PRK MANEK URAI : BN SILAP PERCATURAN

BN sebenarnya sudah tersilap percaturan apabila mengumumkan untuk bertanding pada PRK Manek Urai yang dijadualkan 14 Julai ini. Sepatutnya BN mesti mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Ini kerana rakyat sudah dapat menilai keikhlasan BN yang mendakwa mahu menjimatkan duit rakyat dengan tidak bertanding di Penanti tetapi pada masa yang sama mahu pula bertanding di Manek Urai.
Rakyat bukannya bodoh untuk dipermainkan oleh BN. Rakyat tahu bahawa alasan BN tidak bertanding di Penanti adalah kerana mereka takut kalah di kubu kuat PKR tersebut. Sedangkan BN merasakan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menang di Manek Urai sedangkan sebenarnya Manek Urai adalah kubu kuat PAS sejak dahulu lagi.
Pemimpin BN sebenarnya dipermainkan oleh pemimpin Umno Kelantan yang memberikan laporan bahawa Umno/BN kuat dan mempunyai peluang cerah di Manek Urai. Sedangkan pada hakikatnya 60 % pengundi Manek Urai secara terang-terangan menyokong PAS.
Malang sekali bagi Najib apabila beliau dipermainkan oleh Umno Kelantan sebagaimana Umno Pekan mempermainkan beliau sebelum pilihanraya umum 1999 di mana mereka menyatakan Najib sudah pasti menang besar di Pekan sedangkan Najib menang pada tahun tersebut hanya kerana undi Pos.

Comments

PAS UNTUK SEMUA said…
EXCO P Pinang dibolot semua oleh DAP dan PKR
walaupun PAS ada satu kerusi DUN, tetapi PAS di anaktiri kan.
Ini kah yang di namakan 'Pakatan Rakyat?'
serupasekala said…
JANGAN LE ANDA BERPENDAPAT BEGITU , KALAU DI HISAB DIMASA LAMPAU PAS TAK PERNAH MENANG DI KAWASAN DAN NEGERI YANG KUAT UMNO . TETAPI SEKARANG ALHAMDULILLAH WALAU PUN SATU KERUSI PAS TELAH MECIPTA SEJARAH . LAMA KELAMAAN MUNGKIN PENGUNDI AKAN KEMBALI MENGUNDI PAS.DAN MUNGKIN KERUSI PAS AKAN BERTAMBAH DISELURUH NEGARA.

TAKBIRRRRRRRRR