menyatakan hasrat rakyat negeri Melaka yang mengharapkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.

Rakyat Negeri Melaka diharapkan dapat mengambil bahagian di dalam himpunan aman ini.

Kamaruddin berkata rakyat negeri Melaka amat kesal dengan pengelibatan Ali dalam rasuah dan salah guna kuasa. Maka menurutnya Ali sudah hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Menteri dan ADUN.

Ketua Menteri Melaka itu didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan rasuah sogokan politik.Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya itu.
Mereka Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

18 March 2009

SELOKA UNTUK YAB DATUK SERI ALI RUSTAM

Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai

Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi

Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan

Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah

Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu

Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera

ALI RUSTAM BERDEGIL TAK MAHU UNDUR?

Memang menjadi resam pemimpin Umno tidak akan meletakkan jawatan walau sebesar manapun kesalahan yang dilakukan. Tidak maruah, tidak malu dan tiada harga diri sehingga masih sanggup memegang jawatan walaupun terbukti bersalah.
Begitulah apa yang berlaku kepada Naib Presiden Umno, Ali Rustam yang nampaknya akan terus memegang jawatan Ketua Menteri Melaka dan ADUN Bukit Baru walaupun semua orang sudah tahu beliau telah dihukum oleh Umno kerana terlibat dengan politik wang.
Malah hari ini dengan muka tidak malu Ali Rustam memohon untuk membuat rayuan bagi membolehkan dirinya bertanding pada pemilihan nanti. Memang dasar muka tembok !!!!. Kalau di Jepun jangankan buat rayuan berjumpa rakyat pun mereka malu.
Memang muka tak malu, muka tembok dan tak ada harga diri. Sifat inilah sebenarnya yang menjadikan negara kita terus dipimpin oleh individu yang bermasalah kerana rakyat sendiripun tidak memaksa orang yang bersalah ini meletakkan jawatan. Malah pemimpin utama negara juga bersekongkol sama mempertahankan orang yang bersalah ini.
Maka jelas di dalam Umno ini semua pemimpin tidak bermaruah bermula dengan pemimpin no 1 dan no 2 hingga ke peringkat bawah. Pemimpin atasan tidak memaksa orang bersalah letak jawatan manakala ahli dan rakyat terus sudi untuk dipimpin oleh orang yang bermasalah. Jadi adat ini akan terus dipertahankan sampai bila-bila jika BN terus memerintah negara kita.
Saya mengharapkan rakyat supaya berubah dan menilai semula sokongan kepada BN yang jelas jijik dan menjijikkan.

PENGUNDI 3 KAWASAN PRK MESTI TOLAK BN

Jangan biarkan negara semakin kacau bilau;
Jangan biarkan penjahat terus bermaharajalela;
Jangan biarkan harta negara berlegar di kalangan mereka;
Jangan biarkan harta rakyat dijadikan harta mereka sendiri;
Jangan biarkan agama terus dihina;
Jangan biarkan kekuasaan mereka digunakan untuk menzalimi rakyat;
Jangan biarkan kaki rasuah menjadi pemimpin;
Jangan biarkan pemimpin kontroversi memimpin kita;
Jangan biarkan orang tidak bermaruah terus memimpin kita;
Jangan biarkan rakyat terus tertekan dan terhimpit dengan seribu satu masalah ....

APA ERTINYA SAYA MENJADI AHLI UMNO

Apa ertinya saya menjadi ahli Umno jika :-

1) Pemimpin Umno adalah kaki rasuah dan politik wang

2) Pemimpin Umno meminggirkan Bahasa Melayu dan kerajaan BN bertindak zalim kepada Gerakan Memansuhkan PPSMI

3) Pemimpin sering melihat rakyat sebagai musuh dan tidak mahu berunding secara matang dan professional dengan rakyat dalam apa juga isu

4) Islam di dalam Umno hanya sekadar melukut di tepi gantang. Hanya diperlukan untuk doa memulaka majlis tetapi maksiat yang ditegah oleh Islam diteruskan

5) Pemimpin Umno terus mengumpul kekayaan sedangkan rakyat miskin terus menderita

6) Umno membiarkan rasuah dikalangan pemimpinnnya dengan hanya beberapa kerat dikenakan hukuman dan hukuman itu pula caca marba

7) Kuliah agama dan usrah dihalang dijalankan di dalam masjid sedangkan rakyat berhak menggunakannya untuk tujuan kebaikan ..........

8) Dan lain-lain

ISU RASUAH : UMNO DAN NAJIB KIAN CACA MARBA

Umno bagaikan seorang tuan nyanyuk di penghujung usia. Kononnya untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa dalam parti mereka. Namun tindakan dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah rasuah dalam Umno ditertawakan rakyat. Budak kecil yang berumur 10 tahun mengerti dan tau bahawa Umno hanya bersandiwara dalam menangani rasuah.

Manakan tidak saya ketawa di dalam diri saya. Orang yang dihalang dari bertanding jawatan dalam Umno iaitu Ali Rustam didapati bersalah kerana 3 orang agennya dikatakan terlibat dengan rasuah ketika berkempen untuk dirinya. Aneh bunyinya kerana tidak masuk akal yang mereka bertiga berkempen dengan menggunakan wang sendiri untuk memenangkan Ali.

Mustahil untuk 3 budak suruhan itu untuk bermati-matian berkempen memenangkan 'boss' tanpa ada habuan dan upah dari 'boss'nya. Sedangkan budaya dalam Umno ada duit baru kerja boleh jalan. Tak ada duit tak mahu kerja.

Saya percaya hanya orang kurang siuman sahaja yang percaya bahawa ketiga-tiganya 'wak yek' itu fanatik menyokong Ali sehingga sanggup bergolok bergadai memenang Ali.

Malangnya bakal Timbalan Presiden Umno sendiri menunjukkan ketidakcerdikan diri sendiri semasa mengulas isu Ali Rustam. Inikah standard seorang yang akan memegang tampuk pemerintahan negara. Kenyataan beliau langsung tidak menampakkan beliau jujur, berkarisma dan amanah.

Rakyat sila buka mata untuk menonton lakonan Umno ini. Saya yakin tindakan Umno menghukum Ali Rustam ini makin menyebabkan rakyat muak dan mual dengan Umno kerana mereka tahun bukan Ali seorang yang bersalah tetapi kebanyakan dari pemimpin Umno turut sama melakukannya.

Seperkara lagi yang menunjukkan Umno dan Najib caca marba ialah ulasa Najib bahawa Ali tidak perlu letak jawatan Ketua Menteri. Nampaknya Najib terus mengamalkan dasar politik tidak bermaruah. Sepatutnya sebagai seorang bakal Perdana Menteri baru, Najib mesti tegas meminta Ali meletakkan jawatan untuk membuktikan Umno benar-benar serius menangani isu rasuah ini. Ini tidak Najib sendiri mengumumkan bahawa Ali mesti kekal sebagai Ketua Menteri.
Najib dan Umno kian caca marba!!!!

17 March 2009

PENGUNDI BKT GANTANG, BKT SELAMBAU & BATANG AI MESTI HUKUM BN

Saya merayu pengundi di ketiga-tiga kawasan PRK 7 April ini menolak BN dan mengundi PR bagi menghukum BN khasnya Umno yang terlalu jijik dan kotor dengan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sehingga Naib Presiden Umno sendiri didapati bersalah.

BN khasnya Umno mesti dihukum bagi menyedarkan mereka supaya jangan terus bersikap bongkak, sombong dan tamakkan kuasa.

Rakyat mesti faham bahawa jika calon BN dipilih kita bimbang kerajaan BN yang dianggotai sebahagian besar pemimpin Umno yang didakwa terlibat dengan rasuah akan terus menyangka bahawa BN terus mendapat sokongan dari rakyat.

Negara sudah tentu berada dalam keadaan bahaya jika BN terus berkuasa kerana majoriti pemimpinnya didakwa kotor dan jijik.

Saya sebagai rakyat tidak rela pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa ini terus bermaharajalela menjadi pemimpin kita.

ALI RUSTAM MESTI LETAK JAWATAN

Sebagai seorang penduduk negeri Melaka, saya amat malu dengan tindakan Ketua Menteri Melaka yang terlibat dengan rasuah sehingga digantung dari bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Bagi saya tindakan beliau memang tidak bermaruah dan memalukan penduduk negeri Melaka. Sebagai seorang Ketua Kerajaan Negeri beliau sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik supaya menjadi ikutan rakyat negeri Melaka.

Saya mengharapkan SPRM dapat menyiasat Ali Rustam dengan segera tanpa perlu menunggu laporan dari Umno atau sesiapa juga.

Selain itu Ali mesti meletakkan semua jawatannya termasuk Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.

16 March 2009

SELAGI UMNO TAK BERUBAH TAK GUNA BERGABUNG?

Selagi Umno tidak berubah tidak guna untuk mana-mana parti untuk bergabung dengan Umno di dalam BN. Apa guna untuk bergabung dan berkawan dengan Umno jika perangai dan kelakuan pemimpin Umno masih belum berubah.

Rasuah, salah guna kuasa, kronisme, zalim, tamakkan kuasa dan sebagainya terus menjadi amalan dan wirid harian Umno. Malang sungguh jika ada parti-parti lain yang teringin dan tergila-gila untuk berkawan dan 'berkahwin' dengan parti seumpama ini.

Mungkin jika Umno berubah dan bertaubat, Umno tidak perlu mengajak sesiapa untuk berkawan dengannya, orang lain sudah tentu akan datang untuk berbaik dengan mereka.

Lantaran itu saya menyokong pendapat Tuan Guru Nik Aziz bahawa tidak perlulah PAS berangan-angan untuk berbaik dengan parti 'jahat' dan 'menjahatkan' ini.

BATANG AI : TAIB MAHMUD BAKAL DIAJAR

PRK Batang Ai benar-benar menguji Taib Mahmud yang sudah berkuasa sejak 'turun temurun' di Sarawak. Ramai pemerhati berpendapat cabaran yang dihadapi oleh Taib kali ini amat perit lantaran pengundi Batang Ai sudah jemu dan muak dengan janji-janji manis BN sejak tahun 1963 lagi.
Kini mereka mempunyai peluang terbuka untuk mengajar Taib yang kaya raya membina empayarnya.
Saya kira BN tidak akan menang dengan mudah kali ini walaupun mungkin puluhan juta wang akan digunakan untuk memancing pengundi memberikan undi kepada BN sekali lagi.
Rakyat Sarawak khususnya pengundi Batang Ai sudah pasti akan menolak BN kali ini. Malah pada Pilihanraya negeri sebelum ini pun BN hanya menang dengan majoriti tipis kurang dari 1,000 undi.
Apa lagi yang hendak dijanjikan oleh BN selain dari pembangunan dan wang. Sudah nampak riak-riak bahawa rakyat tidak akan termakan lagi dengan umpan pembangunan dan wang dari BN. Mereka sudah keluar dari belenggu BN yang mengongkong fikiran mereka selama ini.
Rakyat Batang Ai juga sudah pandai membandingkan diri mereka dengan suku sakat Taib Mahmud dan pemimpin BN yang kaya raya. Sedangkan merek ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya yakin isu ini menjadi isu penting kepada rakyat Batang Ai selain isu pembangunan, bekalan asas, pendapatan dan pekerjaan kepada kaum iban dan dayak, isu tanah adat dan lain-lain.
Kalau sebahagian besar rakyat Malaysia di Semenanjung sudah berubah saya juga yakin tempiasnya sudah menjangkau Sarawak dan Sabah. Lebih-lebih lagi dengan gerakerja sepasukan yang kuat di dalam Pakatan Rakyat saya yakin BN akan terkulai di Batang Ai.

BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU : NAJIB HILANG PUNCA

Ternyata Najib Razak hilang punca untuk mencari taktik yang sesuai untuk digunakan pada PRK nanti. Dua hari lepas Najib berkata BN tidak akan menggunakan lagi taktik pembangunan 'mee segera'. Lantas saya berfikir apa lagi taktik yang BN akan gunakan selain janji-janji pembangunan dan habuan duit dan sebagainya.

Walaupun Najib berkata demikian saya yakin janji pembangunan ini tidak akan lekang dari bibir pemimpin BN kerana ianya telah menjadi darah daging dan wirid mereka dari dulu, kini dan selamanya.

Cuma pada kali ini saya yakin selain dari projek mee segera, BN akan menggunakan isu-isu sensitif yang menjadi tradisi kempen BN iaitu isu perkauman, agama dan raja-raja.

Sudah jelas BN akan menggunakan isu ini kerana sejak sekian lama terutama selepas BN merompak kuasa kerajaan negeri Perak, ketiga-tiga isu ini terus dimainkan oleh BN dengan menggunakan media pengampu mereka.

Namun saya pasti rakyat sudah cerdik dan faham akan muslihat dan penipuan BN.

Rakyat Insya Allah akan menghukum BN buat kesekian kalinya bermula pada 8 Mac 2008 lalu.

15 March 2009

BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU, BATANG AI : BN SEMAKIN SESAK NAFAS

BN semakin sesak nafas. Mengapa saya katakan demikian. Di bawah ini saya nyatakan sebabnya :-

1) Rakyat sudah tahu bahawa hampir semua pemimpin Umno terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno bermula dari pemilihan Cawangan, Bahagian hingga ke pusat. PAS mempunyai lebih dari 1,000 bukti rasuah pemimpin Umno. Senarai lengkap aduan ahli-ahli Umno tentang salah laku mereka juga ada di tangan PAS.

2) Politik pembangunan 'mee segera' sudah tidak laku. Ini diakui sendiri oleh Bapak 'Santa Klaus'.

3) Rakyat sudah muak dan mual untuk menonton dan mendengar berita-berita di media pengampu BN. Mereka sudah beralih perhatian kepada media alternatif yang lebih telus dan bertanggungjawab

4) Rakyat sudah kenal siapa pemimpin BN yang sebenarnya. Peribadi, akhlaq dan perangai buruk mereka sudah terbongkar. Pengundi muda terutamanya sudah terdedah kepada maklumat ini. Antara isu yang menjadi perhatian mereka ialah pembunuhan Altantuya, komisen kapal selam dan sebagainya.

5) Rakyat sudah muak dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin BN yang membina empayar kekayaan sehingga ada yang mempunyai sederetan kereta mewah Rolls Royce, harta berbilion dan sebagainya

6) Rakyat tidak dapat menerima tindakan merampas kuasa secara biadap terutama rakyat di Bukit Gantang yaag sedang menunggu masa untuk menguburkan BN di Bukit Gantang

7) Rakyat semakin susah dengan krisis ekonomi, ramai yang kehilangan pekerjaan, barangan semakin mahal, kehidupan mereka semakin terhimpit

8) Rakyat sedar siapa penderhaka kepada Raja sebenarnya. Mereka sedar BN lah yang meminda perlembagaan menghadkan kuasa raja-raja melayu.
9) Rakyat sudah sedar dan kenal siapa pejuang yang berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu dan siapa yang berusaha meminggirkan Bahasa Melayu. Lebih dahsyat pejuang Bahasa dan rakyat yang menyokongnya dizalimi dengan gas pemedih mata dan ditangkap
10) Rakyat sedar Islam semakin dihina dan dikesampingkan. Program maksiat dijulang, gejala sosial semakin menjadi-jadi jenayah semakin meningkat, keselamatan rakyat semakin terabai. Namun kerajaan BN terus memperkudakan Polis untuk berhadapan dengan rakyat dalam isu-isu politik dan seolah-olah tugas polis sudah terpesong bukan lagi untuk menjaga keselamatan rakyat tetapi lebih kepada menjaga dan memelihara kekuasaan kerajaan BN.
11) Gejala murtad terus dilupakan walaupun ianya berjalan secara terancang dan senyap. Kerajaan tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk membenterasnya
Dan banyak lagi isu yang jelas sudah membuka mata rakyat untuk menolak BN sekali lagi .........

BN GALI KUBUR SENDIRI DI BUKIT GANTANG

Pemilihan Ismail Safian sebagai calon BN di Bukit Gantang menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan banyak pihak.
Ahli-ahli akar umbi Umno lebih menyenangi Timbalan Ketua Bahagian, Kamarullail Sulaiman dan Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang, Kamaruddin Abu Bakar bagi menjadi calon BN di Bukit Gantang.
Ismail Safian sebenarnya tidak mendapat sokongan akar umbi di Bukit Gantang kerana itulah beliau tewas pada pemilihan Umno Bahagian tahun lepas. Beliau gagal setelah tewas di tangan Rosli Hussin untuk jawatan Ketua Bahagian.
Rata-rata ahli Umno dari Kampung Bukit Chempedak, Kg Bendang Siam, Kg Changkat Ibol, Kg Temelok dan Kg Tebok lebih suka supaya Kamarulail atau Kamarudin menjadi calon BN.
Mereka juga berpendapat BN sebenarnya melakukan kesilapan sebagaimana Kuala Terengganu yang akhirnya kesilapan tersebut BN tersungkur di Kuala Terengganu. Ada antara mereka meramalkan BN akan tewas jika Ismail dicalonkan kali ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter