Sejak dari kecil saya sering mendengar ceramah Abang Mat. Beliau memang seorang pemidato yang hebat, berani dan kental semangatnya.
Loghat utaranya yang pekat menjadikan ceramah mempunyai sedikit kelainan dari orang lain. Namun ianya mudah difahami kerana bahasanya yang mudah.
Beliau juga seorang pemimpin yang mempunyai semangat jihad yang kuat sehingga ditahan dibawah ISA semasa Operasi Lalang 1987. Sehingga sekarang tidak diketahui apa motif penangkapannya selain dari motif politik.
Semasa saya belajar di utara semenanjung dahulu beliau memang sering kami jemput dalam program tamrin dan muqayyam.
Seperti juga Dato' Husam Musa yang mewakafkan sebahagian besar hidupnya untuk perjuangan sebaik sahaja tamat pengajian dari Universiti Malaya, Abang Mat juga turut mewakafkan dirinya untuk perjuangan. Beliau seingat saya hanya bekerja dengan syarikat swasta dalam masa yang singkat. Selepas itu beliau bekerja sepenuhnya masa dengan PAS.
Hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden memang dinantikan kerana beliau memang seorang pemimpin yang berpengalaman seperti juga Dato' Husam Musa dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Tidak syak lagi mereka bertiga akan menjadi pilihan terbaik perwakilan untuk membantu Presiden PAS.
Comments
kita berjanji setia dengan allah untuk menurut segala yang diperintahnya .. tetapi apabila allah lahirkan kita ke dunia .. kita jugak yang lawan allah dengan segala macam perbuatan .. perkataan .. alasan dan sebagainya .. na'uzubillah