HIMPUNAN AMAN DESAK KETUA MENTERI MELAKA LETAK JAWATAN

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa satu himpunan aman akan diadakan pada 20 Mac 2009 selepas solat Jumaat di hadapan Masjid MITC.

Menurut Kamaruddin peserta himpunan akan berkumpul di masjid tersebut sebelum berarak ke Seri Negeri untuk menyatakan hasrat rakyat negeri Melaka yang mengharapkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru.

Rakyat Negeri Melaka diharapkan dapat mengambil bahagian di dalam himpunan aman ini.

Kamaruddin berkata rakyat negeri Melaka amat kesal dengan pengelibatan Ali dalam rasuah dan salah guna kuasa. Maka menurutnya Ali sudah hilang kelayakan untuk menjadi Ketua Menteri dan ADUN.

Ketua Menteri Melaka itu didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan rasuah sogokan politik.Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya itu.
Mereka Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Comments

Anonymous said…
Apa yg kuharapkan ialah cuma anak Melaka sahaja yg berhimpun.Usah libatkan orang luar Melaka jika nak berhimpun.Jangan pula org DAP berdiri di saf paling belakang lepas solat jumaat sudah la
Anonymous said…
pencacai tua angkat najis umno dah bersuara.....

kami anak melaka di perantauan akan bersama2 menyertai perhimpunan mendesak KM DS. ali rustam letak jawatan...

Hidup Rakyat...
Hasbullah Pit said…
Kenapa pula DAP tak boleh solat?

Kalau masuk DAP jadi kafirkah?
Anonymous said…
Bagus ide ni.. Ayuh kita turun ramai ramai. Kalau polis tak bagi berhimpun, kita berbaris panjang panjang sampai ke seri negeri. Cakap kat polis tu "ini bukan perhimpunan haram, kami nak jalan ke seri negeri aje. hehehe.. takkan beratur panjang pun tak boleh kot".
si lembik's said…
DAP xsumanya non muslim.....yang penting kena kerahkan agar ramai turun.....