ALI RUSTAM LEBIH BAIK LETAK JAWATAN SEBELUM DIMALUKAN NAJIB

Saya menasihatkan Ali Rustam supaya meletakkan jawatan serta merta sekarang sebelum dimalukan oleh Najib yang bakal mencantasnya bila Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri kelak. Lambat laun Ali akan dilucutkan jawatannya.

Percayalah!!! Ali memang tidak akan dikekalkan oleh Najib kerana semua orang kenal siapa Ali Rustam yang telah membina empayar di Melaka dengan melantik kroni-kroninya menjawat jawatan penting di negeri Melaka. Antaranya Datuk Bandar, Speaker DUN dan lain-lain semuanya dibolot oleh kroni Ali. Selain itu projek-projek di Melaka sebahagian besar dimonopoli oleh kroni Ali.

Najib juga tahu keupayaan dan kredibiliti Ali, asal usulnya, karier politiknya dan lain-lain. Malah Najib sudah tentu ingin mencari seorang Ketua Menteri yang lebih bijak, berkarisma dan sebagainya.

Malah lebih teruk Ali rekodnya sudah tercalar di mana terbukti beliau seorang yang kaki rasuah, sudah pasti Najib mempunyai asas yang kuat untuk memecat Ali.

Jadi sebelum Ali dimalukan Najib lebih baik letak jawatan sekarang dari menanggung malu dikemudian hari.

Renungkan nasihat saya ini wahai YAB Datuk Seri Ali Rustam.

Comments

Salam

Why do I have the same thought? Actually, even you have given the soulution for Ali to step down...

We should pressure Najib fort this!
Anonymous said…
Ermmm.. x payah la sofi.. x mana naknya si ali ketam tu.. klau dasar bangkai.. dasar x tau malu.. apa dia nak kira.. aku igt klau si najis tu suruh si ali tu jilat bontot dia pun dia sanggup. asalkan dia dapat berkuasa.

(YB Hassan Rahman ADUN BN Sg.Rambai)
tel: 0196265625