SELOKA UNTUK YAB DATUK SERI ALI RUSTAM

Hajat di hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai
Dari semalam duduk termenung
Tiada lagi ketawa dan hilai

Cita-cita nak jadi TPM
Kempen di buat serata negeri
Jangan-jangan dicekup SPRM
Malu muka pucat gigi

Malunya muka kena tindakan
Tamak kuasa dan juga kedudukan
Ali Rustam letak jawatan
Itulah langkah mesti dilakukan

Buka tak malu muka tembok
Diri sendiri tiada maruah
Tiap hari buat-buat sibuk
Rupanya terlibat dengan rasuah

Rakyat segan ketua rasuah
Sudah rasuah tidak mengaku
Pemimpin kita tiada maruah
Tebalkan muka hendak merayu

Makan lada makan cili
Terasa pedas makan gula
Ketua Menteri tiada integriti
Lebih baik berhenti bertaubat segera

Comments

Mat ketam di dapati bersalah kerana rasuah
Mat KJ juga berasuah tapi di lepaskan.
Mat Toyol walaupon paling kotor dan berasuah di dapati BERSIH dan SUCI !

pandai-pandai tukar nama rasuah dan di ganti dengan nama politik wang.
Politik wang tu lah rasuah.
Nak tipu siapa lagi dan siapa yang kena tipu.
Hasbullah Pit said…
Ada sesiapa boleh sediakan muzik rap untuk dilagukan seloka ini?
si lembik's said…
mintalah pada cina muar...ala budak yang bikin lagu negaraku tu....dia lagi terer ubah lagu....
Anonymous said…
Salam sahabat, kitakan ada saudara Piyan habib, apa gunanya....Takbir
Anonymous said…
org pas mmg suka kutuk mengutuk ni. kan dah memang dasar perjuangan pas sejak mula2 diwujudkan. kan??
Anonymous said…
wei jumud....ko mmg dasar jumud ibni bangang.....kutuk pade kebenaran pe salah...mmg ali ketam muke x tau malu pun...patut letak jawatan bile disabitkan bersalah kerane rasuah..sebagai sorang anak melake....aku rs malu rr...tersebar luas kat internet yg ali ketam ni bersalah sebab rasuah...patutnye die kene letak jawatan kalau die ad prasaan malu....mmg dasar muke x tau malu...ptuiiiii!!!!
Anonymous said…
Sedap jugak gurindam ni, tapi bagi saya ini bukannya gurindam tetapi Talkin untuk orang yang bersalah tapi masih kata tak bersalah.

Kesian rakyat negara kita,rupa-rupanya ada pemimpin negeri yang amal rasuah.
Kalau dah dalam rumah sendiripun amalkan rasuah, inikan pulak di rumah orang lain, itu baru rasuah wang..macamana dengan rasuah masa, perempuan,tipu orang,tendang orang,gosok orang hinggakan sampai bunuh orang...

Tapi yang pelik dan ajaibnya..di kelantan dah masuk 19 tahun PAS pegang..dari seorang MB sampai ke Exco tak dak pun kena merengkok dalam penjara lagi ni...

Bertuah jadi orang kelate..

Aminnnnnnnn.