SELAGI UMNO TAK BERUBAH TAK GUNA BERGABUNG?

Selagi Umno tidak berubah tidak guna untuk mana-mana parti untuk bergabung dengan Umno di dalam BN. Apa guna untuk bergabung dan berkawan dengan Umno jika perangai dan kelakuan pemimpin Umno masih belum berubah.

Rasuah, salah guna kuasa, kronisme, zalim, tamakkan kuasa dan sebagainya terus menjadi amalan dan wirid harian Umno. Malang sungguh jika ada parti-parti lain yang teringin dan tergila-gila untuk berkawan dan 'berkahwin' dengan parti seumpama ini.

Mungkin jika Umno berubah dan bertaubat, Umno tidak perlu mengajak sesiapa untuk berkawan dengannya, orang lain sudah tentu akan datang untuk berbaik dengan mereka.

Lantaran itu saya menyokong pendapat Tuan Guru Nik Aziz bahawa tidak perlulah PAS berangan-angan untuk berbaik dengan parti 'jahat' dan 'menjahatkan' ini.

Comments

Unknown said…
UMNO selalunya mempelawa parti lain bergabung bila berada dalam keadaan terdesak saja.

Sebagai contoh selepas PRU 12 yang lalu, UMNO sanggup bergabung dengan PAS di Perak dan rela melantik MB Perak di kalangan calon PAS.

Tapi bila UMNO merampas kuasa di Perak, tidak pula kita dengar tawaran seperti itu lagi.
Saya setuju dengan komen saudara Alias.

Memang benar umno chuma pelawa parti lain jika keadaan tidak memihak kepada umno.
Macham umno sanguup beli Sabah dulu.Dan kini nak timbul-timbulkan kerajaan Unity.
Tak payah lah adakan kerajaan Unity, ini sengaja di ada-adakan oleh umno.

Mari kita perhati kerajaan PR Pulau Pinang sekarang . Kerajaan PR P.Pinang akan perlawa sesiapa tak kira parti pihak mana yang ada mutu kerja untuk bekerjasama dengan nya.

Saya dan ramai rakyat Malaysia berharap DAP , PKR dan PAS berjaga-jaga sebab bn akan buat banyak hal untuk tumbangkan PR dengan isu Melayu , raja dan Islam.
Hasbullah Pit said…
Kerajaan Perpaduan tidak semestinya bergabung.

Jangan sempitkan pemikiran dengan hanya "menjadi ahli BN", atau "bergabung" baru boleh bentuk kerajaan perpaduan.

Ulasan saya
Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN