UMNO berebut MANEK, PAS tak terURAI

Belum apa-apa lagi pemimpin-pemimpin Umno Bahagian Kuala Krai berebut antara satu sama lain untuk menjadi calon BN pada PRK DUN Manek urai.
Media melaporkan bahawa empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.
Ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.
PAS pula 'steady' tidak menampakkan kegusaran. Malah tidak nampak bahawa adanya perebutan di kalangan pemimpin PAS Kawasan. Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang merupakan seorang ADUN tidak sedikitpun gusar dengan Umno.
Mungkin agaknya beliau gembira dengan perebutan dalam Umno tersebut.
Dalam PAS Kawasan memang banyak calon-calon yang berkelayakan untuk menumbangkan BN buat kali keenam berturut-turut dalam Pilihanraya Kecil di Semenanjung setelah BN jatuh tersungkur di Permatang (Pauh), lemas di Kuala (Terengganu), longlai dan layu mendaki Bukit (Gantang), mati ketika menanti PRK Penanti dan akhirnya Insya Allah terURAI di Manek (Urai).
Saya yakin PAS akan menang di kubu kuat PAS ini. Lebih baik BN tarik diri sebelum di malukan oleh rakyat sekali lagi.

Comments

Anonymous said…
woii muta, hang je ka yg betui? tak abis-abis hang ni sumer org x betul mcm rpk la pulak, tgk muka hang pun nyampah
pakcik said…
lawe jange dok lawe..pas bene pon takpo..sebab meme pah bene sokmo situ..bn bene pon takpo..sebab bn ake janji mace2 ko ore manik ura..

politik oh politik..
serupasekala said…
Saya setuju sangat Umno Be End lawan di Manik Urai nanti dapat projek , kontrak kelaf F yang untung . tak kira lah proojek MEE SEGERA ko PROJEK SEGERA ko,ore kontrak dapat duit,ore kampung dapat jalan, dapat api,dapat dapat dapat ...... PESAN TOK GURU , ORE BUI GULA KACA, ORE BUI KAIN PAKAI , UNDI TETAP BULE.

" best lagu tu "
kamal sedik terkedu said…
NIK AJIS TU TAK NYANYUK. TAK BOLEH PAKAI LAGI DAH APA YANG DIA CAKAP.. DAH TUA NAK MAMPOS DA TU..
Anonymous said…
yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan dalam pas lagi. pas sekarang nie bukan pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas bergabung aje dengan DAP kerana pejuangan pas dengan DAP adalah sama dan lim guan eng pula mirip kepada umar abdul aziz. bagaimana pula lim kit siang, adakah bapak lim guan eng nie mirip umar al-khatab??? kena tanya orang pas ni???
bulan trang said…
..jika kamu berpecah belah kembalilah ke jalan yang diredhai Allah, Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w..Allahuakhbar..!