PRK BUKIT GANTANG : PAS ADA CALON YANG HEBAT

PAS sebenarnya sudah mempunyai calon yang diterima oleh pengundi Bukit Gantang dan mampu membuatkan Umno/BN berputih mata sekali lagi. Cuma menanti masa untuk diumumkan. Memang menjadi strategi PAS untuk mengumumkan calon di saat akhir kerana calon PAS tidak seperti calon Umno yang mempunyai masalah untuk dikenali ramai. Umno terpaksa mengumumkan calonnya awal-awal lagi seperti juga di Kuala Terengganu kerana Umno tidak yakin dengan kebolehan calonnya sendiri. Malah calonnya juga memerlukan masa yang lama untuk diperkenalkan.

Bagi PAS calonnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Insya Allah rakyat dan pengundi Bukit Gantang sudah kenal dan sedar bahawa bakal calon PAS memang mesra rakyat, sering turun padang bertanyakah masalah rakyat dan selalu menziarahi rakyat bertanya khabar dan masalah rakyat.

PAS sudah pasti yakin calon yang dikemukakan di Bukit Gantang nanti adalah setanding dengan bekas calon PAS Kuala Terengganu yang terbukti diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah calon PAS di Bukit Gantang mempunyai keistimewaan tersendiri di mana masyarakat berbilang kaum amat menyenangi beliau.

Nama beliau bakal diumumkan pada 23 Mac ini dan saya yakin semua pihak akan terkejut dan terpaku dengan pengumuman itu kerana ternyata calon PAS seorang yang istimewa ada 'aura' tersendiri yang sudah tentu menggerunkan Umno/BN. Sebaik sahaja namanya beliau diumumkan saya yakin BN/Umno akan sedar bahawa calon PAS jauh terkehadapan dari segi hubungan dengan rakyat, hubungan dengan NGO, pejabat kerajaan dan sesiapa sahaja termasuk kaum Cina dan India. Umno/BN sudah pasti akan merasakan mereka akan tewas lagi.

Kita tunggu 23 Mac ini. Namun saya yakin anda tidak akan dihampakan kerana calon PAS ini Insya Allah diterima ramai kerana beliau tiada rekod membunuh orang, tiada rekod makan komisen dan tiada rekod kaki betina.

Comments

Anonymous said…
tolong bagi klu sikit tuan, boleh kita berteka-teki bukan apa... nak hilangkan debaran... dah tak sabar nak tau sapa org nya? walau sapa pun kami setuju dan akan kerja kuat utk pastikan PAS menang.... TAKBIR!