PRK PENANTI : UMNO/BN USAHA HALANG RAKYAT PENANTI KELUAR MENGUNDI?

Saya mengharapkan tajuk posting ini tidak benar. Jika benar maka ia merupakan suatu kesalahan besar di sisi undang-undang pilihanraya.
Oleh itu saya mengharapkan SPR dapat membuat pemantauan dan penyiasatan terhadap kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno/BN berusaha menghalang rakyat keluar mengundi terutama penyokong BN.

Perkara ini memang logik kerana Umno/BN yanng tidak bertanding berusaha untuk menjatuhkan imej PR jika majoriti kemenangan PR nanti merudum teruk lantaran kurangnya pengundi yang membuang undi.

Dari sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli Umno cawangan, Umno Bahagian Permatang Pauh didakwa akan menganjurkan suatu aktiviti ke Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 31 Mei ini bagi menghalang ahli dan penyokongnya keluar mengundi.

Bas percuma disediakan di semua cawangan bagi memudahkan seramai mungkin ahli Umno keluar dari Penanti pada hari pengundian. Ini merupakan suatu taktik kotor yang mungkin bersalahan dengan undang-undang pilihanraya.

Saya mengharapkan jentera PR melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi memastikan ianya tidak berlaku. SPR mesti menyiasat perkara ini. Jika benar terdapat usaha-usaha sedemikian pihak terbabit mesti dibawa ke muka pengadilan.

Comments

Anonymous said…
spr tu rakan niaga umno,jgn lah d harap imam2 dlm spr akan berlaku adil nak ambil pusing setiap aduan,memang umno sangat licik jahat.tak dapat apa yg depa mau,dipulaih kot lain.
serupasekala said…
This comment has been removed by the author.
azreen said…
umm betul ke? boleh percaya ke?
bak kate rajoo petra sumber risikan tentera lagi..hahaha
2 kali 5 said…
saya nak tanya satu jer...org UMNO kat penanti nak pangkah sapa???

kalau lah PAS(mahupun PKR mahupun DAP) x bertanding dalam sesuatu pilihanraya, adakah PAS akan keluar mengundi?

pangkah mana? UNMO? undi rosak?

lantak lah diaorg nak gi melancong

pikir la sendiri...
Anonymous said…
Duit yang UMNO nak bagi tu ambil. setuju nak ikut umno makan angin tetapi pada 31 ni buat lupa jangan naik bas pergi mengundi.
Macam dulu la orang kampong beli tiket keretapi tapi tak naik sebab nak tipu keretapi dan yang itu merugikan tetapi yang ini ada untung dapat duit belanja ambil tetapi jangan naik bas.