PENYOKONG BERSEKONGKOL DENGAN PERASUAH

Tindakan penyokong Umno yang membantah dan berang dengan laporan SPRM yang dibuat oleh Pemuda PR Melaka semalam membuktikan bahawa mereka bersekongkol dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam Umno.

Sepatutnya mereka berterima kasih kepada Pemuda PR dan Jawatankuasa Disiplin Umno yang berusaha untuk membenteras rasuah dalam Umno. Malangnya mereka mencaci dan mempertikaikan tindakan Jawatankuasa Disiplin Umno.

Sebab itu lah sukar bagi Umno untuk membenteras rasuah kerana ahli mereka sendiri suka kepada rasuah. Ini kerana majoriti dari ahli Umno memang diajar supaya menjadikan rasuah pakaian hidup sebab itulah bermula dari sekecil-kecil projek hingga ke sebesar-besar projek semuanya melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Projek besar maka besarlah rasuahnya, projek kecil, kecillah nilai rasuahnya.

Dalam kejadian semalam sekumpulan penyokong Umno berkumpul di hadapan Pejabat SPRM membantah tindakan Pemuda PR yang membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat Ali Rustam yang didakwa terlibat dengan rasuah berikutan penggantungan beliau dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan. Penyokong Umno tersebut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin pemuda PR. Pihak keselematan berjaya mengawal keadaan.

Comments