SIAPA JAHAT, KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN MAHKAMAH BN?

Semasa Kerajaan PR mengambilalih Perak dari BN seorang Ketua Kampung pun tidak dipecatkan melainkan ada yang tamat perkhidmantan disebabkan kontrak mereka telah berakhir.

Namun selepas kerajaan BN merampas pemerintahan kerajaan negeri dari PR mereka bertindak memecat semua Ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat semasa pemerintahan PR.

SIAPA JAHAT KERAJAAN PR ATAU KERAJAAN BN??????

Blogger Misabah melaporkan bahawa Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut :-
  • perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka,
  • menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung,
  • menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah,
  • menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung,
  • menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,
  • menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Gambar : Datuk Seri Muhammad Nizar, ADUN PR dan Ketua-Ketua Kampung yang memfailkan saman kepada kerajaan Mahkamah BN.

Comments