PRK Batang Ai benar-benar menguji Taib Mahmud yang sudah berkuasa sejak 'turun temurun' di Sarawak. Ramai pemerhati berpendapat cabaran yang dihadapi oleh Taib kali ini amat perit lantaran pengundi Batang Ai sudah jemu dan muak dengan janji-janji manis BN sejak tahun 1963 lagi.
Kini mereka mempunyai peluang terbuka untuk mengajar Taib yang kaya raya membina empayarnya.
Saya kira BN tidak akan menang dengan mudah kali ini walaupun mungkin puluhan juta wang akan digunakan untuk memancing pengundi memberikan undi kepada BN sekali lagi.
Rakyat Sarawak khususnya pengundi Batang Ai sudah pasti akan menolak BN kali ini. Malah pada Pilihanraya negeri sebelum ini pun BN hanya menang dengan majoriti tipis kurang dari 1,000 undi.
Apa lagi yang hendak dijanjikan oleh BN selain dari pembangunan dan wang. Sudah nampak riak-riak bahawa rakyat tidak akan termakan lagi dengan umpan pembangunan dan wang dari BN. Mereka sudah keluar dari belenggu BN yang mengongkong fikiran mereka selama ini.
Rakyat Batang Ai juga sudah pandai membandingkan diri mereka dengan suku sakat Taib Mahmud dan pemimpin BN yang kaya raya. Sedangkan merek ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya yakin isu ini menjadi isu penting kepada rakyat Batang Ai selain isu pembangunan, bekalan asas, pendapatan dan pekerjaan kepada kaum iban dan dayak, isu tanah adat dan lain-lain.
Kalau sebahagian besar rakyat Malaysia di Semenanjung sudah berubah saya juga yakin tempiasnya sudah menjangkau Sarawak dan Sabah. Lebih-lebih lagi dengan gerakerja sepasukan yang kuat di dalam Pakatan Rakyat saya yakin BN akan terkulai di Batang Ai.
Comments