Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi takut untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa. Ketua Menteri Melaka takut untuk berdebat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Mengapa mereka takut untuk berdebat? Bagi saya jawapannya mudah kerana kedua-dua pemimpin Umno tersebut tentu tahu bahawa mereka tidak mempunyai hujah dan jawapan untuk menangkis setiap hujah, kritikan dan nasihat yang akan dilontarkan oleh kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
Debat Husam-Musa dan Ali-Khoo adalah berkisar atas perkara jijik yang menjadi mainan dan 'wirid' Umno iaitu Rasuah. Tetapi debat Ali-Khoo tidak hanya berkisar tentang rasuah tetapi juga untuk mencari siapa yang memalukan negeri Melaka.
Ali yang sudah pasti memalukan orang Melaka dengan mengamalkan rasuah semasa pemilihan Umno sebab itu ia tidak berani berdepan dengan Khoo kerana berani kerana benar takut kerana salah. Khoo pula dituduh memalukan orang Melaka kerana ditangkap dalam insiden memalukan demokrasi negara pada Sidang DUN Perak yang tercemar teruk imejnya pada 7 Mei lalu.
Bagi Zahid pula beliau sudah tentu menyedari bahawa rasuah adalah jijik dan ianya telah terbukti menjadi 'method' utama pemimpin Umno untuk mencapai kemenangan pada pemilihan yang lalu. Mana-mana pemimpin yang bersih sudah tentu sukar untuk menang. Oleh kerana isu ini sudah terbukti dan diketahui oleh seluruh dunia maka jika Zahid menyahut seruan penganjur iaitu TV9 untuk berdebat dengan Husam bermakna Zahid mencari nahas. Kemungkinan juga Zahid dihalang dari meneruskan debat demi untuk menjaga maruah Umno yang sememangnya sudah hancur dan terlampau jijik.
Umno sudah belajar dari kesilapan membenarkan Shabery Cheek berdebat dengan Anwar dalam isu minyak yang akhirnya menyaksikan Shabery 'menggelupur' dihentam oleh Anwar dan rakyat melihat bahawa BN dan pemimpinnya memang tidak setanding dengan pemimpin PR.
Kedua-duanya sudah hilang semangat jantan semata-mata untuk mengelakkan diri mereka, Umno dan BN mendapat malu di mata rakyat.
Maka oleh sebab itulah Zahid-Ali tidak berani berdepan dengan 'lawan' masing-masing kerana BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.
Comments