PERHIMPUNAN AGONG UMNO : NAJIB HADAPI UNDI TIDAK PERCAYA?

Memang terdapat riak-riak bahawa ada ahli Umno yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Najib Razak. Malah kes yang melibatkan pergantungan Ali Rustam juga menyebabkan ramai yang tidak senang dan memberontak secara senyap.
Selain itu ada sumber dalaman Umno yang menyatakan bahawa kem Pak Lah juga giat merancang untuk memastikan calon-calon mereka menang dan calon-calon Najib kalah. Ini kerana mereka mahu melihat kalaupun Najib menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri nanti, Najib tidak mempunyai sokongan kerana ramai ayam sabungnya tewas dan tersungkur pada pemilihan nanti.
Antara orang-orang Najib yang bertanding ialah Muhyiddin, Jamaluddin Jarjis, Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein, Rahim Thamby Chik, Mukhriz dan lain-lain.
Manakala di pihak Pak Lah dikepalai oleh Khairy Jamaluddin, Mat Taib, Rais Yatim, Shahrir Samad dan lain-lain.
Ada kemungkinan juga tindakan Mazlan Haron dan Kadar Shah yang mengancam untuk membawa Umno ke mahkamah ada hubungan dengan percaturan kumpulan tertentu dalam Umno. Walaupun ianya belum menjadi kenyataan lagi.
Malah ada pemerhati politik merasakan antara langkah drastik untuk menghalang Najib berkuasa ialah mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib pada pemilihan nanti. Perkara boleh dilakukan mengikut perlembagaan Umno dan jika ianya berlaku terserah kepada perwakilan samada mahu kepada Najib atau orang lain.
Kita tunggu lihat, walau apapun berlaku sebenarnya Umno sedang menuju lubang kubur dan tidak lama lagi akan ditalkinkan.

Comments