MELAKA MAJU 2010 : SERBA SERBI MAJU

"Tanggal 1 Januari 2010, Melaka mencapai status negeri maju. Oleh itu, kita mestilah berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat tersebut.
"Ianya bukan sekadar maju dalam pembangunan fizikal sahaja, malah maju dari aspek mental penduduknya."Saya yakin pada tahun tersebut penduduk Melaka akan meningkat dalam aspek pembangunan rohaniah dan jasmaniah," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Justeru, katanya, penduduk Melaka perlu peka dengan perkembangan yang berlaku secara global pada hari ini," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau di Taman Pisang Mas Jaya Kampung Gadek, Alor Gajah Sabtu lalu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Anggota Exco Kerajaan Negeri Mohd Hidhir Abu Hassan.
Saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ali kerana Melaka memang maju serba serbi. Antaranya :-
1) Maju menjalankan projek terbengkalai antaranya Pulau Melaka
2) Maju menganjurkan dan membiarkan maksiat berleluasa antaranya di Taman Melaka Raya dan lain-lain
3) Maju dengan kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat. Tahun 2007 (2oo lebih) tahun 2008 meningkat menjadi 300 lebih data ini diperolehi dari JAIM.
4) Maju dari Rasuah di mana Ketua Menteri sendiri adalah bapak Rasuah.
5) Maju menjalankan projek Gajah Putih antaranya Stadium Hang Jebat dan lain-lain
6) Maju membazirkan duit rakyat antaranya membina Eye On Malaysia, Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Air Terjun Bukit Sebukor dan lain-lain
Serba serbi majulah katakan .............cuma rakyat yang semakin dhaif dan susah.

Comments

Hasbullah Pit said…
Kapal Kesultanan Melaka ?
Anonymous said…
BERAPA PERATUS RAKYAT MELAKA YANG DAIF DAN SUSAH YE?...RAMAI KE RAKYAT MELAKA YANG KEBULUR X MAKAN?...
HALO BRO..KALO BAB MAKSIAT NGAN ANAK LUAR NIKAH...MERATA2 LA BRO..BUKAN TAKAT MELAKA JE...KAT KELANTAN PUN ADA LA...APASAL KO XNAK SEBUT KELANTAN...SEBAB NEGERI PAS...KALO DAIF DAN MISKIN AKU RASA KAT KELANTAN ADALAH CONTOH TERBAIK YANG KO BOLEH TONJOLKAN....
aku pasrah said…
woi mangkuk anon 11.38...mmg rr maksiat tu ade kat merate2 tapi mslh problemnye skrg puak2 ko umno pencacai nak mampus yg suburkan maksiat2..cthnye jom heboh...mufti perak kate haram tapi buat gak...woi anon 11.38..taulah ko tu bangang tapi jgn tunjukkan bangang ko tu...simpan skit utk anak cucu!!!
moraibra said…
ada lebih baiknya kita berusaha sama2 mengurangkan maksiat tersebut walau dimana jua pun dan diberi publisiti di media perdana agar rakyat dapat maklumat dan dapat sama2 menjayakannya