BN GALI KUBUR SENDIRI DI BUKIT GANTANG

Pemilihan Ismail Safian sebagai calon BN di Bukit Gantang menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan banyak pihak.
Ahli-ahli akar umbi Umno lebih menyenangi Timbalan Ketua Bahagian, Kamarullail Sulaiman dan Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang, Kamaruddin Abu Bakar bagi menjadi calon BN di Bukit Gantang.
Ismail Safian sebenarnya tidak mendapat sokongan akar umbi di Bukit Gantang kerana itulah beliau tewas pada pemilihan Umno Bahagian tahun lepas. Beliau gagal setelah tewas di tangan Rosli Hussin untuk jawatan Ketua Bahagian.
Rata-rata ahli Umno dari Kampung Bukit Chempedak, Kg Bendang Siam, Kg Changkat Ibol, Kg Temelok dan Kg Tebok lebih suka supaya Kamarulail atau Kamarudin menjadi calon BN.
Mereka juga berpendapat BN sebenarnya melakukan kesilapan sebagaimana Kuala Terengganu yang akhirnya kesilapan tersebut BN tersungkur di Kuala Terengganu. Ada antara mereka meramalkan BN akan tewas jika Ismail dicalonkan kali ini.

Comments