.

.

18 May 2013

BANGLA DISANJUNG, RAKYAT DIHALAU

Bangla ditatang bagai minyak yang penuh,. Rakyat sendiri dihina, dihalau dan dicemuh. Itulah sifat pemimpin BN yang bongkak lantaran mabuk kuasa kerana mendapat kuasa dengan cara merompak kuasa rakyat melalui penipuan.

Oleh kerana mereka menang dengan cara merompak, maka perangi mereka pun macam perompak dan gangster. Rakyat kebanyakannya tidak puashati dengan tindakan pemimpin angkuh dan biadap seperti ini,

Mereka tidak sedar bahawa gaji dan elaun mereka rakyat yang bayar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

JAMUAN RAKYAT PRU 13 NEGERI MELAKA BERSAMA HJ MOHAMAD SABU 24 MEI

Jamuan Kesyukuran PRU 13 anjuran Pejabat Adun Bukit Baru/MTD Bukit Baru bersama PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Bukit Katil pada 24 Mei 2013. Jam 5.00 petang di Dataran Rakyat, Depan Dewan Tun Ali.

Tetamu istimewa Hj Muhammad Sabu. Tuan-puan dijemput hadir. Moga-moga jamuan ini akan meningkatkan semangat dan jihad kita untuk membebaskan negeri Melaka pada masa hadapan.

17 May 2013

BALA GST : KERAJAAN BN MULA PUJUK RAKYAT

Hari ini menteri kabinet blackout mula memujuk rakyat agar menerima BALA GST. 

Antara pujukan manis menteri GST itu ialah katanya Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Menteri tersebut ialah Idris Jala, yang dilantik semula menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 

Beliau berkata mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

"Tahap matang ialah apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST. Ia mestilah dilaksanakan sebaik sahaja penduduk Malaysia bersedia menerima mekanisma itu," tegas beliau.

Bercakap pada forum "GE13 - What it means for business? (PRU13 - Apa Ertinya bagi Perniagaan?)" di sini hari ini, Jala berkata pendidikan tentang GST dan bagaimana ia memberi faedah kepada ekonomi negara amat penting, dan juga agar warga Malaysia faham dan menerima mekanisma pencukaian itu nanti.

Beliau juga berkata GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Walaupun satu cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komitmen untuk menurunkan cukai korporat dan juga cukai pendapatan peribadi.

"Ini menunjukkan kerajaan mahukan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambilnya, sama ada dari sudut ekonomi mahupun politik," kata Jala yang menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Inilah bala yang terpaksa diterima oleh semua rakyat tidak kira yang menyokong PR atau BN. Kalau ianya kena pada penyokong BN tidak mengapa tetapi masalahnya bala ini terkena kepada semua.

PECAT ZAHID HAMIDI DARI KABINET DAN UMNO!

Baru sahaja menang dengan kontroversi dan margin yang kecil, tiba-tiba Naib Presiden Parti Rasis Umno mengeluarkan kenyataan biadap yang menyinggung rakyat Malaysia. Zahid Hamidi 

Dengan angkuh dan biadap Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia semalam.

NONEZahid memang tidak sedar diri. Beliau naik menjadi menteri dan elaunnya dibayar oleh rakyat melalui pembayaran cukai dan sebagainya. Beliau tidak layak menjadi menteri dan pemimpin negara kerana tidak sanggup menerima pandangan dan pendapat orang lain. Orang seperti layak menjadi Ketua Gangster di mana pendapatnya sahaja yang betul dan tidak boleh disanggah.

Rakyat tidak menyangka Zahid terus berfikiran kolot sebegini sedangkan sokongan kepada BN semakin merosot sejak PRU 12. Sepatutnya Zahid sedar dan insaf bahawa rakyat semakin menolak BN. Mujurlah ada 'Pak Sanggup' BN iaitu SPR 'membantu' jika tidak entah apa nasih Zahid dan pemimpin BN lain.

Sebagai rakyat, kita mendesak Zahid menarik balik kenyataannya secepat mungkin sebelum beliau terus dibenci oleh rakyat.

Kepada Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia, rakyat menggesa supaya jawatan Zahid dalam kabinet dilucutkan dan pecat beliau dari Umno dengan serta merta jika Najib benar-benar ikhlas untuk melakukan transformasi dalam pentadbiran negara.





Ketika Khairy Jamaluddin berkata pandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara lain dianggap padangan peribadi, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula menggesa parlimen mencela menteri dalam negeri itu.

Dalam kenyataannya Lim berkata tidak memadai bagi Khairy yang baru dilantik menteri belia dan sukan untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut dengan menyatakan ia "pandangan peribadi" dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.

"Bagaimana Khairy tahu bahawa kenyataan Ahmad Zahid yang memalukan itu tidak mencerminkan kedudukan kerajaan BN? Adakah Khairy telah mendapat jaminan perdana menteri atau timbalan perdana menteri bahawa kabinet baru akan menolak kenyataan Zahid dengan satu kenyataan rasmi?" tanya pemimpin DAP itu.

"Adakah Khairy akan mengambil inisiatif sewaktu mesyuarat kabinet untuk mencadangkan jemaah menteri menjarakkan diri dan menolak kenyataan Zahid itu?" tanya Lim lagi.

Lim berkata, seseorang akan menjangka, ekoran keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menunjukkan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan 48 peratus undi popular berbanding dengan 51 peratus untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, seseorang itu akan menjangka para menteri bersikap merendah diri, mudah didekati dan sensitif. 

Tetapi malangnya, kata Lim, rakyat melihat keangkuhan Ahmad Zahid ketika menjadi salah seorang menteri kanan dalam kabinet Najib selepas pilihan raya umum itu.

KABINET BLACKOUT 505 : MELAKA TERUS TERPINGGIR

Kabinet Blackout 505, terus meminggirkan negeri Melaka. Tiada seorang pun Menteri penuh dari Melaka. Melaka dianaktirikan sejak beberapa penggal lalu. Sebelum ini Melaka diwakili oleh Dato Abu Seman Yusop sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Kali ini Melaka sekali lagi tidak mendapat kouta Menteri Penuh.

Apalah malangnya Melaka. Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam pun tidak tersenarai lantaran tewas pada PRU 13 di kerusi Parlimen Bukit Katil. Jika menang sekalipun belum tentu Ali akan dilantik menganggotai kabinet. Ramai pengampu Ali mengarapkan beliau dilantik menhadi Senator dan seterusnya diangkat menjadi Menteri ikut pintu belakang. Tetapi sangkaan itu meleset.

Agaknya memang orang Melaka hanya layak jadi Timbalan Menteri sahaja. Abu Bakar Mohd Diah seorang sahaja dilantik
,  yang lain diketepikan termasuk Ahli Parlimen (2 penggal) Jasin, Ahmad Hamzah, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermiyati Shamsuddin dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Koh Nai Kwong,


ISYTIHAR HARTA : JANGAN TIPU RAKYAT LAGI

Pada penggal lepas kita mendengar banyak kerajaan negeri yang berhajat melakukan pengisytiharan harta Ketua Menteri/Menteri Besar dan barisan Exco mereka. Maka rakyat pun bersiap-siaplah untuk menilai dan mengkaji samada harta yang dimiliki pemimpin mereka setimpal dengan gaji dan elaun masing-masing.

Malangnya pengisytiharan itu hanyalah kosmetik sahaja kerana ianya tidak diumum atau diberi maklum kepada rakyat. Mereka hanya isytihar harta di kalangan  mereka sahaja tidak berani untuk isytihar kepada umum. Kali ini kita sekali lagi akan berhadapan dengan situasi sama kerana awal-awal lagi Ketua Menteri Melaka menjelaskan kaedah pengisytiharan itu belum diputuskan dan akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu.

Kita yakin kepimpinan kerajaan negeri Umno/BN mana-mana pun tidak akan berani mengisytiharkan harta mereka kepada umum kerana semua orang sudah kenal siapa pemimpin Umno ...............

Apakah mereka mahu menipu rakyat sekali lagi dengan mendakwa mereka akan isytihar harta mereka sedangkan pengisytiharan itu dibuat hanya di kalangan Ketua Menteri dan Exco-Exco mereka sahaja.


16 May 2013

KABINET BLACKOUT 505 = KABINET BORNEO, NAK SELAMATKAN NAJIB


Dalam Kabinet terbaru ini Najib, beliau melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu. (Ulasan dari harakahdaily hari ini).


Ianya tidak lain tidak bukan untuk menyelamatkan Najib supaya rakyat di Sabah dan Sarawak terus menyokong BN pada PRU akan datang.


Kabinet baru Najib didominasi oleh Umno dengan 20 menteri, manakala PBB (Sarawak) 4, MIC (2), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan Upko (Sabah) masing-masing 1. Tiga menteri, semua di Jabatan Perdana Menteri bukan dari parti politik.

Manakala 16 jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Umno, MIC (2), PBB (3), PRS (1) dan PBS (1). Tiga lagi timbalan menteri adalah melalui lantikan sebagai senator - termasuk seorang dari Umno (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah), seorang lagi dari  PPP (Datuk Dr Loga Bala Mohan). 
Kedudukan MCA dalam kabinet pula, kata perdana menteri, akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet.

Apakah kabinet ini mampu untuk membuat transformasi? Jawabnya kita tunggu dan lihat. Apa yang penting Najib cuba memastikan kepentingannya terjaga dengan meletakkan sepupunya Hishamuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pembodeknya Zahid Hamidi sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar pula menyatakan kabinet Najib ini adalah kabinet tambah masalah.

"Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya.

Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah.

"Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah.

"Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya menambahkan lagi masalah.

"Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah perlantikan perlantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri".

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan.

Selain Tajuddin, kata Mahfuz, seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam tulisannya "Kenapa saya masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan".

Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu.

"Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara.

"Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana," katanya.

Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu.

Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

15 May 2013

KABINET 'BLACKOUT 505' PALING TIDAK MENARIK SEJAK MERDEKA?

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Kabinet yang diumumkan oleh Najib petang ini adalah kabinet yang paling tidak menarik sejak merdeka.

Kit Siang berkata antara bukti kabinet ini tidak menarik ialah perlantikan beberapa orang menteri yang gagal menjalankan tugas sebelum ini.

"Hishamuddin gagal menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat tetapi masih dilantik sebagai Menteri Pertahanan, bagi menyelamatkan dia".

"Johor Baharu sebagai contoh, bandaraya yang banyak kes jenayah, siapa yang bertanggungjawab" tanya Kit Siang.

Beliau juga menggesa Najib dan kabinetnya membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat perjalanan PRU 13 yang terbukti penuh dengan keraguan, penyelewengan dan penipuan.


RATUSAN RIBU HIMPUNAN BLACKOUT 505 JOHOR MALAM INI ?

SIARAN LANSUNG 515 HIMPUNAN 505 BLACKOUT DARI JOHOR TONTON LINK>>>
http://new.livestream.com/jmr/events/2104880

Mari sama-sama ikuti ceramah dan penjelasan pimpinan PR ...........

Utusan akan laporkan bahawa hanya 10 orang sahaja yang hadir .............

SENARAI KABINET 'BLACKOUT' 505 NAJIB


Menteri Kewangan : Najib Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran 1 : Muhyiddin Yassin                               
                                                                                  
Jabatan Perdana Menteri :

Menteri :
Jamil Khir Bahrom
Idris Jala
Ahmad Maslan
Abdul Wahid Omar 
Joseph Kurup
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul Low Seng Kuan
Shahidan Kassim

Timbalan Menteri :
Razali Ibrahim 
P Waythamoorthy

Menteri Kewangan Kedua : Ahmad Husni Hanadzlah                                

Menteri Pelajaran I: Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran II: Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri:  Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan : Hishamuddin Hussein

Menteri Pengangkutan (Pemangku): Hishammuddin Hussein 

Menteri Pelancongan : Nazri Abdul Aziz 

Menteri Hal Ehwal Luar : Anifah Aman
  
Menteri Kerja Raya : Fadilah Yusof 

Menteri Kesihatan : Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin                                   

Menteri Buruh : Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi: Hassan Malik

Menteri Perdagangan Luar Negari : Mustapa Mohamad                      

Menteri Pertanian dan Asas Tani: Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi : Ewon Ebin
                           
Menteri Sumber Asli : G Palanieval

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau:  Maximus Ongkili    

Menteri Pembangunan Luar Bandar : Shafie Apdal                        

Menteri Perladangan Industri : Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Abdul Rahman Dahlan                

Menteri Wanita, Keluarga : Rohani Abdul Karim                                       
                                                                                 
Menteri Penerangan dan Komunikasi : Ahmad Shabery Cheek 

Menteri Wilayah : Tengku Adnan Tengku Mansor

.......Macam Kabinet Sabah dan Sarawak je.

BLACKOUT 505 GAGAL DI KUANTAN. HANYA 300 ORANG HADIR?

Himpunan 'Haram' Blackout 505 di Kuantan malam tadi gagal kerana hanya dihadiri oleh 300 orang sahaja. Jelas sekali rakyat sudah muak dan benci dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak habis berpolitik walaupun rakyat sudah menolak mereka.

Itu mungkin antara laporan yang dibuat oleh media pencacai yang terus cuba memperbodohkan rakyat padahal mereka memperbodohkan diri sendiri dan tuan mereka.

Hakikatnya himpunan Blackout 505 terus mendapat sambutan hangat dan di luar jangkaan. Dianggarkan lebih dari 30,000 orang hadir menyatakan bantahan di atas perjalanan PRU 13 yang didakwa tidak telus, penuh keraguan dan penyelewengan.

Sebelum ini himpunan tersebut telah mengumpulkan ratusan ribu orang di Pulau Pinang dan Selangor. Begitu di juga di Perak kehadiran lebih 50,000 orang.

Malam tadi tempat letak kereta berhampiran pejabat PKR di Jalan Beserah, Kuantan dibanjiri ribuan peserta himpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Pahang malam ini.

Himpunan itu yang keempat selepas pilihan raya umum lalu 5 Mei lalu bertujuan mempertikaikan keputusannya yang didakwa sarat penipuan.

Saksi mata himpunan, Rafizan Idrus berkata peserta himpunan malam ini rata-rata terdiri daripada golongan muda pelbagai kaum.

"Saya lihat kebanyakannya malam ini orang muda yang hadir ke perhimpunan ini," kata Rafizan.

Pengerusi majlis itu Datuk Johari Abdul menganggarkan kehadiran yang rata-rata berpakaian hitam sekitar 30,000 orang.

Jumlah itu kata Rafizan, tidak termasuk mereka yang berada di luar kawasan padang tempat himpunan berlangsung.

Himpunan malam ini asalnya dijadual berlangsung di Padang Mahkota Aman, Kuantan.

Bagaimanapun, lokasi perhimpunan tersebut dipindahkan selepas rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan yang mendakwa ia tidak mematuhi peruntukan seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Antara yang bercakap pada malam ini bekas calon PKR sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegudard, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Esok, satu lagi himpunan ini yang turut dikenali sebagai "Blackout 505" ini akan berlangsung di Johor Bahru.

TAKZIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA JIKA ..........

Kepada seluruh rakyat Malaysia terutama yang 'TIDAK BERUBAH' jangan mengeluh JIKA selepas ini barang naik, caj perkhidmatan naik, caj utiliti naik, minyak naik, yuran pendidikan naik, harga kereta naik dan sebagainya.

Ini kerana kita semua telah diberi peluang untuk memilih orang yang berjanji untuk menurunkan perkara-perkara di atas. Tetapi kita sendiri yang menolaknya.....takziah kepada diri sendiri dan semua rakyat Malaysia ...JIKA PERKARA DI ATAS BERLAKU.

Kita sendiri yang menempah dan menempanya....apa yang hendak dikesalkan.

14 May 2013

TAN SRI KHALID SAH MB SELANGOR

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri istana tersebut pada jam 10.10 pagi ini.

Selepas itu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor yang disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pemilihan Khalid sebagai menteri besar mendapat sokongan daripada ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan Rakyat walaupun pada peringkat awal tercetus kontroversi pemilihannya.

Menurut setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin antara tetamu yang dijemput menghadiri istiadat tersebut adalah kerabat di raja dan ketua-ketua jabatan berkaitan kerajaan.

ADUN Pakatan Rakyat dan BN tidak hadir dalam istiadat pelantikan tersebut.

NONE
Anggota Exco Kerajaan Negeri belum dilantik.

Sumber : Mkini

Gambar YB Dr Khalid sekadar hiasan

13 May 2013

800 PENGUNDI DISOGOK DI PARLIMEN LABIS?

7 laporan Polis telah dibuat terhadap dakwaan berlakunya rasuah kepada pengundi di Parlimen Labis. 

Paling serius ada sogokan antara RM30 hingga RM50 diberi kepada 800 pengundi di Ladang Gerchang dan Ladang Claire apabila mereka pulang dari mengundi dan menyerahkan satu slip yang mempunyai logo BN.
Sukarelawan DAP membuat bantahan kepada Ketua Tempat Mengundi dengan alasannya ianya bersalahan dengan Akta Pilihanraya, tetapi ianya tidak diendahkan oleh beliau.

Pelbagai penyelewengan lain didedahkan oleh calon DAP bagi Parlimen Labis, Ramakrishnan (gambar) yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini.
NONE

Para pekerja estate diugur dan diberi amaran supaya tidak memberikan sokongan kepada DAP malah petugas DAP juga tidak dibenarkan memasuki estet tersebut.

Ramakrishnan tewas kepada calon BN, Chua Tee Yong dengan majoriti kecil iaitu 353 undi sahaja. DAP difahamkan akan membuat petisyen mencabar keputusan pilihanraya parlimen tersebut.

BERSAMA MENYUMBANG UNTUK TABUNG DANA DUN BUKIT BARU

PAS KAWASAN BUKIT KATIL MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENGISI TABUNG DANA ANAK SULUNG PAS MELAKA.

PAS KAWASAN SANGAT MENGHARGAI JIKA TUAN-PUAN DAPAT SUMBANGAN SECARA BERKALA (BULANAN). ATAS NAMA 'TABUNG DANA DUN BUKIT BARU' AKAUN MAYBANK NO : 554026265358. JAZAKALLAHU KHAIRAN K
ATHIRA ...........

SEMOGA KITA SEMUA BERSAMA MENYEMARAKKAN PERJUANGAN ISLAM DI MELAKA

AHLI PARLIMEN DAN ADUN PR TAK ANGKAT SUMPAH??

Perdana Menteri, Najib Razak mencabar calon-calon PR yang menang di kerusi Parlimen dan Dun supaya tidak mengangkat sumpah jika benar mereka tidak mengiktiraf PRU 13.

Najib berkata demikian pada ucapan beliau sehari dua ini. Kenyataan Najib itu diulangi oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang menggesa perkara yang sama.

Kita hendak bagi tahu Najib dan Ahmad Maslan bahawa, wakil-wakil rakyat PR akan tetap mengangkat sumpah kerana kemenangan mereka adalah kemenangan sebenar dan hakiki. Mereka yang menang ini sepatutnya menang dengan majoriti yang jauh lebih besar jika perjalanan PRU13 lebih teratur, telus, bersih, adil dan tiada penipuan. Malah beberapa kerusi yang PR kalah juga boleh dimenangi oleh PR jika pilihanraya benar-benar telus.

Contoh paling ketara pilihanraya di Malayisa tidak adil dan telus ialah sikap berat sebelah media yang langsung tidak memberikan ruang kepada PR untuk ke udara di stesyen TV atau Radio. Mereka hanya mahu beri 10 minit untuk terangkan manisfesto. Adakah itu adil???? SPR diam seribu bahasa dalam isu ini. Berlaku dakwaan hilang dalam masa satu hari dari jari yang dicalitkan oleh petugas SPR. Daftar Pemilih yang diragui di mana terdapat puluhan pengundi menggunakan alamat yang sama malah mereka itu berlainan bangsa. Malah banyak lagi kontroversi yang berlaku. Semua itu sedang dikaji dan maklumat terperinci sedang dikumpul.

Siapa boleh beri jaminan PRU kita telus???????????

12 May 2013

30,000 BERKUMPUL DI IPOH MALAM INI


Lebih 30,000 rakyat negeri Perak(gambar) berkumpul di Medan Istana, Ipoh malam ini bagi menyatakan bantahan terhadap perjalanan PRU 13 yang didakwa mereka tidak bersih, penuh penipuan dan keraguan.

Antara pimpinan yang memberika ucapan ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Bekas Menteri  Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

Kehadiran rakyat yang mencecahkan puluhan ribu ini menggambarkan kepada kita ketidakpuasan hati mereka tentang PRU 13 Ahad lalu.

Walaupun Najib menempelak pimpinan PR supaya jangan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ahli Parlimen jika PR tidak mengiktiraf PRU13, rata-rata rakyat membalas tempelak Najib dengan berkata jika tiada penipuan sudah lama BN tumbang. Sedangkan adakan penipuan pun PR boleh menang dengan kerusi yang ada jika semuanya telus sudah tentu BN bungkus lebih awal.

Sumber : Mkini.

BILA NAJIB HENDAK BERUNDUR?

Mahathir berundur bila keputusan PRU 1999, prestasi Umno merosot teruk. Pak Lah juga berundur bila keputusan PRU 2008, Umno gagal mempertahankan majoriti 2/3. Kini Najib lebih teruk dari Pak Lah. BN hanya menang 133 kerusi berbanding di zaman Pak Lah, BN menang 140 kerusi. Apakah Najib tidak malu kepada Pak Lah dan Mahathir.

Jika benar Najib seorang pemimpin berjiwa besar dan bermaruah sudah tentu beliau berundur sendiri tanpa menunggu Muhyiddin 'mengusirnya'. Najib sepatutnya sedar sendiri, jangan tunggu orang lain menyuruhnya turun 'takhta'. Malulah kepada rakyat. Di saat pelbagai kontroversi dan persepsi buruk terhadap perjalanan PRU 13 pun Najib hanya mampu menang 133 kerusi Parlimen sahaja, apatah lagi jika PRU 13 berjalan dengan baik dan telus sudah tentu prestasi Najib lebih teruk.

Jika Najib tidak mahu undur kita bimbang beliau akan dimalukan oleh orang Umno sendiri .......tunggulah .......
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter