RAKYAT BATANG AI SUSAH : KETUA MENTERI DAN KELUARGA KAYA RAYA JADI JUTAWAN

Semua orang tahu bahawa Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud adalah seorang jutawan. Beliau memiliki deretan kereta termasuk yang dikategorikan mewah berjenama Rolls Royce. Rumah dan Bungalow entah berapa biji yang beliau dan ahli keluarganya punyai. Tidak cukup dalam negeri di luar negeri ada. Begitulah kayanya Taib Mahmud.

Bayangkan salah seorang anak Taib Mahmud iaitu Jamilah Hamidah Abdul Taib mempunyai rumah yang berharga RM28.3 juta. Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Rumah (gambar) itu beralamat di 688 Manor Ave in Rockcliffe Park, Ottawa, Kanada. Kaya betul anak Taib Mahmud ini. Saya yakin disebalik rumah berharga RM28.3 juta ini di sana masih ramai rakyat Sarawak yang tiada rumah sendiri kerana tidak mampu membeli atau membuatnya. Apa Taib Mahmud buat untuk menolong rakyat yang susah ini????

Nun jauh di pedalaman Sarawak, rakyatnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masih ramai yang tidak ada bekalan asas seperti air bersih dan elektrik. Malangnya sejak sekian lama rakyat Sarawan terus memberikan sokongan padu kepada Taib Mahmud dan BN.

Mengapa rakyat Sarawak terus memuja dan memuji Taib dan BN, saya yakin para tetamu blog saya mungkin ada jawapannya.

Namun kali ini saya berdoa dan berharap pada PRK Batang Ai, membuka mata dan minda mereka untuk mengajar Taib dan BN supaya jangan terlampau angkuh membina kekayaan untuk diri sendiri sehingga rakyat dibiarkan susah dan menderita.

Sudah sampai masanya rakyat Sarawak mengajar Taib dan BN dengan memberikan kemenangan kepada calon PR kali ini. Saya doakan calon BN tewas dengan TKO hilang deposit.

Comments

Anonymous said…
Sekiranya kekayaannya adalah hasil daya usahanya dan titik peluhnya, tidak mengapa. Nikmatilah kekayaan itu.
Sebaliknya, jika kekayaan itu hasil rampokan melampau sumber-sumber hasil negeri seperti balak, galian dan lain-lainnya yang sepatut digunakan untuk kepentingan rakyat, haram hukumnya walau pun sah pada segi undang-undang. Doakan mereka agar dilaknati Allah.
Anonymous said…
selama ini adakah pernah diperiksa harta cm sarawak tu? pernah isytihar atau tak?