.

.

29 May 2009

CHIN PENG, KOMUNIS VS KEMELUT POLITIK PERAK, IMEJ NAJIB, PENANTI, MANEK URAI DAN EKONOMI

Tiba-tiba sahaja nama Chin Peng dan gerakan komunis menjadi popular. Semuanya gara-gara media memainkan isu ini saban hari dan waktu.
Rakyat seolah-olah lupa isu sebenar yang sedangkan melanda negara iaitu imej negara dan pemimpin negara yang tercalar kerana pencabulan demokrasi dan dakwan media luar kepada pemimpin negara.

Rakyat diulit dan dibuat dengan cerita-cerita kekejaman komunis yang sememangnya dikutuk oleh semua orang. Rakyat dihidangkan dengan hujah-hujah Chin Peng tidak dibenarkan kembali.
Tiba-tiba semangat patriotik rakyat meningkat bagi mempertahankan negara. Saya memang menyokong usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik ini.
Namun isu yang lebih relevan sekarang ialah isu imej negara dan pemimpin negara yang teruk tercalar bukannya isu komunis yang telah dilupakan.
Secara kesimpulannya isu komunis ini jelas dipergunakan oleh media untuk mengalihkan isu sebenar yang sepatutnya difikirkan oleh rakyat dan pimpinan negara untuk diselesaikan segera.

PRK MANEK URAI : BN SILAP PERCATURAN

BN sebenarnya sudah tersilap percaturan apabila mengumumkan untuk bertanding pada PRK Manek Urai yang dijadualkan 14 Julai ini. Sepatutnya BN mesti mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Ini kerana rakyat sudah dapat menilai keikhlasan BN yang mendakwa mahu menjimatkan duit rakyat dengan tidak bertanding di Penanti tetapi pada masa yang sama mahu pula bertanding di Manek Urai.
Rakyat bukannya bodoh untuk dipermainkan oleh BN. Rakyat tahu bahawa alasan BN tidak bertanding di Penanti adalah kerana mereka takut kalah di kubu kuat PKR tersebut. Sedangkan BN merasakan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menang di Manek Urai sedangkan sebenarnya Manek Urai adalah kubu kuat PAS sejak dahulu lagi.
Pemimpin BN sebenarnya dipermainkan oleh pemimpin Umno Kelantan yang memberikan laporan bahawa Umno/BN kuat dan mempunyai peluang cerah di Manek Urai. Sedangkan pada hakikatnya 60 % pengundi Manek Urai secara terang-terangan menyokong PAS.
Malang sekali bagi Najib apabila beliau dipermainkan oleh Umno Kelantan sebagaimana Umno Pekan mempermainkan beliau sebelum pilihanraya umum 1999 di mana mereka menyatakan Najib sudah pasti menang besar di Pekan sedangkan Najib menang pada tahun tersebut hanya kerana undi Pos.

PRK MANEK URAI : BN JILAT LUDAH

Keputusan BN yang mahu meletakkan calon pada PRK Manek Urai disifatkan sebagai menjilat ludah mereka sendiri.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Dawi berkata jika di Penanti mereka mengatakan tidak mahu membazirkan duit rakyat dengan tidak bertanding mengapa di Manek Urai mereka ingin bertanding pula.

"Bukankah ini maknanya mereka jilat ludah mereka sendiri" kata Jauhar.

ABANG MAT PEMIMPIN KENTAL

Sejak dari kecil saya sering mendengar ceramah Abang Mat. Beliau memang seorang pemidato yang hebat, berani dan kental semangatnya.
Loghat utaranya yang pekat menjadikan ceramah mempunyai sedikit kelainan dari orang lain. Namun ianya mudah difahami kerana bahasanya yang mudah.
Beliau juga seorang pemimpin yang mempunyai semangat jihad yang kuat sehingga ditahan dibawah ISA semasa Operasi Lalang 1987. Sehingga sekarang tidak diketahui apa motif penangkapannya selain dari motif politik.
Semasa saya belajar di utara semenanjung dahulu beliau memang sering kami jemput dalam program tamrin dan muqayyam.
Seperti juga Dato' Husam Musa yang mewakafkan sebahagian besar hidupnya untuk perjuangan sebaik sahaja tamat pengajian dari Universiti Malaya, Abang Mat juga turut mewakafkan dirinya untuk perjuangan. Beliau seingat saya hanya bekerja dengan syarikat swasta dalam masa yang singkat. Selepas itu beliau bekerja sepenuhnya masa dengan PAS.
Hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden memang dinantikan kerana beliau memang seorang pemimpin yang berpengalaman seperti juga Dato' Husam Musa dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Tidak syak lagi mereka bertiga akan menjadi pilihan terbaik perwakilan untuk membantu Presiden PAS.

TAKUT DEBAT : ZAHID DAN ALI HILANG SEMANGAT JANTAN


Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi takut untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa. Ketua Menteri Melaka takut untuk berdebat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Mengapa mereka takut untuk berdebat? Bagi saya jawapannya mudah kerana kedua-dua pemimpin Umno tersebut tentu tahu bahawa mereka tidak mempunyai hujah dan jawapan untuk menangkis setiap hujah, kritikan dan nasihat yang akan dilontarkan oleh kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

Debat Husam-Musa dan Ali-Khoo adalah berkisar atas perkara jijik yang menjadi mainan dan 'wirid' Umno iaitu Rasuah. Tetapi debat Ali-Khoo tidak hanya berkisar tentang rasuah tetapi juga untuk mencari siapa yang memalukan negeri Melaka.

Ali yang sudah pasti memalukan orang Melaka dengan mengamalkan rasuah semasa pemilihan Umno sebab itu ia tidak berani berdepan dengan Khoo kerana berani kerana benar takut kerana salah. Khoo pula dituduh memalukan orang Melaka kerana ditangkap dalam insiden memalukan demokrasi negara pada Sidang DUN Perak yang tercemar teruk imejnya pada 7 Mei lalu.

Bagi Zahid pula beliau sudah tentu menyedari bahawa rasuah adalah jijik dan ianya telah terbukti menjadi 'method' utama pemimpin Umno untuk mencapai kemenangan pada pemilihan yang lalu. Mana-mana pemimpin yang bersih sudah tentu sukar untuk menang. Oleh kerana isu ini sudah terbukti dan diketahui oleh seluruh dunia maka jika Zahid menyahut seruan penganjur iaitu TV9 untuk berdebat dengan Husam bermakna Zahid mencari nahas. Kemungkinan juga Zahid dihalang dari meneruskan debat demi untuk menjaga maruah Umno yang sememangnya sudah hancur dan terlampau jijik.

Umno sudah belajar dari kesilapan membenarkan Shabery Cheek berdebat dengan Anwar dalam isu minyak yang akhirnya menyaksikan Shabery 'menggelupur' dihentam oleh Anwar dan rakyat melihat bahawa BN dan pemimpinnya memang tidak setanding dengan pemimpin PR.

Kedua-duanya sudah hilang semangat jantan semata-mata untuk mengelakkan diri mereka, Umno dan BN mendapat malu di mata rakyat.

Maka oleh sebab itulah Zahid-Ali tidak berani berdepan dengan 'lawan' masing-masing kerana BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

28 May 2009

MEDIA SEKALI LAGI SAYA INGATKAN JANGAN LAGA-LAGAKAN PIMPINAN PAS

Sehari dua ini media menggunakan sepenuhnya kesempatan sempena muktamar PAS Pusat untuk mensensasikan apa juga berita yang mungkin dapat menarik minat pembaca.

Media pengampu seperti Utusan (Meloya) dan Berita (Hairan) sudah tentu tidak teragak-agak menjadi 'ayam tambatan' tuannya BN untuk melaga-laga dan memporak perandakan perpaduan dan wehdah yang sedia ada di dalam PAS. Namun segala usaha mereka hanya sia-sia sahaja kerana pemimpin dan ahli PAS semuanya matang dan cerdik menyelidik setiap berita yang mereka tatap dan baca.
Ahli dan pemimpin PAS sentiasa berhati-hati menilai setiap berita yang keluar dari monitor TV dan corong-corong radio serta juga media cetak dan internet. Mereka sentiasa ingat akan firmah Allah di dalam Surah Al Hujurat yang meminta orang beriman supaya sentiasa menyelidiki setiap berita yang mereka dengar, dari mana sumbernya, siapa pembawanya dan lain-lain kerana ditakuti berita tersebut di bawa oleh orang fasik yang mempunyai tujuan jahat untuk menabur fitnah, tohmah, bohong dan sebagainya.
Insya Allah selagi ahli dan pemimpin PAS berpegang kepada Al Qur'an dan Hadis mereka akan terselamat dari fitnah dunia dan kerja jahat mereka yang busuk hati dan memusuhi Islam.
Hari ini sebuah media internet popular juga tidak terlepas dari mewar-warkan pertembungan dan kononnya perlumbaan untuk merebut jawatan di kalangan puak yang dilabelkan sebagai Pro-Muqabalah dan Erdogan (Puak Pro-Pakatan Rakyat).

Dari dahulu lagi saya konsisten menyatakan bahawa semua ini adalah label-label yang digunakan oleh musuh PAS untuk memecahbelahkan PAS.
Saya sendiri tidak kisah samada Husam, Ustaz Nasa atau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden. Semua mereka adalah orang PAS yang terbukti komited, tahan uji dan setia 'loyal' kepada PAS. Siapa tidak kenal Husam Musa yang sejak dari kecil bersama-sama dengan PAS. Apabila beliau menamatkan pengajian dari Universiti Malaya (UM) beliau memperhambakan dirinya untuk perjuangan bekerja sepenuh masa untuk PAS di Pejabat PAS Kelantan. Besar jihad beliau kepada perjuangan Islam PAS sehingga sanggup meninggalkan kemewahan menjawat jawatan dalam kerajaan atau swasta. Graduan Ekonomi seperti beliau sudah tentu boleh 'demand' jika beliau inginkan kemewahan.
Bagi Mohamad Sabu pula semua orang kenal dari kecil sampai besar, dari melayu sampai murut dan sesiapa sahaja. Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan bagi beliau. Berpengalaman memimpin PAS dari semua peringkat. Dilabelkan sebagai pemimpin hebat dengan semangat juang yang tinggi serta mempunyai aura untuk memobilasi rakyat.
Ustaz Nasa seorang pemimpin muda yang mendapat kepercayaan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor menjadi Setiausaha Agung dalam usia muda. Tidak ramai yang mengenali beliau sebelum itu. Namun beliau membuktikan kepada semua bahawa kepercayaan Ustaz Fadzil adalah tepat apabila menguruskan PAS dengan baik semasa beliau menjadi Setiausaha Agung.
Kini terbuka kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang diyakini dapat membantu Tuan Guru Presiden PAS. Apa yang penting Tuan Guru mesti mempunyai seorang pembantu yang hebat yang dapat membantu merapatkan saf perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, menyediakan platform dan perkembangan terkini tentang apa juga isu terkini dari segi ekonomi, politik dan sebagainya untuk maklumat Tuan Guru Presiden.

Saya yakin ketiga-tiga calon berupaya untuk menunaikan tanggungjawab yang saya nyatakan di atas.
Oleh itu media tidak perlulah pandai memandai mengolah dan menganalisis keupayaan ketiga-tiga mereka. Jangan sampai analisis dan olahan tersebut menjadi fitnah dan tohmahan kepada mereka bertiga. Jika itu yang berlaku media mesti memohon maaf kepada mereka dan semua ahli PAS serta rakyat Malaysia.

BN BAKAL TERSUNGKUR DI MANEK URAI 14 JULAI, SETELAH KECUT PERUT DI PENANTI

BN bakal tersungkur buat kali ke enam berturut-turut pada PRK di Semenanjung andaikata mereka bertanding di Manek Urai nanti.

SPR mengumumkan 6 Julai sebagai tarikh penamaan calon dan 14 Julai tarikh BN akan dikuburkan iaitu tarikh pengundian.
Andaikata BN berdegil untuk bertanding juga saya harapkan PAS Kawasan Kuala Kerai mesti menggali kubur BN di kawasan perkuburan berdekatan Manek Urai untuk menguburkan 'bangkai' BN yang sudah pasti busuk lagi membusukkan.
Semasa hidupnya pun BN busuk dan meloyakan akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kezaliman dan lain-lain maka sudah tentu 'bangkai'nya lebih memualkan dan boleh dihidu baunya hingga ke Padang Tengku dan Berchang di Kuala Lipis yang perjalanannya kira-kira 2 jam - 3 jam dari Kuala Kerai.

Saya mengharapkan BN tidak bertanding di Manek Urai bagi menyelamatkan hidung orang Manek Urai dari tercium kebusukan BN dan Umno. Jika tidak nanti sudah tentu topeng muka akan laku di sana bagi melindungi hidung rakyat di sana dari bau busuk BN dan Umno.

HUSAM BERCERAMAH DI BUKIT KATIL PADA 31 MEI

Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa akan berceramah di Bukit Katil pada 31 Mei 2009 di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil jam 9.00 malam.

Seluruh rakyat Melaka dipersilakan hadir untuk mendengar penerangan isu-isu semasa.

PRK PENANTI : BN GILA TALAK

BN/Umno bagaikan suami gila talak apabila mengadakan kempen di Penanti sedangkan mereka tidak bertanding.

Nampak jelas bahawa pemimpin mereka dari pelbagai peringkat gian untuk turun berkempen sehingga tidak perasan bahawa BN/Umno tidak bertanding. Mungkin mereka tak perasan bahawa sebenarnya BN/Umno tidak bertanding kali ini.

Laporan dari Penanti menyebut bahawa beberapa siri ceramah diadakan oleh pemimpin Umno antaranya Exco Pergerakan Pemuda Umno, Lokman Nor Adam; Ketua Umno Bukit Mertajam, Musa Sheikh Fadzir dan lain-lain.

Kalau dah gila talak macam itu, lain kali jangan bercerai atau lain kali jangan boikot pilihanraya kerana takut.

AHLI PPP WAJAR SERTAI KELAB PENYOKONG PAS ATAU PARTI-PARTI PR LAIN

Kemelut Parti Progresif Penduduk (PPP) atau lebih senang dipanggil 'Parti Kayveas' semakin memuncak. Kini mereka mempunyai 2 Presiden dan 2 AJK Pusat.
Semuanya gara-gara tamak kuasa dan pangkat akhirnya memecahkan belah parti berorientasikan nafsu tersebut.
Saya mengharapkan agar ahli-ahli PPP sedar bahawa kedua-dua pemimpin mereka iaitu T Murugiah dan M Kayveas adalah berjuang untuk kepentingan diri sendiri dengan tidak memikirkan kebajikan ahli dan rakyat Malaysia.
Adalah lebih baik mereka meninggalkan kedua-dua mereka iaitu M Kayveas dan T Murugiah menjadi Presiden dan ahli parti mereka sendiri. Semua ahli Parti boleh menyertai Kelab Penyokong PAS bagi yang bukan Islam dan menjadi ahli PAS bagi yang Islam.
Atau mereka boleh menyertai mana-mana parti komponen PR samada PKR atau DAP. Yang penting kita mesti perbetulkan kerajaan yang ada sekarang yang jelas zalim, tidak adil, tidak telus, rasuah dan sebagainya.

ALIH PERHATIAN RAKYAT DENGAN CERITA KOMUNIS

Sehari dua media memainkan isu komunis sehingga rakyat melupakan isu-isu besar lain seperti kemelut politik Perak, imej pemimpin negara yang tercalar, ekonomi negara yang kian merudum dan lain-lain.
Seperti biasa media pengampu menjadi agen penting merealisasikan hasrat BN untuk menjauhkan rakyat dari isu sebenar yang membelenggu rakyat.

Selain itu imej negara dan pemimpin negara yang tercalar seperti dakwaan media luar juga ditenggelamkan dengan cerita-cerita kekejaman dan kejahatan komunis.

Saya mengharapkan rakyat tidak tertipu dengan mainan media pengampu dan pembodek yang sentiasa berusaha memalingkan perhatian rakyat kepada isu sebenar.

27 May 2009

ALI RUSTAM TAKUT BERDEBAT

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam ternyata takut untuk berdebat dengan ADUN DAP, YB Khoo Poay Tiong atas tajuk 'Siapa yang memalukan rakyat negeri Melaka'.
Saya yakin Ali tidak mahu mencari nahas kerana jika beliau sanggup berdebat sudah tentu segala kejahatan dan kebobrokan yang beliau lakukan iaitu RASUAH akan terbongkar dengan lebih teruk lagi.
Ternyata Ali takut untuk berdepan dengan rakyat yang sememangnya sudah muak dan jelik dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Ali.
Sudah sampai masanya Ali meletakkan jawatannya.

PRO MUQABALAH VS PRO PAKATAN RAKYAT KEDUA-DUA PAS, APA MASALAHNYA?

Label melabel terus di mainkan oleh media atas tujuan untuk memecah belahkan perpaduan dan juga mengaut keuntungan material.
Bagi saya samada orang itu Pro Muqabalah atau Pro PR apa masalahnya kedua-duanya PAS. Saya yang mempunyai satu undi dan akan mengundi pada muktamar PAS nanti tidak meletakkan syarat samada seseorang calon Pro Muqabalah atau Pro PR untuk saya undi. Saya akan mengundi calon yang istiqamah, berkarisma, tahan uji, mempunyai leadership skills dan sebagainya.
Pemimpin yang saya pilih mestilah memenuhi kriteria yang saya sendiri tentukan berdasarkan pengelibatan saya di dalam Perjuangan PAS selama 27 tahun iaitu sejak tahun 1982 ketika saya masih di tingkatan dua.
Saya yakin saya mengenali pemimpin-pemimpin yang lama dan baru. Ramai pemimpin yang bertanding menjadi guru saya semasa Tamrin, Usrah dan semasa berorganisasi.
Jangan bimbang calon yang terbaik akan mendapat undi saya kali ini.
Kepada media (Ketua Pengarang, Editor, Wartawan) sekali lagi saya ingatkan bertaubatlah jangan meneruskan kerja-kerja memfitnah, menghasut dan mengadu domba, buruk padahnya kalau dosa kalian tidak diampunkan oleh seluruh kepimpinan dan ahli PAS yang difitnah, diadu domba kerana kita tahu dosa kepada manusia hanya diampunkan oleh Allah setelah manusia yang difitnah, ditohmah dan diadu domba itu sendiri memaafkannya.

PRK PENANTI : UMNO/BN USAHA HALANG RAKYAT PENANTI KELUAR MENGUNDI?

Saya mengharapkan tajuk posting ini tidak benar. Jika benar maka ia merupakan suatu kesalahan besar di sisi undang-undang pilihanraya.
Oleh itu saya mengharapkan SPR dapat membuat pemantauan dan penyiasatan terhadap kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno/BN berusaha menghalang rakyat keluar mengundi terutama penyokong BN.

Perkara ini memang logik kerana Umno/BN yanng tidak bertanding berusaha untuk menjatuhkan imej PR jika majoriti kemenangan PR nanti merudum teruk lantaran kurangnya pengundi yang membuang undi.

Dari sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli Umno cawangan, Umno Bahagian Permatang Pauh didakwa akan menganjurkan suatu aktiviti ke Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 31 Mei ini bagi menghalang ahli dan penyokongnya keluar mengundi.

Bas percuma disediakan di semua cawangan bagi memudahkan seramai mungkin ahli Umno keluar dari Penanti pada hari pengundian. Ini merupakan suatu taktik kotor yang mungkin bersalahan dengan undang-undang pilihanraya.

Saya mengharapkan jentera PR melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi memastikan ianya tidak berlaku. SPR mesti menyiasat perkara ini. Jika benar terdapat usaha-usaha sedemikian pihak terbabit mesti dibawa ke muka pengadilan.

PRK MANEK URAI : USTAZ ZUL CALON PAS?

Mungkinkah bekas Ketua Pemuda Kelantan, Ustaz Zulkefli Yaakub akan dipilih sebagai calon PAS pada PRK Manek Urai.
Ustaz Zul memang dikenali ramai bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia. Beliau merupakan bekas pimpinan pelajar di Mesir, Bekas ADUN Guchil, Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan serta bergiat aktif dalam PAS Kawasan Kuala Kerai.
Bagi saya PAS Kuala Krai sebenarnya ramai calon berkaliber yang boleh diketengahkan kerana semua sedia maklum di Kelantan banyak pilihan boleh dibuat.
Namun apa yang pasti PAS akan memilih calon paling terbaik di kalangan yang terbaik. Kriterianya sudah tentu (pada pandangan saya) :-
  • Karisma
  • Pendidikan
  • Peribadi
  • Akhlaq
  • Diterima Rakyat
  • Ilmu
  • Berjiwa Rakyat
  • Berpengalaman
  • Bijak berhujah
  • Disegani kawan dan lawan
  • Hubungan dengan Allah dan manusia
  • Dan lain-lain

Adakah BN juga mengambilkira semua kriteria di atas terutama dari segi akhlaq, hubungan dengan Allah dan peribadi?

DUN PERAK BUBAR?

Ada yang menjangkakan DUN Perak akan dibubarkan minggu ini. Antara yang meramalkan demikian adalah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.
Bagi saya jangkal dan 'impossible' jika BN berhasrat untuk membubarkan DUN Perak kerana perkara itulah yang sangat ditakuti oleh BN. Jadi ramalan yang DUN akan dibubarkan bagi saya hanyalah gurauan yang sukar untuk menjadi kenyataan.
Mana mungkin BN akan menjerut lehernya sendiri sedangkan mereka bermatian-matian menggunakan segenap kekuatan dan kuasa yang mereka ada untuk mempertahankan kerajaan HARAM mereka masakan mereka boleh membubarkan DUN sewenang-wenangnya begitu sahaja.

Dalam suasana yang semangat tidak menyebelahi mereka sekarang tidak mungkin mereka berani bertindak demikian. Imej BN jatuh merudum, imej pemimpin tercalar teruk, ekonomi negara yang tidak menentu, permusuhan kerajaan negeri rakyat semakin memuncak, rakyat semakin susah dan lain-lain masalah sudah tentu tidam memungkin untuk Najib membuat keputusan membubarkan DUN.
Selagi mereka boleh bertahan mereka akan bertahan walaupun kerajaan mereka adalah kerajaan mahkamah.

26 May 2009

DEBAT TV9 : ZAHID PENGECUT

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan ternyata pengecut apabila menarik diri dari menyertai rancangan Debat di TV9. Ternyata Zahid seorang pengecut dan penakut tidak seperti Ahmad Shabery Cheek yang sanggup berdepan dengan Anwar Ibrahim dalam isu minyak.
Zahid nampaknya tidak berani berdepan dengan Husam dalam isu politik wang.
Apa sebabnya Zahid takut? Mungkin dia tahu bahawa beliau tidak mempunyai hujah untuk mempertahankan parti RASUAH Umno yang menjadi dokongannya.
Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.
Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.
Kalau dah namanya Umno MEMANG SIFATNYA PENGECUT DAN PENAKUT.

SIAPA JAHAT, KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN MAHKAMAH BN?

Semasa Kerajaan PR mengambilalih Perak dari BN seorang Ketua Kampung pun tidak dipecatkan melainkan ada yang tamat perkhidmantan disebabkan kontrak mereka telah berakhir.

Namun selepas kerajaan BN merampas pemerintahan kerajaan negeri dari PR mereka bertindak memecat semua Ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat semasa pemerintahan PR.

SIAPA JAHAT KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN BN??????

Blogger Misabah melaporkan bahawa Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut :-
  • perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,
  • menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung,
  • menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah,
  • menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung,
  • menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,
  • menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Gambar : Datuk Seri Muhammad Nizar, ADUN PR dan Ketua-Ketua Kampung yang memfailkan saman kepada kerajaan Mahkamah BN.

'ULAMA' TAK FAHAM MOGOK LAPAR DENGAN BERPUASA

Saya bukanlah seorang ulama atau orang alim. Tetapi saya berpegang dan berpaut kepada kepimpinan Ulama' dan Orang Alim dalam perjuangan saya. Pemimpin saya tidak pernah dituduh terlibat dengan rasuah, pembunuhan, skandal, bawa lari anak sultan, main judi, kahwin lari dan sebagainya.

Saya yakin dan memberikan wala' sepenuhnya kepada kepimpinan Ulama' selagi mereka mentaati Allah dan Rasul.

Malangnya ramai kawan-kawan saya yang mengaji dan berilmu setaraf ulama tetapi tidak mahu menjadi Ulama' sebagai pemimpin. Akhirnya pemimpin yang bukan Ulama' mempermain-mainkan mereka. Ada yang ilmunya setaraf ulama' pun percaya dan taat kepada pemimpin walaupun integriti dan akhlaqnya dipersoalkan orang ramai.

Akhirnya lahirnya ulama' pengampu dan pembodek. Apa sahaja yang dikatakan semuanya HALAL atau paling kurang pun HALAM.

Sehari dua ini riuh ada Ustaz atau mungkin juga ulama' menuduh ahli dan pemimpin PAS akan menjalankan mogok lapar. Sedangkan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menyatakan dengan tegas bahawa ahli PAS diminta berpuasa sunat selama 3 hari sempena awal bulan BUKANNYA MOGOK LAPAR.

Ustaz Ahmad menafikan pemimpinnya bermogok lapar - dianggap bertentangan dengan ajaran Islam - seperti didakwa sesetengah pihak.

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang Islam berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. "

"Dalam Islam pun, memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.

Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.Ahmad juga menjelaskan, Pakatan di Perak tidak mengabaikan aspek kesihatan dalam mogok tersebut apabila perkhidmatan doktor disediakan kepada mereka yang terlibat, termasuk beberapa ADUN.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.

PESTA TANGKAP MENANGKAP BERLAKU LAGI DI PERAK

Pesta tangkap menangkap berlaku sekali lagi di Perak. Kali ini rakyat yang sanggup berlapar dan berpuasa pula di tangkap.

Saya pun hairan sebenarnya apa tugas polis sehingga menangkap rakyat dan wakil rakyat yang hanya menyatakan bantahan dengan berlapar sedangkan Polis tidak begitu serius dalam membenteras jenayah bunuh, rogol dan sebagainya.

Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar yang tidak berdosa dan bernyawa juga menjadi mangsa. Kesalahannya belon itu mempunyai 'Bubar DUN' turut dirampas.

Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut. Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

NAK BERLAPAR PUN TAK BOLEH KAT MALAYSIA

Nak puasa dan tak makan 3 hari pun tak boleh di Malaysia ini? Sebab itu khemah yang dipasang di hadapan Wisma DAP di Ipoh untuk digunakan oleh para 'pempuasa' di arahkan dibuka oleh Polis oleh sebentar tadi.
Kerjaan 1Malaysia agaknya sangat prihatin kepada rakyat. Mereka tidak mahu rakyat lapar walaupun 1 minit.
Di maklumkan bahawa pihak polis memaklumkan sebentar tadi, mengarahkan supaya dibuka khemah yang telah siap dipasang di hadapan Wisma DAP yang digunakan untuk para pempuasa berteduh.
Pada masa ini masih berlaku perbincangan dengan pihak keselamatan mengenai cuma satu Mungkin Polis tidak mahu demontrasi puasa dan mogok lapar ini dilihat oleh rakyat. Sebab itu khemah diarah supaya dibuka.
Program puasa ini dianjurkan oleh PR Perak sebagai usaha untuk memohon Allah membukakan hati-hati pihak berwajib agar membubarkan DUN Perak.
Pada masa yang sama mogok lapar dianjurkan oleh PR bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan BN yang tidak mencabul demokrasi di negeri Perak.
Nampaknya rakyat sudah bebas lagi di 1Malaysia ini.
Dilaporkan semua pimpinan tertinggi PR Perak termasuk Datuk Seri Nizar berkampung di Wisma DAP sekarang.

MELAKA MAJU 2010 : SERBA SERBI MAJU

"Tanggal 1 Januari 2010, Melaka mencapai status negeri maju. Oleh itu, kita mestilah berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat tersebut.
"Ianya bukan sekadar maju dalam pembangunan fizikal sahaja, malah maju dari aspek mental penduduknya."Saya yakin pada tahun tersebut penduduk Melaka akan meningkat dalam aspek pembangunan rohaniah dan jasmaniah," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Justeru, katanya, penduduk Melaka perlu peka dengan perkembangan yang berlaku secara global pada hari ini," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau di Taman Pisang Mas Jaya Kampung Gadek, Alor Gajah Sabtu lalu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Anggota Exco Kerajaan Negeri Mohd Hidhir Abu Hassan.
Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ali kerana Melaka memang maju serba serbi. Antaranya :-
1) Maju menjalankan projek terbengkalai antaranya Pulau Melaka
2) Maju menganjurkan dan membiarkan maksiat berleluasa antaranya di Taman Melaka Raya dan lain-lain
3) Maju dengan kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat. Tahun 2007 (2oo lebih) tahun 2008 meningkat menjadi 300 lebih data ini diperolehi dari JAIM.
4) Maju dari Rasuah di mana Ketua Menteri sendiri adalah bapak Rasuah.
5) Maju menjalankan projek Gajah Putih antaranya Stadium Hang Jebat dan lain-lain
6) Maju membazirkan duit rakyat antaranya membina Eye On Malaysia, Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Air Terjun Bukit Sebukor dan lain-lain
Serba serbi majulah katakan .............cuma rakyat yang semakin dhaif dan susah.

KASIHAN ZAMBRY KENA SAMAN LAGI

Menteri Besar Haram kerajaan BN Perak memang tidak senang duduk. Hari ini beliau akan disaman lagi. Sudah berapa banyak saman da .................
Kali ini Ketua Kampung seluruh negeri Perak akan menyaman beliau. (Memang MB ini muka tidak malu tetap mahu menjadi MB walaupun di saman sana-sini.)
Blogger Misabah melaporkan bahawa Hari ini jam 11.00 pagi Ketua-ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat akan failkan saman ke atas Kerajaan Zambry BN di atas pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan Zambry yang memecat Ketua Kampung dan membubarkan JKKK dianggap tidak sah disebabkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.
Perlantikan Ketua Kampung adalah dipilih melalui pungutan suara, watikah perlantikan pula telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR pada bulan Ogos 2008, manakala perkhidmatan mereka sepatutnya tamat pada Ogos 2010. Kerajaan BN telah bertindak keterlaluan dengan memecat semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.
Berbeza dengan Kerajaan PR yang tidak memecat seorang pun Ketua-ketua Kampung lantikan BN, malahan mereka dipelawa untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai.

SERTAILAH SKIM PENYAYANG ANJURAN PAS NEGERI MELAKA

Saya menyeru seluruh rakyat negeri Melaka menyertai Skim Penyayang anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka yang dilancarkan baru-baru ini. Skim ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Terdapat Skim yang dianjurkan :-

1) Skim 1 - umur 18 hingga 65 tahun
2) Skim 2 - umur 66 tahun hingga 80 tahun

Yuran sebanyak RM20.00 untuk perlindungan selama setahun.
Manfaatnya :-

1) Skim 1 - Pencarum meninggal dunia, waris akan menerima sebanyak RM6,000 untuk kematian dan RM1,000 untuk urusan pengebumian.

2) Skim 2 - Pencarum meninggal dunia waris akan menerima sebanyak RM1,000 dan urusan pengebumian sebanyak RM1,000.

Sehingga kini beberapa waris telah menerima manfaat antaranya keluarga Allahyarham Ismail Sidek yang menerima RM2,000 baru-baru ini.
Gambar di atas menunjukkan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sedang menyampaikan cek tersebut kepada waris Allahyarham Ismail.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai skim ini boleh menghubungi Husni Balis di talian 0162772288 atau pejabat Perhubungan di talian 06284 1780.



25 May 2009

PR JARINGKAN 2 GOL LAGI MENJADIKAN 6-0

PKR bakal menjaringkan 2 gol lagi iaitu di Penanti dan Manek Urai. Di Penanti pintu gol BN tidak dikawal langsung dan ternganga untuk dibolosi manakala pintu gol BN di Manek Urai dikawal oleh penjaga gol yang kudung tangan dan kaki mudah untuk ditewaskan.
Itulah ibarat yang saya analogkan kepada keadaan BN yang sangat lemah dan tenat ibarat nyawa-nyawa ikan. Tapi ikan puyu susah juga untuk mati.
Di Penanti BN mengaku kalah awal-awal lagi walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menutup malu bahawa mereka takut kalah. Manakala di Manek Urai pimpinan Umno/BN tertipu dengan janji dan cakap besar pemimpin Umno BN bahawa mereka akan menang di Manek Urai sedangkan hakikatnya Umno/BN amat tenat di Kelantan. Hampir setiap hari ada penyokong BN yang menyertai PAS atau sekurang-kurang menyatakan sokongan kepada pimpinan Tok Guru.

Memang benak dan pekak seseorang itu jika tidak mampu melihat kebaikan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz jika hendak dibandingkan dengan pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN. Bayangkan 19 tahun Tok Guru memerintah tidak seorang pun Exco atau ADUN PAS dan BA/PR yang disabitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itu sudah cukup untuk membuka mata rakyat bahawa pemerintahan Tok Guru amat telus, bersih dan berintegriti.
Oleh itu saya menggesa supaya BN juga menarik diri dari bertanding di DUN Manek Urai bagi memudahkan PR mendahului BN 6-0.

UMNO berebut MANEK, PAS tak terURAI

Belum apa-apa lagi pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Kuala Krai berebut antara satu sama lain untuk menjadi calon BN pada PRK DUN Manek urai.
Media melaporkan bahawa empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.
Ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.
PAS pula 'steady' tidak menampakkan kegusaran. Malah tidak nampak bahawa adanya perebutan di kalangan pemimpin PAS Kawasan. Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang merupakan seorang ADUN tidak sedikitpun gusar dengan Umno.
Mungkin agaknya beliau gembira dengan perebutan dalam Umno tersebut.
Dalam PAS Kawasan memang banyak calon-calon yang berkelayakan untuk menumbangkan BN buat kali keenam berturut-turut dalam Pilihanraya Kecil di Semenanjung setelah BN jatuh tersungkur di Permatang (Pauh), lemas di Kuala (Terengganu), longlai dan layu mendaki Bukit (Gantang), mati ketika menanti PRK Penanti dan akhirnya Insya Allah terURAI di Manek (Urai).
Saya yakin PAS akan menang di kubu kuat PAS ini. Lebih baik BN tarik diri sebelum di malukan oleh rakyat sekali lagi.

TAHNIAH KEPADA USTAZ NASA, HUSAM DAN MAT SABU

Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasaruddin, Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu kerana terus menyuburkan demokrasi di dalam PAS walaupun demokrasi sudah mati di dalam Umno.
Ketiga-tiganya sah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung pada Jumaat minggu depan.
Terbukti PAS lebih terbuka, telus dan mengamalkan demokrasi sebenar di mana tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bertanding apa-apa jawatan hatta Presiden. Tidak ada kouta ditetapkan seperti yang diamalkan oleh Umno.
Saya yakin pertandingan di dalam PAS adalah perebutan untuk berlumba-lumba membuat kebajikan bukan berlumba-lumba mengumpulkan kekayaan.
Kepada ahli PAS terutama para perwakilan anda mempunyai tugas dan amanah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk memegang jawatan no 2 di dalam PAS iaitu Timbalan Presiden.

PERAK DAPAT PESURUHJAYA BARU?

Perak bakal mendapat Pesuruhjaya baru apabila Ustaz Ahmad Awang membayangkan akan menyerahkan jawatan tersebut selepas muktamar akan datang.
Dalam ucapan penggulungan sempena konvensyen PAS Perak baru-baru ini beliau menyatakan penggantinya merupakan seorang yang dinamik, progresif dan hebat yang bakal membawa PAS Perak ke baru yang lebih gemilang.
Beliau juga membayangkan untuk tidak akan bertanding pada pemilihan PAS awal Jun nanti.

2MALAYSIA : 2 MENTERI BESAR, 2 SAF EXCO, 2 SPEAKER DAN 2 PRESIDEN

Benar kata sahabat saya Angkasanuri bahawa semenjan 'dua menjak' ini orang suka sangat mempunyai 2 ketua. Sebab itulah di Perak sudah sah PR memerintah BN buat kacau dengan mengujudkan 2 MB, 2 saf Exco dan akhir sekali 2 Speaker.
Semalam satu lagi 'keduaan' terjadi iaitu 2 Presiden. Kali ini Parti Komponen BN iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) atau Parti Kayveas punya 2 Presiden apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PPP memecat Kayveas dari jawatannya dan melantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah sebagai Presiden baru. Malangnya Kayveas tidak mengiktiraf pemecatannya dan perlantikan Murugiah.
Kumpulan Kayveas mendakwa Mesyuarat tersebut tidak sah.
Kemelut yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) menjadi semakin parah dengan berlangsungnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) tersebut yang diadakan di Putrajaya semalam.
Kira-kira 1,000 orang menghadiri EGM tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir.
Murugiah telah dipecat dari parti itu oleh Presiden PPP, Datuk M Kayveas. Beliau diberi tempoh sehingga 30 Mei untuk membuat merayu.
Perjumpaan semalam juga meluluskan resolusi tidak percaya kepada Majlis Tertinggi PPP yang memecat Murugiah dan enam orang lagi pemimpin parti itu. Satu undi tidak percaya terhadap Kayveas turut diluluskan.Perkembangan terbaru itu dijangka memburukkan lagi krisis kepimpinan PPP sekarang.
Saya menjangkakan selepas akan ada pula 2 mesyuarat agung, 2 mesyuarat biasa, 2 AJK dan semuanya 2.

Malaysia sudah jadi Two Malaysia (2Malaysia) bukan 1Malaysia. Najib tersilap slogan!!!!!!!!!!!

24 May 2009

SIAPA BOCORKAN ISI KERTAS KERJA SAMBUTAN JUBLI PERAK KEPIMPINAN ULAMA'?

Saya membaca beberapa media hari ini. Salah satu media yang saya baca melaporkan tentang Sambutan Ulang Tahun ke 25 Kepimpinan Ulama'.
Apa yang saya kesalkan bagaimana isi kertas kerja tersebut boleh diketahui oleh media tersebut sedangkan semalam pihak penganjur telahpun memaklumkan melalui Dato' Mahfuz Omar salah seorang pengerusi slot pembentangan kertas kerja bahawa semua kertas kerja adalah rahsia dan mesti dijaga dengan baik supaya tidak terlepas ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Hasilnya hari ini media tersebut telah mensensasikan isi kertas kerja tersebut dan mungkin ianya akan diperpanjangkan untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Kepada para perwakilan dan sesiapa yang mempunyai kertas kerja tersebut lain kali sila bertanggungjawab dan amanah.

BN TAK BERTANDING DI PENANTI : TAPI MEDIA TERUS BURUK-BURUKKAN PR

Saya yakin walaupun BN tidak bertanding di Penanti, namun gerakerja secara senyap dan secara perang saraf sedang dimainkan di Penanti bagi mengurangkan majoriti PR pada kali ini. Antara kerja yang akan atau sedang dilakukan ialah :-
  • Berusaha untuk mengurangkan jumlah pengundi yang membuang undi dengan ini majoriti PKR akan jatuh mendadak
  • Memujuk pengundi atas pagar supaya tidak mengundi PKR dan mengundi calon Bebas atas pelbagai alasan
  • Memburuk-burukkan PKR dan calonnya dengan pelbagai tuduhan seperti merasuah calon bebas dan sebagainya
  • Mengujudkan sindrom PKR sudah menang tidak pernah kerja kuat berkempen dan tidak perlu turun mengundi
  • dan lain-lain.

Oleh itu saya menyeru seluruh jentera PR supaya turun habis-habisan bagi memenangkan calon PKR dengan majoriti yang jauh lebih besar.

Jangan sekali-kali temakan dengan perang saraf media dan BN yang sememangnya terus berusaha membantu calon bebas.

JANGAN UJUDKAN RUANG ANTARA ULAMA DAN PROFESSIONAL

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata golongan ulama’ dan professional yang ada di dalam PAS mesti memantapkan hubungan ukhuwwah antara mereka.

“Jangan biarkan ada ruang untuk syaitan masuk disebabkan ujudkan kerenggangan antara ulama’ dan professional”

“Insya Allah mainan media yang cuba memecahbelahkan perpaduan di dalam PAS akan sia-sia dan tidak berhasil” kata beliau ketika merasmikan penutupan program sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ anjuran bersama Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.

Tuan Guru berkata pada hakikatnya tidak ujud pertembungan antara yang professional dan ulama’ seperti yang di gembar gemburkan oleh media.

RESOLUSI SAMBUTAN JUBLI PERAK KEPIMPINAN ULAMA

Semalam saya sempat menghadiri program Sambutan Jubli Perak kali ke 25, Kepimpinan Ulamak anjuran bersama Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.

4 Resolusi telah digariskan di akhirkan Program Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama’ yang bersidang pada 28 Jamadil Awal 1430 bersamaan 23 Mei 2009 di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Markas Tarbiah PAS, Taman Melewar Kuala Lumpur.
  • Berusaha mengukuhkan kepimpinan ulama’
  • Memastikan kesinambungan kepimpina ulama’
  • Kepimpinan di dalam PAS adalah kepimpinan Jamai’ey yang menggabungkan semua tenaga yang ada dalam PAS – ulama’, professional dll.
  • Memperkukuhkan Prinsip Syura dalam PAS

Semoga resolusi berjaya dilaksanakan oleh pemimpin dan ahli PAS.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter