PRK MANEK URAI : USTAZ ZUL CALON PAS?

Mungkinkah bekas Ketua Pemuda Kelantan, Ustaz Zulkefli Yaakub akan dipilih sebagai calon PAS pada PRK Manek Urai.
Ustaz Zul memang dikenali ramai bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia. Beliau merupakan bekas pimpinan pelajar di Mesir, Bekas ADUN Guchil, Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan serta bergiat aktif dalam PAS Kawasan Kuala Kerai.
Bagi saya PAS Kuala Krai sebenarnya ramai calon berkaliber yang boleh diketengahkan kerana semua sedia maklum di Kelantan banyak pilihan boleh dibuat.
Namun apa yang pasti PAS akan memilih calon paling terbaik di kalangan yang terbaik. Kriterianya sudah tentu (pada pandangan saya) :-
  • Karisma
  • Pendidikan
  • Peribadi
  • Akhlaq
  • Diterima Rakyat
  • Ilmu
  • Berjiwa Rakyat
  • Berpengalaman
  • Bijak berhujah
  • Disegani kawan dan lawan
  • Hubungan dengan Allah dan manusia
  • Dan lain-lain

Adakah BN juga mengambilkira semua kriteria di atas terutama dari segi akhlaq, hubungan dengan Allah dan peribadi?

Comments

azwan said…
Letak Mat Sah Mat Satray lah untuk DUN Manek Urai ni. Biar sorang lagi orang dalam ISA jadi wakil rakyat.
Cumi-Cumi said…
Kaki pompuan tu nak dijadikan calon PAS???